hai assalammualaikum
Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35. Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas. Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara. Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com.
Prego Buddies, Pasta Kering Berbentuk Menarik Yang Pertama Untuk Kanak- Kanak Oleh PREGO
Prego Buddies Untuk Anak-anak - Fariza suka sangat makan makanan western macam pasta tu. Kalau makan dekat luar, mesti order pasta untuk dia. Sebelum ni pasta rupa dia biasa je, yela orang dewasa sekali makan. arna pun suram je. Tapi sekarang, ada pasta yang berbentuk menarik untuk anak-anak. Prego Buddies, Pasta kering untuk anak-anak berbentuk angkasawan dan sukan. Buddies dikeluarkan oleh Prego yang merupakan pakar hidangan pasta. Makin sukala Fariza makanan kegemaran dia ada bentuk menarik sekarang.
Haritu nad ada pergi ke pelancaran Prego Buddies di Sunway Pyramid. Meriah sangat event ni. Ramai parents datang, sebab nak dapatkan Prego Buddies ni. Kalau korang nak tau, Prego Buddies diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli. Jadi kalau anak jenis tak makan sayur tu, bolehla bagi makan Prego Buddies ni..hehee. Mesti diaorang suka. Dengan macam-macam bentuk ada, mesti mereka hidangan dengan penuh berkhasiat dan menyeronokkan.
Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.
Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.
Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.
Nad sebelum-sebelum ni pun buat pasta guna Prego. Lagi-lagi sos pasta dia. Sedap dan mudah disediakan. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta. Haritu juga nad join masak-masak dekat situ. Masak Prego Buddies bersama anak..hehe. Seronok je rasanya. Semua bahan dah ada, tinggal pilih dan masak je. Hasilnya tengok jela dalam gambar tu. Masak dalam masa 10 minit je, dah siap..hehee..memang cepat.
Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.
Haritu, Fariza mintak masak Prego Buddies ni. Nad cuma rebus je Buddies ni sebab sos pasta takda. Dia suka je..makan juga. Lepastu bubuh sup daging sikit. Lagi dia suka sampai tak bagi nad rasa..hehe..