hai assalammualaikum

Asianic Kids Mandian Kanak - Kanak - Seronok dengar bila Asianic ada keluarkan produk baru khas untuk anak-anak. Produk mandian bukan sahaja kanak-kanak boleh pakai, malah seisi keluarga. Malah boleh digunakan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jimat sangat macam ni. Nad sendiri pernah gunakan scrub, sabun badan dan lotion dari Asianic, memang best, bila keluar produk baru untuk anak-anak iaitu Asianic Kids, lagi nad suka...huhu..

Asianic Kids Mandian dari Kepala Hingga Hujung kaki

Asianic Kids didatangkan dengan dua jenis pilihan bau iaitu Milk dan Peach. Bau haruman akan dapat memberi kesegaran dan aroma yang menyenangkan selepas mandi. Nad dah bau kedua-kedua produk ni, memang wangi..Baguslah produk ni sesuai untuk seisi keluarga, sebab nad pun rasa nak pakai bila bau dia ni.

Bungkusan dia pun nampak menarik, dengan gambar kartun dan warna yang cerah dan ceria.

Asianic Kids, produk mandian sesuai untuka anak-anak dan seisi keluarga

Sekarang, banyak produk khas untuk anak-anak kita kan. Memang bagus, sebab anak-anak ni kulitnya sangat sensitif. Lagi pun, produk orang dewasa, tak sesuai untuk dipakai oleh anak-anak kita. Lagi tak elok, bila produk tu mempunyai bahan kimia, yang dikatakan boleh menjadi punca kepada kanser. Macam Asianic Kids ni ia diformulasikan dari bahan-bahan yang sesuai untuk kulit bermasalah sehingga yang biasa. Diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E, yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut.

Dan paling bagus produk ni bebas daripada SLES dan Paraben. SLES ni punca kegatalan pada kulit mata manakala Paraben menyebabkan kerengsaan pada kulit. Sebagai seorang ibu, nad mesti taknak anak-anak nad terkena penyakit yang tak diingini. Sebab tu produk untuk anak-anak ni mesti bebas dari bahan kimia. Kalau korang nak tau, buih yang sedikit adalah lagi bagus dari buih yang banyak.

Asianic Kids dapatkan sekarang

Koleksi ini, korang boleh dapatkan di semua pasar raya berdekatan dengan harga RM16.90. Buat masa sekarang, untuk produk kanak-kanak Asianic ni, korang boleh beli melalui online di www.wonderlandprimary.com, atau di Facebook Asianic Halal dan juga kedai 24 jam KK Mart.

Asianic Kids Travel Pack

Asianic Kids Travel Pack

Buat masa sekarang, Asianic baru keluarkan dua produk tu sahaja, tapi akan keluar lagi dua bauan iaitu Berries dan Fruity Candy, dan juga bentuk kecik berbentuk travel pack, yang sesuai dibawa ke mana sahaja.

Nak jadi pengedar Asianic Kids

Untuk anda yang ingin menjadi pengedar atau nak tahu maklumat dengan lebih lanjut mengenai produk Asianic, sila hantarkan pertanyaan anda pada Nurul Fadila Yazirman +6012-2598815 atau emelkan ke dila@wonderlandprimary.com

SHARE 23 comments

Add your comment

  1. wahhhhh comel je botolnya,amboiii mandi susu la fariza dan farhanah ye heheh

    ReplyDelete
  2. comel jerk botol dia... Bagusla Asinic pun dah keluarkan produk baby..

    ReplyDelete
  3. Sally suka betul yang milk tuu...bau dia sedap macam nak minum...even soap free pun syoknya mandi guna Asianic Kids!

    ReplyDelete
  4. Mandian untuk anak-anak mmg kene beli yg selamat untuk digunakan sebab kulit dorg lebih sensitif daripada kita yg dewasa ini.

    ReplyDelete
  5. Eh sebelum ni tau asianic ni brand untuk orang dewasa je. Tak sangka sekarang dieorang dah buat range produk untuk budak-budak. So far Nad pakai okay ke?

    ReplyDelete
  6. Wahhh syioknya ada produk untuk baby jugak dah. Nanti sis inform kat anak2 sedara gi beli asianic ni. Sis pkai gak yg utk dewasa..mmg harum

    ReplyDelete
  7. mula2 dulu Asianic cuma keluarkan/pasarkan lotion, skarang ni produk Asianic da macam-macam hingga kepada produk baby. Bestnya.

    ReplyDelete
  8. the head to toe to memang wajib utk aida bwk bila travel.
    bukan utk Izzat aje, kakak-kakak nye pun guna skali.
    this asianic produk aida x pernah try. so tak dpt nak komen hi hi hi...
    anak2 perlu produk diorang sendiri. tu aida setuju.
    tak boleh guna produk kita. itu yg nanti kulit anak gatal la, itu la, ini la kan.
    sebab x sesuai. kalau dpt yg natural / organic is better.

    ReplyDelete
  9. asianic dah ade produk untuk kanak-kanak ek, bagus jugak ni.

    ReplyDelete
  10. oh product ni kt KKmart je la ye ..jrg pegi KKm tk prasan..bole juga bli online jimat masa...mcm2 product utk baby sgt..kena tgk yg sesuai utk baby masing2

    ReplyDelete
  11. Dah pelbagai pilihan mandian untuk kanak - kanak di pasaran kan..akak tak pernah guna lagi..eh..anak- anak buah akak tak pernah guna lagi..tapi dengan packaging menarik dengan karakter kartun boleh menambat hati anak- anak kecil kan..mak budak pun tertambat hati ni

    ReplyDelete
  12. Comel2 packaging nya. Mmg satu attraction utk budak2 suka dan senang mandi kan. Best kan kalau boleh guna satu family ✌🏽

    ReplyDelete
  13. Kanak-kanak kena banyak mandi dan jaga kebersihan mereka utama sebab sekarang ni penyebaran penyakit HFMD takut dengar kat luar sana...

    ReplyDelete
  14. Ramai kata produk asianic ni bagus teringin nak belikan nanti untuk anak buah cuba! tentu Fazira sukakan pakai asianic

    ReplyDelete
  15. Kanak2 mmg suka kalau dpt ni...mesti nak mandi memanjangkan?

    ReplyDelete
  16. Bestnya mandian terbaru utk kanak2 ni. Plg penting ramuan dia sangat sesuai untuk kulit anaj. Produk lokal yang mampu pergi lebih jauh

    ReplyDelete
  17. Setuju betul bila ada travel kit tu. biasanya kalau nak balik kampung, berjalan, rasa leceh bila kena packing botol besar...

    ReplyDelete
  18. Wah asianic sekarang dah ada produk untuk kanak kanak pula.bagus sangat nihnak nak dalam bentuk travel kit mudah nak bawa kemana mana

    ReplyDelete
  19. Sekarang dah banyak produk untuk kanak-kanak kan. Seronok lah Farizah nak mandi manda tuuu heheh.

    ReplyDelete
  20. Mcm best ja asianic kids ni..nak beli yg travel set tu..bestnya..senang nk bwk masa travel ngn anak2

    ReplyDelete
  21. bila nampak ada gambar kartun mcm tu mesti anak2 lagi suka. yelah, sabun dewasa ni agak boring sikit. hehe

    ReplyDelete
  22. bestnya..jimatlah.Dewasa pon boleh guna.Tapi kalo dewasa pon nak guna,mesti kena beli 2set ni.. 1set memang tak cukup,fahamlah.Anak anak memang suka mandi bnyak main buih

    ReplyDelete
  23. Macam nak dapatkan yang travel pack tu je la. Mudah nak bawak sana sini kan..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2