hai assalammualaikum

Tunjukkan Semangat Kebangsaan Dengan Nyanyi “ Negaraku “ Dan Muatnaik di NegaraUmmph TV –  Bulan 8 sudah tiba, dan kita tau, apa istimewanya bulan 8 ialah Hari Kebangsaan.  Jadi, apa perasaan korang sekarang?  Semangat atau biasa-biasa sahaja? Bagi nad, tahun ni, nad rasa kelainan sedikit. Semangat nak sambut Hari Kebangsaan. Semangat nak menyanyikan lagu Negaraku. Tahun ni akan menjadi sejarah dengan sesuatu yang baru dan lebih Ummph.

BOH Tea Memperkenalkan E- Channel  NegaraUmmph TV

TERIMA KASIH, negaraku Malaysia! kerana diberi ruang dan peluang untuk hidup dan menetap di bumi bertuah yang sungguh unik dan istimewa. Justeru kita wajar berterima kasih atas keunikan yang telah negara ini anugerahkan kepada kita. Percayalah tidak semua negara memiliki keunikan seperti kita. Realitinya kita adalah insan terpilih yang diberi peluang untuk menikmatinya. Ada pelbagai cara untuk rakyat Malaysia melahirkan rasa cinta mereka kepada Negara, dan BOH Tea telah membuat sesuatu yang berlainan, yang ingin menarik rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik dan cintakan Negara.

NegaraUmmph TV, menyiarkan nyanyian Lagu Negaraku Rakyat Malaysia 24 jam


BOH Tea mengajak rakyat Malaysia sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat,  kuat ,bertenaga dan Ummph. Boh Tea akan membuat satu channel khas iaitu NegaraUmmph TV. Channel ni adalah e-channel yang akan menyiarkan rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku selama 24 jam pada 31 Ogos 2018 nanti.

Semua Rakyat Malaysia Boleh Sertai NegaraUmmph TV

Malaysia merupakan satu negara yang unik di mana pelbagai kaum hidup dalam suasana aman harmoni. Bayangkan, berjuta rakyat Malaysia, menyanyikan lagu Negaraku, dan akan disiarkan 24 jam pada Hari Kebangsaan nanti, memang sangat mengagumkan. Tak kira bangsa, tua, muda, semua boleh nyanyi.  Macam mana, bersemangat tak?? Nak join sekali, semestinya boleh, korang boleh buat video menyanyikan lagu Negaraku, sama ada secara solo atau beramai-ramai. Ikut gaya masing-masing atau nak buat macam mana pun.  Suara tak sedap tolak tepi, yang penting, semangat korang nak Nyanyikan lagu Negaraku. Pastikan nyanyi dengan kuat dan lantang ya. Bawah ni cara korang nak submit video tu.

Simple je caranya

Cara sertai BOH Tea NegaraUmmph TV
- Pergi ke link http://negaraummph.tv/
- Rakam gaya tersendiri sama ada secara solo atau berkumpulan menyanyikan lagu Negaraku
- Klik submit untuk menghantar video yang telah korang rakam
- Dah settle, lepas tu tunggu video korang tu disiarkan pada 31 Ogos 2018 bersama rakyat Malaysia yang lain secara live

Dah nampak semangat tu nak Nyanyi lagu Negaraku. ..hehee..Nak bukan ajak-ajak ayam tau, nad ajak betul-betul ni. Nad pun join tau. Malaysia Baru, suasana baru. Mestila semangat lain sikit. Justeru sebagai tanda syukur dan berterima kasih sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama nyanyi lagu Negaraku.

Semangat nad nyanyi dengan anak tau..

Tengok, nad nyanyi lagu Negaraku bersama anak, nak bagi dia pun rasa semangat Patriotik..hehee. Nak tengok video ni, korang kena tunggu 31 Ogos 2018 nanti. Sebab nad pun nak tengok video korang juga. Cepat-cepat buat video nyanyi lagu Negaraku. Hantar video korang tu dekat http://negaraummph.tv tau. Nyanyi la dekat mana-mana pun, dekat rumah ke, depan orang ramai ke, eh dekat mana-mana la..Lagi best kalau dekat luar Negara tu. Nampak semangat nyanyi lagu Kebangsaan kan. Masa nak rakam tu, boleh je guna tripod atau pegang telefon tu seperti selfie..Hah!, yang penting semangat korang nyanyi lagu Negaraku.

Cepat-cepat, nanti kita boleh tengok muka kita semua dekat BOH Tea e-channel NegaraUmmph TV..hehee
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. Uhuiii, seghonok nyanyi. Nasib baik ajak nyanyi sama. Hahahahhaa. Nak terai lah

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Nyanyi nyanyi.. nk tgk Nad nyanyi

    ReplyDelete
  3. kalau dengar ni kena berdiri tak ? hahaha :P

    ReplyDelete
  4. Bestnya ni.. Boleh ajk anak2 buah join sekali

    ReplyDelete
  5. Best², ai nak nyanyi jugak dengan anak²!

    ReplyDelete
  6. Sempat lagi nk join ni tapi xde geng nk nyanyi sama. X sbar lak nk tgu video nad mnynyi tu. Hee

    ReplyDelete
  7. Good luck kak nad. Sempat lagi nak joint ni

    ReplyDelete
  8. Nti kalai sempat bolehlah ajok anak2 nyanyi sekali haha

    ReplyDelete
  9. Hihi macam nak cuba jugak.. semangat ni :)

    ReplyDelete
  10. menarik ni..boleh ajak siapa2 join skli tak ekk?

    ReplyDelete
  11. Wahh, nanti video 24 jam tu naik muka kita nyanyi.. Ni betul semangat..

    ReplyDelete
  12. Anak2 mesti suka klu ajk joint contest ni

    ReplyDelete
  13. wowwww~ nanti dia akan compiled buat macam MV ke Nad?

    ReplyDelete
  14. alamak kalau bab nyanyi memang tak lah join.maluuu

    ReplyDelete
  15. Jom! I am going to submit mine soon, so remember to check it out ya.

    ReplyDelete
  16. Nak join tapi malu. Hahaha

    ReplyDelete
  17. alamak. Segan nak nyanyi.
    Nyanyi tuk diri sendiri blh la kot. Hihihi

    ReplyDelete
  18. Gulpppp idokla nak nyanyi haha nyanyi xrecord leh

    ReplyDelete
  19. Bagus...patriotik

    http://www.rahsiaummi.com/rawatan-kayap-menggunakan-supplemen-semulajadi-yang-selamat-dan-berkesan/

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2