hai assalammualaikum

Bercuti Ke Seengapore Lebih Jimat dengan Promosi Traveloka - Bila ada cuti panjang ni, mesti rasa nak bercuti kan. Ambil peluang untuk rehatkan diri dan berseronok, tapi tak tau nak pergi mana? Apa kata nad cadangkan korang ke Singapura. Cakap je Singapura, mestilah ramai yang tau kan. Ingat Kepala Singa, ingat Singapura..hehee. Tempat wajib nak bergambar tu, tanda sampai ke Singapura..kihkih. Singapura ni pun salah satu tempat impian nad untuk bercuti. Walaupun Singapura sebuah negara yang sangat kecil, keseronokan yang ditawarkan oleh Kota Singa ini begitu banyak sekali dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Jangan ingat semuanya mahal, ada je yang murah dan percuma.


Tempat Menarik Di Singapura

Mungkin ada yang tertanya-tanya, menarik sangatkah Singapura itu? Apa yang ada sana? Nad tengok kawan-kawan nad pergi, banyak sangat tempat menarik yang ada dekat Singapura. Tu yang rasa nak pergi tu. Antara tempat yang boleh dilawati di Singapura ialah:

Merlion Park

Di sinilah terletaknya tugu Merlion; ikon Singapura dengan kepala singa dan ekor ikan. Tempat yang nad cakap tadi, tempat kepala singa tu..hehee. Asal datang tempat ni mesti nak bergambar ternganga mulut, tadah tangan, konon air yang keluar dari mulut singa tu masuk mulut kita..eh macam-macam caralah nak amik gamabr dekat sini..ehhee

Marina Bay

Tempat dimana korang boleh nampak bangunan atasnya tu ada kapal. Bagus betul arkitek ni punya pemikiran..huhu. Pemandangan yang cantik di tepi laut. Orang cakap, waktu best ialah pada lewat petang dan awal malam, sebab ada lampu, memang cantik kalau korang tengok gamabr tu.

Universal Studio
Tempat ni la paling best..hehee..Tempat taman tema permainan, bukan sahaja untuk anak-anak, orang dewasa pun boleh. Ada macam-macam jenis permainan ada. Antara yang best dekat sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy (serius seram), Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagilah!

Banyak lagi tempat menarik di Singapura seperti Singapore Flyer, Gardens By The Bay, Singapore Zoo, Pulau Ubin, Arab Street, Garden, ish macam-macam la tempat yang boleh pergi. Korang google je tempat menarik Di Singapore, mesti banyak punya.

Lagipun kalau korang nak pergi, memang elok sangatla, sebab sekarang tengah ada promosi nak ke sana dengan Traveloka. Nad sendiri pernah menggunakan Traveloka semasa nak check in hotel. Memang jimat banyak..hehee. Boleh ( Klik Sini ) hotel apa nak check in dengan Traveloka. Nak bercuti ni pun, nk kena fikir kos penerbangan dan hotel, jadi platform Traveloka la korang boleh guna, sebab tempahan tiket dan hotel boleh buat sekaligus dengan pantas dan mudah. Aplikasi Traveloka lengkap dan mudah digunakan, harga yang ditawarkan sangat jimat untuk korang bercuti ke mana sahaja. Memang berbaloi!!


Promosi Traveloka SEEngapore - For a roaring good time!

Sekarang Traveloka tengah buat promosi Traveloka SEEngapore - For a roaring good time!
menawarkan “one-stop travel app” ke Singapura dengan tempahan yang lebih jimat dan berbaloi. Diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. Selain itu juga, korang boleh nikmati tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% dan tiada kupon diperlukan.


Syarat-syarat dan cara membuat tempahan 
- Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
- Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
- Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
- Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
- Tempoh Perjalanan: Anytime

Cara menggunakan kupon tu sangat mudah..Boleh tengok seperti dalam gambar.


Promosi Traveloka SEEngapore sah dan boleh digunakan untuk semua syarikat penerbangan dan tempoh perjalanan. Kupon penerbangan hanya sah digunakan untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi. Promosi ini tidak sah digunakan dengan promosi/diskaun lain atau digabungkan dengan diskaun lain. Untuk pembayaran Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR. Kupon ini tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau dibayar balik dengan wang tunai. Korang boleh buat pembayaran melalui kad kredit, i-banking, dan paypal.

Hah!!, macam mana? Nak bercuti bajet dan tak fikir untuk percutian yang panjang, bolehlah pergi ke Seengapore dan tempah dengan Traveloka Promotion Traveloka, merupakan pakar percutian anda, dimana ia menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian dengan mudah dan menjimatkan. Jom ke Singapura..Jangan lepaskan peluang dengan Traveloka Promotion untuk ke SEEngapore!
SHARE 44 comments

Add your comment

  1. Tiap² tahun pi Singapore tapi pi ziarah family jer... Nanti nak pi tuk holiday lak. Banyak tempat menarik tak sempat lagi jejak. Promo Traveloka ni menggoda sungguh laaa

    ReplyDelete
  2. Dah boleh start booking utk cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  3. nak pegi uss. untung lah traveloka buat gini

    ReplyDelete
  4. Tergoda betul dengan promo Traveloka ni, menarik!

    ReplyDelete
  5. singapore paling mengidam nak gi uss... molek lerr ade promo traveloka macam ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya promosi ... Teringin jugak nak g singapore

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai singapore.kalo ada plan nak travel singapore, nak guna travelokalah..sebb banyak promo

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat pegi singapore ngan harga mampu bayar

    ReplyDelete
  9. Sini dekat je dengan singapore .. heehe

    ReplyDelete
  10. Plan your holiday to Singapore now! Haha

    ReplyDelete
  11. Teringin nak g Universal Studio. Tak dapat jejak lagi ke sana.

    ReplyDelete
  12. Kafiza xpenah sampai lagi Singapore ni. Teringin nak pegi, boleh terjh traveloka nanti

    ReplyDelete
  13. Saya yang duduk Johor pun susah nak pergi Singapore. Barang-barang kat sana mahal. Kalau ada duit lebih nanti mungkin nak ke sana jugak.

    ReplyDelete
  14. P mkn2 balik hri
    Pun boleh ni hehehe

    ReplyDelete
  15. X pernah sampailagi ni,pdhal dekat je,jom.plan heheheh

    ReplyDelete
  16. Bestnya singapore. Bila la dapat pergi.. Ramai kngkawan dah ke sana.

    ReplyDelete
  17. Last p singapore 5 tahun lepas..duit menabung dgn nuffnang pasni bolehlah try traveloka..

    ReplyDelete
  18. samela teringin nak ke singapore..jimat sket klu ade promo traveloka ni kan...tq sharing sis

    ReplyDelete
  19. Berjiran jerr pun, tapi x sampai2 lh. Tapi murah btl la tiket kapal terbang tu

    ReplyDelete
  20. mmg berbaloi la kalau dapat drop harga tix sampai RM50..kalau naik bas pun lg mahal jadinya..hehe

    ReplyDelete
  21. Bila lah dapat jalan2 ni pi singapore. Tgk pun tgh murah

    ReplyDelete
  22. Teringin nk jejak ke USS dan Marina Bay tu

    ReplyDelete
  23. bestnya kalau dapat singapore sebab dengar citer kat sana bersih je.. teringin gak nak tengok bersih camne tu. hee

    ReplyDelete
  24. Memang best pergi Singapura kan nak nak bajet murah

    ReplyDelete
  25. One of the web yg mesti sy check before travelling adalah Traveloka coz sllu ada promotions.

    ReplyDelete
  26. Zira tak pernah pegi Singapore. Teringin juga nak tngok negara org. Dekat travelog Ada Promo best boleh jimat

    ReplyDelete
  27. Jom buat trip blogger...lm dh plan nak repeat singapore sbb laat pegi 2009 utk kerja ... xsempat nak jln2

    ReplyDelete
  28. Seronoknya kalau dapat ke singapore. Selalu tengok kawan kawan post banyak tempat menarik disana. Bila nak grab pluang ni kan..

    ReplyDelete
  29. Terasa nak pergi Singapore dengan traveloka sekarang juga.. Nampak berbaloi sangat.. worth leh..

    ReplyDelete
  30. Long time no go Singapore, last went I was preg with 2nd child. Shall check out the website Traveloka now.

    ReplyDelete
  31. Ok lah dapat diskaun untuk pergi jalan jalan. tapi baik buat juga tinjauan harga / survey. Mana la tahu semua tu mainan saja.

    ReplyDelete
  32. Negara ni tak masuk pun dalam senarai perlancongan keluarga kami. tak minat, lagipun angkuh kemain. dengan jiran tak hormat

    ReplyDelete
  33. Kadang kadang, dari niat nak berjimat masa promosi di adakan, kita bazirkan lebih banyak duit semasa bercuti. Yang penting kita ikut plan bajet perjalanan

    ReplyDelete
  34. Ramainya yang promo ni hahahaha tapi baguslah org dapatkannya especially untuk short trip kan? Rasa nak beli lah untuk trip akan datang

    ReplyDelete
  35. Nanti kalau kak nad g singapore jalan lupa share taw.Hehehe sebab kita suka baca blog kak nad sebab santai je hehehe

    ReplyDelete
  36. Dah 2 tahun plan nak pergi singapura dengan husband. Tapi tak lepas lepas. Sebab setiap tahun ada je halangan dia. Tahun ni halangan dia pregnant mabuk teruk. Haih. Kene plan tahun depan pulak lah macam ni

    ReplyDelete
  37. Bestnya kalu dapat ke singapore gunakan promosi traveloka nie.. leh jimatkan duit tiket.. baki leh wat shopping ole2 yg cun cun utk dibawa blk.. best best.. xsabar nak gunakan promosi traveloka nie..

    ReplyDelete
  38. Traveloka memang suka tau bagi promo gempak cam gini. Kalau ada tiket n hotel murah sape tak nak kan...sis pun nak gak walau dah ke singapura berkali kali, seronok masuk singapore ni sebab leh makan sup tulang merah..hehehe

    ReplyDelete
  39. Berhantu lh traveloka nie. Pantang buka j website dorang mesti rasa nk tempah n ambik deals dorg. Nak2 tgh byk cuti nie, jomlah ke singapore

    ReplyDelete
  40. Terus rasa nak pergi singapore bila nampak traveloka buat sale. Banyak tempat menarik kat sana yang tak sempat lawat lagi.

    ReplyDelete
  41. I love Traveloka apps. They have everything in one place. Easier for trip planning. Price and promo price pun best. Can save budget!

    ReplyDelete
  42. Tahun ni tak ke Singapore lagi. Nampak macam peluang best je Traveloka bagi ni.

    ReplyDelete
  43. Dh lama tak ke singapore.. Kalau dulu selalu sgt berjalan2.. Sbb rmi kawan singapore... Skrg nk msuk pun payah sbb xde mse.. Tp dgn traveloka best gk..manyak jimat.hehe

    ReplyDelete
  44. Hi. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel~Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2