MARK, MAKEUP TERBARU AVON

in , , , by Nadia Johari, 00:12:00
hai assalammualaikum

Mark, Makeup Terbaru Avon - Siapa yang tak kenal Avon. Nama yang dikenali sejak nad zaman sekolah lagi. Siap ada kawan yang jadi agen Avon ni lagi. Bawak katalog ke sekolah suruh kitaorang beli..hehehe. Barang-barang Avon memang best semuanya. Avon ialah syarikat kecantikan jualan terkemuka yang menjual produk penjagaan kulit, kosmetik warna, wangian dan penjagaan diri.



Baru-baru ni, Avon ada melancarkan mekap terbaru mereka di Concourse The Curve iaitu Mark. Nad pun tak lepaskan peluang untuk melihat sendiri mekap Mark ni. Perempuan dengan mekap memang tak boleh dipisahkan..hehehe. Mesti nak cuba mekap baru. Perempuan kan suka pakai macam-macam jenis mekap, yang penting sesuai dengan kulit muka kita.


" Mark, melambangkan trend kecantikan golongan milenial yang ekspresif dan ini menepati aspirasi syarikat untuk menjadi jenama kecantikan paling diingati belia, terutamanya penggemar mekap " kata Onur Erdinc, Pengurus Besar Avon Malaysia.




Rangkaian kosmetik Mark menawarkan 18 konsep baru, warna bibir berkemasan " matte " , gincu berpigmen tinggi yang berkrim, gincu pengubah warna, 4 jenis eyeliner dan eyebrow, tiga jenis maskara, bedak contour dan highlight, pemwrah pipi, foundation, compact powder, eyeshadow pallete yang boleh dipakai kering dan lembap, primer dan semburan mekap ( facemist ). Memang semua ada la mekap Mark ni.




Nad ada cuba masa Mark dilancarkan, dan sememangnya mekap dia memang menetapi citarasa nad. Warna cantik, best la tengok semuanya.


Masa pelancaran haritu, telah dijemput jurusolek profesional Avon iaitu Steven Sunny. Tengok dia pakaikan mekap Mark dekat model memang cantik. Tertarik dengan gincu yang boleh dipakai dua warna bagi memberi warna yang menyerlah.

Lagi satu nak tertarik dengan eyeliner dia. Dahla tajam..memang senang nak dibentuk.




" Identiti Mark, sememangnya menetapi perspektif profesional dan peribadi saya tentang mekap dan seni. Saya amat teruja untuk mencipta dan berkongsi karya teragung Mark bersama semua " ujar Steven.



Rangkaian mekap Mark, jenama mekap yang memberi kuasa si pemakai untuk mencipta solekan tersendiri #makeyourmark. Diinspirasikan dari seni dengan produk inovatif dan formula tahan lama. Telah dilancarkan pada 1 September. Korang boleh dapatkan mekap Mark di di Butik Avon seluruh negara, wakil Avon dan laman web Avon di shop.avon.my atau talian bebas tol di 1 800 22 AVON ( 2866 ).



SHARE 20 comments

Add your comment

  1. wow indeed a nice event there. Love the makeup range, can't wait to see you post your makeup using these. :D

    ReplyDelete
  2. Avon dah makin maju dan canggih. Design dan packaging makin chic. Rawlins terpegun tengok and now teringin nak lippie yang menarik dari Mark.

    ReplyDelete
  3. Terkejut kita tadi ingat Mark Adam keluarkan koleksi makup hehehe rupanya daru Avon. Dah lama kita tak tengok Avon ada keluaran baru hehehe mungkin orang laki ni kurang mengikuti....

    ReplyDelete
  4. Patut lately ni nampak ramai blogger pakai gincu lip lap lip lap kt bibir. Rupanya pakai gincu dari Avon ni. Nk kene dapatkan untuk mak satu ni.hehehe

    ReplyDelete
  5. Omg! Kita sama la! hahaha teringat masa zaman duli bawak catalogue Avon pergi sekolah siap promote dekat kawan2 suruh beli sebab lawa and murah. Dulu kan famous ada sample kit lipstick.

    Nice entry!
    Meh follow blog SR:
    www.syazaredzuu.com

    Salam kenal!

    ReplyDelete
  6. Avon nampak bagusnya.. great to hv great range of colours from avon.. will looks nice with the new colours!

    ReplyDelete
  7. ingatkan mark adam punya makeup hehehe.koleksi baru dibawah jenama avon ye kak nad?How's the product?nanti share kalau dah pakai ye kak nad hehehe

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pakai produk avon kan. dulu kerap juga mak cik dan saudara mara yang jual barang make up dari avon ni. sekarang ni kurang dah

    ReplyDelete
  9. Harga make up dari avon memang berpatutan, patutlah sampai sekarang masih ada lagi sebab produknya mampu milik tak kira masa gawat atau tak

    ReplyDelete
  10. Jenama Avon ini sudah lama bertapak and sampai hari ni masih kukuh. Whoa! variety nye make up range dia. Getting more and more sophisticated. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  11. suka mekap mark. ni cantik-cantik warnanya..paling best sebab blh mix kan..makin menyerlah bibir kit akan heheheh

    ReplyDelete
  12. wah, princess dua orang tu pun dah join mommy pergi event make up. lepas ni boleh caras job mommy ni.. best yer Nad dapat goodies eksklusif dari Avon. Kalau dekat ni memang huda pun dah join

    ReplyDelete
  13. Wahhh tahniah dia atas pelancaran make up terbaru Mark. Warna lipstick keluaran Mark nampak betul2 pekat n matte dgn bibir. Serious cantik ! Pelbagai pilihan warna pulak tu. nak dapatkan lah dekat avon untuk ibu nanti

    ReplyDelete
  14. Laa.. Mark ni under Avon ke?? Tak sangka Avon dah semakin maju skarang. Teringat juga dulu2 orang usung katalog jual avon ni. Benda paling selalu beli kat Avon lipstik la.. hehe

    ReplyDelete
  15. Jenama avon ni memang dah lama sangat. Dari zaman sis kecik mak sis dah pakai avon dah.
    Sekarang Avon dah naik balik ya. Tengok rankaian produk dia not bad jugak

    ReplyDelete
  16. Samalah, saya pun membesar dwngan produk avon. Mak saya sendiri agen yang aktif menjual pada jiran2. Swkarang dah semakin banyak produk avon.

    ReplyDelete
  17. I love Avon's new packaging, looks so modern now, to be honest I've not tried this brand but I know it's been there for ages, will giv it a try soon the lipstick shades are really pretty.

    ReplyDelete
  18. La, baru tahu. Yang ramai orang dok cakap Mark best tu rupanya yang ini lah. Daripada Avon rupanya ya.

    ReplyDelete
  19. hehehe, boleh try avon pulak lepas ni. belum pernah guna avon stuff lagi

    ReplyDelete
  20. I like their new range packaging too, and AVON makeup is always trendy, easy to use and price are reasonable also.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2