BUKAN KEMBAR TAPI MACAM KEMBAR

in , , by Nadia Johari, 11:52:00
hai assalammualaikum

Bukan Kembar tapi Macam kembar

Bukan Kembar Tapi Macam Kembar - Siapa tak teringin anak kembar kan. Nampak best je, seronok, sebab apa-apa buat bersama. Pakai baju sama. Nampak sweet, nampak geram je. Macam kawan nad, dapat anak kembar seiras perempuan. Comel je tengok anak kembar dia tu. Tapi jangan tak tau, dalam seronok, sebenarnya payah oo nak jaga.

Sejak ada adik ( Farhanah ), kakak ( Fariza ) happy la sikit sebab dah ada kawan. Tapi kadang tak juga, sebab dia ingat adik lebih suka kacau dari nak main dengan dia..hahaa. Adik kecik lagi la, mana paham kakak main apa. Adik pulak, memang suka nak main dengan kakaknya, sebba dia tau, yang sama budak macam dia, cuma kakaknya..Apa kakaknya buat, pergi mana, dia pun nak join. Dah macam kembar je tapi bukan kembar..hehee..

sayang ke tuuuu

Sebenarnya, memang nad dah taknak bagi kakak susu badan, sebab nak ajar dia minum susu tepung. Memang dah ajar, dan dia paham. Tapi kadang-kadang tak boleh, sebab dia nampak adik dia sus badan. Jadinya dia pun nak. Kadang nad abaikan je,tapi kadang terpaksa, sebab pening bila dengar dia menangis. Bila dah dua-dua susu badan, paham jela, dah macam kembar je anak nad ni. Seorang susu sebelah kanan, seorang susu sebelah kiri. Tak larat uii..Macam mana kalau kembar tu..ahhaa.

Baju diaorang kadang sama, kadang cuma sama warna je atau corak.

Korang tengokla aktiviti diaorang ni, kan dah cakap si adik ngikut je apa si kakak buat.

Ikut juga, seorang terkeluar sorang lagi pun keluar, ni nad tengah buat kerja, tengok2 dah kat luar tilam

Tidur pun gaya sama

Tapi yang kelakarnya, tidur pun kadang boleh sama...hahaha. Sweet je tengoknya..

Fariza ni sebenarnya dia ambil berat dekat adiknya. Kadang dia jaga adiknya, sayang sampai tak bagi dekat orang (acah-acah nak bagi dekat orang )

Teringin nak kembar, tapi nad dah dapat rasa macam mana kembar tu bila dijaga..hahahaha..


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Kalau kita taknak anak kembar. Sebab takut tak dapat nak jaga dengan baik. Yela, lagi lagi masa bby. Penjagaan kena sangat teliti kan. Pape pun, ada ank kembar memang best. Comel je kan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2