Wash Of Mask Half Moon Eyes Pinky Fruit
Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask - Semingu sekali buat mask muka. Selalu pakai mask jenis topeng tu, kali ni pakai mask jenis sapu dekat muka. Lama dah tak pakai mask jenis krim ni..haha. Tapi mask ni bukan jensi pakai, lepas tu tarik untuk cabut, ni mask, pakai lepas tu basuh. Half Moon Eyes Pinky Fruit Mask, cute je packaging mask ni, bentuk dia pun comel je, tahanla pakai untuk 3kali. Bukan pakai hari-hari pun mask kan..hehee. Mask ni nad dapatkan dekat althea.kr . Dah nak habis mask ni, jadi haritu kita kasi habis la.Masker Fruity Pink adalah mask berasaskan tanah liat, terdapat dalam pek kapsul 10ml. Teksturnya macam tanah liat, macam palydoh budak-budak tu..Tapi takdala liat sangat..kihkih. Warnanya macam pink, macam coklat pun ye. Korang perasan ada bintik-bintik hitam, sebbakan dia diperbuat daripada ekstrak buah naga, jadi tu seperti biji buah naga. Biji tu dapat membaik pulih muka kita.
Pakainya pun senang je, calit-calit dan sapu dekat muka. sapu bagi rata ya. Sapu dekat keseluruhan muka gitu. Boleh sapu pakai tangan, atau berus. Nad pakai tangan je. Tak kisahla korang nak pakai tebal ke nipis. Biarkan selama 10 minit, atau sampai mask kering. Seriusla, pakai mask ni sejuk je. Baunya memang harum, wangi semerbak bunga kasturi..hahaa..Pakai pun syok je. Serius, wangi sangat!! Dah agak-agak 10 minit. Lepas tu, boleh basuh dengan air suam. Basuh macam biasa. Memang mudah dicuci mask ni. Takdela keras macam tanah liat tu..hahaha..basuh macam cuci muka..Kena air je terus hilang.
Memang best, mask yang lain daripada yang lain. Selalunya, kalau pakai mask jenis sapu ni, akan buat muka jadi kering, tapi Pinky Fruity Mask ni, tak buat muka kering malah bertambah lembut dan kenyal macam tu..ahhaa. Masker naga ini mmbuatkan muka saya tanpa minyak dan kering. Kulit terasa bersih dari teras dan berseri selepas setiap penggunaan.
Mempunyai 8 faedah dalam masker ni iaitu Pengetatan lubang, Pengelupasan, Kawalan sebum, Penghidratan, Pelembapan, Kesan pendinginan, Penjagaan tekstur dan Nourishment.
Masker ni bukan sahaja boleh digunakan di bahagian muka, malah di bahagian dada, leher, lengan, kaki. Tapi, nad macam sayang sangat nak habiskan cepat mask ni, sebba dia best, nad pakai dekat muka je..hahaha.
Sekarang, masker Half Moon Eyes Pinky Fruity ni keluar dengan packaging baru. Lagi lawa. Masih lagi gambar buah naga.
Kalau barang kecantikan dari korea ni memang kebanyakannya best. Lepas ni boleh beli lagi Pinky Fruty Mask ni.
Eh dah packaging baru laaa. Emi ada beli ni dulu kat althea, bestttt
ReplyDeleteMacam best je sbb tekstur mcm tanah liat.. Packaging baru nampak cantik
ReplyDeleteSally ade nampak blogger review dulu! waaaa...ade packaging baru...walaupun nampak sama je tapi ade la kelainan sikit kan sbb nmpk isi buah naga..hihihi
ReplyDeletemenarik... rasa nak cuba jugak
ReplyDeleteKita jarang sangat la dapat pakai mask ni. Tapi tahu best kulit muka bila dah pakai tu. Lembut je. First time tengok mask jenis macam tu. Selalu tengok jenis bertopeng tu.
ReplyDeleteMadam best je, than berapa lama ni. Zira pun suka pakai
ReplyDeletecomelnya packaging! mesti sayang nak guna hahaha
ReplyDeleteThis is my first time get to know about this brand, I quite like their packaging.
ReplyDeleteMacam best je nih :) first time dengar jenama nih. Salam kenal Nadia! Follower #1097 -- Syaza :)
ReplyDeletetak pernah lagi guna mask yang jenis sapu2 ni, selalu guna mask yg jenis tepek jerk kat muka. teruja jgk nak try ni
ReplyDeleteKalau akak mesti rasa nak makan, yelah dari buah naga kan mesti bau sedap. Hehehee!
ReplyDeletecomel packagingnya ek, kecik plak tuh. senang nak bawak travel ni. selit-selit pun boleh, mesti wangi baunya kan
ReplyDeletedia macam bedak sejuk ke? comel je bentuknya aaa mesti best kan kalau pakai. sejuk gituuu
ReplyDeletewow! looks like it's a great mask.. so special to apply like this.. great fruitty smell must be.. nice nice..
ReplyDeleteBestnya mask macam ni..ada bau buah tu memang asyik tp tena hati2 jangan sampai terleka rasa nak makan plak...
ReplyDeleteBonde pon suka barangan dan produk dari korea. Pakaging pulak comel-comel menarik sekali.
ReplyDeletecomelnya packaging dia !!! nice combination of color. tak sangka budah naga pon boleh dijadikan produk kulit muka. lepas nie nak cuba jugaklah. nampak mcm menarik dan berkesan j
ReplyDeleteComelnya packaging dia nad. Nak cari la nanti. Macam best je bila nad pakai mask ni
ReplyDeleteHaha. Lain pun still comel packaging dia. Seua juga pakai mask ni sebab senang and jenis tanah.
ReplyDeleteTak pernah lagi Cuba masker jenis ni . Nampak comel je kan terus buka pakai je kan. Pernah juga nampak jenama ni jual haritu .
ReplyDeleteComella packaging ni. Produk ni rasanya banyak kali jumpa. Macam best dan menarik
ReplyDelete