3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway - Sebelum ni nad fikir stroller liner ni tak perlu ada, sebab rasa membazir je beli. Tapi lepas fikir balik, banyak kebaikan pakai stroller liner ni. Yela, kadang stroller yang kita beli tu kain dia panas atau keras dan tak sesuai dengan anak kita. Jadi, letakkan stroller liner ni bagi keselesaan pada anak kita semasa di dalam stroller. Lagipun, Stroller liner sekarang lebih berinovasi mempunyai cooling gel yang membuat anak kita berasa sejuk. Pada amsa sama, bagi mengelakkan stroller daripada kotor.
Kalau cari dekat facebook, instagram atau mana-mana, memang banyak dah stroller liner sekarang ni. Tapi, nad pilih 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway. Sebelum membeli stroller pad, sebaiknya memahami beberapa aspek yang perlu diperhatikan. Pilihlah produk yang aman dan nyaman bagi bayi, serta mudah untuk dipasang. Melihat kepada ciri ciri Stroller Liner Mamaway ni, nad pasti ibu bapa semua pasti suka.
Boleh tengok video ini sekejap, tentang stroller liner Mamaway. Lepas tu boleh baca kenapa nad suka stroller liner ni.
Nad suka dengan 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway ni sebab bentuknya yang kiut tu. Ada bahagian kepala dan bahagian kaki. Lagi satu ada tali yang boleh diikat supaya stroller liner ni yang membuatkan liner ini terletak elok di dalam stroller dan tidak lari atau tergelincir. mekanisme menyerap kejutan memastikan bayi anda mendapat perjalanan yang selesa dan lancar.
Tengokla Farhanah, bukan main selesa lagi duduk dalam stroller ni. 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway mampu mengimbangi pengurusan haba dan kelembapan proaktif suhu pada kulit bayi dengan menyerap dan menyimpan haba dan kelembapan dalam mikrokapsul untuk mengurangkan kepanasan dan berpeluh. Ini boleh membantu dengan pencegahan ekzema, ruam panas dan kerengsaan kulit. Kain yang dipakai sangat berkualiti, bukan biasa-biasa punya kain. Kainnya yang berkualitiber dan super lembut dipertingkatkan dengan teknologi outlast yang aktif mengimbangi tahap haba dan kelembapan dengan menyerap, menyimpan dan melepaskan haba, menjaga kulit bayi pada suhu optimum 28 c. Ini yang paling penting semasa memilih strolelr liner. Kulit anak kan sangat sensitif.
Korang mesti risau, stroller liner ni akan kotor sebab ia berwarna putih. Jangan risau, sebab stroller liner ni antibakteria, tahan debu dan mudah dibasuh dengan menggunakan mesin. Bahan berkualiti tinggi yang secara semula jadi tahan bakteria dan hama habuk. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh untuk persekitaran yang mudah dan bersih untuk kulit bayi.
Selain itu, stroller liner Mamaway sangat ventilasi dan menggalakkan peredaran udara. Sokongan 3d yang dipatenkan mampu menampung berat bayi, tidak kira berat berapa daripada kendur.
Paling best, 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Mamaway ni sangat serbaguna. Boleh digunakan untuk apa sahaja. Ringan dan mudah alih, pelantar kami direka bentuk agar sesuai dengan kebanyakan tempat seperti carseat, car basket dan semestinya stroller.
Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner menyediakan keselesaan termal optimum untuk bayi apabila mereka keluar. Tidak lagi berpeluh, dan berpanas. Diperkaya dengan teknologi yang disahkan NASA. Telah mendapat Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria serta Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201). Jadi jangan ragu-ragu lagi ok. Korang boleh tengok stroller liner Mamaway ni di Mamaway website ( 3D Shock Proof Universal Stroller Liner )
Untuk tau lebih lanjut boleh layari
Website : https://my.mamaway.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mamawaymy/
Biasanya budak2 tak berapa suka duk dalam stroller kan. Mungkin kurang selesa dengan stroller tu. Kalau ada benda ni rasanya diorang lagi suka kut :)
ReplyDeleteada budak2 suka duduk dalam stroller, ada budak yang tak suka. depends pada kanak-kanak sebenarnya. macam anak kawan saya, dia suka sangat duduk dalam stroller, sampai umur 5 tahun masih duk dalam stroller. anak saya yang no 2 ni suka duk stroller, tapi anak no 1 tengok mood dia.
Deletesaya sangat suka stroller liner. boleh jadi pelapik yang selesa untuk baby tido. thank you nad for sharing
ReplyDeletemenarik 3 in 1..ada baby nanti boleh try yang ni
ReplyDeletepenting benda ni. sbb material stroller kdg2 x slesa. anak mudah bpeluh. dlu pn beli pelapik jgk. bgs yg ni..
ReplyDeleteMenariknya. Anak selesa duduk dalam tu, kita pun seronok. Takdelah dia meragam..
ReplyDeleteI like purple .. color yg sesuai sgt utk baby gegurl & boboi. Aspek keselamatan pun diutamakan .. superb !!
ReplyDeletewow... hebat lah.. stroller all in one cemni.Dl ina cari gak stroller.. tp anak dh besar ni.Nad,agak2 budak 2 tahun still bole duk dlm carseat tu tak?
ReplyDeletecanggih sekarang ni.. stroller liner pun ada shock absorber. Mesti anak lagi selesa nak dok atau tido dalam stroller...
ReplyDeleteBagusnya Farhanah, behave je dia duk dalam stroller. Emi takde pengalaman sangat dengan stroller bagai ni. Tapi tengok ni mcm bagus je.
ReplyDeletebaru tau ada cooling gel jugak di situ .. baguihhh
ReplyDeleteNampak selesa sangat Farhanah duk atas stroller bila ada lapik liner tu. Nti leh rekomen produk ni kat akk CR
ReplyDeleteKakfiza ada guna jugak, tapi brand lain. Besttt eh yang ni
ReplyDeleteWahh! Best jugak eh brand ni... boleh suggest dkt kakak ni...
ReplyDeleteBaguslah ada stroller liner mcm ni. Boleh rekemen kat kawan2 yg ada baby.
ReplyDeletebgs yer boleh guna bila ke tempat awam
ReplyDeleteBagusnya sebab ia serserbaguna , boleh jadi carseat juga .. stroller pun penting gak utk baby
ReplyDeleteSng ada liner pad ni..dulu2 k.el main lapik ngan kain baby tu jer..yg ni sng boleh basuh n antibakteria eh
ReplyDelete2 in 1 bagus..
ReplyDeletennt nak usha jugak...sesejak kena jd babysitter ni...macam-macam nak kena beli...sbb tilam dia pun dah kotor sbb kena air la, kena muak muntah dia laa
ReplyDeleteSenang jugak ada stroler liner ni. Xdelah berpeluh panas. Dan blh jaga stroller nmpk mcm baru je
ReplyDeleteDah lama cari liner camni, tq Nad sudi share.
ReplyDeleteBagus ada camni, kalau pampers'terbocor' tu senang nak cuci hehe
ReplyDeletemcm nak beli pula. kita xda anak lgi. tpi nak bgi anak buah sbb kuat meragam bila dlm stroller ��
ReplyDeleteZira tengok diam je farhana, duduk dalam tu mesti selesa tak meragam
ReplyDeleteselesanya stroller ni
ReplyDeleteWith regards to growing up kids and encouraging Janice Warren them about our general surroundings toys assume a significant job. Playing with toys readies the kids for their social job.
ReplyDeleteIt's for a long time now parents are using baby strollers for its convenience and reliability. But how often do people choose new baby stroller thinking about its safety for babies.
ReplyDeletestroller cup holder