hai assalammualaikum

Breena Beauty Sponge & Brush Clenaser

Makeup Tips : Alatan Makeup Perlu Dicuci 

Breena Beauty Sponge And Brush Cleanser  - Yang suka makeup, mesti ada alatan makeup yang korang gunakan seperti sponge dan brush. Ada pembaca nad yang dekat sini, tak pernah basuh alatan makeup dia ke? Aduii janganla macam tu, penting tau basuh alatan makeup, sama juga macam korang basuh muka nak jaga muka, macam tu juga korang kena jaga alatan makeup. Yela, alatan kita pakai tu, kita pakai dekat mana? muka kan?, jadi, kalau korang nak muka bersih, alatan makeup pun kenala bersih. Ni bertahun guna, tapi tak pernah bersihkan..macam mana la muka tak bertambah teruk nanti. Lagi yang kerja sebagai jurumekap, wajibla basuh alatan makeup tu. Salah satu pencuci alatan makeup yang nad guna iaitu Sponge and Brush Cleanser dari Breena Beauty.

Alatan makeup yang kita pakai tu, mestilah kena dibersihkan supaya bakteria-bakteria dan kotoran lain yang ada pada alatan makeup tidak merosakkan muka kita. Ni merupakan sebagai langkah asas untuk menjaga kebersihan. Sedangkan mainan anak pun nad basuh, apatah lagi alatan makeup nad..huhu.

Alatan makeup perlu dicuci

Untuk alatan makeup yang korang pakai setiap hari, mestilah dicuci seminggu sekali, kalau yang jarang-jarang tu bolehla cuci dua minggu sekali. Nak basuh pun kenala pakai pencuci yang bersesuian. Kadang orang pakai sabun biasa je nak basuh, kalau ok takpela. Tapi macam nad, sebolehnya cari pencuci khas untuk alatan makeup. Pencuci Sponge and Brush Breena ni memang best. Korang boleh dapatkan dekat website breenabeauty.com , harganya murah sahaja, cuma RM15.

Pakai pencuci yang bersesuaian

Bila pakai pencuci khas ni lagi betul-betul bersih kan. Breena Beauty's Sponge & Brush Cleanser perlahan-lahan menghilangkan solek, kotoran, bakteria dan minyak di span dan berus solek. Ia dirumuskan dengan antibakteria serta membantu menghilangkan kotoran dengan mudah serta melindungi dari kuman. Tidak menghasilkan buih berlebihan yang menjadikannya mudah dibersihkan.


Boleh tengok video nad basuh alatan makeup dengan Breena Beauty's Sponge & Brush Cleanser.

Cara menggunakan: Basahkan span  atau berus . Tuangkan cleanser makeup Breena  perlahan-lahan dengan jumlah yang sederhana pembersih ke span basah / berus  untuk membuat lather. Bilas span / berus, dan tarik air yang berlebihan. Ulangi apa yang perlu dan biarkan span / berus untuk kering rata di kawasan pengudaraan yang baik.

Best sangat Sponge & Brush Cleanser Breena ni

Hasilnya memang best, semua alatan makeup memang bersih-sebersihnya. Takda bauan wangi tapi dapat tengok memang mudah kotoran ditanggalkan. Korang boleh dapat kan cleanser Breena ni di SINI.

Breena Blending Pearl Sponge 

Satu lagi produk dari Breena Beauty yang nad suka ialah Sponge dia. Nad kalau apply foundation memang lebih suka guna sponge berbanding berus. Sebab pakai sponge lagi rata, cantik dan kemas. Sebelum ni nad pakai sponge jenis keras, tapi bila dapat cuba sponge Breena ni, aduii, best giler!!.

Sponge yang lembut dari Breena Beuaty, Blending Pearl Sponge

Lembut sangat sponge Breena ni, macam marshmallow. Masa nak guna, memang sedap je dap,dap dekat muka. Kemas je foundation dan concealer bila guna sponge Breena Blending Pearl ni.


Boleh tengok video nad guna Breena Blending Pearl sponge ni. Syok habis.

Sponge ni ada dua jenis warna, satu pink satu hitam. Harga sponge ni RM35. Bila dibasuh je, masih lembut dan masih kekal dengan bentuk asal. Kalau korang nak boleh tengok di SINI.

Boleh layari https://www.breenabeauty.com kalau nak alatan makeup yang lain.
SHARE 31 comments

Add your comment

  1. Waahh! menariknya. Rasa macam nak beli jugak la

    ReplyDelete
  2. Ooo... Tak de laaa mahal mana rupanya. RM15 berpatutan. Kak nina tak reti make up tapi tertarik dengan set brush tu. Nak pi usha laaa

    ReplyDelete
  3. Memang tgh cari brush dan sponge cleanser ni.. harga pun murah.. pearl sponge breena pun mmg best lembut je..kena beli lg nnt buat spare

    ReplyDelete
  4. banyak tengok positif feedback produk breena beauty ni lagi2 sponge dia.teringin nak cuba tak beli2 lagi.semua produk dia harga berpatutan kan tapi kualiti terbaik

    ReplyDelete
  5. Hehe emi jarang nak guna berus mekap bagai ni. Sebab lagi prefer guna jari je, kekeke. Tak reti sangat la nak guna berus. Rasa macam lambat.

    ReplyDelete
  6. Huhu, kalau basuh pakai air biasa bolehkan. Baru plan nak beli lagi berus

    ReplyDelete
  7. Wajib ada pada setiap wanita. Nak cantik kan?

    ReplyDelete
  8. essential for every women.. great brush.. let's use it for make up n become more prettier.. hehehe.. great one..

    ReplyDelete
  9. Iday tak pakai makeup sangat tapi pakai beauty blender, macam best pulak tengok breena punya. siap ada jual cleanser untuk brush sekali. nanti nak check website diorang

    ReplyDelete
  10. Oh yes I am using this makeup cleanser for my makeup sponge and brushes too. Its better to use the correct cleanser so that the brushes and sponge are always in good condition.

    ReplyDelete
  11. Okay nak believe satu utk brush kesayangan saya, tak nak kotor kotor lagi

    ReplyDelete
  12. Breena ni brand yang one of the blogger buat jugak kan? Kalau tak silap Fadzi lah kan. Tak ingat dah sape name blogger yang produce brand breena ni.

    ReplyDelete
  13. Wah nampak menarik brand makeup ni. Harga pun murah dan suka packaging die cantik nmpk mcm produk luar negara. Sponge tu comel.hehehe

    ReplyDelete
  14. Ruby suka guna Breena Beauty ni. Sponge dia lembut je. Lepas tu dah ada pencuci. Memang best! Lengkap dah. Sekarang tak perlu cari jenama lain. Breena ada berus, sponge, pencuci dan lip matte. Yahooo

    ReplyDelete
  15. saya dah beli berus dari Breena nie..memang best berus dia padat dan lembut memudahkan sy pakai foundation..i like it..😊😍

    ReplyDelete
  16. sebelum ini pernah gak terfikir, alat-alat makeup pompuan ni, diorang basuh ke idok sebenarnya? hehe

    ReplyDelete
  17. brush dan beauty blender dengan wanita berpisah tiada. kadang sy tengok kakak sy punya brush make up,r asa macam pening pon ada. banyak betul brush nya. macam2 jenis pulak tu. dan setiap brush ada fungsinya yg tersendiri. lagilah sy pening. hahahaa

    ReplyDelete
  18. Akak jarang guna bberus mekap tp guna gunage..rasanya perlu perlu cuci jugak kan..x kan nak beli pakai buang je.kalau nak ikut make up nyer kkeperluan..huii..x terbeli la..haha

    ReplyDelete
  19. Eh. Macam best plak cleanser nie. Nampak gaya macam Rawlins kena ambil satu gak la.Penting penjagaan brush dan beauty blender nie

    ReplyDelete
  20. Orang perempuan kalau dalam almari atau meja makup mereka tak ada semua peralatan ini tak sah dan tak lengkap hehehehe tahan jer lah para suami sebab barang suami selalu ada satu atau dua jer atas meja makup tu hehehehe....

    ReplyDelete
  21. Makasih ya tipsx kece badai ok. Selama ini klo alat makeupx udah kotor ya dibuang saja ternyata bisa di cuci ya

    ReplyDelete
  22. Kita ni berus2 mekap memang takde. Haha
    Dasar tak pandai mekap2.
    Teringin nak beli. Tapi x reti nak guna.
    Ada pun span mcm tlur tu je. Haha
    Tapi memang ada baca, kna cuci alatan mekap ni.
    Tak elok biarkan tak cuci.
    Mcm kita dlu cuci pkai mandian jonhson bby tu je nad. 😅

    ReplyDelete
  23. Bagus jugak ada pembersih alat makeup,kak pun xtau ada pembersih utk alat makeup

    ReplyDelete
  24. Geram tengok color brush dan spounge dia tu.. macam gebuss je.. TB banyak jugak alat2 makeup ni tapi.. ya ampunn.,. tak pandai.. guna.. jangan expired sudah.. heee

    ReplyDelete
  25. Dah tgk dah brush dan sponge Breena Beauty ni, mmg lawa. Berkenan jugak nak beli.

    ReplyDelete
  26. Suka betul tgk sponge tu...lain dari yg lain

    ReplyDelete
  27. menarik ada pencuci sponge dan makeup tu. Sponge tu nampak menarik. macam nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  28. Wah breena dh keluarkan cleanser brush la.. Murah lak tu.. Wawa ni kdg2 lupa basug brush makeup sbb xde sabun.. Hahhaa. Boleh try lps ni

    ReplyDelete
  29. Kadang2 basuh guna pencuci muka je

    ReplyDelete
  30. Betul kena cuci. Kalau kotor kang iritasi pada kulit pulak kan. Akak sejenis yang calit bibir dan mata je so tak pakai la brush bagai ni.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2