hai assalammualaikum
Suka Giler Hot & Roll Ni - Hot & Roll ni dah lama ada dekat Tesco Ampang ni. Setiap kali lalu depan kiosk dia, nad perhati je, sedap ke, apa yang sedapnya? Sebab nad pernah makan bentuk macam ni, tapi tak sedap. Tu ang tak pernah cuba Hot & Roll ni. Sampaila, suatu hari tu, keinginan nak rasa membuak-buak macam tu kau..hahaa. Yela, selalu perhati je, tiba-tiba cakap dalam hati " arrghh nak rasalah "..jadi belilah kita.
Bila dah sampai kedai tu, mulalah kau terpinga-pinga, nak pilih yang mana. Biasalah banyak sangat menu, perisa yang ada. Kang kau pilih yang salah dan tak sedap, mesti au rasa membazirnya beli..arghhh..Mulalah, terjenguk-jenguk menu apa yang ada. Pilih inti satu hal, wrap pun satu hal..hahaa..Lama juga depan kedai tu nak pilih. Sambil tengok orang order..hahaa. Almaklumla, tak pernah beli..hah, mengagau kau depan kiosk dia tu.
Tapi kedai Hot & Roll tu dekat sini memudahkan nad nak memilih akhirnya. Lepas lama perhati, nad dah tau la bentuk wrap macam mana, isi mana yang sedap. Macam wrap dia ada tunjuk bentuk-bentuk wrap, ada wrap jenis rangup, paratha atau capati. Ada juga pizza. ada juga yang jenis inti manis macam coklat campur pisang macam tu. Kiosk ni dia ada tunjukan warna, contoh macam warna hijau popular orang beli..hah macam tu la.
Dah lama kau tenung menu, akhirnya ambil wrap penuh isi beef cheese. Doa, harap-harap sedapla..hahaa. Tengok diaorang masak, baunya pun dah harum. Leka tengok diaorang masak, sampai lupa nak amik gambar..hahaha. satu-satu diaornag buat. Mula masak wrap dia, lepastu beef dia. Baru letak beef dekat roti tu then letak sayur dan cheese..
Lpeas dapat makan, waduhh, sedap weii. Makan panas-panas sebab dia masak lepas kita order. Makanan ni boleh je di makan kanak-kanak juga. Serius sedap. Lepas beli sekali, pergi Tesco lagi, nad beli lagi Hot & Roll ni..hahaha. sebab haritu kongsi dengan laki kita, belilah lagi sekali baru puas makan sorang-sorang..hahaa.
Nak cari Hot & Roll ni senang, ada je dekat mana-mana shopping mall. Harga pun murah je. Kenyang juga makan satu wrap tu..Lepas ni nak rasa lain pulak..hehee.
sedapnya.. nanti boleh la cuba makan ni
ReplyDeleteAda pelbagai inti eh.. Antaranya apa nad yang sedap?
ReplyDeleteFavourite sangat hot and roll. Ai suka crispy chicken and cheese extra pedas mayonis lebih. Fuhhh sedap.
ReplyDelete