Manfaat NH Colla Plus 3 Untuk Kulit
Nak Cantik Macam Janna Nick, NH Colla-Plus 3 Rahsianya - Nad tau, sekarang ramai yang ambil minuman kolagen, tidak kira perempuan mahupun lelaki disebabkan khasiatnya yang mampu mengembalikan keanjalan dan mencantikkan kulit. Almaklumlah, semakin usia kita meningkat, kolagen dalam badan semakin terhapus dan dari situlah penuaan wajah semakin ketara...sebab tu lah kolagen sangat penting. Nak cantik luar mestilah kena jaga bahagian dalam kan. Nad sendiri ada ambil minuman kolagen. Minuman kolagen yang nad cuba minum sekarang, NH Colla-Plus 3, minuman botani anggur dengan Yis Seramida. Minuman ni Janna Nick pun ambil tau, pelakon, pengacara terkenal tu.Meet And Greet Bersama Janna Nick
Haritu nad berpeluang dapat berjumpa dengan Janna Nick di Majlis Meet And Greet Bersama Janna Nick di IOI City Mall Putrajaya. Nak tengokla lawa ke tidak macam dekat tv tu!! Seriusla, bila dia datang je, tengok muka dia, lawa sungguh. Kulit licin, cantik, nampak muda remaja kau. Jeles pulak kita. Peramah pulak tu, manis sangat orangnya. Sanggup layan peminat dia yang ramai tu untuk bergambar. Suka sangat dengan Janna Nick ni uiii. Cara dia bercakap, sama je macam dekat dalam tv..pot pet..pot pett..hehee..Terhibur tengok gaya dia tau.
Kalau korang nak tau, Janna Nick merupakan duta NH Colla-Plus 3 ni. Selalunya, sebelum nak jadi duta, wajibla dia ambil dan cuba dulu produk ni kan. Dia pun kongsi apa perubahan yang dia alami selepas ambil NH Colla-Plus 3 ni. Sebagai pelakon dan pengacara, kerja selama 18 ke 20 jam memang lama, dan semestinya rehat tidak mencukupi. Selalunya bila kurang rehat ni, muka akan lesu, naik jerawat, kurang bermaya, tapi bagi Janna, perubahan yang dia dapat, muka nampak glowing, dan paling ketara selepas pengambilan 3 hari, kulit jadi licin je..woww!!..Ya, nad tengok depan-depan, kulit Janna, takda cacat cela, memang cantik sangat, lembut je tangan dia..kagum ok..
Sebab tu nad pun minum ni, nak cantik macam Janna kan..hahaa. NH Colla- Plus 3 merupakan jus buah-buahan yang mengabungkan kebaikan semulajadi anggur hitam dan merah dengan manfaat kebaikan teh hijau plyphenol, yis seramida, ekstrak zaitun dan kolagen marin.
Formula unik NH Colla Plus 3 mempunyai rasa pahit, yang sedikit yang berasal dari 'bahan-bahan semulajadi. Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi 100% dan tanpa bahan pengawet, perasa sintetik, pewarna dan bahan tambahan kimia. Nad dah rasa sendiri, memang rasa masam-masam kelat macam tu. Tapi masih boleh diminum masuk ke tekak terus, tanpa perlu tutup hidung..hehee.
Keistimewaan Yis Seramida dan Ekstrak Zaitun (15% Hydroxytyrosol)
Keistimewaan NH Colla-Plus 3 ni ia mempunyai Ekstrak Zaitun (15% Hydroxytyrosol) dan Yis Seramida. Kajian menunjukkan bahawa Yis Seramida dan ekstrak zaitun adalah dua ramuan kuat yang memberikan kulit yang lebih sihat apabila digunakan dengan kerap.
Seramida merupakan komponen membran sel yis yang boleh dimakan yang membantu dalam memulihkan kehilangan ceramida pada kulit kita. Ramuan seperti ini penting dalam menyokong struktur kulit kerana ia membantu untuk membina semula dan mengekalkan kelembapannya, menghalang pengeluaran melanin dan mencerahkan pigmentasi kulit. Apabila digabungkan dengan kolagen, ia meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan kita
• Membantu menambah seramidayang hilang disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan penuaan yang keras.
• Meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit.
• Memulihkan dan mengekalkan kelembapan.
• Membantu menghalang pengeluaran melanin dan mempromosikan kesan pencahayaan pigmen.
• Menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedut dan garisan.
Sementara itu, ekstrak zaitun mengandungi hydroxytyrosol, yang merupakan antioksidan kuat yang dapat meringankan bintik-bintik dan mencerahkan nada kulit. Aktifkan antioksidan glutation untuk menyokong kecerahan kulit kita.
Cara pengambilan;
Hari 1 hingga 6: Makan satu botol setiap hari pada perut kosong pada waktu pagi atau sebelum waktu tidur.
Hari ke 7 dan seterusnya: Ambil satu botol setiap hari ganti.
Sesuai untuk Semua
• Umur 18 tahun ke atas yang mahukan kulit yang sihat dan cantik.
• Sesuai untuk Lelaki dan Perempuan
• Sesuai untuk semua jenis kulit, dengan atau tanpa masalah kulit.
Kesan pengambilan NH Colla-Plus 3
Macam biasalah, kesannya mungkin berbeza mengikut badan masing-masing. Yang penting consume minum. Nad minum mengikut seperti yang disarankan. Nad dah minum 6 botol, dan alhamdulillah, nampak perubahan pada kulit nad. Kulit makin lembap dan muka pun tak nampak penat walaupun tak cukup tidur, jaga dua orang anak ni ha. Nad dapat rasa, lepas minum botol yang ke 4. Kulit pun rasa licin je..hihihi. Memang kena beli lagi la ni nampaknya.
Setiap bahan di dalam NH Colla Plus 3 apabila digabungkan, ia membentuk ramuan yang kuat untuk memberikan kulit yang licin dan lembut. Ia juga mengandungi kolagen laut sebagai bahan sokongan untuk membantu mencapai kulit yang kelihatan muda. Botol nampak kecik, tapi kelebihannya menakjubkan.
Harga:
NH Colla-Plus 3 ( 6 botol x 50ml) : RM48
NH Colla-Plus 3 (12 botol x 50ml) : RM86.80
Korang boleh dapatkan NH Colla-Plus 3 di semua Watson yang berdekatan dengan korang. Nak beli online pun boleh, lagi senang kan..Terjah https://www.watsons.com.my/ sekarang. Nak cantik macam Janna Nick tak, jom la kita minum NH Colla-Plus 3 ni..hihi..
waaa~ cnteknya Janna Nick.. ^^
ReplyDeleteMakin cun arr Nad pasni.
ReplyDeleteNanti nak tengok kat watson la
ReplyDeleteWah wahhhh pasni mesti flawless macam Janna Nick jugak awak. hehehe
ReplyDeletemuka nad pun dah mcam janna lah
ReplyDeleteadoiii nak kena try ni..
Mesti lepas ni muka nampak muda je kak nad. Cantik je tiap hari
ReplyDeleteoh ini rahsia Janna Nick ya... nak kena cuba ni.
ReplyDeleteIsi kandungan produk ni nampak semua khasiat bagus. Nanti nak cuba la. Sebab memang mencari minuman tambahan utk antioxidant. Manis or masam rasa dia Nadia? Kita takleh minum manis. Huwaaaa.
ReplyDeleteRawlins suka rasa NH nie. Sedap. Lagi2 jika diminum dketika sejuk. And yes, Janna memang cantik, ramah dan langsung tak sombong.
ReplyDeleteMurah jugak lah hrga produk ni.. Ada kat watson senang lah nak cari nanti
ReplyDeleteKita pun boleh cantik macam Janna Nick ker hehehehe nak putih jer tak nak cantik sangat nanti ramai tergoda... produk ni yang ada banyak promote kat drama tv tu yer ok....
ReplyDeleteKulit Janna Nick ni cantik. Pandai pilih duta ye. Tak pernah pula rasa produk ni. Kalau untuk kesihatan kita why not kan?
ReplyDeletegreat to meet up janna nick... this products looks good.. everyone looks for collagen products.. good for skin... looks younger..
ReplyDeleteMemang nampak cantik. Lain dan sesuai dengan rambut macam ni dengan Janna Nick. Nak kene maintain tu la nak nampak keberkesanannya. Beli yg 12pax jimat sket na.
ReplyDeleteNak juga kulit macam Janna Nick. Kirs worth it lah 6 botol rm48. Kira sebotol rm8. Okaylah. Murah tuh. Nampak gaya kena beli jugak.
ReplyDeleteWahh packaging kaler purple, my fav kaler. Terus rasa nak cuba gak lah hehehe
ReplyDeleteyg pahit itu ubat ....bagus ada produk camni
ReplyDeletejanna nick jadi duta produk ni er? patutla dia cantik. amalkan makan collagen rupanya. dan harga pon not bad. nanti nak try usha2 produk ni. hehe
ReplyDeletememang dah kena janna nick jadi duta produk ni.. cantik betul dia kulit pun mulus je. harga produk pun tak mahal sangat
ReplyDeleteWah.. Cantiknya jannah nick.. Semakin cantiklah nad pas ni... Hihihi
ReplyDeleteAlamak makin ramai la jadi janna nick copy no. He berguraw. Nampak menarik collagen ni. Pertama kali tahu pasal yis seramida tu. Banyak betul manfaat untuk kulit ya. huh
ReplyDeleteAda kat Watson ya.. Harga pun manpu milik.. Mudah nak cari bagi sesiapa yang beeminat nak cuba..
ReplyDeleteSaya kalau produk jual dekat watson ni mmg suke terus nak beli. Sebab selalunya mmg produk2 yg lepas piawaian je masuk watson ni. Bila dh meningkat umur dan bilangan anak ni rse mc nak kne jgk ambil suppliment utk kulit. Thanks nad for sharing.
ReplyDeleteI pun nak cantik macam Janna Nick, will check out the collagen drink
ReplyDeletemakin marvelous la mummy fariza lepas ni, hehe. emi dah lama stop dari ambil apa2 supplement. nak kena start balik nampak gayanya.
ReplyDeleteAlaaa nak jugak kulit cantik halus mulus macam JN tu, lepas ni makan cantik la nad ye
ReplyDeleteoh ada hari tu akak tengok kat tv janna nick minum colla plus ni :)
ReplyDeletepenaja drama apa lupa pulak.
ah no wonder Nadia looks so pretty. let's get more prettier by drinking this more often. happy and beautiful mummy hehe
ReplyDeleteCantik nya dia depan-depan, tinggi pula tu. Tak lama lagi lepas minum kolagen ni, lebih cantik macam Janna la eh. :D
ReplyDeleteTengok dalam tv pon da nampak cantik kulit die. Apa lg jumpa depan kan. Nad pon cntik da mcm janna
ReplyDeleteTingginya Janna.
ReplyDeletewah, untung jumpa orang cantik cam Janna Nick ni... Lepas ni Nad pun akan menyusullah tu.
ReplyDeletePatutla Janna Nick cantik..minum Collagen ni rupanya
ReplyDeleteSis .. Ibu memgandung boleh consume ke
ReplyDeletealamak tak sure la..
DeleteHari ke tujuh hari ganti tu cmna..saya baru 2hri minum..
ReplyDeleteUntuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh mengambil sebotol setiap hari untuk 6 hari pertama ataupun sehingga berpuas hati. Selepas itu, barulah tukar ke sebotol selang sehari. Maksudnya hari ke tujuh selang sehari
Delete