hai assalammualaikum

Photoshoot Dan Makan Dalam Air BBQ Lamb KL Kemensah - Tempat paling best untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Suasana yang dikelilingi hutan, nature, sejuk dan nyaman je. Mana lagi kalau bukan tempat yang dah popular ni, BBQ Lamb KL Kemensah. Tempat ni nad pernah datang untuk berbuka puasa tahun lepas 

Memang best dengan makanan bbq yang sangat sedap. Bestnya dekat sini, boleh makan dalam air..tu yang best..hehee. Sambil makan, sambil rendam dalam air. Tempat ni pun sesuai untuk buat event apa-apa tau, seperti sambut hari lahir, candle light diner, photoshoot ataupun shooting.




Photoshoot Di Kawasan BBQ Lamb KL Kemensah

Hah!!, cakap pasal photoshoot, haritu nad ada job photoshoot dan memilih BBQ Lamb Kemensah ni sebagai tempat untuk mengambil gambar. Dah memang sesuai tempat ni dengan produk yang nak dishootkan tu..ehhee. Produk apa, hah tunggu la ye..hehee.




Behind the scenes masa photoshoot. Siap masuk dalam air lagi..hehee..Ni antara kawasan dia. Tempat ni takdela luas mana, tapi disebabkan menarik tu yang sesuai buat photoshoot.

Menikmati Makanan Dalam Sungai

Lepas photoshoot mestilah lapar. Hah!!, boleh terus makan dekat sini. Konsep makan dalam air tu yang membuatkan tempat ni menarik perhatian pengunjung. Dengan makan makanan berbbq di atas air yang sejuk, memang menikmati sungguh la. Ni pertama kali nad rasa makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah ni.




Menu dekat sini ada set dan ala carte. Harga pulak serendah dari RM80 untuk dua orang sehingga harga RM100 ke atas untuk 4 ke 6 orang makan. Disebabkan nad pernah rasa masa berbuka puasa haritu, memang tak dinafikan, makanannya memang sedap. 

Semua makanan bbq mereka masak menggunakan smockhouse yang dibina mereka sendiri. Boleh tengok diaorang masak depan mata..ehehe.




Ni hidangan set daging yang nad makan pada hari tu. Satu set daging didatangkan dengan nasi herba, pelbagai jenis daging ( lamb grill, chicken grill, smokey duck, beef tenderloin ), coleslaw, soup bersama dengan tiga jenis sos dan air lemon tea.

Dagingnya semua empuk dan lembut. Fariza pun boleh makan dengan mudah. Tak liat pun. Rasanya pun sedap


Satu lagi salmon. Ikan salmon,  kulitnyabrangyp dalamnya lembut.. Memang sedap


Sambil makan, kaki letak bawah air. Alahai, seronok sangat. Lagipun dah lama tak jejak air terjun kan. sambil makan,, dengar pulak deruan air sungai tu, sangat tenang, memang membawa kita dekat dengan alam semula jadi! Berehat sambil menikmati hidangan. Goyang-goyang kaki dekat air..hehee..

Hah!!, disebabkan haritu pertama kali makan, terkejut juga ada benda merayap dekat kaki. Ikan weii, ikan..Terkejut juga, ada ikan dekat situ..hahaa. Dia lalu lalang dekat kaki, memang boleh rasa. Geli juga bila dia langgar kaki kita kan. Terasa macam buat rawatan kaki guna ikan pulak..hahaa. Fariza jadi takut sebab dia pun rasa ikan tu..ahhaa. Owner tempat ni cakap, ikan tu boleh dikaut dan dibawa balik..mak aihh..seronok betul..hahaha.


Dah makan dalam air, anak pun mandi la dalam sungai ni..ahaha. Senang kan, sambil makan sambil layan anak.


Ada juga tempat kolam mandi.


Konsep makan dalam air ni ada waktu-waktu dia.

Operations Hours


Monday~Thursday
12pm~4pm (River dining)
3pm~6pm   (hitea)
6pm~10pm (dinner)

FRIDAY
4pm~6pm   (hitea)
6pm~10pm (dinner)

SATURDAY, SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY
Session
12pm~2pm
(River dining)
2pm~3.30pm
(River dining)
3.30pm~5pm
(River dining)
7pm~10pm (dinner)


Korang kalau nk menikmati keindahan alam, nak mencari kelainan tempat makan, yela asyik restoran je, asyik dapur je, apa kata makan dalam air ni. Air terjun pulak tu. Makan sambil dengar deruan air, boleh la datang ke

BBQ LAMB KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
012-211 4100 whatsapp

Location
https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p

Kau boleh book in advance or walk in je. Tapi if walk in, kau kene isi nama kat waiting list if kau nak duduk kat meja yang dalam sungai tu. If nak duduk meja atas darat, no need beratur, just straight away duduk/order. Tapi disarankan supaya booking dulu, takda la kau tertunggu-tunggu lama kan. Kalau dah direservekan, kan senang. Datang terus duduk dan makan.

Nak tau lebih lanjut pasal tempat ni, korang boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Contact : 012-211 4100
SHARE 31 comments

Add your comment

  1. tu diaa...photoshoot dh ala2 model gitu..dlm air...lepas photoshoot, makan plak..layannn..

    ReplyDelete
  2. bestnya. dah lama usha tempat nih.. teringin nak pergi..

    ReplyDelete
  3. Memang terbaiklah, one of its kind.

    ReplyDelete
  4. best yer nad. Teringin sangat nak pergi sini... tapi harga makanan tu macam tak mampu lagi..

    ReplyDelete
  5. Makanan dia nampak sangat menyelerakan..
    Bolehlah nak cuba satu hari nanti..
    hehehehe

    ReplyDelete
  6. cantiknya makeup! amboi sampai ke dalam air eh photoshot hehehehe sha tengok gambar gambar makanan kat bbq lamb kl ni pun dah tau sedap sedap, harga pun berpatutan! nanti turun kl kena try ni

    ReplyDelete
  7. Perghhh, harus di coba ni hehe. Sedapnya nad lamb grill tu and harganya worth sangat. RM100 utk makan 4-6 orang kira ok la kan, sekali-sekali makan sambil menikmati keindahan air terjun. Kena masukkan dalam list ni heee.

    ReplyDelete
  8. seronoknyaaa. memang pengalaman menarik ni photoshoot dalam air siap hihi.makeup pun nampak cantik je walau dah kena air.teringin lama dah nak makan sini tapi jauhhh.menu dia semua nampak sedap

    ReplyDelete
  9. Selalu nampak nad share pasal tempat ni.. Teruja rasa.. Ada rezeki nanti nak ajak family ke sini lah.. Nak try konsep makan dalam air tu nampak best

    ReplyDelete
  10. waa bestnyaa, dah selalu jugak dengar pasal bbq lamb kat situ memang nampak menarik betul. cantik dan tenang jee tengok suasana kan mesti hasil gambar photoshoot tu pon kebaboom hehe! bbq tu pon semuanya nampak sedap2 belaka, nnt nk try jugaklah pergi dgn family 😍

    ReplyDelete
  11. Nad tak sejuk ke photoshoot dalam air weh hahaha. Tapi power jugak make up tu tak rosak eh. waterproof. cantik pulak tu

    ReplyDelete
  12. Akak pun suka makan kat sini...set untuk 2 orang pun macam susah jer nak habiskan...untung nad ada pengalaman manis photoshoot kat sini....owner pun peramah sangat kan...

    ReplyDelete
  13. Lama dah teringin pi sini, best betul!

    ReplyDelete
  14. first time tengok tempat ni. sambil makan sambil main air :)

    ReplyDelete
  15. Kita suka makan kat sini dan datang sini memang best dan menarik seronok sangat... Rasa macam nak datang lagi tapi musim hujan ni kena tengok cuaca takut datang tak dapat makan dalam sungai hehehehe tapi ada kawasan berbumbungkan...

    ReplyDelete
  16. Sedapnya menu kat bbq Lamb kemensah ni. Nak Cuba daging kambing kat sini . Bestnya photoshoot siap posing dalam air. Lawa .

    ReplyDelete
  17. Bestnya makan kt Bbq lamb KL kemensab ni. Dah 2 kali kesana insyaallah nak dtg lagi. Bukan leh makan daging grill yg sedap. Nk mandi pun boleh. Budak2 mesti seronok. Btw bestnya ad sesi photoshoot siap ad abg ben lagi. hehehe

    ReplyDelete
  18. Wahhhh bestnya, sambil makan sambil berendam hehehe Iday pernah lalu sini masa pergi mandi air terjun dekat sini. Memang ramai betul orang.

    ReplyDelete
  19. NIe macam konsep family BBQ kat kampung Rawlins hehehehe sebab rumah tepi sungai kan. Nampak lazat la makanan yang ada. Eh.. bila nak keluar pic photoshoot tu... nak tengok

    ReplyDelete
  20. Wah syoknya makan dalam air... Kita teringin nk try kt sini tp xdapat2.. Sempat lalu je kemensah ni. Huhu.. Suasana best smbil2 mkn smbil rendam kaki.. Hehehe..

    ReplyDelete
  21. Bestnya nad. Siap photoshoot dalam air lagi tu. Cantik sangat. Konsep makan dalam air sekarang dah banyak kinah dengar sejak dua menjak ni. Tapi tak pernah cuba lagi. Ada masa nanti bolehlah ke sini mencuba, nampak macam sedap je 😋

    ReplyDelete
  22. Teringin nak
    Makan kat sini. Macam best dan menarik jer. Sekali sekala datang berphotoshoot dan makan besar bersama keluarga pasti
    Menarik

    ReplyDelete
  23. wah.. dah berbeza tempat ni dulu dan sekarang.. TB pernahpi sekali je dulu.. masa tu macam tak popular lagi tempat ni.. sekarang ni bestnya tengok macam-macam ada.. suka tengok pemandangan kat sana

    ReplyDelete
  24. Kalau ayu ni satu pengalaman manis ni..sbb x pernah lagi terlibat dgn apa2 pengambaran. Kalau anak tu ye

    ReplyDelete
  25. Aduhh selalu juga lah baca orang datang kesini tapi tak kesampaian lagi nak kesini sendiri. Tengok menu tu memang lazat je rupanya. Mesti best kan? Tengok gambar keliling nya pun macam2 ada..

    ReplyDelete
  26. Nice to be visiting your blog again, it has been months for me. Well this article that i've been waited for so long. I need this article to complete my assignment in the college, and it has same topic with your article. Thanks, great share. Dallas photographers

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2