hai assalammualaikum

Makan Bersama Keluarga Di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall - Dah lama tak makan steamboat ni oii. Bila nampak ramai kawan makan dekat Pak John Steamboat & BBQ, mulalah terliur. Lama dah tak pergi Pak John ni. Dulu makan, masa dia buka dekat Ecurve, lama dah. Teringat dengan daging slice dia yang lembut dan sedap tu. Dan haritu, nad ajak suami makan dekat Pak John Steamboat & BBQ ni dekat IOI City Mall. Saja pergi jauh sikit nak ajlan-jalan sekali kan..hehee.



Pak John Steamboat & BBQ merupakan restoran bufet yang menghidangkan 160 aneka jenis makanan yang berkualiti dan segar ada di sini, serta mempunyai aneka jenis sos dan semestinya kedai ni adalah Halal. Restoran yang sangat sesuai makan bersama keluarga.

Pak John Steamboat & Grill IOI City Mall di Ground Floor

Tengok sahaja keluasan kedai ni, memang sangat besar dan luas dan boleh menampung ramai orang dalam satu masa. Dekorasi yang sangat santai dan eksklusif memberi keselesaan pelanggan untuk makan di sini. Pelanggan boleh menikmati steamboat dan grill sama ada di bahagian dalam atau bahagian di luar. Layanan mesra dariapda pekerja yang sangat baik, cekap dan efisien.




Apa yang nad suka, satu meja untuk satu keluarga memang luas dan tak sempit. Pernah pergi kedai steamboat, meja sangat sempit, nak letak makanan pun susah, lagi ditambah alat untuk stemaboat dan grill tu. Tapi dekat Pak John, memang teratur je nak letak makanan walaupun ambil banyak. Meja tak sempit.


Pelbagai Jenis Makanan Yang Disediakan


Hah!!, ni namanya syurga makanan..hehee. Tengokla pelbagai ayam dan daging yang sudah diperap, tinggal grill je. Perapan pun macam-macam jenis.




Sayuran, seafood dan banyak lagi yang ada di sini.



Selain steamboat dan grill, dekat sini pun ada makanan bergoreng. Nasi goreng, mihun dan macam-macam lagi.


Ni pulak bahagian mee, maggi. Makan la sepuas-puasnya. Amikla banyak mana pun..hahaa.


Sos pun ada banyak, ambil je mana korang rasa nak. Ada manis, ada pedas, nak ambil semua pun takpe..hehee. Dekat sini pun diletakkan bahagian majerin dan minyak. Jadi ambil sendiri je. Konsep memang layan sendiri ye..hehe..


Paling best, dekat Pak John Steamboat & BBQ ni ia mempunyai pelbagai jenis sup. Kalau selalu kita makan sup biasa dengan tomyam kan, tapi dekat sini ada penambahan tiga sup lagi, iaitu sup kari, sup udang dan miso sup. Hah!!, ni yang istimewanya di sini. Sup ni yang menarik pelanggan nak ke sini untuk mencuba sendiri sup yang berbeza seperti ini. Tapi haritu nad ambil tomyam..hehee.


Menu Paling Diingati di Pak John Steamboat & Grill


Inilah salah satu sebab yang nad nak datang ke Pak John Steamboat & BBQ ni, daging slice lembu diimport dari Australia, daging kambing dari New Zealand dan hirisan itik dan abalone, memang pelengkap kepada menu steamboat dan grill ni. Memang tak boleh lupa bila makan dekat sini. Konsep dekat IOI City Mall ni, daging ni kena order sendiri dekat kaunter ni. Takut korang tercari-cari.


Apa lagi, jemputla makan..heehee.. Datang sini memang kena perut kosong, jadi bolehla sumbat semua makanan yang ada.




Budak kecik tu pun tak sabar nak makan. Sabar ye, bagi masak semua dulu, baru makan. Mana yang perlu dimasukkan dalam sup, kita masukkan, nak grill kita grillkan..ehhe. Memang sedap semuanyaa..Terbaikla..





Lepas makan mestila nak cuci mulut. Jangan risau dekat sini ada macam-macam jenis pencuci mulut ada. Kalau boleh semua kena rasa..hahaa.. Ada buah, sagu, aiskrim, ais kacang dan waffle dia..Sedap semuanyaa..


Air pun ada disediakan, takdenya dibiarkan korang tercekik..hehe.. Ada pelbagai jenis air yang korang boleh pilih.


Harga Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall

Apa lagi yang korang rasa tak cukup, rasa semuanya lengkap kan. Harganya pulak, korang boleh tengok di bawah ni.

Harga weekday
Adult: Lunch RM32.90+, Dinner 42.90+
Kids: Lunch RM17.95+, Dinner RM22.95+

*Lunch: 11am-5pm
*Dinner: 5pm-10pm

Harga weekend
Adult: RM42.90+
Kids: RM22.95+

Kids below 5 years old: EAT FOR FREE


Apa tunggu lagi, Jom datang bersama keluarga, kawan-kawan ke

Pak John @ IOI City Mall
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya, Sepang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 012-251 8289‬, 03-8957 1128
Website: http://www.pakjohn.com
Facebook: https://www.facebook.com/pakjohn.ytf/
Instagram: https://www.instagram.com/pakjohnsteamboat/




SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Sedapnyaa nad.Bila tengok ni terus teringat. adoiiiii telan ailioo nad oiii

    ReplyDelete
  2. selalu lalu je,xpernah singgah pun....
    next time boleh singgah la..

    ReplyDelete
  3. ehh,puashati betul lah dapat makan sini.Terjamin kebersihan,tengok tu cara susunan makanan tu..dapat tau dah.

    ReplyDelete
  4. Sedih tak pernah masuk dan makan @Pak John Steamboat ni. Asyik ramai orang je =__='

    ReplyDelete
  5. sedap ! serious sedap. lepas ni mimin nak share lahh pengalaman mimin sediri makan kat pak john ni pulak. hehehhe

    ReplyDelete
  6. Uiiii.. Meriahnya menu dia nad. Memang syurga mknn betul. Harga pun murah je. Memang dtng kena kosingkan perut tu.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya menu dia, boleh try ni tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete
  8. Kalau bawak family gi makan sini memang puas lah kan.. Lama dah ni tak makan steamboat..

    ReplyDelete
  9. banyaknya pilihan kat sini.. tengok sup dia pun ada banyak jenis. teringin nak pergi jugak!

    ReplyDelete
  10. Memang puas hati makan kat situ, I pun pernah makan with my family. Selection pun banyak, food is fresh and sedap giller.

    ReplyDelete
  11. Ehhh murah je set lunch dia, kena cuba pi makan sini.

    ReplyDelete
  12. Memang ramai yang cakap, makan kat sini berbaloi2. Haihhh nak kena pergi jugak ni

    ReplyDelete
  13. Tengok entry makanan ni memang terliur

    ReplyDelete
  14. Hari tu masa gi Putrajaya... ada gi IOI .. ada la nampak kedai ni kat situ, tapi sbb mungkin tak teringin nak makan, so tak adalah singgah. Dulu masa dating ngan wife, selalu la pergi Johnny .. huhu kat Ipoh.

    ReplyDelete
  15. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2