Fariza Seronok Membaking, Membuat Cookies Gingerbread Men Sendiri - Kalau dekat rumah, Fariza suka datang ke dapur, tengok apa nad masak. Mesti dia akan cakap " mommy apa tu,apa tu".."mommy sedapla bau, masak apa tu"..ahha macam tula. Lepas usia dia setahun, nad dah bagi dia pegang bawang, dan sayur. Fariza memang suka buat-buat kerja dapur ni. Jadi, disebabkan dia suka aktiviti memasak ni, nad bawa dia belajar buat cookies, benda baru bagi dia. Memang dia tak pernah membaking, sebab nad sendiri tak membaking..kihkih. Jadi nak bagi anak seronok macam mana nak membaking, nad hantar dia membuat cookies di White Lodge International Bangsar South.
Sebelum datang, nad google dulu. Tengok tempat ni memang bagus untuk anak-anak. Banyak aktiviti yang dilakukan dekat sini. Pertama kali nad tengok White Lodge International ni, terus cakap " wah, besar tempat dia, luas, banyak tempat, banyak bilik untuk pembelajaran "..mungkin setiap tempat ada cara mereka mengajar kanak-kanak ni.
Haritu, nad bawa Fariza untuk belajar membaking di White Lodge. Ya, ni pengalaman pertama Fariza membaking bersama cikgu dan kawan-kawan. Nad tau, dia seronok sangat bila sampai ke sini. Sebab, bila sampai je, dia nampak ada peralatan membaking terus dia ajak nad " mommy jom, jom masak "..hehee..Nampak keterujaan dia.
Bila cikgu dah panggil untuk pakai apron dengan topi, cepat je dia pergi. Dekat White Lodge bagusnya diajar satu persatu. Sebelum bermula, kenalah basuh tangan dulu. Kebersihan itu penting. Samalah macam apa kita buat dekat rumah kan. Lepas tu baru pakai apron dan topi.
Masing-masing tak sabar nak membaking. sebelum membaking mestilah ada resepi kan. Hah, resepi yang diberi dibuat dalam bentuk visual card yang siap dengan gambar. Jadi, budak-budak boleh paham. Cikgu pun, ada tunjuk satu persatu sebelum mula. Cikgu selalu berinteraksi dengan anak-anak.
Apa yang nad suka, semua cikgu dekat sini memang baik dan ajar anak-anak untuk membaking. Setiap seorang dapat peluang untuk membuat sendiri, memegang alat, menyukat dari mula sampai habis. Kalau korang nak tau setiap perkara yang anak-anak buat ada tujuannya. Seperti membaking, membolehkan kanak-kanak mengamalkan pelbagai kemahiran, seperti matematik, membaca, kefahaman, sains dan kemahiran motor ! juga belajar bahawa dengan bermain, kanak-kanak dapat merangsang dalam membina keyakinan dan berdikari. Selain itu, mereka fokus dalam membuat sesuatu. Hah!!, bukan suka-suka buat tau.
Dari membuat doh, membentuk cookies, sehingga memasak diaorang buat. Memang nampak menyeronokkan. Fariza dapat buat dengan kawan baru..hehee.
Habis memasak, masa untuk mendekorasi Gingerbread Man masing-masing. memang dari mula nad biarkan Fariza buat sendiri. Biar dia deko sendiri cookies dia buat. Tak kisah rupa apa yang penting dia gembira..hehee..Memang bersungguh-sungguh dia buat. apa cikgu suruh dia dengar. Good girl!!..Nak tengok tahap kekreatifan dia buat..hehehe..
Rupa gingerbread man Fariza..hehee..Muka tersenyum dapat buat sendiri. alahai anak, seronok dia. Mommy pun tak pernah buat macam ni semua tau..ehhee. Good job anak mommy!!. Kalau korang nak tau, White Lodge International mempunyai kurikulum yang khas untuk kanak-kanak bagi menggalakkan otak mereka berkembang menjadi individu yang unik dan bebas.
White Lodge International mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1999 dan merupakan prasekolah terkemuka di Singapura. Di Malaysia baru ada dua tempat iaitu Bangsar South dan Mont Kiara. Apa yang nak tengok, White Lodge membantu kanak-kanak prasekolah memperoleh keseronokan dalam pembelajaran. White Lodge menyediakan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak yang memudahkan pembelajaran, penglibatan dan penemuan aktif melalui pendekatan tangan. Kanak-kanak belajar dengan cara mengexplore, dan rangsangan bagi memberi inspirasi dan menggalakkan perkembangan imaginasi mereka. White Lodge menawarkan peluang pendidikan yang unik untuk kanak-kanak di Malaysia.
Bagus sangat White Lodge International ni. Seronok bila dapat tau, anak-anak mendapat keseronokan belajar di sini. Sebagai ibu, nad rasa, White Lodge tempat yang bagus untuk anak-anak belajar sesuatu. Ada banyak jenis pembelajaran mengikut usia anak. Nak tau lebih lanjut berkenaan White Lodge International ni, korang boleh layari
website : https://whitelodge.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/WhiteLodgeCentre
Instagram: https://www.instagram.com/whitelodgeeducationgroup/
Comelnya Fariza...pandai plak dia ikut arahan dan ajaran cikgu tu kan...bagus la kelas ni...
ReplyDeletealolo..comelnya chef fariza..:)
ReplyDeleteAlahai comey sgt la semua budak pakai topi chef tu. Best nya ada aktiviti baking mcm ni. Hari tu buat kuih ngan anak kat rumah pun mcm nak pecah rumah dah sepah nya haha
ReplyDeletealololo..... comelnya fariza.... cute2 chef cilik semuanya...
ReplyDeleteso enjoy.. so fun baking ginger breadman.. merry xmas and happy new year.. baking fun time for the kids..
ReplyDeleteSeronok fariza and kwn2 lain baking ginger bread tu..bdk2 mmg suka kalau bab2 baking2 ni..nk2 kalau ada tepung..apalagi main uli tepung hehe
ReplyDeleteGembira sungguh Fariza dapat belajar buat biskut dengan kawan-kawan. Bagus juga ada aktiviti macam ni. Bagus untuk perkembangan anak-anak.
ReplyDeleteComelnya biskut Fariza buat hehehe uncle nak sikit boleh nanti masak untuk rumah uncle boleh tak hehehehe bagus aktiviti cuti sekolah dan juga dapat melatih jati diri anak macam ni...
ReplyDeleteBest yer fariza dapat baking Gingerbread man.
ReplyDeleteseronoknya kalu bawak budak-budak datang sini. boleh asah minat jadi chef, mana tahu dah besar nanti masuk contest masterchef kan. Jangan kata budak-budak gembira, mak ayah boleh jadi excited sekaki
ReplyDeleteAmboi seronok Fariza buat ginger bread yg comel tu yer. Bagus ad aktiviti mcm ni untuk kanak2. Hilangkn bosan dan elakkan bergantung pada permainan gadget semata2
ReplyDeleteWahh seronoknya dia buat ginger breadman tu...kalau sis dapat buat pun seronok gak...hehehe. Memang bagus diadakan aktiviti macam ni kat sekolah..sure anak2 seronok dan gembira
ReplyDeleteSeronok Fariza, kecik-kecik dah dapat buat biskut sendiri. hehehe. Tempat bagus untuk kanak-kanak ni. Bagus untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak.
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
mesti bangga dapat tengok fariza gigih mencuba sesuatu yang baru..mana tahu satu hari nanti dia minat betul dengan dunia baking...boleh buat kedai kek ker cafe ker kan....program yang bagus untuk perkembangan minda dan kreativiti anak2
ReplyDeleteWah seronok betul fariza ye dpt buat sendiri.. Muka pun muka bangga je tgok. Hahaha.. Bagus la aktiviti ni. Xdelah ank2 buang masa dgn gadget yg xbgus utk mereka kan..
ReplyDeleteBebudak ni kalau bg buat kek, masak dan potong bawang mereka memang suka. Hehehe. Kukis lagi mereka suka bila ada acuan tu. Kemain laju ditekap.
ReplyDeletemembaking? hahahaha is there such a word in malay? hahaha anyway fun event for the kids to learn baking! they seems to be very enjoyed especially at the end they get to eat what they made.
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Best nye seeing this. Your children must be very happy doing all this. So fun reading your book
ReplyDeleteAlahai. Comel sangat awak ni sayang. Aunty pon masa kecil² takde aktiviti macam ni tau. Awak untung! Skrg mcm² aktivit ada aktivit ada ntk kanak² seusia awk. Dpt gain new knowledge ,new friend dan dpt asah bakat. Bagus sgt pendekatan mcm ni nad.
ReplyDeleteThis was really fun and the gingerbread men turn out really delicious too. Can't wait to bake again with my daughter at home.
ReplyDeletehalloo cheffff .. sana nk order 10 balang pleaseee
ReplyDeletebagus ada akitiviti macamni..dapat pupuk minat baking pada anak
ReplyDeletenmpk seronok sgt fariza belajar baking..aunty nak rs sikit blh?hihi
ReplyDeleteWahh!! Leh nampak betapa bahagianya fariza membaking!! Baguslah nad bagi fariza join program cenggini.. Leh gilap bakat n cungkil kreativiti anak2.. Syabas Nad
ReplyDeleteAmboiii, syok ye fariza. sampai mommy tangkap gambar pun dia buat tak tahu je. haha. rindunya nak jumpa si kecik sorang ni.
ReplyDeleteAla seronoknya Fariza. Kecik-kecik dah buat gingerbread and main deco-deco. Auntie Nad sampai besar tak pernah lagi eheheh. Mesti best kan kak nadia buat activity mother-daughter camni.
ReplyDeletealahai.. coimey je fariza pakai topi chef tu.. haha.. buat cookies ekk.. nanti boleh la buatkan untuk auntie TB time raya tahun ni yea.. hehehe
ReplyDelete