hai assalammualaikum

Char Kuey Teow Leleh Mytown - Sebelum ni nad pernah datang restoran Leleh dekat Mytown ni. Nad dah rasa menu mee dengan spicy buttermilk volcano. memang sedap, korang boleh baca di leleh Mytown, seperti makan di warung. Kali ni, nad datang semula, sebab nak rasa menu best mereka iaitu Char Keuy Teow Basah. Tengok macam menarik, sebab kuah dia sampai banjir macam tu..Tapi betul ke sedap??


Haritu nad order Char Kuey Teow, Nasi dengan lauk curry ayam dan semestinya datang Leleh, kenala order air Leleh dia. Ada tiga jenis air Leleh, Teh, Milo Leleh dengan apa nad lupa pulak. Haritu dah rasa Milo Leleh, yang ni, rasa Teh Leleh pulak. Tengok anak kita sorang tu, tak sabar nak makan, sampai air yang meleleh tu di ambilnya dulu.



Ni la dia Char Kuey Teow dengan Udang. Char Kuey Teow dia ada udang, tak besar mana udang, telur pulak dibuat cair macam tu. Tengok menarik kan, tapi bila nad rasa, tawar sedikit. Tak tau, sama ada makanan tu memnag macam tu atau dia tak bubuh perasa sikit. Warna tengok pun tak menyerlah. Harap diperbaiki la ye. Sebab nad datang memang nak rasa, tengok macam sedap, tapi bila makan, biasa je.


Yang ni, mr mafia punya, nasi dengan lauk curry ayam. Nama kari ayam, tapi rasanya, rasa tomyam..hehe. Nad pun cakapla " rasa curry ni macam tomyam, ada letak pes tomyam ke "..dia cakap ahak, diaornag bubuh pes tomyam sebab tu rasa tomyam sikit. Tapi warna lebih kepada curry. Ooo..macam tu. Tapi mr mafia tak berapa suka. Dia lagi suka nasi dengan spicy buttermilk volcano yang dia makan sebelum ni.




Air Teh Leleh. Teh memang sedap..tak berapa manis, sedang-sedang macam tu.

Bukan luck kitaorang dapat makan sedap..hehe..tapi takpela, biasalah kedai kan, ada menu yang sedap, ada yang tak. Kita bagitau je apa kita rasa. Harap diperbaiki. Tapi kalau datang Leleh dekat Mutown ni, wajibla rasa nasi dengan spicy buttermilk volcano tu..memang terbaik..hehee..


Oh diaorang ada buat rewards tau, korang kena like page Leleh di instagram dan facebook, ambil gambar dan hastag #leleh. Nanti korang akan dapat 20% diskaun untuk makan dekat sini. Tapi katanya untuk Nasi Spicy Buttermilk Volcano sahaja, tapi tak taula..better korang tanya nanti..hehee

Untuk ketahui lebih lanjut boleh ke
Facebook: https://www.facebook.com/LelehMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/leleh_malaysia/
SHARE 28 comments

Add your comment

  1. Char kuey teow mmg fav...
    susah nak jumpa yg sedap...

    ReplyDelete
  2. Haaa...memang leleh sangat kueh tiaw tuh...sedapnya nampak Nad!

    ReplyDelete
  3. perrggghh! saya pun terliur tengok gambar ni

    ReplyDelete
  4. melimpah ruah Char kuey teow,penuh pinggan!

    ReplyDelete
  5. nampak sedapnya Char Kuey Teow tu

    ReplyDelete
  6. mak aiih..meleleh tengok penuh satu pinggan

    ReplyDelete
  7. Char kuey teow favourite sgt.. susah nak cari yg btol2 kena dgn selera. Kdg kita kata sedap tpi suami kata tak.hehe.. selera masing2.

    ReplyDelete
  8. Akak dlu2 suka la char kueytiaw basah mcm gitu.. Sekarang ni prefer yg kering original style mcm. Chinese buat tu. Kalau dpt yg sedap tu... Fuhhhh sedap gilos

    ReplyDelete
  9. Semua leleh eh nad? Hihi cx plg suka char kuey tiaw tau! Suka yg banjir² . Sedap gila makan lagi² time panas. Pergh! Padu pergi dia. Kena plak dgn teh leleh. Fuh! Marvelous! Boleh cuba pergi ni. Hehe

    ReplyDelete
  10. amboih.. meleleh2 patutlah datang lagi.. hehehe.. best tak char kueh teow dia nad? macam teringin nak ras aje.. jap nak tengok maps jauh ke dekat.. hehehe

    ReplyDelete
  11. so full.. hahaha~ my town very near to me.. can go and try it out.. looks good... yummy.... and worth.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Tak pernah singgah mytown. Nanti nak try la koay teow ni. Tempat dia macam comfortable je. Selalu nak makan but they all tak best.

    ReplyDelete
  13. MyTown dekat je ngan rumah family kat KL. boleh lah nak try nanti kalau balik KL lagi. nampak mcm best2 gak menu tu. kena tgk leh lawan ckt penang tak hehe

    ReplyDelete
  14. lol everything also leleh.. i think i dont see it in penang yet. haha but that's consider as Char Koay Teow Basah in penang given how basah it is. hahaha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  15. Astaga. Tu air apa tu? Buihnya melimpah ruah. Dan Char Kuey Teow tu sangat menggugat jiwa dan raga diri ini. Nampak gaya kena pergi menjengah jua la.

    ReplyDelete
  16. nampak sedap tu char kue teow tu....suka jenis yg halus2....nasi ngan curry perasa tomyam tu mesti resepi rare diorang....menarik untuk dicuba....tapi kalau tekak dah tak boleh terima memang tak boleh kata apalah

    ReplyDelete
  17. Wahh jarang mall ada makanan macam ni especially buttermilk. Nanti nak cuba lah hehe harga dia macam mana okay tak

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap pulak nad tengok kuew tiaw tu.. Air teh volcano tu pun haishhh.. Buat air liur meleleh la pulak.. .Yummy

    ReplyDelete
  19. Sedap satu satu char kuew teow terletak dekat kuah dia. Kalau sedap kuah sedap lah semuanya. Kak ana baru lps makan CKT tadi. Alhamdulillah sedap dan kena dgn selera. Meh lah sini kak ana belanja.

    ReplyDelete
  20. The Char Kuey Teow looks so good but it's the wet version compared to what I usually have, will give it a try someday

    ReplyDelete
  21. Nampak mengiurkan betul char kuew teow die. Nak kene rasa ni since mmg peminat char kuew teow. Portion pon besar. Air teh leleh tu pun menarik perhatian betul. Mmg betul2 kene cubalah. huhuhu

    ReplyDelete
  22. selalu pergi food store level basement mytown tapi tak perasan pulak kedai leleh ni. hujung bulan ni kena singgah pi makan char kuew teow dengan air teh leleh tu. rasa lapar bila baca entri ni..hahaha

    ReplyDelete
  23. Ya Allah memang leleh betul tengok teh ais tu terbaik sangat mengancam gilerrr lah. Kita mesti kena datang cuba kat sini semua makanan pun sedap-sedap juga terbaik lah....

    ReplyDelete
  24. Air dia tuh yang buat rasa lain macam sikit tu. Banyak betul buih diaorang buat. Huhuhu. Tak pernah lagi pergi mytown huaa. Sedih tak?

    ReplyDelete
  25. Waduhhh...sampai meleleh air lioq sis tgok air leleh tu..lps tu tgok lak char kueh teow dia..fuhhh tambah leleh tau..hehehe.
    Char kueh teow mmg fav sis..susah tau nak cari yg sedap, nanti leh le cuba kat sini

    ReplyDelete
  26. Charkueh teow? Sedapnya nad. Favourite sngt. Tapi selalu makan tak puas. Tak tahu napa.. Tengok air meleleh gitu, airliur pun ikut meleleh. Hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2