Pengalaman Menyeronokkan Bermain Salji Di ICity Snowalk Shah Alam - Siapa yang tak jeles bila tengok kawan-kawan yang bercuti di luar negara, yang dapat tengok, sentuh salji yang betul tu. Siapa yang teringin nak pegang salji asli tu oii..tipula korang tak terasa nak tengok depan-depan. Setiap kali tengok kawan-kawan main salji dekat luar negara, mesti dalam hati, bilalah dapat jejak ke sana kan..hahaha. Hey, siapa kata kita tak boleh rasa salji macam dekat luar negara tu, bolehla, ada ni ha dekat Malaysia tau!!..Tak tau lagi dekat mana? Mana lagi kalau bukan di ICity Snowalk Shah Alam. Sampai juga nad ke sini merasai sendiri musim sejuk seperti di luar negara gitu..
Kalau korang rasa nak bagi anak gembira, nak rasa salji, bawak la diaornag ke sini. Fariza la orang paling gembira bila dia nama pintu masuk Snowalk ni. Tak sabar dia suruh ajak masuk..hahaa. Ni kali pertama nad sekeluarga datang ke sini. Sebelum ni, memang teringin sangat nak pergi, tapi mr mafia ada je kerja. Minggu lepas, kebetulan mr mafia free, jadi kitaorang decide pergi hari Isnin, hari bekerja. Lagi best, sebab tak ramai orang..ehhee.
Sebelum tu, kenala beli tiket masuk dulu. Untuk budak ketinggian 90cm ke bawah masuk adalah percuma. Manakala untuk budak 2 tahun ke atas dan tinggi lebih 90 cm kena bayar. Kalau korang nak tau berapa harga tiket, korang boleh tengok di https://iticket.i-city.my/ ..sebab kadang-kadang ICity ada buat promosi. Macam Snowalk ni sekarang tengah ada promosi.
Masuk je pintu masuk dah tak sabar dah. dari luar je dah rasa sejuk..hehee. Sebelum masuk dalam tempat salji tu, kenalah pakai baju sejuk, boots, glove semua tu la. Sebab pertama kali masuk, tak tau sejuka dia tahap macam mana. Dekat sini, korang baju sejuk dengan kasut boots disediakan secara percuma. Yang lain macam sarung tangan, stokin bawa sendiri. Kalau tak bawa, terlupa bawa ke, jangan risau, ada dijual glove dengan stokin dekat situ. Nak bawa baju sejuk sendiri pun boleh.
Fariza siap nak beli letak telinga tu macam earphone tu..haish la anak. Takpela, demi nak menggembirakan anak, nad belikan jela. Biar namapk macam dekat luar negara kan...hehee..Bila Fariza pakai baju dengan boots siap glove, topi dan penutup telinga tu, comel pulak dia..hahaa..Adik pun taknak kalah..hehee. Geram je dua-dua ni.
Ada disediakan loker untuk menyimpan barang. Jadi barang yang taknak bawak, boleh simpan dekat loker. Tapi loker kena bayar, bukan percuma ok..hehee. Tempat letak stroller pun ada. Senang!!..
Semua dah siap sedia, apa lagi masukla..hee. Baru masuk dekat pintu ni dah rasa sejuk oii..Nad bayangkan ICity Snowalk ni mungkin salji kabus je, salji mainan, cuma sejuknya guna aircond je, tapi firasat ku salah oii..Sejuk sangaaaattttttttttttttttttttttttttt..ye tulis panjang ni menandakan ia memang sejukkkkkkkkkkkkkk....Mana taknya tahap kesejukan bawah 5 darjah selsius. Nad bayangkan, adakah luar negara sejuk macam ni. Patutla diaorang pakai baju berlapis-lapis. Ya ampun, boleh tahan erk. Nad masuk dalam ni separuh je dah macam beku. Tak rasa tangan dan kaki..hahahha.
Berbaloi masuk sini, sebab bukan biasa-biasa je dalam ni, ada macam-macam ukiran atau orang puteh panggil 'ice sculptures yang dibuat daripada ais. Bukan sahaja patung snow tu, tapi ada Igloo, ada bentuk orang la, siap dengan main gelongsor lagi..hahahaa. Best betul..Boleh tengok gambar dekat bawah.
Ice Sulptures Yang Cantik
Nad rasa, anak nak yang sulung ni Fariza, tahan kebal sejuk kot..hahaa. Dia boleh relaks je, macam takda apa. Dia seronok sangat, sampai semua dia sentuh, nak main. Beria ajak, "mommy, sini,sini".."mommy, tengok ni"..Nampak gelongsor, bukan main suka lagi. Nad yang risau takut dia sejuk. Kita yang orang dewasa ni pun dah berlari-lari nak panaskan badan..hahaa.
Farhanah, lagi diam membisu..hahaa..Dapat bawa dia masuk separuh je, sebba sejuk sangat. Lepas tu mr mafia bawa dia keluar..hehee..
Sementara mr mafia jaga Farhanah, nad, anak buah dengan Fariza pergi teroka dalam tu. Memang tak bosan, seronok sangat. betul seperti merasai suasana salji sebenar. Siap ada pokok semua yang penuh dengan salji.
Permainan gelongsor ada 5 rasanya. Ada yang dekat ais ketul-ketul tu. Ais Ice Car, kene naik kereta macam bentuk kasut dan satu lagi warna hijau tu naik dengan pelampung. Nad naik yang Ice Car je..hehe..
Ada juga tolak kereta dekat ais..namanya slippery..Entah betul entah tak..ahaha..
Boleh Masuk Dan Keluar Banyak Kali
Kalau tadi kawasan ais semua, ada satu tempat kawasan turun salji..Sebelum masuk tu boleh panaskan badan dahulu. bestnya dekat sini, korang boleh keluar masuk berapa banyak sekali pun. Hah, tu yang menarik. Bayar sekali je, tapi nak masuk dalam ni, sampai beku pun takpe..hahaa. Boleh rest dulu, panaskan badan dulu sebelum masuk mana-mana ais.
Boleh keluar dekat tempat masuk tadi, minum kopi dulu panaskan badan, lepas tu masuk semula ke dalam. Lupa pulak nak ambil gamabr mesin kopi tu.
Kawasan Salji
Hah!, Fariza dah tarik-tarik nak masuk dalam ni..dah lama dia duk intai..hahahaa..Mommy yang teruja lebih tau..mana taknya, salji turun oiiii.. tengokla salji yang jatuh ni. Serius, macam salji betul tau. Bila kau pegang dia akan cair..arrgghh happy gilerr!!..Mulalah melompat, berpusing bila nampak salji ni. Dikatakann salji ni menggunakan mesin salji khas dari Korea, salji yang 90% hampir sama seperti salji tulen terhasil dengan penggunaan air tulin. Memang bila korang pegang, beku terus tangan ni.
Dalam ni dibuat seperti di kawasan rumah yang ada taman permainan..Penuh salji oiii..
Gelongsor ni best giler, mula takut gak..hahaa..sebab takut meluncur laju..tapi memang dia luncur laju, sampai jatuh ke ais..ala, teringat balik memang syok..Fariza la nak anik banyak kali..hehee..
Masuk sini, memang kena jaga telefon la. Sebab telefon akan berwap dan basah..kihkih. Masuk Snowalk ni memnag kena ambil banyak gambar. Mana lagi nak pergi salji macam ni kan. Semua kenangan ni.
Layanla video nad ni bermain salji di Icity Snowalk..Tak boleh move on lagi..rasa nak pergi lagi...
Harga Tiket ke Snowalk @ i-City Shah Alam di sini :
https://iticket.i-city.my/pages/ticket-pricing
Waktu Operasi Snowalk :
Isnin - Khamis 11am - 12am
Jumaat - Sabtu 11am - 1am
Ahad 11am - 12am
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman : https://themepark.i-city.my/
Facebook : https://www.facebook.com/iCity.Malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/icitymalaysia
Youtube : http://www.youtube.com/c/iCityMalaysia'
Musim cuti sekolah atau tidak, bawakla anak-anak ke sini, bawak Keluarga, saudara mara dan kawan-kawan merasai salji dekat sini. Memang seperti di Alaska gitu, macam dalam cerita Frozen. Hah!!, Hari Kristmas akan tiba, mesti lagi best datang sini kan.
bestnya! mommy gojes sangat taw gambar last tu cam model :)
ReplyDeleteBestnyaa..nak pergi juga
ReplyDeletetak pernah sammpai masuk dlm.. iman anak kak azni jer pernah sampai masa ramobongan tadika dulu. boleh p situ training sebelum g negara sejuk
ReplyDeleteIt seems Malaysia has snow. So nice place.
ReplyDeleteBesttnyaaa..ari tu nk pegi tapi x sempat..next time la pegi.
ReplyDeleteBestnya.. Kak Nina belum pernah pi lagi. Ni kalau anak-anak tentu teruja derang. Bila laaaa dapat pi..
ReplyDeleteKitorang pun dh pergi anak dok zikir nak main salji je ! Tapi setengah jam surrender hahahaha
ReplyDeletesuch nice place to visit, sure my kids would love to go. No plan yet for this year as next year perhaps we can plan family day out. Hehe.. love the cold there, nice pics you have taken here ;D
ReplyDeleteBestnya, nanti nak bawak anak² kat sini jugaklah!
ReplyDeleteWahhhhh!!!!! Nad pon pergi? Nak jugaaa! Macam best je! Dahlah cx nak sangat jumpa dengam salji ni. Nak buat olaf. Muahahah! Boleh ke? Hahahha. Ramai update pasal icity snow fall ni. Teruja betul rasanya . Jeles . Nak pergi jugaa huhuhu. Seronok tengok nad enjoy je dalam tu
ReplyDeleteAlamak, macam nak kene repeat lagi ke sini bila baca entry ni. huhuhu
ReplyDeleteWaah..... tempat recommen banget buat jelajah salju di Malaysia Syah Alam nanti. Tempatx Gk jauh kan dari kota KL?
ReplyDeleteWah, makin cantik I-City ni. Dah lama tak pergi...
ReplyDeletecantiknya! serius. Rose pernah pergi sekali je I City ni. tapi tak masuk tempat sejukkk ni. hihi.
ReplyDeleteala...kita pun jeles la macam ni..nak jugak main salji
ReplyDeletesyok nya.. i-city is a great place for every family.. nice to experience snow there.. cold..
ReplyDeletebest. nak pergi lagi. kena bersedia kali ni sbb hr tu x beli sarung tangan. sejukkkk
ReplyDeleteBest dapat main salji. I'm sure my children would love to go there too especially on this school holiday.
ReplyDeletewalaupun rumah dekat, tak pernah lagi la masuk rumah salji ni. hahahha cuma masuk i-city pusing2 jela smata2
ReplyDeleteAritu masuk kt genting mcm x puas sbb kecik..nk wishlist icity ni nk be budak2 dtg sini
ReplyDeleteSeronoknya.. Zaza tak masuk lagi sini..nak ajak family dtg pun masing2 bekerja.. Nanti lah jalan2 ajk kawan2 ke
ReplyDeleteharitu ada plan nak pergi icity ni tapi tak cukup masa tsktsk tengok gambar semua cantik mesti seronok kan. dak kecik tu lagi la mesti enjoy jalan-jalan
ReplyDeletecantik nya semua! Baby Farhanah so cute haha... nice place for whole family :)
ReplyDeletesyoknyaaaa dapat enjoy holiday at icity with snowwww! pity malaysia with no snow season but icity makes it good for malaysia to enjoy a different christmas!
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Dekat je.. Bleh pegi
ReplyDeleteBestnya, dulu masa pergi takde macam tu, naik taraf tu boleh pergi lagi ni.
ReplyDeleteBestnya boleh keluar masuk. Tak sabar nak g sini.
ReplyDeletedari dulu lisa teringin nak pergi situ
ReplyDeleteMasa akak pi hari tu blum ada ice sculpture tu pun dah best, ni yg kena pi lagi ni!
ReplyDeleteMasa pergi dulu tak berapa best sebab banyak yang tak ada .Sekarang ni macam macam ada kan nad. Mimi tengok pun teruja . Nih semualah ni.. nak juga bawak anak anak datang sini tapi kena tunggu abi diorang balik nanti
ReplyDeletePenah pergi juga sebelum ni .. Last pergi masa bulan 8 xsilap.. Tp skrg msti lg meriah sbb nk krismas kan..
ReplyDeletewahhh bestnya, dah lain sekarang. dulu pergi sini masa study dekat uitm shah alam. nanti nak ajak husband pergi la hehehe
ReplyDeleteKawan ofis baru cadang nak bawa anak pegi sini. Dia cakap nampak mcm best
ReplyDeleteWahh nampak seronok korang dalam tu..terasa nak pergi jugak bawak Aeysha, sure dia suka. Nampak menarik juga ya dalam tu..macam2 ada, tak lah boring dalam sejuk tak buat apa
ReplyDeleteDengarnya tempat ni dah diubahsuai berbeza dengan yg dulu. Tak terpikir pulak nak main salji kat sini. Bella ingtkan pun mcm tak sejuk n saljinya tak mcm betul2 kt oversea. Boleh pulak masuk keluar sesuka hati. Tak pyhla pi luar negara main salji. Mai sini jelah. Hehe.
ReplyDeleteMemang best,nanti humaira besar sikit nakpegi lagi
ReplyDeleteTengok gambar pun dah rasa sejuk dia ni.. Nampak macam mak yang seronok lebih tu hehe
ReplyDeleteBestnya, zira dah lama tak pergi sini, macam2 adasekarang
ReplyDeleteTengok gambar2 Nad pun dah tahu mmg best sangat dpt main snow. Skg tak perlu p overseas nak rasa snow
ReplyDeleteMemang menarik giler tempat ni. Lepas reno kan ni.. lps ni blh bawa anak2 datang main kat sini.. mesti enjoy punya hehe
ReplyDeleteI'm going to icity for a stay next weekend, think I'll add in snow world into my plan, it'll be fun for my daughter.
ReplyDeleteNak main Salji please hehehe bestnya sejuk2 ni nak pergi luar negara jauh dpt dalam negara pun ok juga....
ReplyDeleteMain Salji memang best. Kalau tahan sejuk la. Hahaha. Ruby sejuk tak boleh. Mesti cramp. Pastu spek mata berkabus. Hahaha. Enjoy dengan anak2 memang best. Tambahan musim cuti sekolah.
ReplyDeleteNak pergi la bawa The Arifs datang ni. Nak pergi main salji kat oversea cam lama lagi jer..mampu g i city jer lah dulu
ReplyDeleteLama betul tak pergi I-City Shah Alam ni. Ada Snow Walk pulak memang best kalau bawa family dan anak-anak kan. Tak payah pergi jauh-jauh nak tengok salji. Datang sini je kan.
ReplyDeleteSeronok main salji walaupun bukan salji betul.
ReplyDeleteseronoknya main salji..lama giler xpergi icity..last pergi masa study kat shah alam..rindunya nak ke sini lagi..bawak anak pulak..hihi
ReplyDelete