Avillion Cameron Highlands |
Avillion Cameron di Bahagian luar waktu malam.Mr DIY tu ada.. |
Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang
Selesa Di Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang - Baru minggu lepas nad bercuti di Cameron Highlands. Percutian yang masih tak dapat dilupakan. Seingat nad, kali terakhir nad pergi ke Cameron Highlands, waktu tu nad darjah 6. Ada gambarnya lagi, gambar jenis cuci tu..hahaa..Gambar tu nad depan ladang strawberry, dengan baju sejuk ikat dekat taling pinggang, pakai tudung baang style bulat..hahaa. Lupa pulak nak ambil dekat kampung, kalau tak, boleh letak dalam blog, bukti ok..hahaha. Lepas tu dah tak pernah pergi dan tak tau pun rupa Cameron Highlands tu macam mana. Jeles tengok kawan-kawan selalu bercuti dekat Cameron, akhirnya impian nak bercuti ke sana termakbul..Dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Avillion Grand Launch, hotel kelima mereka. Tahniah Avillion...Siapa yang taknak pergi Cameron kan, semestinya Cameron Highlands menjadi salah satu tempat destinasi percutian. Walaupun jalanya yang berliku, disebabkan banyak tempat menarik seperti ladang teh, ladang strawberry, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Cameron highlands tempat percutian yang menyenangkan dengan udara yang segar dan sejuk serta dapat melihat bukit-bukit hijau yang subur. Paling penting datang sini jangan waktu hujung minggu, orang cakap jalan akan jem, jadi pergila hari biasa..hehee. Mujur nad pergi bukan waktu orang cuti. Jadi percutian tu jadi lancar je.
Nak pergi melancong, selain nak tengok tempat yang menarik, perkara paling utama ialah penginapan. Tempat penginapan yang selesa,lokasi yang strategik dan berhampiran dengan kemudahan antara perkara utama yang akan dititikberatkan ketika bercuti. Lagi senang, kalau tempat penginapan tu santai "mesra" kanak-kanak. Paham-paham jela budak-budak ni, kalau duduk bilik , takda benda menarik bagi diaorang, memang otak tepu..hahaa.
Kesemua ciri-ciri itu ada di Hotel Avillion Cameron Highlands. Nad pernah menginap di Avillion Port Dickson, memang best giler. Kali ni merasa pulak di Avillion Cameron Highlands, memang seronokla. Sebab tau tempat dia mesti selesa. Hotel Avillion Cameron Highlands terletak di Tanah Rata Pahang dan hotel ini bersambung dengan Cameron Fair.
Avillion Cameron bersambung dengan Cameron Fair |
Masa ni nad ikut je maps, dan dia tunjuk bangunan putih ni. Dekat depan tu, ada dia tulis Avillion Cameron Highlands. Tapi masa sampai, waktu tu pelik juga, sebab nama Cameron Fair, betul ke..hehehe.. Jadi tanyala orang..Dia kata betul la, parking pun dekat bangunan tu juga. Lobby Hotel ada dekat tingkat 3. Kalau tak tau, tanya je sesiapa..hehee..Hotel ni bukan sahaja boleh diinap oleh ahli keluarga, tapi untuk backpacker, berkumpulan dan syarikat. Kiranya semua orang boleh stay hotel ni. Kalau boleh kalau nak saty sini, sila book dahulu atau cek di website Avillion, kot ada promosi.
Avillion Cameron Highlands Grand Launch
Hotel yang berkonsepkan moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasi.
Hotel ini mempunyai 100 studio dan suite yang bergaya dan luas dari studio yang unggul hingga suite premium 2 bilik tidur yang sesuai untuk perniagaan dan percutian. Kemudahan hotel termasuk 4 bilik mesyuarat dan fungsi, taman permainan halaman berkongsi, restoran di rumah dan gimnasium.
Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin |
Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin berkata, "Pembukaan hotel ini adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk Avillion dalam membuka jalan untuk menjadi syarikat perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka di mana standard perkhidmatan dan hospitaliti akan menjadi standard emas industri untuk rakyat Malaysia hotel, dan di rantau ini. Kami percaya kami mempunyai sesuatu yang tulen untuk ditawarkan, dan kami sentiasa mencari peluang untuk menguruskan lebih banyak hotel di negara ini, di rantau ini dan seterusnya.
Avillion Cameron Highlands |
Avillion Cameron Highlands Grand Launch |
Avillion Cameron Highlands Grand Launch |
Avillion Cameron Highlands Grand Launch |
Media yang hadir di Avillion Cameron Highlands Grand Launch |
Tahniah Avillion untuk pembukaan hotel kelima mereka ni. Avillion Cameron Highlands merupakan hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali.
Jom Masuk Bilik
Lobi Hotel |
Hotel ni, paling tinggi bilik dekat tingkat no 7..Hah bilik kita la tu dekat tingkat 7..hahaa. Tapi Hotel Avillion ni sebenarnya hotel 5 tingkat. Sebab dia bersambung dengan Cameron Fair, jadi bahagian bawah tu ialah shopping mall dan restoran.
Access card sebelum masuk ke bilik |
Hotel ni selamat, sebab kalau nak ke bilik, kena access dulu kunci bilik kita di lif, kemudian baru tekan tingkat berapa bilik kita tu.
Jom nad tunjukkan bilik nad..hehee..Sila hadam semua gambar ok..memang best..
Selamat datang ke bilik 708..heheehe..Masuk je terus Fariza cakap " Wahhhh "..Tengokla, bilik nampak luas giler. Duduk ramai pun boleh ni. Ni anak-anak berlari, melompat boleh saje ni..hehee. Berguling-guling pun boleh. Bilik nad 2 bedroom Premium Suite tak silap. Ada banyak lagi bilik yang ada, korang boleh tengok dekat website Avillion Cameron Highlands. Semua bilik besar dan luas. Cuma berbeza harga.
Dalam bilik ni ada
- Bilik tidur utama dengan katil bersaiz king
- Bilik kedua dengan 2 Katil Single
- Kawasan tempat duduk sofa
- Meja kerja
- Meja makan
- Dapur kecil
- Sudut tv,
- Balkoni
- Ada Wifi Free
Bilik ni ada dua bilik. Nampak tilam terus rasa nak baring. Memang empuk dan bersih je. Bila landing dekat tilam, terus rasa nak lena. Dengan cuaca yang sejuk. Memang mimpi indah.........
Bahagian bilik air, dekat sini takda bathtub, cuma pancuran air je. Tu pun dah best buat Fariza nak amin air..hahaa. Kalau korang menginap dekat sini, tak perlu bawak perlatan mandian, tuala semua bagai, sebab dekat sini semua serba serbi ada..hehe. ada disediakan ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo, tuala,..semua ada.
Bilik ni pun ada tempat iron dan seterika. Senang kan. Paham-paham jela perempuan, tudung berkedut bila masuk dalam beg. Nak pakai mestila kena iron..hahaa.
Pasal plug, tak perlu risau, sebab memang banyak plug, tak perlu berebut..hahaa. Dalam bilik kiri kanan, dekat luar lagi..fuh..
Kalau nak sembahyang takyah risau arah kiblat dekat mana, sebab dah ditunjukkan..
Bahagian balkoni yang mengadap pemandangan yang indah. Hirup udara segar di Cameron Highlands. Bayangkan tingkat 7, lagi la best. Memang otak rehat habis. Cuaca sejuk memang menyusuk ke dalam badan. Bangun pagi, tengok keindahan macam ni, hilang stress.
Disebabkan ruang tamu yang besar, jadi mr mafia mintak sewa khemah untuk budak-budak ni. Biar diaorang rasa seronok bila ada dalam bilik. Sewa khemah hanya RM10..kitaorang duduk 3 hari 2 malam, jadi dua malam la sewa khemah ni, jadinya RM20. Takpe, untuk anak-anak. Fariza suka giler bila ada khemah ni. Paham-paham jela budak-budak punya imaginasi..hahaa.
Kemudahan Lain Di Avillion Cameron Highlands.
Banyak lagi kemudahan yang ada dekat Avillion Cameron Highlands ni, macam bilik meeting, Taman permainan, cafe dan gym.
Bagus kan bila ada taman permainan ni. Anak-anak seronok main bila balik bilik. Mak pergi membawang, bergosip, ayah pergi gym, anak-anak main dekat taman permainan ni..hahaa. Fariza main puas dekat sini.
Bangun pagi esoknya, pergi gym. Senaman sikit bagi segar otak dan badan sebelum bergerak ke tempat menarik di Cameron Highlands.
Persekitaran di Luar Avillion Cameron Highlands
Hotel Avillion Cameron Highlands bersambung dengan Cameron Fair. Jadi, yang bawah tu bangunan kedai-kedai, macam kedai shopping mall dan banyak kedai makanan dekat situ. Jadi kalau rasa taknak makan dekat cafe Avillion, boleh je cari makanan dekat luar. Memang banyak kemudahan yang ada di sekitar Avillion ni yang memudahkan pelancong. Siap ada pasar lagi.
Hah macam mana, strategik kan tempat dia. Bagi nad, lokasi dia macam di tengah-tengah..Nak pergi ke bawah senang, nak pergi ke Brinchang pun ok. Duduk sini memang aman je, memang rasa percutian yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar..hahaha..
Kalau rasa nak menginap di Avillion Cameron Highlands,
Jom nad tunjukkan bilik nad..hehee..Sila hadam semua gambar ok..memang best..
Ruang yang besar ooo |
Landing kejap..Tengok pemandangan |
Layan cerita kartun dia |
Selamat datang ke bilik 708..heheehe..Masuk je terus Fariza cakap " Wahhhh "..Tengokla, bilik nampak luas giler. Duduk ramai pun boleh ni. Ni anak-anak berlari, melompat boleh saje ni..hehee. Berguling-guling pun boleh. Bilik nad 2 bedroom Premium Suite tak silap. Ada banyak lagi bilik yang ada, korang boleh tengok dekat website Avillion Cameron Highlands. Semua bilik besar dan luas. Cuma berbeza harga.
Meja dan sofa |
Bahagian dapur |
Masak air. Teh cameron tu sedap |
Peti ais pun ada. |
Dalam bilik ni ada
- Bilik tidur utama dengan katil bersaiz king
- Bilik kedua dengan 2 Katil Single
- Kawasan tempat duduk sofa
- Meja kerja
- Meja makan
- Dapur kecil
- Sudut tv,
- Balkoni
- Ada Wifi Free
Bilik king Saiz. Katil mommy dan daddy..hahaha |
Double bed, untuk anak-anak |
Bilik ni ada dua bilik. Nampak tilam terus rasa nak baring. Memang empuk dan bersih je. Bila landing dekat tilam, terus rasa nak lena. Dengan cuaca yang sejuk. Memang mimpi indah.........
Bilik air |
Bilik air dalam bilik katil king |
Bahagian bilik air, dekat sini takda bathtub, cuma pancuran air je. Tu pun dah best buat Fariza nak amin air..hahaa. Kalau korang menginap dekat sini, tak perlu bawak perlatan mandian, tuala semua bagai, sebab dekat sini semua serba serbi ada..hehe. ada disediakan ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo, tuala,..semua ada.
Lengkap semua, ada iron dan seterika |
Bilik ni pun ada tempat iron dan seterika. Senang kan. Paham-paham jela perempuan, tudung berkedut bila masuk dalam beg. Nak pakai mestila kena iron..hahaa.
Plug sana sini |
Pasal plug, tak perlu risau, sebab memang banyak plug, tak perlu berebut..hahaa. Dalam bilik kiri kanan, dekat luar lagi..fuh..
arah kiblat |
Kalau nak sembahyang takyah risau arah kiblat dekat mana, sebab dah ditunjukkan..
Pemandangan di balkoni..bestnya waktu ni..segar je |
Tengokla..hijau je..Gunung tu..lawa |
Bahagian balkoni yang mengadap pemandangan yang indah. Hirup udara segar di Cameron Highlands. Bayangkan tingkat 7, lagi la best. Memang otak rehat habis. Cuaca sejuk memang menyusuk ke dalam badan. Bangun pagi, tengok keindahan macam ni, hilang stress.
Pagi2 dah ceria..hehee.. |
Khemah untuk disewa |
Tengok berkejaran, main dekat ruang tamu..hahaa |
Ala happynya dapat tidur dalam bilik besar ye..dahla malam sejuk..hujan pulak.. |
Disebabkan ruang tamu yang besar, jadi mr mafia mintak sewa khemah untuk budak-budak ni. Biar diaorang rasa seronok bila ada dalam bilik. Sewa khemah hanya RM10..kitaorang duduk 3 hari 2 malam, jadi dua malam la sewa khemah ni, jadinya RM20. Takpe, untuk anak-anak. Fariza suka giler bila ada khemah ni. Paham-paham jela budak-budak punya imaginasi..hahaa.
Kemudahan Lain Di Avillion Cameron Highlands.
Bilik meeting |
Cafe |
Cafe pun besar |
Banyak lagi kemudahan yang ada dekat Avillion Cameron Highlands ni, macam bilik meeting, Taman permainan, cafe dan gym.
Pemandangan dari atas.. |
Taman permainan.. |
Mak tengah membawang jap..tengok anak main ..hahaa |
Bagus kan bila ada taman permainan ni. Anak-anak seronok main bila balik bilik. Mak pergi membawang, bergosip, ayah pergi gym, anak-anak main dekat taman permainan ni..hahaa. Fariza main puas dekat sini.
Bangun pagi esoknya, pergi gym. Senaman sikit bagi segar otak dan badan sebelum bergerak ke tempat menarik di Cameron Highlands.
Persekitaran di Luar Avillion Cameron Highlands
Shopping mall |
Macam-macam ada |
Kedai runcit |
Kedai makan |
Lepak jap, minum bergosip para mak-mak ni |
Hotel Avillion Cameron Highlands bersambung dengan Cameron Fair. Jadi, yang bawah tu bangunan kedai-kedai, macam kedai shopping mall dan banyak kedai makanan dekat situ. Jadi kalau rasa taknak makan dekat cafe Avillion, boleh je cari makanan dekat luar. Memang banyak kemudahan yang ada di sekitar Avillion ni yang memudahkan pelancong. Siap ada pasar lagi.
Happy sanagt dapat bercuti dan menginap di Avillion Cameron Highlands |
Hotel paling best di Cameron Highlands |
Hah macam mana, strategik kan tempat dia. Bagi nad, lokasi dia macam di tengah-tengah..Nak pergi ke bawah senang, nak pergi ke Brinchang pun ok. Duduk sini memang aman je, memang rasa percutian yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar..hahaha..
Bilik yang ada laman rumput tu nampak best..ada rezeki nak stay bilik tu pulak la..hehee. |
Kalau rasa nak menginap di Avillion Cameron Highlands,
Avillion Cameron Highlands terletak di Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia. Sila hubungi hotel +605 5000 333 atau lawati
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/
best! teringin nak bercuti dekat avilion ni. ada playground mesti ank2 sronok nak main
ReplyDeleteMmg best sini..
ReplyDeleteWow... Bestnya! Besar selesa bilik nya. Thanks Nad
ReplyDeleteSave bookmarks
Lawanya! Teringin nak bawa si kembar plak ke Cameron, best!
ReplyDeleteBawak fmily bercuti best nii .. listed
ReplyDeletegambar dorg 2 kt atas katil tu wajib print besar2. cantik. best nya hotel ni..
ReplyDeleteWahh nampak best sgt nieh!
ReplyDeleteDah lama tak naik CH, wah ada Avillion hotel..bleh la cuba menginap kat sini nanti...tengok gambar- gambar Nad tempat ni cantik sangat...hotel baru kan?
ReplyDeleteBest.. Besarnya bilik.
ReplyDeletebestnya tempat ni.... nak pergi cameron je rasanya....
ReplyDeletemmg besar ruangan premium suite, no wonder la...lagipun luas dan selesa plus hotel baru jugak kan...lagi la best...hihihi..seronok tgk Nad berjalan dengan family...Sally tahun ni dah 3x pergi Cameron...dah macam ape dah ulang alik :D
ReplyDeleteluasnya tempat ni. untunglah kak nad
ReplyDeleteWoww ade avilion kat cameron?? Bestnyeee
ReplyDeletetq share nad.. memang tgh cari tempat penginapan kat Cameron ni..
ReplyDeleteCantiklah hotel dia, nanti kalau bercuti kat Cameron nak menginap kat sinilah.
ReplyDeleteDari awal baca memang teros nak tengok bilik macam mana. Good info yg bgtau Avilion bersambung dgn Cameron Fair. Nanti puas pulak mencarik. Dah lama sangt tak naik Cameroon..masih sejuk lagi kan? Sonokla bercuti yer sambil makan strawberry
ReplyDeletethanks review...macam tau2 je tgh plan nak pg cameron. Senang boleh pegi sini je
ReplyDeleteBestnya nampaknya Avillion ni. Pernah juga nak pergi sini masa baru2 dia buka tapi tak jadi. Tak ingat sebab apa. Kena jadi juga la pergi sini next time.
ReplyDeleteCongratulations to Avillion Cameron Highlands. The hotel looks clean and nice. must be good for whole family to go for a vacation. yay
ReplyDeletewahh hotelnya nampak selesa dari bilik .. ruang rehat dan bilik air semuamya nampak bersih dah kemas je..
ReplyDeleteBestnya kita memang dah lama tak pergi ke Cemeron Highland ini memang nak sangat duduk kat sini hehehehe nak pergi lah bawa family jalan-jalan kat sana.. Luas macam homestay kat sana...
ReplyDeleteBest yer Nad bawa anak-anak bercuti ke sini. Hotel ni masuk dalam wishlist jalan-jalan tahun depan. huda pun dah bertahun tak pergi Cameron Highlands. Next time wajib stay sini. Bilik best dan view cantik!
ReplyDeletewow...untunglah dapat rasami hotel baru, memang syok nampaknya , next time pergi cameron bolehlah menginap kat sini...senang sebab semuanya ada kat situ, kira macam dia punya centre....aimed jugak bilik ada balkoni karpet hijau tu...lepak situ sejuk2 sambil pekena kopi o panas memang heaven
ReplyDeleteCantikla penginapan dia.. Ramai yg suggest nginap sini kalau dtg cameron highland.. Bolehlah next holiday mai sini lak..
ReplyDeleteMemang seronok ke Cameron Highland. Sejuk je rasa. Banyak tempat menarik pulak tu. Sehari mungkin tak cukup nak jelajah semua. Menginap di hotel ni pun menarik juga
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Cx baru je pergi cameron bulan Jun kelmarin kot. Tak ingat. Bestlah pergi cameron dengan stay dekat hotel yang menyediakan banyak kemudahan dan kelengkapan untuk kita. Memang feeling habislah bercutikan? Kita gembira, anak2 pon gembira. Sesuai sangat spend time dengan famili. Nice review and sharing nad!
ReplyDeleteDapat juga invitation ke sini tapi sayangnya tak dapat nak join sebab sehari sebelum majlis sis balik dr India so penat pulak rasanya nak berlari pulak nak ke sana. Tengok menarik jugak ya tempat ni..tak apalah, kalau ada rezeki nanti sis menyusul le
ReplyDeletesaw a few bloggers posted on this avillion too, it has been a while since my last visit to cameron highland perhaps it's time to revisit! but given school holiday with the traffic jam up there, i think i will wait for school reopens! haha
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Cool! Ada tempat penginapan baru kat cameron highand. Mouse mommy dan famili mmg lawat ke Cameron Highland tiap tahun, udara segar, sayur fresh, natural surrounding. Nnt nak book utk hotel ni jugak. Tq info ni :)
ReplyDeleteAlahai nad. Bestnya duduk kat situ. Mesti rasa taknak balik kan? Kita rasa macam nak jeeeeee pergi sekarang tau.
ReplyDeleteTak pernah lagi dok bercuti kat hotel yang meriah macam tu.
Memang best klu dpt menginap kat hotel ni..dah lama xpg cameron highland
ReplyDeleteso convenient this place as they have f&b outlets, convenience store and etc. I saw Mr DIY is there too. who knows got any urgent things to buy or some coloring stufffor children
ReplyDeletebestnya..teringin pulak nak try menginap kat sini...
ReplyDeleteWahhhh seronoknya. Nmpak selesa sangat tempat nad menginap tu. Mesti berat jerk nak tinggalkan
ReplyDeleteWow! best juga hotel baru ni. I like your room its very spacious.
ReplyDeleteTengok baby kecik senyum pun dah tahu punya best dan selesanya hitel Avilion ni.. nak pulak cameron yang sejuk ni.. bestt
ReplyDeletewah lawanya design dalam Avillion ni! kemudahan pun lengkap semua :D
ReplyDeleteCantiknya Hotel ni. Berbaloilah kalau stay kat sini.Okay boleh bookmarked.
ReplyDeleteLuas sungguh bilik dia. Avillion memang terkenal dengan deko dan ruang selesa macam ni. Tak sangka mereka buka di Cameron. Ruby pun dah lama tak pi Cameron. InsyaAllah next time bila anak dah besar skit.
ReplyDelete