hai assalammualaikum

Kyochon Spicy Fried Chicken Di Mytown - Memang banyak kedai makanan Korea sekarang dekat Shopping mall. Pilih je kedai korea mana, kalau boleh nak masuk semua dalam satu hari.hahaa..Tapi kita makan satu-satu dulu la. Haritu pergi bawak anak buah jalan-jalan Ikea. Dah lapar, kitaorang tak makan dekat Ikea, kitaorang cari kedai makan Korea dekat Mytown. Mujur, anak buah ni nak makan makanan korea, kadang dia ni tak makan benda pelik. Tapi dia pun teringin nak makan. Jadi kita pergi la ke Kyochon. Mr mafia tak gemar la makanan Korea, jadi kena ada geng pergi sini.


Sebenarnya ni pertama kali nad pergi makan dekat Kyochon Mytown. Tak google ke apa, menu apa yang sedap, macam mana nak order semua. Main terjah je, sebab tak plan pun. Masa ni orang ramai beratur nak masuk kedai ni. Ramai juga yang datang. Jadi amsa tengah beratur tu, tanya la budak perempuan yang tengah tunggu turn, cakap apa yang paling sedap menu sini. Budak tu cakap " ayam goreng pedas dia, tapi haritu saya order ayam goreng madu dia pun sedap"..ok takpe..kita tengok menu dulu.


Memang kena beratur sebab tak cukup tempat. Jadi tunggula orang habis makan, baru dapat tempat. Mujur masa tu tak lama nak tunggu. Akhirnya kitaorang pun dapat tempat.



Bila dapat order tu, mula terpinga-pinga. Biasalah, terpinga-pinga bila masuk makanan Korea ni. Lagipun takkan nak makan ayam je kan..perut dah lapar giler.Siap tengok meja orang lain, ada ayam, nasi dengan sayur..hahaa.. Siap tanya dekat pelayan tu, " kalau yang macam meja sana tu siap nasi , menu yang mana erk"..hahaah..Pelayan tu pun tunjuk. Ok, terus nad order menu  ala Carte sekali dengan ayam goreng pedas. Pelayan tu paham la ayam pedas mana..hahaa. Sebab nad pun tak tau ayam pedas tu apa nama, sebut je ayam pedas..hahaha..Lepas tengok menu semula baru tau nama dia Red pepper series..hahaa


Sampai je, fuh, menusuk ke hidung bau dia sedap. Pastu terus makan.. Yes pedas, tapi takda la pedas gila-gila. Masih boleh dimakan. Memang tak cukup 8 ketul, patut ambil lebih..hahaa. Perisa dia lain daripada yang lain. Sedap..


Nak makan ayam ni, makan dengan sarung tangan plastik, kalau taknak tangan kotor..hehee..Okla kan..


Lepas tu tambah Salsal series untuk Fariza. Salsal ni dia jejari ayam yang disalut bijirin beras. Ada sos dia tersendiri.. Ok la..Fariza laju je makan.

Nasi, sekali dengan sayur dan sup, adik Farhanah bolehla makan..hehe..

Setakat ni, ni kedai makanan Korea kedua nad pernah makan. Boleh cuba tempat lain pulak.
hai assalammualaikum

Bawak Anak Buah Jalan Shopping Mall KL - Hah, haritu nad ada bagitau, yang anak buah nad ada duduk dengan nad dekat KL. Sambil tu mintakla dia jaga anak nad masa nad ada event..hehee. Jadi, dah alang-alang dia duduk dekat KL ni, nad ada la peneman nak pergi jalan-jalan hari minggu. KAlau nak tunggu mr mafia bawa keluar memang tak tau labila..huhu. Memang sentaisa jumpa client. Takpe, paham dia cari duit untuk keluarga. Jadi bila anak buah ada, ada kawan la nak keluar.

Nad ingat nak mintak dia stay sampai akhir bulan ni, lepas tu hantar dia balik kampung semula. Tapi sebab dia nak masuk sekolah, nak uruskan baju, buku sekolah lagi, dia pun nak balik awal. Jadi sbeelum di abalik tu, nad bawakla shopping mall area kl ni..

Memang fikir nak baak dia jalan-jalan KL ni, macm pergi KLCC, KL Tower, taman yang ada dekat KL ni, tapi tak sempatla nak pergi semua. Sebab dia pun tak lama dekat sini. Jadi pergi mana yang ada jela..huhu..



Bawak pergi Times Square dengan Ikea jela sempat. Times Square tu sajalah jalan-jalan, nad pun dah lama tak jalan Times Square. Pulak tu time tu tengah ada sale pulak. Apa lagi, beli baju la..Dia pun siap bagitau mak dia, baju dekat Times Square ni murah..hahaha. Nad beli seluar jeans sekali. Dah lama tak shopping baju ni..





Lepas tu bawak pergi Ikea. Saje bagi dia tengok barang-barang dalam tu. Yela, rumah dia pun tengah di reno, man atau dia tunjuk dekat mak dia, maknya berkenan, hah, bawak pergi Ikea..hahaa. Bagi tengok rupa Ikea macam mana..kihkih..Nad memang macam ni, jangan pelikla, datang ikea mesti ambil gambr..berangan jap..hahaa




Oh malam sebelum esoknya dia balik tu, mr mafia ajak makan dekat luar. Makan dekat Dagang Avenue Food Court Ampang. Nak bagi dia rasa Burger Abang Burn..Hah Rasalah kau ye sepuasnya..hahaa..



Nad makan Char Kew Teow dengan Takoyaki.

Dekat situ memnag banyak pilihan makanan. Kedai makanan pun banyak.

Kalau dia duduk KL lagi, nanti boleh bawak tempat lain pulak.

FARHANAH ADA "PENEMAN" DIA KE??

in , by Nadia Johari, 00:31:00
hai assalammualaikum

Farhanah Ada " Peneman " Dia Ke?? - Tiba-tiba malam ni nak cerita seram pulak..hahaa..Seram ke, takda la seram sangat. Mulanya fikir, budak nak membesar, jadi macam-macam perangai dia keluar. Tapi bila cerita dengan adik beradik, mulalah diaorang buat cerita seram..huh..Kita pun malas nak fikir, tapi takut-takut juga ni..hahaa. Kejam sungguh adik beradik kita tau.


Ceritanya kelmarin, nad dekat dapur tengah masak. Farhanah duduk juga dekat dapur, tengah seronok "kemas" pinggan mangkuk. Lepas tu nad pergi ke depan sekejap, tengok phone. Takdela lama sampai 15 minit, dalam 3 ke 5 minit macam tu. Lepas tu, ke dapur semula. Tengok-tengok si adik takda. Mula la dah cuak. Panggil-panggil dia " adik, adik".."Farhanah, Farhanah "..Cari dekat bilik air, sebab dia akan cari nad dekat dapur, tak pun bilik air. Tengok takda. Tengok dekat jamban, takut masuk dalam lubang jamban ke..Allahuakbar jauhkan..Tengok-tengok takda.

Pergi ke ruang tamu semula, panggil " adik, adik "..kot mana tau dia dah ke depan tanpa kita sedar. Tengok-tengok takda. Ok, jantung dah laju, dah nak nangis ni..Rasa nak telefon mr mafia dah. Tapi, tiba-tiba nad terfikir satu, adakah dia naik tangga pergi atas?

Nad naik tangga, panggil " adik, adik "..Sekali, keluar satu kepala dari bilik..Terus nad "Adikkkkkkkk"..korang paham-paham jela macam mana perasaan tu. Ya Allah, dia naik tangga. Tangga dekat rumah nad ni memang tinggi, hanya orang yang pernah datang ruamh ni je tau tangga tu tinggi macam mana. Ya Allah, nasib adik takda apa-apa.

Yang membuatkan nad terfikir, Farhanah memang tak pernah nak naik tangga. Pernah dia tengok kakaknya, atau nad naik tangga, tapi tak selalu, dan dia pernah cuba nak naik, tapi patah balik semula sebab macam takut atau was-was. Tak sangka, kelmarin, tinggalkan beberapa minit dah sampai atas , siap masuk bilik. Hanya beberapa minit. Laju betul.

Dan hairannya, masa dia naik, nad tak dengar langsung bunyi tapak kaki dia naik. Tangga ruamh nad jenis kayu, kalau orang turun memang akan dengar walaupun tak kuat. Perkara terjadi bukan dekat adik sahaja, malah kakak dulu umur setahun pundah naik tangga sendiri, senyap-senyap, sama situasi macam adik. Nad pernah cerita dalam blog ni. Klik entry Terima Kasih Fariza


Bagitau la dalam group keluarga. Mulalah abang buat onar. Kata Farhanah ada "kawan"..kakak terus sambung , terus direct cakap hantu..ciss kuang asam..menciklaaa..


Takpa kita fikir positif..Farhanah dah besar. Anak-anak nad memang pandai bawa diri..huhu..Dahla haritu Farhanah jatuh buaian..haishh..lasak sangat budak sorang ni.

hai assalammualaikum

Agen hantar Lazz Susu Kambing yang kita order depan ruamh

Stok Lazz Susu Kambing Minuman Berkhasiat Sentiasa Ada Di Rumah, Mudah Dengan Lazzdelivery

Stok Lazz Susu Kambing Minuman Berkhasiat Sentiasa Ada Di Rumah, Mudah Dengan Lazzdelivery, Duduk Rumah, Pengedar Yang Hantar - Kalau korang nak tau, nad dari mengandung dah amalkan minum Lazz Susu Kambing ni. Pernah nad tulis entry dekat SINI ( klik nak tau lebih lanjut tentang kebaikan Lazz Susu Kambing Semasa Mengandung ). Nad sambung terus masa berpantang dan sampai sekarang sebagai milkbooster, tambah susu badan. Stok Lazz susu kambing memang sentiasa ada dekat rumah. Mudah sekarang nak dapatkan stok bila ada Lazzdelivery ni.

www.lazzdelivery.com

Lazz untuk milkbooster

Stok susu Lazz kena sentiasa ada dekat rumah. Bila tinggal sikit je, terus order cepat-cepat dekat website www.lazzdelivery.com. Isi borang dan nanti ada pengedar dia whatsup dan terus hantar dekat rumah. Cepat, tak perlu tunggu lama nak dapatkan stok susu Lazz, tak perlu ke kedai. Tunggu rumah sahaja, sama ada hari korang order dia akan sampai atau esoknya, waktu pagi dia hantar susu Lazz kambing ni...hehe..senang kerja nad kan. Macam nad, order petang, dia hantar esok pagi pukul 10 pagi dekat rumah. Agen pun ramah sangat, siap suggest susu mana yang bersesuaian  untuk nad , ibu menyusu ni. Tiada caj tambahan dikenakan.

Seisi Keluarga boleh minum Lazz susu kambing

Lazz Susu Kambing Sebagai Milkbooster Untuk Ibu Menyusu

Nad ambil susu Lazz sebagai milkbooster, nak tambah susu badan. Nad bukan susukan seorang anak tapi dua orang anak. Sebab tu kurus sangat haishh, anak duk sedut je..hahaha. Jadi nad kena minum susu berkhasiat untuk susu badan dan bagi nad bertenaga. Alhamdulillah, sedar tak sedar, si kakak sekarang dah usia 3 tahun, walaupun Fariza masih menyusu, si adik, Farhanah, masih kenyang menyusu badan. Tu maknanya, susu nad sentiasa ada dan penuh. Kadang boleh bengkak bila kakak tak menyusu.

Lagi satu, mak menyusu ni memang nak makan je kan, pulak tu makan apa sahaja sebab lapar. Kadang ibu menyusu ni termakan benda yang berangin atau sejuk, tapi bila minum susu kambing ni bantu kurangkan simptom angin dan sejuk. Bila minum, ia takkan beri kesan ekpada anak sebab susu kambing lazz ni bersifat alkali.

Pacakging baru

Semua orang tau berkenaan keenakan dan kebaikan susu kambing ni. Ia amat sesuai diminum seisi keluarga. Anak dan suami pun minum juga. Lagipun, Lazz susu kambing ni dah keluar dengan packaging baru. Packaging Omar dan Hana. Fariza tengok, lagila dia suka nak minu. Sikit-sikit, " mommy nak susu Omar Hana "..hahaha..jadi dah paham dah dia nak susu apa.

Sebab tu kadang stok cepat habis..ehhee. Pulak tu, Lazz susu kambing ada pelbagai perisa, Lazz Orgamilk, Lazz Kurma, Lazz Choco dan yang paling best, mereka yang suka minum kopi, Lazz ada keluarkan Lazz Cafe. Semua perisa memang sedap.

Susu Lazz Kurang manis, kurang gula

Susu kambing lazz punyai kandungan gula paling rendah (kategori less sugar below 5g) dan rasa tidak manis pun. Sesuai la untuk anak, lagipun susu Lazz, susu natural (hanya kandungan susu kambing yang kekalkan khasiat semulajadi susu kambing sebenar ). Jadi khasiat tu lebih pantas diserap oleh anak..

Lazz cafe paling sedap..siapa addict minum kopi, better ambil ni..berkhasiat

Korang yang suka sangat minum nescafe atau seangkatan denganya, baik ambil je Lazzcafe ni sebab rendah cafein. Kali pertama nad jumpa susu kambing yang ada campuran kurma ni. Ya, ia ada campuran kurma ok..memang bagus sangat. Antara kebaikan yang ada dalam Lazzcafe ni memang sesuai untuk ibu hamil, berpantang, menyusu, juga lelaki dan warga emas. Rasanya memang sedap, lemakberkrim, tak terlalu kuat dan aromanya memang menyenangkan otak ni. Ia dapat memberi tenaga, dan menghilangkan kelesuan, terasa segar je bila minum. Bagi warga emas, Lazzcafe ni pilihan yang baik kerana ada kandungan kalsium dalam campuran ni.

Susu Lazz boleh diambil panas atau sejuk.


Lazz Susu Kambing Boleh Campur-Campur

Sejak ada Lazz Cafe ni, nad memang kerap la amalkan minum susu kambing ni. Sebab boleh campur-campur dengan Lazz Choco atau Lazz Kurma. Yela, selalu kita rasa satu perisa sahaja, kali ni boleh campur-campur. Itu pun agen yang hantar susu lazz ni yang cadangkan.

Lazzchoco+Lazzcafe

Kalau nak rasa mocha, boleh campur satu paket Lazz Cafe dengan dua skop Lazz Choco.

Lazz Kurma + Lazz Cafe

Kalau nak rasa Latte, boleh campur satu paket Lazz Cafe dengan dua skop Lazz Kurma. Serius, sedap sangat.


senang dalam bentuk sachet

Lazz Ada Dalam Bentuk Sachet

Senang bila ada dalam bentuk sachet ni kan. Kalau sebelum ni, memang Lazz Cafe dalm bentuk sachet, tapi sekarang Lazz Orgamilk pun ada dalam bentuk sachet.

Standby susu dimana-mana sahaja

Lazz Orgamilk atau susu kambing pracampuran kurma dalam bentuk sachet, mudah di simpan dan di bawa ke mana sahaja. Boleh standby, bawa Lazz sachet dalam beg. Nak minum, senang, koyak, bancuh dan minum.

Mudah disediakan:
- Untuk Stok susu anak semasa travel
- Untuk ibu menyusu yang kelaparan
- Untuk yang nak elak godaan minum manis di restauran..ehehe
.
Hah!!, bagus kan Lazz susu kambing ni. Dahla sesuai untuk seisi keluarga, mempunyai pelbagai perisa, dalam bentuk sachet yang mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh dicampur bagi menikmati rasa susu yang berbeza.

Order sekarang

Nak order boleh ke
Website : http://www.lazzdelivery.com/
Facebook : https://www.facebook.com/lazzsusukambing/
Instagram : https://www.instagram.com/lazzsusukambinghq/




hai assalammulaikum

Kedai Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision William Sungei Wang Viral - Seumur hidup, tak pernah la nak pakai cermin mata, sebab berlagak, cakap mata kita ni elok je, takda rabun ke apa!! Tak pernah juga pergi cek mata dekat kedai mana-mana. Tapi akhirnya tewas,  kena pakai cermin mata juga. Ku ingat ,orang pakai cermin mata ni sebab rabun je, takda benda lain, tapi rupanya ada juga masalah lain seperti silau.
hai assalammualaikum

Pore Purifying Serum Cleanser Membersih Wajah Dan Melembapkan Kulit - Kalau bab muka, memang kena jaga dengan teliti. Pembersihan wajah dengan lebih mendalam lebih baik supaya muka betul-betul bersih daripada segala kekotoran. Nad memang suka pakai serum, sebab serum ni jenis cecair dan cepat meresap. Ni kali pertama nad jumpa serum yang bertindak sebagai pencuci muka sekali. Wah, memang menarik sangat. Althea keluarkan produk terbaru mereka iaitu Pore Purifying Serum Cleanser di mana ia menggabungkan kekuatan pembersih dan serum semua dalam satu, bekerja untuk membersihkan kulit secara dalam sambil memastikan ia lembap dan lembut untuk disentuh.


Pore Purifying ni dapat menghalang kulit daripada kering dan sangat berkesan meminimumkan liang-liang pori yang tersumbat, menjadikan ia licin apabila disentuh. Keistimewaan Pore Purifying Serum Cleanser ni bukan sahaja sebagai pembersih muka malah ia boleh membersihkan solekan, kotoran, dan minyak. Mengandungi ekstrak pudina sambil memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat sepanjang hari.


Produk ini mempunyai tekstur yang cair dan jernih seperti air tapi pekat apabila  keluar dari botol dan mudah digunakan pada kulit. Masa pakai ada rasa sedikit macam berminyak, tapi solekan semua memang tanggal masa nad pakai. Jangan risau, muka takkan berminyak, sebab lepas pakai Pore Purifying ni, lepas solekan semua hilang, nad terus basuh dengan air. Ia dirumuskan dengan Dual Moisture Cell System super sejuk yang menggabungkan kelembapan dan minyak dalam lapisan bertindih, dengan perlahan tetapi secara berkesan mengeluarkan sisa solek dari kulit.

Lepas je basuh muka, muka terus rasa segar, bersih, dan lembap ok. Pore Purifying membantu mengimbangi tahap pH, yang membawa kepada persekitaran kulit yang sihat untuk kulit. Bahan-bahan bintangnya adalah ekstrak cendana (untuk membersihkan liang-liang) dan minyak jojoba (untuk melembapkan tanpa rasa berat) untuk mengusir sel-sel kulit mati, tanah dan minyak tanpa membuang kulit.

Bahan-bahan Utama
Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit


Cara menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser
Tuangkan sedikit di atas tapak atangan, dan urut perlahan-lahan ke kulit dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum dibasuh dengan air. Selepas itu, bilas dengan air. Kulit akan rasa bersih, segar dan lembap.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur. Ia juga mendapat formula hypoallergenic yang tidak akan merengsakan kulit, dan bebas dari haiwan. Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.

Pore Purifying Serum Cleanser Althea memang best. Ia boleh didapati secara eksklusif  di laman Althea, jangan ketinggalan  you alls..you alls kena cuba juga..Klik link https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser
hai assalammualaikum


Wangian Mempesona Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea - Orang perempuan ni memang menitikberatkan bau wangian di seluruh badan. Kalau boleh taknak ada bau busuk yang menusuk hidung, yang kurang menyenangkan orang lain. Bila wangi, keyakinan pun tinggi..gitu..Sebenarnya, ada banyak cara untuk menjaga agar tubuh sentiasa segar dan wangi. Penggunaan body mist juga dapat menjadi salah satu alternatif untuk mengatasi masalah aroma tubuh yang tidak sedap. Body mist yang nad guna sekarang ialah Stay Fresh Body Sparkling Mist.


Nad memang tak pernah pakai body mist ni, tapi bila dapat tau Althea ada keluarkan produk body mist, terus rasa nak cuba. Bila dapat je Stay Fresh Boday Sparkling Mist ni, terus buka dan cuba bau dia. Ya ampun, wangi sungguh. Bau tak berapa berat, harum dan sedap je. Lepastu, setiap kali lepas mandi, nad mesti sembur body mist ni..hehe. Sama juga konsepnya seperti pemakaian minyak wangi, semburan pada kulit, sembur pada bahagian nadi seperti bahagian dalam pergelangan tangan, leher, payudara, belakang lutut dan bahagian dalam siku. Boleh juga sembur seluruh baju, tudung. Bau takda tahan lama, tapi sedap bau dia.

Kerjasama Althea Dengan Titi Kamal

Kalau korang nak tau Stay Fresh Body Sparkling Mist ni merupakan kerjasama terbaru antara Althea dengan pelakon dan penyanyi Indonesia terkenal yang cantik dan manis iaitu Titi Kamal. Titi Kamal  mempunyai bakat dalam berfesyen dan gaya, dan beliau adalah ikon kecantikan yang menawan hati peminat di seluruh Asia Tenggara. Beliau sendiri yang memilih bauan ini. Bauan dia memang harum, campuran feminin buah dan aroma bunga.


Bahan utama yang terdapat dalam Stay Fresh Body Sparkling ini ialah :
Damask rose water – Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut.
Sweet orange oil – Bau yang cukup menyegarkan.
Elder flower extract – Selain memberi bau feminin, ianya turut menyejukkan dan melegakan kulit.


Bauan yang manis dan segar dari buah oren, peach dan ros, tidak terlalu kuat, perfume yang lembut apabila disembur di badan. Mempunyai formula yang tidak melekit dan badan akan sentiasa selesa. Saiz yang kecil, boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bila ada bau busuk je, boleh sembur..hehee. Sesuai untuk mereka yang bersukan juga.

Wangi selalu dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist TitiXaltheakorea . Kalau korang nak, korang boleh ke https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist
hai assalammualaikum



Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam Di Avillion Cafe - Selalunya, setiap hotel memang akan ada cafe dia tersendiri. Terpulang dekat kita nak makan dekat sini atau tak. Macam nad, memnag akan makan dekat cafe dia, yela dah include sekali kan. So takkan nak makan luar pulak kan. Avillion Cameron punya cafe ni besar dan luas juga tempat dia. Boleh muat ramai orang juga.






Menu pulak tak pasti, sama ada sama menu macam nad makan atau berlainan. Macam nad haritu, petang check in, malamnya dijamu dengan makanan steamboat. Dekat Cameron Highlands memang banyak makanan steamboat ye, yela cuaca sejuka kan. Mestilah nak makan sup-sup, panas-panas gitu. Nad bayangkan steamboat dia ada macam-macam makanan seperti yang nad pergi tu, tapi kecewa, dia tak banyak pilihan. Yang ada cuma sayur, seafood tu sahaja. Takda goreng-goreng, nasi semua tu. Tapi takpela, dah lapar kan. Makan ni pun ok. lapar lagi , boleh keluar cari makanan..hehehe.



Sarapan pagi pulak, macam biasalah ada bergoreng dan bijirin.



Esoknya pulak, makanan tengahari, makanan penuh dan pelbagai. Dari makanan berat ke dessert. Lauk pauk yang pelbagai, air, buah-buahan dan aiskrim..semua ada la. Nad tak ambil gamabr banyak masa ni..sibuk sangat layan anak. Tapi nad ad amabil gamabr kerabu strawberry. Sedap giler weii!!. Teringat-ingat sampai sekarang. Pertama kali makan, ingatkan rasa pelik, tapi tak, rasa sedapppp...hahaha. Ku tambah dua kali. Tu pun penuh..hehe. Rasa nak bungkus je..






Malam esoknya pulak, hah ni makanan paling best. Makanan western pulak la..hehee. Macambiasa anka makan spagetti. Momy makan fish, daddy makan chicken black pepper. Adik cukup makan kentang je..hahaa. Dekat sini sentaisa ada buah..tengok makana ni nad yang terliur..hahaa.

Okla semua menu ni. Korang pun boleh keluar cari makanan dekat luar sebba Avillion Cameron ni dekat dengan kedai makanan. Nak bercuti, bolelah menginap di Avillion Cameron ni.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2