Galakkan Anak Rajin Ke Dapur - Ada sesetengah mak, tak bagi anaknya ke dapur sebab takut bersepah atau lambat memasak, dah jadi banyak kerja. Nad pun fikir macam tu sebenarnya, tapi taknak anak malas ke dapur, atau malas tolong kita, nak dia rajin, nad pun biarkan dia datang ke dapur, tengok nad buat apa. Nad dah buat dari Fariza kecik lagi, bagi dia kenal beras, bawang dan sayur semua tu. Pernah nad biarkan dia, kupas bawang ..haaha. Masa tu buat yang simple-simple je. Nad tak sekat pun dia nak ke dapur. Biar dia rajin ke dapur walaupun cuma tengok je. Bagi biasa masuk dapur.
Lepas tu, nad bawa dia buat baking biskut di White Lodge International. Dari situ, nad nampak dia memang seronok buat-buat ni semua. Sekarang dia dah usia 4 tahun, mula la ajar dia buat benda-benda seperti letak kunyit dekat ayam, ikan dan sotong. Taknak ajar dia jadi penggeli..huhu..Yela kadanga da budak geli nak pegang tu semua..haahhaa. Lagipun usia 4 tahun dah boleh mendengar arahan. Sambil ajar, sambil kenalkan dia dengan barang dapur.
Ajar dia pecah telur. Biar dia cuba, sekali pecah tak masuk pinggan,takpe, boleh usaha lagi lain kali. Biasalah, sekali cuba takkan sempurna kan. Boleh ajar banyak kali. Esoknya ajar dia menumbuk pulak. Hah!!, senang kerja mommy. Mommy tinggal buat kerja separuh yang dia dah buat..hahaa.
Buat masa ni buat kerja-kerja macam tu je dulu. Bahagian api, memang tak berani lagi. Pernah suruh dia masukkan sayur dalam kuali, sekali terkena tangan kuali tu dekat dia..nasib tak melecur tangan dia..Takpe, buat yang simple, dah besar nanti bolehlah ajar dia yang lain..Sekurangnya dia rajin masuk dapur. Bila nak suruh tak susah. Bila dah besar, dah senang nak suruh dia nanti.
Comel.. kecil2 da pandai g dapur. besar mesti champion memasak ni
ReplyDeletehttp://www.imaginasiklasik.com/
Bagus ajar anak2 ke dapur dari kecik. Syafi pulak ikut mood. Kalau dia nak join masak, dia join lah. Kalau x, main saja. Hehe
ReplyDeleteHELLO
ReplyDeleteSama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.
Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
Whatsapp: +447480724786
BBM INVITES: {DDA46523}