hai assalammualaikum

Pasar Malam Golden Hills Cameron - Kawan cakap,  kalau nak beli strawberry, atau sayur murah,   baik pergi ke pasar malam. Tapi,  dah petik buah strawberry,  saja juga nak tengok pasar malam yang dikatakan meriah dan wajib pergi tu. Dikatakan dulu,  pasar malam ni di Brinchang,  tapi dah ditukar ke Golden Hills. Kalau sebelum ni dikatakan pasar malam ni dibuka pada waktu tertentu sahaja, tapi sekarang setiap hari dibuka. Agaknyala,  nad pun tak pasti.



Jalan-jalan Pasar Malam di Golden Hills Cameron

Malam kedua,  lepas makan malam,  terus ajak mr mafia pergi pasar malam. Yela, boring kot duduk dalam bilik je. Nak tengokla apa yang dijual dekat Pasar Malam Golden Hills tu,  besar ke tempat dia. Malam tu guna waze nak ke sana. Almaklumla,  malam kan,  laluan pun tak biasa lagi,  jadi bawakla dengan berhati-hati.

Kitaorang datang dari Tanah Rata,  jadi Pasar Malam tu belah kiri. Tapi dia dalam lagi sikit. Masa sampai tu,  tengokla,  ramai juga orang balik dengan beli macam-macam sayur dan buah. Nad tengok pasar dia, takdela besar mana. Tak tau swbab nad sampai lambat kot,  orang pun macam dah nak balik. Rasa pasar malam ni tutup dalam pukul 11 malam.

Kalau dah namanya pasar,  mestila macam-macam ada kan. Dari buahan, sayuran,  pakaian, makanan dan cenderahati.

Ni yang nad sempat ambil gambar apa yang ada dekat Pasar Malam Golden Hills.


Orang cakap jagung kat pasar ni jagung mutiara. Jagung berwarna putih,  isinya manis.


Disebabkan cuaca semakin sejuk malam tu,  mr mafia cadang nak beli sarung tangan, stokin dan topi untuk budak-budak ni. Hah,  biorkan jela dia nak beli. Tapi memang sejuk waktu malam haritu dengan musim hujan lagi.


Adik dapat hadiah sarung kaki dari aunty atie. .Hehehe. Cantik sarung kaki tu. .Tebal. .Dah macam duk luar negara je.


Dekat sini pun ada jual pokok.


Pelbagai sayuran yang ada dijual disini. Kalau bercuti ke Cameron,  tak sah kalau tak beli syuran segar di sini kan. Yela,  sayur Cameron atas bukit,  semestinya segar.


Wajibla ada strawberry,  teh dan macam-macam lagi. Lagi-lagi strawberry, memang banyakla orang jual. Memang murah-murah berbanding petik sendiri.




Ada juga pokok kaktus dijual di sini. Mula nad tengok dulu,  tapi mr mafia cakap nak beli tak. Fikir punya fikir,  okla belila. Lagipun murah. Takut dekat cactus farm lagi mahal ataubtak sempat pergi. Jadi beli jela dekta pasar. Enam kaktus RM10..ala beli comel-comel je. Nad ni bukan orang yang pandai jaga pokok.. Hahaha.

Last sekali,  beli cenderahati. .Biasalah,  bila dah bercuti suatu tempat tu,  mestila nak beli sebagai kenangan.

Orang cakap,  lagi best pergi Kea Farm,  sebab dekat situ lagi banyak pilihan. Tapi kitaorang tak sempat pergi. Sebab esoknya,  hari ketiga,  hari check out hotel,  balik tu pergi tempat yang rasa perlu pergi.

Nanti nad sambung lagi ye percutian terindah di Cameron ni.. Heehe. Ada empat tempat lagi nad pergi. .Hehee.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Rindu kat cameron. Suka makan strawberi cerca coklat :'D

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas pergi Cameron Highlands. Tempat penginapan 2 hari 1 malam saya dekat seberang depan pasar malam ni je tau haha. dekat sangat. Tapi memang sesakkk padat mampat time saya pergi petang (5-6pm). sesak2 sempat beli juga la banyak makanan kihkih.

    jemput join segmen blog saya kak :) http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

    ReplyDelete
  3. Kat sini kak ana tak sempat terjah lagi. Hanya ke kea farm saja.

    ReplyDelete
  4. suka pergi pasar malam kat CH ni. Dulu last pergi masa ka Brinchang lagi. Syok berjalan sepanjang pasar malam. ada macam-macam rasa nak beli semua. haha

    ReplyDelete
  5. Ni duk pikiaq nak p ch bilalah ni..anak2 duk tya..haha

    ReplyDelete
  6. bestnya. macam-macam ada kan.pernah pi cameron, tapi tak bertembung pula dengan pasar malam. salah hari. hihi

    ReplyDelete
  7. Dulu masa ala ala honeymoon pergi cameron. Pastu pergi juga pasar malamnya. Tapi kita pergi petang baru buka masa tu. Memang meriahnya la hai orang niaga. Puas beli makanan. Teringat stoberi coklat dia. Hehe

    ReplyDelete
  8. Bru tau kat cameron ada pasar malam. Sebelum ni xtau.. Hahaha.. Ke baru ada ni... Okla gk paling tak hidup gk suasana malam2 kan.

    ReplyDelete
  9. Best juga pasar malam kat Cameron kan, cuasa sejuk and dapat beli banyak fresh products.

    ReplyDelete
  10. Lamanya zira tak pergi Cameron, pergi pasar kat Cameron memang best murah pula tu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2