Pengalaman Memetik Strawberry Di Abang Strawberry Taman Sedia - Tahun lepas, nad ada pergi ke Cameron Highlands sempena Pelancaran Hotel Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Dapat juga stay di hotel tersebut. Kalau nak tau berkenaan hotel tersebut korang boleh klik ( Hotel Avillion Cameron Highlands Selesa dan Mesra Kanak-Kanak). Dah sampai Cameron, mestilah nak terjah tempat menarik dekat Cameron ni kan. Takkan nak terus balik..hey rugi..dahla lama tak berjalan, lama giler tak jejak Cameron Highlands. Bila sampai sini, kena manfaat apa yang ada.
Seronok Memetik Buah Strawberry di Abang Strawberry Taman Sedia Cameron Highlands
Pertama sekali, lepas habis pelancaran, terus cari tempat strawberry. Disebabkan dah lama tak datang Cameron, jadi tak tau nak pergi ladang strawberry yang mana. Nak pergi yang popular tu, jauh dari hotel kita. Pulak tu, tak buka waze..ahhaa..Masa kitaorang jalan, nampak papan tanda besar Taman Sedia di bahagian kanan. Nasib mr mafia nak masuk. Dekat situ ada banyak kedai strawberry, dan bila kitaorang pergi hujung lagi nampak salah satu kedai yang memang kawan nad cadangkan suruh pergi iaitu Abang Strawberry. Fuh nasib masuk dalam Taman Sedia ni..hehee. Abang Strawberry ni yang popular sebab Nasi lemak dia yang berwarna pink dengan sambal dia. Tapi nad datang sini tak makan pun, nad nak merasai pengalaman memetik buah strawberry di ladang strawberry..hehee. Lain kali bercuti rasalah Nasi Lemak dekat sini ye.Masa tengok restoran ni, memang cantikla sebab dihiasi dekorasi menarik, moden, bersih dan susun atur kerusi cukup padan dengan warna asas buah strawberi. Hiasan bunga tiruan dan lampu diatas siling restoran mengamit dan menarik perhatian pengunjung.
Masa datang sini, hujan nak turun, tapi alhamdulillah, hujan berhenti. Kalau tak nangis tak dapat eprgi petik strawberry tau..hehee. Mula tu nlur sikit, nak tanya siapa la ni. Tengok ramai orang duduk makan dekat sini. Tapi kitaorang nak petik buah strawberry je. Mula tengok dulu, apa yang ada dekat sini. Lepas tu, tanya kaunter depan, cakapla, " nak petik buah strawberry macam mana? "..pekerja situ cakap nak petik buah strawberry bayar RM7 untuk 100gram strawberry yang dipetik. Dia bagila bakul dengan gunting. Dah teruja nak petik ni, lagi- lagi Fariza..suka sangat dia.
Mula tu, kitaorang salah pergi ke ladang strawberry, hahaa..ladang tu baru nak dibina rupanya. Ladang sebenar ada dekat kawasan tu juga tapi depan sikit dari lokasi Abang Strawberry..hehe.Malu giler. Pergi ke sana. Tengok je ladang dia, terus "wahh". Best sangat bila tengok strawberry segar dari pokok. Masih tergantung elok je. Fariza dah taks abar nak petik buah strawberry tu..hehee.
Nad tunjuk mana je nak dipetik. Kalau bagi Fariza petik, mestilah dia nak petik semua. Terlebih 100gram memang kena bayar lebihla..ehhehe..Jadi tunjuk dia strawberry yang merah dan besar untuk dipetik. Masa tu buah strawberry takda banyak sangat, belum musim dia kot, tapi adala sikit-sikit. Kitaornag jalan dan cari satu ladang tu..ehehe. Seronok rasanya, sebab tak pernah langsung ada penglaman memetik buah strawberry ni. Dah ada anak dua, baru dapat rasa. Seronok sebab buat dengan anak.
Tengokla budak tu, beria sanagt nak petik. Sampai daddy ambil gambar pun dia sanggup posing..halah-halah..halah..hehehe..Semua dia nak petik, asyik cakap "nak ni ".."ni mommy"..
Besar ladang dia ni..Dah selesai petik, patah balik pergi kedai, dia timbang berapa buah strawberry dalam bakul. Memang terlebih dari yang dijangka..hahaa. Daddy la bayar...hahaa..Takpe, sekali sekala kan.
Buah tu bawak balik, makan dekat bilik hotel ler..hehee..
Video Fariza petik buah Strawberry di Ladang Abang Starwberry Cameron Highlands.
Banyak lagi tempat nad pergi, nanti nad sambung cerita lagi ok.
Mesti anak-anak paling seronok, dapat pengalaman indah petik strawberi!
ReplyDeleteBestnya..Miera sendiri tak pernah petik buah strawberry. huhuhu
ReplyDeleteBestnya..akk memang suka sangat CH hahah mana2 pergi pun tetap CH di hati
ReplyDeleteComel je Fariza petik buah strawberry tu.. Hehe.. Memang best! Min pun dah pernah rasa pengalaman petik buah strawberry.. Dan lokasi memang di Abg Strawberry.. Memg sebelum viral, Min dah pergi dulu dah
ReplyDeleteComelnya anak-anak dan ibu ni pegi petik strawberry. Seronok pulak nengok nya. Rasa nak pi je time budak dah masuk sekolah. Tak lah ramai org berkerumun situ.
ReplyDeleteBanyak kali gak ke CH tapi petik buah belum pernah lagi...lain kali nak try...comey fariza
ReplyDeleteBestnya dapat petik strawberry. Cx pergi tahun lepas dgn abg cx. Mmg tiap tahun pergi rasanya hahahahah tp tahun lepas plg mencabar. Cx vomit bila nak turun cameron. Hbs keluar blk semua strawberry ahhaha
ReplyDeleteseronoknya petik buah strawberry.. dah lama tak naik cameron highland. last rasanya time lawatan sekolah tingkatan 5.. bila lagi nak repeat datang sini..
ReplyDeleteBestnya dapat petik strawberry sendiri. Kita dah pegi Cameron 2 kali tapi x dapat pun. Huhu. Ladang pun x banyak strawberry sgt. Salah timing ke eh? Huhu
ReplyDeleteBest kan boleh petik strawberry yang segar-segar. Rasanya sudah tentu manis kerana petik on the spot kan. :) Tiba-tiba saya pun miss trip Cameron saya.
ReplyDeleteDah lama juga tak pergi ke CH ni. Kalau musim cuti panjang, mmg takkan ke sana lah. Jem teruks. Ni pun first dgr nama Abang Strawberry, nampak sgt lama giler tak naik sana
ReplyDeleteParents dan anak-anak saudara Rawlins bahagia apabila sampai kat sini - sampai Rawlins kena angkut bebudak tu balik haha
ReplyDeleteTak pernah lagi kutip strawberries di kebun macam ni. Macam best je. Petik dan terus makan boleh ke? Hahahaha
ReplyDeleteOkey, next time kalau pergi Cameron nak try Petik strawberry sendiri laa
Our family tried this too. so nice experience kan hehe. but the strawberries were quite sourish in the end we didn't finish eating them macam so bazir lol
ReplyDeleteCameron tmpt paling best la.. tapi tak pernah masuk abang strawberry. Klau dpt kat anak2 kak liez mmg diaorg suka la
ReplyDeleteBestnya pi cameron.. dapat petik buah strawberi sendiri lak tu.. aish..bila la nak bawak harraz merasa pi cameron ni.. mamanya je dah banyak kali pi.. huhu
ReplyDeleteNad pernah makan nasi lemak strawberry je dekat Abang Strawberry ni. Even banyak kali pergi Cameron Highlands, setakat ni tak pernah lagi petik buah strawberry sendiri. Teringin plak nak try.
ReplyDeleteTengok strawberi terus rindu Cameron Highland. Rindu nak makan fresh strawberi. tak pernah lagi singgah Abang Strawberi tu. Selalu pergi Red Big Farm jer.
ReplyDeletehahaha niceee. i been to cameron highland to buy strawberry to eat but tak pernah nak memetik dekat sana. but then when i go perth, i pi pulak. haha so next time go cameron, i may want to consider. haha
ReplyDeletepernah dulu sekli berpengalaman petik buah strawberry ni. tapi kat gentingla. kecewa sebab buah tak banyak sangat. huhu
ReplyDeleteBudak2 paling seronok dpt petik strawberry ni kan. Tp mak ayah pun sama teruja sebenarnya. Hehe
ReplyDeleteseronoknya dpt petik strawberry ...
ReplyDelete