Aktiviti Menyeronokkan Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam - Siapa kata dah jadi mak ni kene duduk rumah, kene dekat dapur je, tak boleh buat aktiviti ekstrem..huhu..Selagi badan kuat, mampu buat aktiviti sahaja, kita mesti buat. Sesekali buat aktiviti yang mencabar best juga. Salah satu aktiviti yang korang boleh buat wall climbing..ehehe..Amacam, ada berani tak!!. Kene cabar diri sendiri la...hehee.
Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam
Dulu zaman muda remaja nak naik, tapi takda geng, kali ni pergi juga dengan kawan-kawan, semua mak-mak orang tau, cabar diri buat Wall Climbing. Wall Climbing ni jenis indoor, bertempat di Rock Base Camp Aeon Shah Alam Level 3.Rocky BaseCamp (RBC) secara rasminya merupakan Pusat Mendaki Dalaman PERTAMA di Malaysia, yang menempatkan Tembok Mendaki Kelajuan Dalaman, berukuran 15 METERS tinggi. Dari luar je dah nampak wall climbing dia. Masuk sini perlu isi borang dahulu, maklumat parents dan anak. Wajib pakai stokin ye. Kasut disediakan dan sekiranya korang nak pakai kasut sendiri pastikan kasut tu bersesuaian.
Harga Indoor Wall Climbing Rocky Base Camp Aeon Shah Alam
Kalau naktau lebih lanjut berkenaan harga boleh massage mereka di facebook, atau instagram.
Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )
* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.
10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.
Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.
Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.
Pengajar Adalah Profesional Dan Terlatih
Sebelum mula, staff dekat sini akan bagi penerangan dan ajar dahulu cara kita nak memanjat dengan betul. Kita ni tau panjat je, tapi cara salah akan buat kaki, badan, tangan semua sakit..huhu. Jangan risau, dekat sini staff dia semua yang ada ciri-ciri kesukanan..Jadi diaorang dah tau selok belok berkenaan wall climbing ni. Kalau yang zero, nad pun takut nak naik tau..haaha. Tapi diaorang dah pro..haha. Pengajar dekat sini dah disahkan oleh Persekutuan Pendakian Asia Tenggara. Semua pengajar adalah profesional yang terlatih dan keselamatan pengunjung amat diaornag titiberatkan.
Dekat sini dari usia 4 tahun ke atas sehingga dewasa, sehinga yang larat la, boleh panjat wall ni. Bagus sangat sebab tempat ni family friendly. Jadi bukan boleh pergi dengan kawan-kawan sahaja, malah dengan keluarga, saudara mara pun boleh. Buat Gathering dekat sini.
Ok, dekat sini ada macam-macam jenis wall climbing korang boleh nampak dalam gambar, ada yang mudah, ada yang susah. Yang penting bila dah datang sini, kenala cuba kan.
Sebelum memanjat, mestilah ada tali keselamatan. Ajar cara pakai, cara pasang dekat besi semua tu.
Mulanya nad cuba yang KLCC tu, sebab nampak mudah je. Nak pegang dia pun senang..hehee..Mula panjat macam, " eleh senang je"..sampai dah separuh jalan, weii terus terketar lutut. Terpandang bawah, lagi laju jantung ha.hahaa. Kalau yang jenis gayat atau cepat tangan basah, memang seriau..ehee. Tapi nad cuba nak sampai atas, rugi kalau tak cuba selagi boleh. Dekat atas sekali ada loceng, jadi kalau korang dah sampai ats, goyang loceng tu menandakan korang dah berjaya sampai ke atas..Yeahh nad berjaya!!!..ching..ching..ching..haahhaa.. ( berlagak, padahal tengah ketar lutur semua ). Dah sampai jenuh pulak nak turunnya..hahaa. Walaupun staff dah ajar, tapi ko teragak-agak, takut pulak terhantuk dinding hah!!!..Tapi berjaya turun juga akhirnya..hahahaa..
Bila dah main sekali, nak main lagi, satu lagi jenis bola ni nad berjaya juga sampai atas.
Nad ada cuba juga part paling susah. Tengokla batu dia, jarak-jarak. Yang ni memerlukan seorang untuk jaga tali. Staff yang jaga tali untuk bahagian ni, mempunyai sijil khas. Hah!!, bukan sembarangan orang boleh jaga bahagian ni. Memang susah weii..walaupun staff tu tolong, tapi kita kene usaha sendiri juga. Bahagian ni, kena lompat sikit untuk capai batu seterusnya, tapi nad mampu sampai separuh je walaupun staff bagi support suruh buat juga..hahaa..Tak mampu nak lompat lagi.
nak tengok nad panjat sampai ke atas, boleh tengok dekat facebook. Klik link https://www.facebook.com/nadia.johari.96 , video nad panjat ada..
Tempat Family Friendly
Memang tempat ni menarik untuk pergi. Lagipun tempat memang Family Friendly. Selain ada aktiviti pendakian, ada aktiviti lain untuk kanak-kanak. Macam kanak-kanak bawah 4 tahun pun boleh datang sini, sebab ada taman permainan indoor dia. Jadi bolehla letak anak-anak dekat situ, yang penting ada penjaga. bUkan untuk 4 tahun je, yang rasa diri dia budak-budak boleh main..hehee.
Macam nad pergi haritu, hari bekerja, Hari Isnin, jadi takda orang, staff boleh tengokkan anak-anak tu sekejap sambil mak ambil pengalaman buat aktiviti wall climbing ni...hehee. Kalau ramai orang memang sesak juga tempat ni.
Hah, korang, macam mana, rasa nak buat aktiviti Indoor Wall Climbing boleh datang ke Rocky Base Camp Aeon Shah Alam ni..Boleh je buat gathering, family day ke, apa-apa la dengan kawan-kawan, saudara mara, kawan ofis, keluarga semua menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama kerana semua dapat menikmati dan tetap bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan menarik. Rocky Base Camp nia da dua tempat, satu dekat Aeon Shah Alam nad pergi ni, satu lagi dekat tebrau, Johor.
Kitorang mak-mak dah naik..hehee..meh la cuba
Untuk maklumat lanjut boleh layari
Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/
Post Berkaitan : Gila Gempak Main VR ( Virtual Reality ) Di Air On Park Aeon Shah Alam
Eh skrg memang banyak aktiviti tempat macam ni kan.
ReplyDeleteSmlm terperasan kat Jusco pun ada macam ni, cuma Sis ko semalam tak jengah pulak masuk
Next time nak try ...
Seronok tgk nad buat mcm2 aktiviti.. Zaza ni teringin jugak nak buat tp tu lah.. Kat kl.. Entah bila nak jalan kl ni
ReplyDeleteBest aktiviti mcm ni at least indoor xdelah berpeluh nak main..budak2 paling suka main ni
ReplyDeletebest kan kita pergi hari tu. jom pergi lagi. Hopefully nec=xt time saya pergi dah tak takut la. hehe
ReplyDeletedah ada aktiviti indoor yang lasak. jadi, takde alasan lah untuk buat aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan ni.
ReplyDeletebest jugak kan ade tempat mcam ni bleh bawak anak2 sekali
ReplyDeleteBestnta tgk nad join climbing ni.. Wawa mmg minat gila tau.. Cuma kat sini takde cmni..
ReplyDeleteBestnya. Kat belah sini tak banyak lagi tempat untuk rock climbing...
ReplyDeleteBest juga kat AEON Shah Alam, banyak aktiviti boleh buat kat sana instead of just shopping. I like their food court also.
ReplyDeleteBestnya nad. Ada geng buat aktiviti diluar. Anak anak pun boleh main disitu juga ye.
ReplyDeleteLasak juga nad ni kan. Badan kecik ligat. Hihi
Bestnya, siap ada geng lagi, walaupun geng mak-mak. hihihihihihihi
ReplyDeleteWuuuu bestnyaaa semua aktiviti macam ni banyak di Subang, Shah Alam dan jauh dari KL. Why!!!!! Hahahaha. Saya nak bagi anak melasak hanya di taman layang-layan aje. Sob sob sob
ReplyDeleteini sama tempat dgn yg Nad review before this ye?
ReplyDeletenak kena tgk balik ni.
ohsem. frankly speaking, aida x pernah wall climbing tau. gayat!!!
mcm nak try. nanti la. tunggu tempat yg sesuai.
Tempat yang menarik untuk riadah la. Nak panjat tu akak dan anak sejenis gayat tapi macam best je kan panjat tu. Menguji stamina sungguh ni.
ReplyDeletemak aih..bestnya..macam tak caya mak2 budak pon boleh buat wall climbing.. bagus laa sekali sekala buat aktiviti lasak..jgn ingat mak2 ni duk kat dapur masak dan jaga anak saje hihihi. Panjat dinding pon hebat..tahniah
ReplyDeleteWow ad tmpt baru kite nak terjah ni kt Shah alam. Lama dh tk buat aktiviti2 lasak mcm ni. Harga pun okey berpatutan. Thanks sharing kak nad
ReplyDeleteMemang my dream nak try wall climbing ni. Tapi kan...I risau nak try ni. Takut tak larat nak panajt punggung berat, kekekeke...satgi buat maul je.
ReplyDeleteRock climbi g dah bertahun tahun duduk dalam wishlist I haha. Entah bila nak tercapai. Kena muruskan badan dulu I guess ahaks
ReplyDeleteWah macam macam ya ada kat aeon mall shah alam sekarang. Memang agresiff betol marketing diorang.
ReplyDeleteNi kalau anak sis si Aeysha tengok ni sure dia suka ni. Dia memang suka le buat aktiviti lasak macam ni. Nanti nak ajak dia datang sini le
ReplyDeleteHehe kak min tak pernah lagi try rock climbing. Dah dekat ni dgn kak min so leh la ke aeon shah alam utk try rock climbing lak
ReplyDeletebestnya dapat panjat2 macam ni.. badan awak fit memag senang nak naik.. klau badan akak yang sihat ni mau jenuh nak angkat badan.hihihi.. best kan dapat cuba aktiviti mcm ni sesekali
ReplyDeleteWow...Betul betul nampaknya best lar tempat ni. Macam macam jenis dinding yang boleh dipanjatkan. Lagi pun all akses price dia berpatutan juga.
ReplyDeleteNad kurus dan ringan, mesti laju jer kan panjat rock climbing tu.. hehe, akak lama sangat dah tinggal buat aktiviti gini
ReplyDeleteBestnya, tempat macam ni la seronok nak datang. Bukan sahaja kanak-kanak je dapat main, malah orang dewasa pun dapat peluang untuk main sama.
ReplyDeleteRawlins pun sama - first time main tu gayat sikit. Dah lepas, terus nak panjat lagi sekali. Lepas panjat tu, balik tu terasa sakit pinggang hahahaha
ReplyDeleteSekarang ni dalam bangunan pun dah ada climb macam ni hehehehe baguslah tempat macam ni sangat sesuai untuk aktiviti sihat dan bersama keluarga tak perlu risau akan cuaca hehehehe...
ReplyDeleteKalau akk. Xnaik dah
ReplyDelete. Dah la gayat . Penakut pulak tu.. Memang tak la😂
Menarik! Ni kalau bawak si kembaq mesti enjoy, depa suka laa panjat panjat gitu
ReplyDeletetak gayat ke Nad oii...tinggi tu.
ReplyDeleteAdjacent to the physical format - table versus real court - the real contrasts are as per the following: 1. all profits hit must be after one bob in table tennis - tennis can volley with no skip 2. administration requires one skip on each side in table t... difference between ping pong and table tennis wikipedia
ReplyDelete