hai assalammualaikum


Masakan Tomyam Jadi Sedap Dengan Pes Thai Tom Yum - Bukan nad sorang je suka makan tomyam, ramai yang suka makan tomyam kan.  Kalau dapat rasa tomyam macam dekat kedai Thai tu,  pergh memang terangkat la. Sebelum ni dekat rumah,  nad kalau masak tomyam guna tomyam adabi atau yang kiub tu. Bila masak,  mesti rasa kurang menyengat, kurang kaw la.. Hahaha. Lepastu nampak kawan pakai pes Thai Tom Yum dalam botol tu. Ramai kata sedap. Teringin juga nak rasa, ramai kata sedap dan mudah nak masak.

Haritu pulak nampak kawan si syahirah dia pergi ke Padang Besar, nampak pulak dia pos gambar pes Thai Tom Yum yang nad nak cuba rasa tu. Sebenarnya ada je orang jual online, tapi ntah kenapa tak terbeli-beli..hahhaa. Dengan Si Syahirah juga nak beli. Mungkin sebab kawan dan dipercayai..hahaa. Terus dm dia cakap nak Thai Tom Yum tu, terus order. Nad beli yang kecik dulu, sebab nak rasa macam mana rasa dia. Kang terus beli yang besar, tak sedap dah sayang kan.


Dan haritu sampai dah pes Thai Tom Yum ni dekat nad. Bagus dia, siap balut dengan kertas banyak-banayk, sekali masuk dlam kotak kasut..hahaha. Yela botol kaca kan. Takut pecah..Mujur selamat sampai ke nad tanpa sebarang kerosakan.

Semalam, nad memang cadang nak makan tomyam. Bahan-bahan semua dah ada, dan bahan utama yang senang mestilah pes Thai Tom Yum ni. Tak sabar nak rasa. Baca dekat botol macam mana gunakannya. Ok dia cakap macam campak-campak je..hahaa.

Cara nad buat pulak
- Masukkan air dalam periuk, setengah air, tunggu air mengelegak. Kemudian masukkan 4 sudu pes Thai Tom Yum. Sebab nak rasa kaw dia tu.
- Masukkan ayam pulak, biarkan masak seketika.
- Hah!!, lepas tu masukkan pelbagai jenis sayur. Ya, nad suka masukkan banyak-banyak sayur kalau buat tomyam. Sayur kobis bunga, lobak, cendawan, jagung kecik.
- Nad masukkan juga daun limau purut dalam ni, bagi naik bau sikit.
- Lepas tu bairkan sampai masak..Siap..hehe



Memang senang,mudah dan cepat masak tomyam guna pes Thai Tom Yum ni..menyengat..


Mr mafia yang tak berapa suka makan tomyam bila nad masak guna kiub atau pek adabi tu, jadi suka makan tomyam bila masak guna pes Thai Tom Yum ni...memang sedapla kan..

Makan tomyam, diratah macam tu pun sedap, hirup kuahnya..nyumnyum..Ni nad pertama kali guna pes Thai Tom Yum ni. lepas ni boleh beli yang besar pulak.
SHARE 22 comments

Add your comment

  1. kalau da habis nanti, boleh cuba cari dekat pasaraya Hero Market..diorang ade kolaborasi dengan negara Thailand untuk pasarkan produk2 dari Thailand ni..

    ReplyDelete
  2. wow looks good to try them out. I like drink tom yam soup , and tom yam food like fish. This is tasty paste you sharing make me hungry now. I wanna try your cooking la.

    ReplyDelete
  3. alahai.. TB memang mencari pes tomyam thai ni Nad uiii.. aduii.. mujur lah baca entri nad ni.. hehehe.. TB nak order lah.. hahaha.. sebab memang teringin nak tambah menu tomyam kalau dah takde idea nak masak.. kih3

    ReplyDelete
  4. Kira habis kaw lah rasa dia kan bila pakai pes gini. Fadzi kalau masak tomyam biasa pakai yang kiub tu je sebab malas nak buat dari scratch

    ReplyDelete
  5. Pes ni antara yg famous selain dr yg cap ada muka aunty tu..nak lagi sedap masuk air kelapa muda. Perghhhh makin sedap jadinya

    ReplyDelete
  6. Akak pun suka guna pes tomyam jenis ni...minggu 15hb nanti adik nak balik Perlis..boleh la kirim kat dia pes tomyam...jenis yang ni kalau masak mmg buat makan berulang..sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Akak pon pakai pes tomyam ni..akak suka letak susu pekat sikit nak bagi raa lemak..memang sedapp..kalau ada lebihan kuah akak akan makan dgn meggi dan letak seafood..memang makan sampai licin

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap giler. Pes dia pun nampak pekat dan memikat. Mesti rasa dia padu betul hehehhe. Teringin nak rasa brand ni

    ReplyDelete
  9. Sedap ya. Nanti nak kena cari jugak lah. Nak cuba masak jugak. Tengok ramai orang dok review best

    ReplyDelete
  10. Macam sedap je buat tomyam pakai pes ni. Kita mmg x reti masak tomyam. kalau nak mmg ke kedai je. Tp nnt leh la try guna pes ni kot menjadi plak.

    ReplyDelete
  11. Meleleh air liur kite leps tgok tomyam sis. Maklumlah pengemar tomyum. Skang mmg penggunaan pes untuk masak tomyam dh jadi trend. Nk try cuba yang sis guna ni. Nyumm

    ReplyDelete
  12. Tomyam ni salah satu favourite kami anak beranak. Zhareef zara suka hirup kuahnya.
    Dah lama juga tak masak tomyam. Nanti nak try buat yang guna pes mcm ni la..

    ReplyDelete
  13. Tomyam memang favoyrite mimi dan family. Nak sediakan pun senang tak susah mana kan .Bila ada pes tomyam ni lagilah mudah kerja nak maska tomyam kan. Nampak sedap palk pes ni. Nanti nak beli satu lah

    ReplyDelete
  14. Senang ada paste can ni..tak lah susah nak sediakan mcm2 bahan. Kalau malas sgt guna je paste ni..semua ada. Bolehlah sis try gak nanti brand ni pulak

    ReplyDelete
  15. Memang senang nak masak soup tom yam or buat steamboat tom yam when you standby pes ton yam like this. I also want to try this brand.

    ReplyDelete
  16. akak kat rumah memamng guna pes tomyam ni nad , memang sedap sangat dan pedas ...kadang akak buat oden cam kat family mart pun guna pes tomyam nih ..ni dah lama tak masak tomyam sebab pes dia dah habis..ritu gi hatyai lupa nak beli...

    ReplyDelete
  17. I use this brand of tomyum always. . Nak buat mihun tomyam... Nasi goreng tomyum... Daging goreng tomyum... Semua pun boleh

    ReplyDelete
  18. Kawan Rawlins pun selalu share yang masakan menggunakan pes ni memang terbaik. Rawlins pula memang suka makan hasil masakan dia hehehe
    Nak memasak memang Rawlins gagal la.

    ReplyDelete
  19. pes ni lagi sedap dr yang adabi punya tu.. kita mmg suka yang pes ni!

    ReplyDelete
  20. Tom yam memang pebrett akak tapi tak pandai nak masak, guna pes ni mudah kut for me, nengok Nad masak cam mudah ja tuu

    Cara Nak Hubungkan Nama Domain KeWebhosting

    ReplyDelete
  21. Pes ni memang sedap pun.. Akak pun pakai yg ni ja.. Paling senang n sedap

    ReplyDelete
  22. You have a good site. It is really easy, and nice to navigate.I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow. 스포츠 생중계nba 생중계

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2