hai assalammualaikum


Mummy's Rescue Kit Roll On Audelia Naturals Penyelamat Mommy, Penyelesai Masalah Anak

Mumm's Rescue Kit Dari Audelia Naturals Penyelamat Mommy, Penyelesai Masalah Anak - Sekarang, cuaca dekat Malaysia ni  tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan, sekejap jerebu. Akibatnya ramai yang tak sihat, demam, batuk dan selsema. Bayangkan, kalau orang dewasa pun mudah kena penyakit apatah lagi anak-anak kita, lagilah senang kena penyakit sebab antibodi mereka yang tak berapa kuat. Bila ada anak ni, memang nad berikan sepenuh perhatian dekat diaorang. Kalau boleh taknak diaorang sakit, tapi kalau dah terkena, sebagai ibu, kenalah cari alternatif awal untuk merawatnya sebelum bawak pergi ke klinik. Sebab tu kena ada Mummy's Rescue Kit Roll dari Audelia Naturals di rumah. Ubat sakit bukan untuk orang besar je, kanak-kanak, baby pun kena ada rescue kit ni, senang kita nanti.


Mummy's Rescue Kit ni, nad dapatkan dengan Audelia Naturals. Dalam satu kotak ada 4 jenis minyak yang berbeza iaitu Immunity ( Immune booster), Tummy ( soothing tummy oil), Bedtime (calming sleeping oil ), dan Sniffles ( congestion relief ). Korang boleh je beli satu-satu, tapi lebih bagus beli satu set, semua ada. Kita tak tau, bila anak-anak kita akan sakit. Bila ada Mummy's Rescue Kit ni, memang ia penyelamat seorang ibu seperti nad, dapat kawal sakit mereka supaay tak jadi lebih teruk. Risau oo bila anak dah sakit.

Harga Mummy's Rescue Kit.
Harga dia untuk sekotak RM 149, kalau nak beli satu-satu pun boleh. Harga sebotol RM39 sahaja.


Packaging dia sangat comel kan, ada gambar binatang dekat depan tu. Anak tengok pun teruja. Macam Fariza dan Farhanah, memang suka bila nad nak pakaikan minyak ni dekat diaorang. Produk Mummy's Rescue Kit merupakan minyak Essential yang dapat menyelesaikan masalah anak-anak. memang bau dia pun sangat sedap tau. Nad sendiri cuba pakai, memang bau dia menenangkan.

Bentuk botol dia jenis roll, jadi sangat senang nak digunakan. Kalau macam sebelum ni, jenis tutup buka, jadi minyak akan tumpah atau terlebih tuang. Jadi jenis roll ni, tinggal roll je dekat tempat yang perlu, dan sapu.

Minyak Mummy Rescue Kit ni ada 4 jenis yang berbeza fungsi.

Alat Penyelamat Naturals Audelia Naturals Mummy mengandungi ubat-ubatan untuk membantu menenangkan sakit, dan selamat untuk kanak-kanak. Telah diuji secara Dermatologically dan hypoallergenic, memastikan kebahagiaan dan keselesaan anak.


1) IMMUNITY ( Immune booster)
- Campuran minyak untuk menjaga dan mengelak kuman dari dekat denagn anak dan membantu merangsang pertahanan badan. Yela antibodi budak kan belum kuat, jadi sapu minyak Immunity ni bagi kuatkan imunisasi anak. Baru-baru ni Fariza tiba-tiba demam, mungkin terkena hujan, jadi nad sapu minyak Immunity ni, nampak dia boleh bangun dan main sekejap. Kalau tak melepek je baring.

- Bahan-bahan yang terkandung di dalam Minyak Immunity ni ialah Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Boswellia Carterii Oil. Bau dia pelik sikit la..hehee..

- Cara nak menggunakannya pun senang, cuma roll ke di bahagian bawah kaki setiap malam.


2) TUMMY ( soothing tummy oil)
- Tummy ni pula untuk anak yang ada masalah bahagian perut. Minyak Tummy ni dapat membantu menenangkan masalah perut anak kita. Tak kira la masalah kembung perut, perut masuk angin. Dengan pakai minyak Tummy ni dapat mengeluarkan angin dalam badan.



- Bahan-bahan: Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Mentha Piperita (Papermint) Minyak, Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil.

- Cara penggunaan dia, roll di bahagian bawah kaki anak dan terus ke perut. Urut perlahan-lahan.Cara urut perut baby ada je ditunjukkan di google..korang boleh tengok.


3) BEDTIME (calming sleeping oil )
- Kadang anak kita ni susah betul nak tidur ye. Jadi sapukan minyak Bedtime ni setiap kali nak masuk tidur. Bauan dia sedap dan menyenangkan. Sebab tu boleh buat anak jadi santai dan lena tidur dengan baik. Setiap malam, nad akan bagi minyak Bedtime ni dekat Fariza dan Farhanah. Lepas pakai, dalam beberapa minit akan tidur. Tidur yang sangat lena dan baik, takda bangun dah. Memang bangun pagi, mood ceria je.

- Bahan-bahan: Isopropyl Myristate, Triglycerides Capric / Capric, Litsea Cubeba Fruit Oil, Ocimum Basilicum (Basil) Minyak, Eucalyptol, Geraniol, Alpha-Terpineol, Linalool, Linalyl Acetate.


- Cara menggunakan minyak ni dengan roll d bawah kaki dan naik tulang belakang semasa tidur.


 4) SNIFFLES ( congestion relief )
- Bila anak kene selsema mesti akan berhingus dan susah nak bernafas. Lagi teruk waktu malam atau nak tidur, macam susah nak bernafas dan hidung tersumbat. Sebagai mak mestilah risau. Jadi, bila anak-anak selsema sapu minyak Sniffles ni bagi  membantu mengurangkan selsema dan kesesakan anak.

- Bahan-bahan: Isopropyl Myristate, Capri Triglycerides, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Minyak Peel, Citrus Limon (Lemon) Minyak Peel, Minyak Mentha Piperita (Peppermint), Eucalyptus Globulus Leaf Oil.

- Cara menggunakannya hanay roll di bahagian dada dan belakang serta di bahagian tulang hidung.

Nad pakai minyak ni bila perlu je. Tapi, setiap hari nad sapu minyak Bedtime tu dekat Fariza dan Farhanah. Memang diaorang takda dah terjaga-jaga tidur. Adik pun bangun sekali nak susu , lepas tu tidur balik  Selalunya si adik bangun kerap nek melekat je.

Kalau anak-anak ada masalah seperti demam, sakit perut dan selsema, pakai minyak ni selalu sampaila penyakit tu hilang. Bukannya sekali sapu terus elok dan sembuh, takde..ok..ambil masa juga untuk sembuh tau.


Korang yanga ada anak-anak tu, perlu ada dekat rumah Mummy's Rescue Kit ni. sekurangnya kita cegah awal dulu sebelum dia melarat. Lagipin minyak ni semua jenis dalam bentuk roll on, jadi mudah digunakan. Botol kecil dan sanagt ringan, sesuai bawak pergi ke mana sahaja. Tak kira la pergi bercuti ke, pergi balik kampung ke, mana-mana la. Kita tak tau bila datangnya sakit tu.

Mummy's Rescue Kit ni nad dapatkan dengan Audelia Naturals. selain minyak ni, diaorang ada jual juga dua jensi spray iaitu Bug Away Spray untuk anti-radang, menjauhkan serangga pada bayi dan pelembap yang baik untuk kulit dan Gogermsbuster Spray sebagai sanitizer.

Kalau parents nak beli untuk anak-anak, atau bagi dekat hadiah kawan yang baru melahirkan anak, korang boleh tengok
Website: https://audelianaturals.com/
Facebook: https://www.facebook.com/audelianaturels/
Instagram: https://www.instagram.com/audelianaturals/

SHARE 30 comments

Add your comment

  1. Memang guna produk ni. Lagi2 yg immunity tu. Mmg sesuai utk sofia

    ReplyDelete
  2. comel je kotak packaging dia.. bagusnya ada produk macam ni kan..

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Comelnya packing dia.
    Nampak packing pun dah tertarik dah..
    Bagus ada produk bantuan mcm ni dekat rumah kan..
    Orang kata boleh la buat rawatan awal pada anak.

    ReplyDelete
  4. bestnya..kalau kat rumah ni,wajib ada minyak..Kadang anak² ni tak boleh jangka, kadang datang gatallah, susah nak tidur la..semua ada..Jadi ,bila ada minyak² ni settle masalah.beli sekotak lagi berbaloi rasanya

    ReplyDelete
  5. Senang jugak bila die buat jenis roll on macam ni kan. Fadzi ada jugak minyak minyak untuk baby ni tapi jenis yang kene colek pastu sapu. leceh jugak sebenarnya sebab nanti kena basuh tangan sebab rasa tak selesa. kalau macam ni senang

    ReplyDelete
  6. Tertarikde ngan yang untuk immunity tu.. dan paling best TB suka sebab bahan dia semua natural kan.. bagus dan rasa selamat nak guna

    ReplyDelete
  7. Comel je mommy rescue kits ni. Dengan packaging gambar haiwan Yang comel pulak tu. Ibu2 pun rasa selamat guna dekat anak2. Bila travel memang penyelamat kan.

    ReplyDelete
  8. Baguslah sekarang ni dah makin canggih dan makin kemas botol untuk minyak urut ni tak macam dulu kena buka tudung dah tumpah banyak kat badan dah membazir hehehe tapi ni nampak lebih mudah nak gunakan pada kanak-kanak. Kita rasa setiap keluarga ada anak kecil kena ada ubat ni mudah...

    ReplyDelete
  9. Packaging menarik dan mudah dibawa ke mana saja kan. Bila ada anak kecil memang kena standby minyak macam ni . Comel pulak tenfok mummy rescue kit ni .Kena dapatkan juga mummy rescue kit ni

    ReplyDelete
  10. I will get the product purely for its packaging..it's way too cute! I can get this for my baby niece who is only turning 5 months soon. I'm sure it will be able to ease her tummy upset.

    ReplyDelete
  11. Bagus ni nad. Tak pernah lagi cx tahu pasal minyak ni. Kalau ianya mampu memberi manfaat yang baik buat anak², why not untuk kita cubakan? Anak² sihat, kita pon senang hati. Kesihatan anak² sgt penting. Ibu bapa mana yg taknk bg yg terbaik buat anak² kan? Nanti boleh try la. Nampak bagus

    ReplyDelete
  12. Looks good. Thanks for sharing. Saya akan share dengan kawan-kawan saya yang ada anak kecil.

    ReplyDelete
  13. Wah!! AM pun nak beli satu set la.. Leh guna utk anak2 AM bila kecemasan . Nak nak cuaca skrg yg xmenentu..naik risau nak buat keje bila anak2 x sihat nie..

    ReplyDelete
  14. Bestkan produk ni. Terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Memang kena simpan buat stok kat rumah

    ReplyDelete
  15. Comelnya packaging dia.. Gambar katun meow2 hehe.. Produk gini mmg elok sediakan kt rumah satu

    ReplyDelete
  16. I pun baru pakai audelia Naturals ni. Sedap bau die

    ReplyDelete
  17. comel la packing dia.. lengkap dalm 1 box kan.. memang semua mummy patut de

    ReplyDelete
  18. Eh kotak dia comel sungguh. Saiz pun kecik, senang selit dalam beg.

    ReplyDelete
  19. Comelnya packaging EO ni dan siap khusus untuk masalah yang selalu si comel menghadapi ni... kecil dan boleh bawa ke mana-mana je ... nnt mouse mommy nak try utk MR MH jugak.

    ReplyDelete
  20. Byk dah minyak mcm ni skrg tp xde yg fokus utk kegunaan kanak-kanak.. Selalunya utk org dewasa je tp ni bagus la sesuai sgt kan.. Comel sgt pun ya

    ReplyDelete
  21. I read many good reviews about this brand and will check it out later. Thanks for the info

    ReplyDelete
  22. Alamak..comelnya packaging dia yang penting sangat berguna

    ReplyDelete
  23. Haaa jenis roll on macam ni lah senang nak guna, tak risau tertumpah.

    ReplyDelete
  24. Comel Je kotak dia, Pakaging cantik. Ini dah berapa lama ye berada di pasaran

    ReplyDelete
  25. mcm best jea..nak beli untuk anakla

    ReplyDelete
  26. Comel packaging dia. Geram je tengok.
    Memang kena ada rescue kit gini kat rumah. Senang sikit kerja mak2.

    ReplyDelete
  27. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete
  28. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete
  29. Thumbs up for this site. It is good to have a website and innovation in every business. I don’t know why other business doesnt want to afford this process. 벳컨솔루션

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2