hai assalammualaikum


Pewangi Spray baharu Mistbreeze Spray, Pewangi Serbaguna - Haritu mr mafia balik, nad terbau wangiii sangattt..mula la curiga..eh..hahaa..terus cakap " ni apa bau wangi sangat ni , sedap bau dia"..kene soal siasat..kohkoh..Dia pun cakap " wangi kuat kan, sedap kan.abang sembur dalam kereta je, boleh melekat dekat baju"..cepat-cepat nad pergi kereta, pergh wangi. Bau yang menyenangkan. Terus nad cakap "wangi apa ni?"..terus dia tunjuk Mistbreeze Fabric Persume Spray ni. Terus dia sembur dlaam rumah..sedap bau dia, bau lavender. Sejak dari tu, terus pakai Misztbreeze ni.

Kita ni, kalau boleh, dalam rumah, kereta, dalam bilik, dekat dapur semua nak wangi, lagi-lagi macam nad surirumah. Duduk rumah mesti nak suasana yang nyaman, lagi-lagi kalau dapat bauan yang menyenangkan, bauan segar dalam rumah dari siang sampai ke malam. Tak nak ada bau busuk pun.   Sebelum ni, nak bagi bau wangi dekat langsir, sofa,karpet, biasa dah guna Febreeze tu. Tapi sejak nad pakai Mistbreeze ni, lagi best dan bau harum lagi tahan lebih lama.




Mistbreeze Fabric Perfume Spray bukan sembarangan pewangi spray, ni spray pewangi serbaguna. Boleh guna dekat seluruh dalam rumah, tidak kira ruang tamu, karpet ,sofa, langsir, dalam bilik, dekat tandas. Eh dalam kereta pun boleh weii, sembur je dekat carseat..tempat rak kasut pun boleh..semuala korang rasa tempat yang berbau. Baju, tudung, topi pun boleh..hah!!..Satu botol lengkap untuk semua, takyah beli lain-lain.


Nak gunakannya pun memang sangat mudah, spray sahaja tempat atau benda yang korang ank spray, sekejap je hilang bau busuk diganti dengan bauan segar. Tengok dekat botol pun dah tau, bauan lavender. Siapa tak suka bau lavender, segar, nyaman dan tenang, bau seperti perfume. Kadang-kadang suruh Fariza je spray..hahaa..

Kalau rumah bau wangi, kan eratkan lagi kasih sayang tu..eh..hehee..

Jom mewangi korang...kena ada ni dekat rumah. satu botol 500ml dengan harga RM20 sahaja. Korang kalau nak order boleh je whatsup 016615 9885.






SHARE 24 comments

Add your comment

  1. Wah bagus ni! Sentiasa berbau harum kt mana2 sudut yang bau kepam kan...musim hujan panas x menentu ni mengundang bau.

    ReplyDelete
  2. Macam nak try je. tapi kan akak, dia takde jual yang refill pack ke? Sebab botol dia dah comel ni. kalau habis, boleh beli yang refill pack je senang

    ReplyDelete
  3. Bau lavender ni sedap. Fadzi pun ada jugak mist perfume macam ni tapi brand lain. Memang senang nak pakai nak nak lagi untuk fabrik fabrik yang tebal dan besar yang kite susah sikit nak basuh guna washing machine kan

    ReplyDelete
  4. BBL suka kalu perfume atau apa-apa yang bau lavendar ni sebab tenang je dan tak sskitkan hidung. menarik pulak tengok spray ni, senang nak spray kat tempat hapak macam kerusi kereta atau kasut..

    ReplyDelete
  5. Ohh boleh sembur kat semua pakaian dan pekakasan rumah lah ni hehehehe senang dan mudah. nak cuci sofa memang payah lah ada penyembur macam ni sangat membantu.. Tapi satu jer nak kena upgrade labeling tu nampak biasa sangat hehehe biar nampak produk berkualiti hehehehe

    ReplyDelete
  6. Kalau bau best sangat bahaya. Sebab cepat habis. Haha habit tiap spray mmg tak puas sekali spray je. 500ml quite big jugak kan quantity dia. Selalu tgok dalam 250ml je. Not bad tahan lama.

    ReplyDelete
  7. Benda-benda macam sebenarnya kena ada terutama waktu emergency. Tak tahan bau kepam sembur saja. Terus segar. Cuma dia ada bau lavender je eh? Diah suka bau sitrus compare Lavender ni

    ReplyDelete
  8. Eh murah je rm20 kandungan 500ml. Nak beli jugaklah. Bab bab wangi memang Mimi suka

    ReplyDelete
  9. murah nya !! kalau kat pasaran tu banyak yang mahal nak beli pon kena fikir dua tiga kali. okay now dah tahu nak beli penyembur serbaguna apa. macam2 boleh digunakan. bukan takat untuk baju saja tapi almost everything yg materialnya berkonsepkan kain

    ReplyDelete
  10. Teruja nak try gak.. Kita suka bau lavender. Menenangkan! Murah gak harga nya tu. Nak beli laa.. Pasni seluruh ruang rumah, kete kita pun wangi .. Yeayy

    ReplyDelete
  11. eh macam best jer..serbaguna pulak tu..harga pon berpatutan..sebenarnya pewangi macam ni perlu ada kat setiap rumah..baru laa persekitaran kita sentiasa wangi

    ReplyDelete
  12. bagusnyaaaa nak cari gak la...biasa guna febreze kat rak kasut kalah dia hhahhaa

    ReplyDelete
  13. Nad pun suka spray-spray ni hehehe. Bukan takat badan je nak kena bau wangi, kalau surrounding kita pun sama wangi lagi best. Rasa segar sentiasa. Tapi nak jumpa yang bau tahan lama tu susah sikit..

    ReplyDelete
  14. Kat rumah ni mmg pakai spray pewangi rumah..bau lavenda gak. Lepas masak mmg sesekali spray bagi wangi rumah..rasa tenang je bau dia

    ReplyDelete
  15. oh first time hearing MISTBREEZE FABRIC PERFUME SPRAY. I normally use the other brand (that always on TVC lol) I think I should give this a try next time when I finished mine.

    ReplyDelete
  16. sy memang suka benda wangi2 macam ni..kalau dapat spray kat fabrik rumah memang best ..sebaba ada anak kecil memang kekadang tertumpah susu dan macam2..bila ada spray mcm penyelamat jugakkan

    ReplyDelete
  17. Wah!! Menarik nie.. Harga pun murah.. AM pun nak beli juga!! Zaasss.. Nak cari n beli skrg..

    ReplyDelete
  18. Haa.. yang ni TB memang suka giler.. kalau beli mesti nak banyak2 sebab suka bagi bau fabric wangi-wangi.. sebab umah ada kucen ni aduhai.. paham paham ajelah.. TB memang mencari bau lavender ni.. boleh la try cari nanti

    ReplyDelete
  19. Wow... I wanna buy this as well!! Seems it can helps to cure the mist issue and for sure the fragrance gonna be good one cos is lavender!!!

    ReplyDelete
  20. Kak pun suka wangi2 klu blh satu rumah nk wangi

    ReplyDelete
  21. Kita dlm kete tak suka bau2an sangat. Sebab mudah pening. Tapi kita suka bau wangi kat rumah. Rasa tenang je.. Boleh beli nti ni.

    ReplyDelete
  22. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2