hai assalammualaikum

Beli Happy Meal Dapat Buku..Fariza Suka Betul. Boleh pilih sama ada nak buku atau mainan apabila beli Happy meal. Kalau anak dua, boleh pilih satu mainan atau satu buku. Tapi mesti akan bergaduh, so pilihan, dua-dua buku..hahhaa 

Pupuk Anak Minat Membaca Dengan Program Happy Meal Readers, 12 Buku Cerita Eksklusif Dikeluarkan Oleh McDonald's Bagi Menggalakkan Aktiviti Membaca Dan Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Dapatkan Buku Cerita Dengan Setiap Pembelian Happy Meal McDonald's - Setiap kali bawa anak-anak makan di McDonald's, mesti tak lupa membeli Happy Meal, bagi diaorang happy sebab setiap pembelian Happy Meal akan dapat satu percuma mainan yang berlainan setiap bulan. Mainannya pulak nampak comel, mana tak orang nak beli untuk anak-anak kan. Kadang beli untuk diri sendiri juga..hehee. Bila nad dapat tau, McDonald's buat Program Happy Meal Readers, di mana kali ni, mereka mengeluarkan buku cerita dengan setiap pembelian Happy Meal, nad setuju sangat!! Dalam hati " Ini sangat bagus!! ". Sebenarnya, pelanggan boleh memilih sama ada nak mainan atau buku semasa beli Happy Meal, bagi nad, nad lebih memilih buku.

Memang Fariza, dari kecik dia memang suka dengan buku. Suka tengok gambar dalam buku. Bila nad tengok dia minat dengan buku, nad sebagai mak pun menggalakkan dia lagi dengan minat membaca. Selalu beli buku untuk dia. Baca buku dengan dia, sambil buat reaksi muka dan gaya baca yang buat dia makin nak tau apa jadi seterusnya dekat buku cerita tu..hehee.

Sekarang dia dah 4 tahun, dia dah kenal huruf sikit, pandai baca sikit. Jadi, bila nad dapat tau beli Happy Meal boleh dapat sebuah buku, terus nad dapatkannya. Tunjuk dekat Fariza macam biasa ayat dia keluar " wahhh"..Bestnya bagi Fariza, buku cerita ini berkenaan Dinosaurs. Dia memang suka bab Dinosaur ni...hahaa. 

Lepas dapat je buku Happy Meal ni, balik, terus suruh mommy bacakan untuk dia

Lepastu dia baca sendiri, kenal huruf, tengok gambar
Balik tu, terus Fariza suruh buka dan baca. Alahai anak mommy, tak sabar dia. Terus bacakan buku cerita ni dekat dia dan ajar dia mengeja. Buku cerita ni memang sangat bgus sebab dia kecil, mudah dibawa ke mana sahaja dan kulitnya yang keras. Jadi tak senang koyak.

Lagi dan lagi suruh baca..hehee. adik pun join sekali..dia suka juga

Buku ni memang menarik.

Setiap hari, setiap kali bangun tidur, asal nampak buku ni, mesti suruh baca. Dengan adik sekali join. Walaupun adik baru setahun, dia pun suka dengan buku ni sebab ada gambar. Bila hari-hari baca, Fariza pun akan kenal huruf dan pandai membaca. Kena ajar dia sebelum masuk sekolah, jadi bila masuk sekolah,  dia dah kenal huruf sikit dan reti membaca.


Meh tengok video kami luangkan masa bersama dengan membaca buku.

Buku cerita yang hard cover, warna warni dan ada gambar

Buku cerita yang dikeluarkan McDonald's ni memang menarik, sebab ada penceritaan, pembelajaran, di mana kita boleh belajar nama Dinosaurs dan tahu lebih sedikit tentang Dinosaurs, yang nad sendiri pun tak tau..ehhee. Ada 12 buku cerita dengan dwibahasa, B.English dan B.Melayu yang dihasilkan kerjasama antara McDonald's dengan penulis dan pelukis ilustrasi yang terkenal menghasilkan siri buku popular " How To Train Your Dragon " , Cressida Cowell. Setiap bulan satu jenis buku akan dikeluarkan. 

Bulan January, dah keluar satu buku dah, tu pun stok dah habis. Jadi, bila dah habis, memang tak boleh dapatla..sedih kan. Yang ada dekat tangan nad bulan February punya. Kalau boleh nak kumpul dari buku 1 sampaila ke 12. Baru lengkap dan best. 

Apps Happy Studio 

Untuk tarik minat anak-anak membaca ni, sebenarnya kena cari pelbagai cara, bukan hanya dengan buku sahaja. Bagi aktiviti membaca lebih menyeronokkan, membaca menerusi buku-buku versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Apps Happy Studio ni bukan apps biasa-biasa, tapi ia apps di mana ibu bapa dapat bersama-sama berinteraksi dengan anak-anak, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Keseronokan kami bermain apps Happy Studio. Parents memang patut install apps ni.

Apa yang nad tengok, apps Happy Studio ni memang menarik. Di dalamnya ada pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anak-anak. Sebenarnya bukan anak sahaja, mak pun teruja tau dengan apps Happy Studio ni..hehee..Boleh tengok di dalamnya mempunyai aktiviti topeng digital, jadi pencipta, jadi wira, jadi ahli muzik, aktiviti hebat, imbas buku dan baca buku versi digital

Main untuk Berfikir, Cari penyelesaian

Ada permainan boleh main sorang dan berdua dan ramai. Memang enjoy

Tengok sahaja kami buat aktiviti dalam apps Happy Studio ni, memang masing-masing seronok je..hahaha. Apa yang nad tengok Happy Studio apps ni dia lebih kepada menyuruh kita berfikir, membina, jadi kreatif dan menyelesaikan masalah..hah!!..bukannya main suka-suka. Kalau kalah kita cuba lagi sampai berjaya. Boleh kembangkan otak mereka untuk terus berfikir dan berusaha. Permainan yang berbentuk pembelajaran. Dalam maa yang sama enjoy.

Adik kakak dapat main bersama

Adik beradik main bersama.

scan imbas di bahagian belakang buku

Paling menarik bila ada imbas buku ni. Bila kita scan dekat buku, dia akan keluarkan maklumat tentang Dinosaurs.

Tekan gambar piala tu

Scan dekat buku keluar informasi berkenaan Dinosaur

Caranya, pergi ke gambar piala tu, tekan dan imbas..Nanti nampakla keluar yang ditunjuk seperti dalam gambar.

Buku versi digital dalam apps Happy Studio

Kakak baca buku di apps, adik baca buku betul

Dalam apps ni pun ada versi buku digital. Buku cerita yang kita dapat semasa pembelian Happy Meal. Jadi buku bulan January tak dapat, boleh tengok dekat apps ni.

Kalau korang nak tukar bahasa apps ni, dari Bahasa English ke Bahasa Melayu, atau Bahasa Melayu ke Bahasa English, korang boleh tekan gambar orang dewasa tu dengan anak.

Tekan gambar orang dewasa dan anak tu untuk tau lebih lanjut pasal apps ni dan alih bahasa

Alih bahasa

Kemudian tekan bahagian tiga yang bergaris..Nanti keluar la option. Nak tukar bahasa pilih setting dan keluar la nanti alihan bahasa.

Macam-macam ada dekat apps Happy Studio ni

Dekat bahagian " Hai adik-adik, ini adalah iklan "..tu pun ada mainan..boleh tekan muka senyum tu. Haishh..bagus betul apps ni..Kena selalu tengok dan explore..hehe. Sebab dia akan update dari semasa ke semasa.

Kami sekeluarga meluangkan masa bersama..

Memang bagusla, McDonald's keluarkan buku dengan setiap pembelian Happy Meal sebab ia dapat menggalakkan anak-anak untuk membaca. Sambil tu dapat ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak. Nad setuju dengan Program Happy meal Readers yang dibuat oleh McDonald's ni.

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan Happy Meal Readers boleh layari, https://www.mcdonalds.com.my/en/family/happy-meal-readers

SHARE 32 comments

Add your comment

  1. menarik bahan bacaannya, siap ada apps lagi. Qaid mesti sronok kalau dapat buku ni jugak!

    ReplyDelete
  2. wow.. siap ada apps.. bagusnya

    ReplyDelete
  3. Wah.. geram pulak TB tengok.. TB suka buku-buku kulit tebal camtu.. hahaha.. selalu yang beli buku tu TB.. kalau tengok buku-buku macam ni TB mulalah gatal tangan nak membeli jugak

    ReplyDelete
  4. Ni saya suka, selalu dapat mainan je. Kalau dapat buku tu bolehlah pupuk minat anak tengok buku.

    ReplyDelete
  5. anak2 memang peminat tegar mcD & happu meals termasuk mak dia. almost tiap minggu mmg akan beli. Kalau dapat buku mmg seronok sebab mak dia yg akan jadi storyteller

    ReplyDelete
  6. Bagusnya mekdi dah buat cara gini. Beli meal, kita makan anak bagi buku. Hehehe. Buku dia boleh tahan kualiti tinggi jugak kan.

    ReplyDelete
  7. Comelnya la buku ni ye?. Anak dah besar dah makan set lain. Tapi kalau ada anak kecik memang set ni yang dipilih. Eh ada apps dia? Ini best ni. Apps ni ok la bukan game ajer.

    ReplyDelete
  8. Best ya happy studio Ni. Kejap nak download utk anak

    ReplyDelete
  9. Boleh la nak belikan untuk anak-anak saudara Rawlins agar mereka boleh membaca bersama dan sekaligus bonding kan. Best la pula buku-buku ini kan.

    ReplyDelete
  10. Good Job kakak Fariza, bagus dia dari kecik suka buku. Memang beli buku je la nanti nad

    ReplyDelete
  11. Bagus nad dari kecik dah kenalkan anak2 dgn buku. Banyak ilmu boleh dapat bila membaca ni kan. Good job kakak fariza.

    ReplyDelete
  12. Kalau anak buah Sally mmg dia pilih buku la gamaknya...dia mmg suka betul dengan buku...hehehe...bagus Mekdi buat inisiatif macam ni

    ReplyDelete
  13. Acane ni. Nak dua dua boleh ke tidak? Aneeq memang suka bab bab buku ni. Tapi dia pun suka toy jugak.

    ReplyDelete
  14. Wah bagus la cara mcd ni buat.. Bukan setakat bermain shj malah boleh memupuk minat kanak2 membaca juga..fariza mesti suka kan...

    ReplyDelete
  15. Bagusnya mcd anjurkan program macam ni . Toys dalam happy meal digantikn dengan buku cerita. Memang beri pendekatan lebih sebab happy meal mmg pilihan kanak2 kalau ke mcd kan .Yg best apps pun ada kan.

    ReplyDelete
  16. Bagus Mcd anjurkan program berfaedah dan bermanfaat seperti ni. Yang best beli Happy Meal dapat buku .Sebelum ni dapat mainan kan. Memang sokong 100% inisiatif Mcd untuk memupuk minat anak anak membaca

    ReplyDelete
  17. Masa umut mcm nk mmg seronok layan bdk2.. ngan pelat2 pulak hahah cute jerr. Tp baguslah mc donalds buat mcm ni.. good campaign

    ReplyDelete
  18. This is a good initiative to cultivate reading habits among children.

    ReplyDelete
  19. Ini cara yang bagus untuk kanak-kanak ni beli makanan dapat mainan sampai lama mana sangat mereka akan guna mainan tu hehehe sekurang-kurangnya buku mereka boleh baca dan dapat ilmu yang berguna sehingga dewasa...

    ReplyDelete
  20. Interesting. Nanti boleh download apps Happy Studio. Anak2 saya juga suka dinasour. Bila buat buku tentang apa kanak2 suka sambutan insha Allah memberangsangkan

    ReplyDelete
  21. Menarik sangat2 kan ada apps dan beli happy meal dapat buku. Baru lah bermanfaat. Ada alasan nak beli Happy Meal selalu kat anak2 ni. Nak kumpul semua buku

    ReplyDelete
  22. bagus Mcd buat macam ni.. bukan apa selalu beli happy meals anak-anak nak toys je.so skrg boleh mintak buku.. so berkurang lah permainan dekat rumah ni..hihihi

    ReplyDelete
  23. Bagus McDonals ni skrg buat Happy meal dgn buku pulak. Tak lah penuh rumah dgn mainan je. Balqis mesti suka ni sbb ada dinosaur, Hehe

    ReplyDelete
  24. menarik juga buku dan apps dar mcd ni..anak2 punnampak excited bila dapat membaca menggunakan 2 medium ini...tabat yang baik utk kanak2...hehehe

    ReplyDelete
  25. 2hari lepas beli set happy meal.
    Tapi dorang bagi permainan.
    Agaknya buku ni belum ada stok kot kat dorang.
    Next time kalau beli nak tanya buku pulak.
    Haritu dlm keadaan tak sihat.. So ambik je la apa yng dah diberi.

    ReplyDelete
  26. Bagus app ni dapat memupuk minat ank2 membaca, siap boleh pilih samada English ataupun Bahasa Melayu. Best!

    ReplyDelete
  27. Bestnya dapat buku cerita.

    ReplyDelete
  28. Bagusnya McD buat camni, boleh pupuk minat anak² untuk membaca.

    ReplyDelete
  29. eh siap ada buku digital tu. Bagusnyaaa. nanti nak try beli buku ni utk anak2 buah emi la.

    ReplyDelete
  30. We never had those kind of promos from mcdonalds. So unfair. 벳컨솔루션

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2