Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2019 Kembali - Cuti, cuti cuti, jom bercutiiii. Siapa tak suka bercuti kan.. Setiap hari kena kerja, kerja dan kerja, penat minda, penat badan, penat segalanya. Anak pulak, penat otak asyik belajar je. Jadi, sekali sekala kenalah rancang bercuti untuk rehat dan tenangkan fikiran. Tak kisahla bercuti luar negara atau dalam negara, asalkan dapat luangkan masa bergembira dan bersuka ria untuk diri sendiri atau bersama keluarga.
Seronok bila dapat bercuti, tengok tempat menarik, dapat makan makanan tempatan dan part paling seronok mestilah shopping...hehehe. . Sebelum seronok nak buat semua tu, selalunya kita akan rancang dulu percutian semua, supaya berjalan dengan lancar.
Selalunya, kalau rancang percutian ni mestilah kita nak bercuti secara jimat. Tengok duit poket kita, tengok budget kita supaya tak berlebihan, rancang secara berhemah. Setiap kali nak bercuti, kita hanya buat research tempat menarik yang kita nak pergi, sebenarnya korang pun kena research tentang kos lain seperti kos penginapan, kos pergi balik, dan macam-macam lagi la. Lagi yang bercuti dengan keluarga, memang kena rancang dengan teliti.
Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2019 Kembali
Nad dengar Matta Fair 2019 akan bakal tiba beberapa hari lagi, hah mesti korang tertunggu-tunggu kan, lagi-lagi yang memang tengah rancang nak bercuti tu. Tak sabar nak dapatkan pelbagai diskaun menarik untuk mereka pergi bercuti seperti diskaun penginapan, diskaun tiket kapal terbang dan pakej pelancongan dalam dan luar negara.Kalau dah namanya Matta Fair, semestinya orang ramai berpusu-pusu datang nak tengok, berebut-rebut nak dapatkan pakej menarik percutian, memang penuhla Matta Fair tu. Macam nad, memang tak dan nak pergi, dengan anak lagi semua. Tak terdaya nak mendukung budak seorang ni. Nak suruh suami pergi sendiri, memang tak la dia nak pergi, sebab dia tak tau nak pergi mana, nak pikih apa. .hahahha. Selalunya kalau bab bercuti ni, kitaorang akan berbincang bersama-sama.
Tapi, nad tetap tengok dan cari promosi untuk bercuti kali ni. Mana lagi, kalau bukan Traveloka. Traveloka pun ada buat Saleabration sempena Matta Fair Promo ni, jadi usah bersedih ya kalau tak dapat pergi Matta Fair. Traveloka Saleabration, sama je seperti Matta Fair, menawarkan pakej menarik dengan promosi berbaloi dari kos penginapan, kos tiket penerbangan, korang boleh je dapat tawaran murah, boleh je dapat diskaun daripada harga biasa. Tak sabar ni nad nak tengok promosi apa yang ada dekat Traveloka Saleabration nanti. Nak booking untuk percutian tahun ni.
Setiap kali nak bercuti, nad memang akan usha Traveloka. Semuanya dihujung jari, sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga. Cara ni pun dapatla suami isteri berbincang dengan tenang, dekat rumah sambil tengok pakej murah, yang berkenan di hati..hehehe.
Kali ni, teringin nak bercuti ke Langkawi. Dah lama betul tak jejak Langkawi ni. Last dulu pergi masa waktu belajar. Langkawi sekarang banyak tempat menarik, sesuai untuk percutian seisi keluarga.
Dataran Langkawi yang ada Helang besar tu memang wajib pergi. Port untuk bergambar. Naik brigde dekat Langkawi pun best, ada lagi gambar zaman muda dulu dekat bridge ni..Datang ke bridge ni jangan pergi waktu kabus, kang tak nampak jalan. .hehehe. Cable car tu pun syok. Boleh tengok pemandangan dekat Langkawi. Dulu zaman muda pernah la naik, gayat la juga. .Hehehh.. Teringat kawan sampaib erduduk naik cable car tu..hehhe. Kali ni nak pergi dengan keluarga pulak.
Salah satu tempat yang nad nak pergi pantai Langkawi ni. Haritu nampak kawan post gambr dia pergi Pantai Chenang Langkawi ni, terus dalam hati, wah Langkawi ade pantai la...Memang kena pergi ni. Cantik betul pantai dia.
Takkan mak dengan bapak je gembira kan, mestilah nak bagi anak-anak gembira juga. Tempat nad nak bawak anak-anak ialah tengok hidupan laut di Underwaterworld Langkawi. Tengok tempatnya macam besar. Banyak hidupan laut dekat situ. Takdela diaorang bosan kan, Fariza mesti suka giler. Adik pun dah mula bagi reaksi bila tengok binatang ni.
Lagi satu tempat nad nak pergi 3D museum. Gambar macam betul-betul terkeluar. .hehehe. Dekat sini ambik gambr dengan anak-anak memang best ni.
Memang banyak lagi tempat dekat Langkawi ni. Lagi tempat shopping. Shopoing pinggan mangkuk, shopping coklat.. Perghh. .memang syurga dunia betul datang sini. Tapi jangan ikut nafsu kalau shopping, kang tak tau nak sumbat mana kan. .hehehe. .
Untuk percutian kali ni, nad teringin juga nak merasa naik kapal terbang walaupun dalam Malaysia. Senang dengan Traveloka sebab ade tiket penerbangan ulang alik ke setiap destinasi yang kita nak pergi. Boleh pergi bila-bila masa sahaja. Nak booking awal dulu pun boleh.
Traveloka pun ada penerbangan dan penginapan dalam satu platform. Jadi takdela susah-susah nak cari banyak tempat. Memang setiap kali nak bercuti, nad usha Traveloka untuk booking hotel dengan harga yang murah. Kita ni, kalau boleh nak bercuti biar stay di tempat yang selesa dan tenang dengan harga yang berbaloi. Nak guna apps dia pun mudah dan senang.
Banyak kelebihan tempah dengan Traveloka ni, antaranya, ia tiada harga tersembunyi. Harga yang dipaparkan, tu la harga dia sebenar. Harga yang ditawarkan juga lebih murah. Boleh jimat banyak tau. Antara hotel nad pernah duduk dengan harga murah menggunkan apps Traveloka, Hotel Kinta River Ipoh.
Traveloka ni, promosi dia berterusan, selalu je akan ada promosi dari semasa ke semasa. Hah, banyak kelebihan Traveloka ni, korang jangan lupa download apps dia. Memang berbaloi guna Traveloka kalau nak bercuti. Traveloka Saleabration akan datang beberapa hari lagi ni. .haishh nak pergi bercuti ke Langkawi ni.
Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Traveloka Sale-abration atau promosi lain, korang boleh lawati laman sesawang Traveloka di www.traveloka.com
Syoknya.. rasa nak bercuti ja nih..
ReplyDeletemenarik.. tak pernah lagi sampai langkawi
ReplyDeleteAduh. Aduh. Aduh. Sakit tuh disini.
ReplyDeleteKena rancang percutian Keluarga lepas tengok posting ni. 😃😃😃
Ala rindunya nak pergi travel. Last pergi travel pergi Sarawak. Nak ajak husband tinjau-tinjua sekali traveloka ni jugak la. Kot-kot dia bagi green light nk pergi travel.
ReplyDeleteWahhh bestnya, last pergi langkawi 1995, tu pun sebab travel ikut Papa. teringin nak pergi, nampak gambar pun sangat cantik.
ReplyDeletejelas terserlah keseronokkan awak tu. mmg kena rancang dah ni kalau macam ni punya seronok
ReplyDeletememang ada plan nak pergi Langkawi lagi dengan family , rindu nak jalan2 kat sana makan laksa tepi airport ....bestttt , tapi kali ni nak booking flight sekali penginapan dengan traveloka jer...jimat sikit kann
ReplyDeleteLangkawi best! Macam macam tempat & aktiviti menarik kat sana. Nak usha lah sale Traveloka ni.
ReplyDeletePernah pakai khudmat traveloka masa p samui 4 tahun lepas. Mmg senang
ReplyDeleteI heard about Traveloka before but belum cuba lagi, now I m in the midst of planning my holiday maybe i should check them out too.
ReplyDeleteKalau plan nak bercuti dgn Traveloka ni mmg senang. Takyah nak tgk sana sini, all in one place.
ReplyDeletelama dah x erjalan-jalan jauh dengan famili...best juga pegi langkawi ni...lagi best bila dapat bercuti dengan traveloka...lebih murah dan berbaloi
ReplyDeleteBest dapat cuti2..dlm Malaysia pun x apa janji dapat cuti. Best sgt..tp tis year sis x leh jenjalan sb anak exam tahun ni
ReplyDeleteBagus rancang percutian guna traveloka..sebab ada banyak promo
ReplyDeleteRamai share pasal ni, onie pun tak sabar untuk tunggu promosi dari Traveloka. Mesti banyak promosi nantikan. Standby duit jela wak,hahahahaha
ReplyDeleteThis reminds me of my trip to Langkawi. I wonder which is better? Traveloka or Airasia go. Hmm..
ReplyDeleteJom lah pergi berjalan. Lama dah x jalan ni.
ReplyDeletetengah fikir nak bercuti ke mana nanti..
ReplyDeleteinfo menarik.. terima kasih
ReplyDeleteWahhh Matta Fair kembali, mesti banyak promosi best ni.
ReplyDeleteKalau nak vercito memang elok benar gunakan khidmat Traveloka ni. Nak nak Mattaf Faor kembali lagi confirm banyak tawaran yang menarik diberikan nanti Time ni lah nak grab untuk pergi bercuti kan
ReplyDeleteCantik gambar. Rasa nak pi Langkawi lagi. Last pi sana 8 tahun lepas hehe
ReplyDeleteHehe gambar first tu comel macam budak sekolah je. Nak kena ke Matta Fair lah minggu ni!
ReplyDeleteHuhuuu.... Dah lama tak pi Langkawi. Tempat pelancongan jalan jalan bawak anak cuti memang seronok. Kali ni nak pegi nak flight laaa plak. Tentu anak teruja. Jap nak usha pakej Traveloka
ReplyDeleteanak-anak teruja selalu nk p langkawi..tp mak je laa yang sampai dulu..faktor kerja kan..hehe..tp mmg syok laa p langkawi tu ha :-)
ReplyDeleteDearest Esteems,
ReplyDeleteWe are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.
Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator
Penting untuk merancang percutian.. sbb ianya akan melibatkan budget kewangan dan perbelanjaan sepanjang tempoh percutian... begitu juga pentingnya dengan perlindungan takaful ...
ReplyDeletetak kisah la samada takaful kenderaan, takaful keluarga, atau takaful kemalangan peribadi.. ia sgt penting sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini, sekurang-kurangnya ada perlindungan untuk lindungi diri dan keluarga dari tanggungan kos yang tidak dijangkakan..