hai assalammualaikum
Seorang Wanita Bukan Biasa-Biasa - Ya, Hari Wanita dah lama lepas, tapi aku tetap nak cerita juga berkenaan wanita ni...hehehe. Sebab sekarang ni pun aku dalam fasa wanita. Aku dapat rasai semuanya, dari perit, sakit, pahit dan manis. Wanita sekarang bukan seperti dahulu, wanita sekarang bukan biasa-biasa. Wanita kuat dari semua fizikal.
Kalau kita tengok, wanita ni banyak kerjanya. Semuanya berubah apabila ia berkahwin. Tanggungjawab tu lebih berbanding sebelum kahwin. Apabila kahwin, semua kerja di lakukan. Dari pagi sampai ke malam. Seterusnya apabila disahkan mengandung. Memang seronok bila dapat tau mengandung ye, tapi sebenarnya, ada juga penat dan sakitnya. Bawak anak dalam perut memang pengalaman yang manis tapi ada sakitnya..huhu..sakit belakang, sakit bawah, bengkak kaki, muntah, loya semuala. Dalam masa mengandung, boleh lagi dia buat kerja semua. Nampak tak wanita ni bukan biasa-biasa. Lainla kalau dia orang ada orang gaji, suami ambil berat, tu memang bertuahla..
Lepas tu pulak, waktu bersalin, sakitnya hanya Allah yang tau. Macam nak tercabut nyawa. Nafas tercungap-cungap menahan sakit. Nak meneran lagi. Semua ni untuk mu wahai lelaki bagi melahirkan zuriat yang kamu nak. Masa sakit mampu lagi buat kerja sedikit bagi taknak menyusahkan sesiapa. Ni la wanita sebenar, mereka bukan baisa-biasa ye. Dalam berpantang, masih lagi boleh bergerak, jaga anak.
Wanita sekarang bila dia nak buat, dia akan buat juga. Takde yang mampu menghalang mereka. Kerja mereka non stop. Memang bukan mudah jadi seorang wanita. dalam otak dia selalu sahaja berjalan. Macam tak pernah berehat. Bila dah masuk fasa wanita ni, memang kita jadi lebih matang. Jadi aku terfikir, macam mana la mereka yang " Tettt" tu boleh terfikir nak jadi wanita, mungkin dia tak merasa apa yang kita rasa..huhu..
Oh para lelaki, jangan terasa, kaun lelaki pun banyak tanggungjawab mereka. Tu nanti tunggu Hari Lelaki pulak la..eh ade ke..ehehee
Ye luar biasa.
ReplyDeleteTetapi dah jadi biasa-biasa kerana kehebatan mereka.
Wanita dan keunikkannya sukar dipisahkan. ^^
ReplyDeleteWanita mmg insan yg kuat
ReplyDelete