hai assalammualaikum

Bawa Keluarga, Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Bawa Keluarga, Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort - Salah satu tempat berbuka puasa yang menjadi kegemaran nad sekeluarga ialah Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Korang pun bawalah keluarga, teman, untuk iftar bersama di Bangi Golf resort sebab harganya yang sangat murah dan mempunyai pelbagai buffet dengan lebih 200 jenis makanan yang dihidangkan dari makanan tradisional Melayu sehingga ke hidangan Barat.



Kelainan sedikit kali ini ialah, berkonsepkan " Kebun Dalam bandar " kebanyakan ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang merupakan sayuran yang ditanam sendiri oleh pihak Bangi Golf Resort. Bagus kan, bila ulaman segar dipetik terus dari pokok. Bagi menambah keterujaan, tahun ini bahagian ualman dan kerabu, pengunjung diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut, terus dari pokoknya.





Ni la Nasi Kerabu yang dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis,keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman organik beserta budu dengan hirisan limau nipis dan cili yang datang dari kebun Bangi Golf Resort. Malah bunga Telang yang menjadikan nasi berwarna biru itu juga datang dari kebun Bangi Golf Resort. Baru tau nasi ni biru disebabkan dari Bunag Telang ingat dari pewarna..hehee.. Memang beratur panjang masa nak ambil nasi kerabu ni..hehee. Memang sedap..Nad pulak lama dah tak makan nasi kerabu. Bila ada depan mata, memang pertama makan Nasi Kerabu dulu.

 


Setiap kali Bulan Ramadhan, Kambing Bakar merupakan menu yang mesti ada di Bangi Golf Resort. Aroma daging Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api memang menusuk kalbu tau, mr mafia laju beratur dekat Kambing Bakar ni sebab takut habis..hehee.


Ya laku keras kambing bakar ni..hehee..





Sup kambing mamak yang boleh dimakan bersama roti atau nasi. Makan macam tu je pun sedap.Hirup kuah dia. Daging pun lembut je.




Di situ juga ada satay ayam dan daging, Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak depan mata kita. Dapat panas-panas memang sedap ye.


Ada juga Nasi Ayam di Bangi Golf Resort. Tengok ayamnya pun dah nampak sedap. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala oriental, sebab tu bila makan ayam dia rasa empuk dan berjus sahaja. Nasi pun dimasak elok je. Semua cukup rasa bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Sos cili tu memang buat kita nak menambah je.






Makanan nasi dan beraneka lauk yang dihidangkan.



Dah makanan Melayu, kita tengok pula makanan barat ye. Menu paling utama yang wajib korang amik mestilah Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak depan mata kita ya. Telur ni memang tak boleh tak makan, mesti kena makan..hehee..



Selain itu, sajian pasta kegemaran, Spaghetti dan Penne bersama sos bolognese ayam dan carbonara. Ni anak-anak paling suka.



Ada juga Ipoh Hor fun. Pertama kali rasa.





Makanan berat dah tunjuk, hah ni pulak makanan ringan, pencuci mulut yang semuanya nampak sedap belaka. Warna warni kalau pergi ke dessert ni. Memang kalau boleh nak ambil semua, taknak miss satu pun..hahaa..Antara dessert yang ada Churros sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, Bandung Lychee Cheesecake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake,Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Pandan Gula Melaka dan banyak lagi.







Selalunya dah buka puasa tu mestila makan kuih dulu, antara kuih yang ada, Kuih Lapis, Talam Koko, Kasui Pandan, Apam, Koci, Seri, Kuih Bakar dan banyak lagi. Dekat sini ada Pulut Kuning Rendang Daging, memang sedap.


Dah makan takut tercekik pulak kang, jangan risau, ada air disediakan..hahaaa..Dah makan sedap-sedap, nak minum air, pilih je air yang disediakan, ada air panas dan sejuk. Ada air Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh.

Kemudahan Untuk Pengunjung
- Surau lebih luas dan selesa disediakan
-Tandasdaripada 5 kubikel ditambah kepada 16 kubikel bagi mengelakkan berbaris panjang
- Parkir lebih 800 lot

Iftar Sesama : Berbuka sambil Membuat Amal kebajikan

Untuk pengetahuan korang, setiap tempahan yang dibuat di Bangi Golf Resort, mereka akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang bulan Ramadhan ni kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ). Sumbangan tu daripada kita juga, jadi bualn puasa ni molekla beramal jariah.

Selain itu, Restoran BGR juga bekerjasama denagn Food Aid Foundation, menyumbangkan mana-mana lebihan makanan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Jadi takdala berlaku pembaziran.

Ada lagi, sepanjang Bulan Ramdhan, Restoran BGR dengan kerjasama portal FBBuzz.com akan mewujudkan kotak sumbangan iftar yang mana pengunjung ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang bernasib baik. Hah, carila baju mana yang dah taknak pakai, tapi masih elok, boleh letak dekat kotak ni.

Bagus apa yang dilakukan Bangi Golf resort ni, memang takda hotel lain yang buat. Jadi kita dapat gembirakan orang lain juga kan.



Haritu, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan lagi syok dapat makan buah durian..hehee..Banyak gila makan waktu tu..fuh..lega rasa sebab dah lama tak makan durian oii..Terima kasih Durian Hill sajikan durian kepada blogger dan media. (http://www.durian-hill.com).


Waktu tu ada juga Photobooth- Feteandfiesta (instagram:@photobombkl) dan Cotton Candy- Nilai cotton Candy (Instagram: @nilaicottoncandy)

Bagi nad, kali ni, memang dia susun elok je, dan luas untuk pengunjung. Beratur nak mengambil makanan tu biasa lah..ehhehe..Setiap tempat ada station masing-masing. Masak live depan mata kita. Mereka memang jaga kebersihan sepenuhnya ya dan buat persiapan untuk keselesaan pengunjung. Memang wajib korang datang berbuak puasa dekat sini.




Harga berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Dewasa : RM 59.00nett
Kanak-kanak: RM 29.00nett

Korang boleh booking awal ya. Kalau nak booking boleh layari
Website: https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/
Alamat: No 1 Persiaran bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Tempahan dan pertanyaan: 1 700 81 8557
Email: enquiry@bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram: @bangigolfresortofficial
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. cantik gilerrr dia ukir buah tu untuk blogger yang datang ek!

    empat tahun lepas, sini la tempat pertama kita pergi food review buffet ramadhan masa masih duduk kat KL..sedap2 makanannya!

    ReplyDelete
  2. Wah memang wajib pergi macam ni 😍

    ReplyDelete
  3. suka iftar di BGR..banyak pilihan menu dengan harga berpatutan

    ReplyDelete
  4. pergh.. tiap2 tahun dtg ye? ada durian tu..

    ReplyDelete
  5. Arghhh tak puas makan hari tu. Jom Nad puasa ni berbuka kat sini

    ReplyDelete
  6. sedapnya menu berbuka kat BGR nie..siap ada durian tak tahan tu. boleh la singgah iftar kat sini kalu nak pergi bandar bangi shopping baru raya nanti

    ReplyDelete
  7. Okaybtak awak menu tahun ni? Sebab last year pergi menu dia macam bebiasa je. Tahun ni tak sempat lak nak ke preview ni haaa

    ReplyDelete
  8. Lapar terus tengok segala gambar tu. Tetiba dtg mood rajin nak goreng kopok ikan hahahaha

    ReplyDelete
  9. Lia suka kalau ramadan buffet ada kambing & buah durian. sebab rasa macam heaven nya fav food ada kat situ. Terus rasa lapar macam nak pergi makan sekaranf buffet ni.

    ReplyDelete
  10. BGR tiap tahun tidak mengecewakan. palings uka buffet durian dia. ya Allah sedap betul. rasa macam xnak berhenti makan masa tu. siap bawak balik okay. nanti nk berbuka puasa lagilah dgn family kt sini

    ReplyDelete
  11. Antara bufet Ramadan yang akak recommend pada kawan2 dan family. Berbaloi dgn harga.

    ReplyDelete
  12. Bestnya nad. Dah merasa menu menu yang sesedap. Tergoda tengok nasi kerabu tu. Terbayangkan ulam ulam dia. Alahaii.. Nti nak cari nasi kerabu la..

    ReplyDelete
  13. Memang sedap bufet ramadhan ni kat Bangi Golf Resort, siap dengan Durian lagi. Mouse mommy pun dah book nak bawa famili makan masa bulan ramadhan ni. Yum... yum...

    ReplyDelete
  14. Yes kita setiap tahu tak pernah miss lagi untuk buka puasa kat sini hehehehe kalau dapat lagi tahun ni nak pergi tengok makanan mereka banyak dan semua sedap serta harga masih macam dulu termurah...

    ReplyDelete
  15. Dah berapa tahun memang tak pernah miss lagi berbuka puasa di BGR ni. Memang puashati sangat berbuka kat sini..hidangan pelbagai dan sedap2 pulak tu. Tahun ni Insaallah sis akan berbuka lagi kat sana..x sabar lak rasanya..hehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2