HAPPY ANNIVERSARY YANG KE LIMA

in , by Nadia Johari, 01:31:00
hai assalammualaikum

Happy Anniversary Yang ke Lima - Alhamdulillah, dah 5 tahun hidup bersama dan harap hubungan ni sampai bila-bila hendaknya. Walaupun kehidupan ada yang manis, ada yang pahit, lumrah ye. Yang dah kawin tau la ..hahaa. Mana yang berangan macam dalam drama, almost sweet tu memang takdela..hahahaa. Lepas kawin la macam-macam kau nampak pasangan hidup kau ni macam mana..kohkohkoh!!..Adik-adik mana yang nak kawin tu sila persiapkan mental dan fizikal ya..eh bukan takutkan suruh kawin. Kawin tu memang best sebab dah halal..hehe..Kawin bila betul-betul bersedia. Kena kuat walau dugaan yang mendatang. Cewahh..poyo betul nad berbicara ya..hahaa..Kawin je bila dah bersedia ye..


Dah 5 tahun, apa yang nak dikongsi dekat blog ye..hahhaa. Pasal cerita mana jumpa dah cerita dah. Korang carila sendiri ya dalam blog ni..hehehe. Okla kita cerita perubahan ketara kami ye..hahaa..Ada perubahan ke, macam sama je..Masing-masing masih kurus ya, cuma perut je membuncit..hahaha..Bertambah la ahli keluarga kami dari berdua sekarang berempat. Setakat ni baru dua orang anak perempuan yang ada. Syukur, Allah dah bagi kami zuriat. Yang tak percaya mr mafia la, sebab dia dapat juga merasa jadi daddy. Doa semoga dia dapat tengok anak-anak membesar sampai la diaorang kawin..huhuhu..


Setakat ni memang dua orang dulu la. Nak tambah lain, kemudian la, sebab sekarang kewangan masih belum stabil..Kejap lagi si kakak nak sekolah, jadi guna duit lagi..heehe. Tunggu masing-masing pandai uruskan diri, baru boleh menambah keluarga ya. Letih mommy nak jaga kang kecik-kecik..Mommy pun kene bagi badan berehat, supaya nanti dapat terus dua kembar..eh..hahaha..

Ya, setiap pasangan memang tak perfect, tapi masing-masing cuba cari kelemahan masing-masing dan cuba perbaiki. Walaupun kadang-kadang mr mafia ni selalu buat aku marah je, tapi dia banyak bantu aku dalam dalam blog. Theme blog ni pun dia yang buatkan. Kadang tolong ambilkan gambar. Dan baru-baru ni dia bagi aku apps video untuk aku buat kerja edit video. Apps video tu berbayar. Ada la lagi perkara dia buat bantu aku dalam kerja blog.


Masing-masing cuba support antara satu sama lain. Macam and pun ada kelemahan sendiri. Apa nad boleh bantu, nad cuba bantu. Alam perkahwinan ni buat kita fikir macam mana kita nak jadi suami dan isteri yang bertanggungjawab. Memang banyak benda kau kene fikir ya. Okla, tak tau nak cakap apa lagi..hahahha..Terima kasih doakan kami di facebook dan instagram, twitter sekali..semoga korang pun hidup bahagia.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Tahniah
    Semoga kekal bahagia selama2nya

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary. You all look so good together

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary both of u semoga bahagia higga ke jannah amin

    ReplyDelete
  4. kita hidup utk saling melengkapi kan...tapi Sally sokong apa yg Nad cakap...kawin la bila dah bersedia mental dan fizikal + kewangan skrg..huhu...Happy Anniversary Nad dan suami! :D

    ReplyDelete
  5. Sweetnyeee nad.. lea x pernah sambut pun anniversary.. pape pun tahniah ye nad..

    ReplyDelete
  6. Alololo..sweetnya dia.. Hehee.. Haappy anniversary nad... Selamat hadap fasa2 yg seterusnya..

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary Nad Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga Jannah

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary! Dah 5 tahun ye. pdhl akak nampak muda sangat. Akak kawen masa umur berapa?

    ReplyDelete
  9. Wah so romantik, happy anniversary and kita doakan semua yang baik baik bagi Nad sekeluarga ya.

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary Doakan zira ketemu jodoh dengan orang bisnes gak Boleh buat kerja sama-sama

    ReplyDelete
  11. Happy anniversary nad dan suami. Didoakan semoga berbahagia hingga ke jannahtul firdausi.amin.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2