hai assalammualaikum


Buffet Ramadhan 2019 Di Villa Istana Melaka, Berbuka Ala Istana

Buffet Ramadhan 2019 Di Villa Istana Melaka, Berbuka Ala Istana - Harini nad nak kongsi tempat berbuka puasa di Melaka. Hah!!, orang Melaka, siap sedia, kalau tak tau nak berbuka dekat mana, meh baca entry ni..hehe. Dengan ketibaan bulan Ramadhan harini, yang ingin iftar ramadan atau berbuka puasa bersama keluarga, buffet ramadhan yang terbaik di Melaka yang korang boleh pergi ialah di Villa Istana Melaka.

Nama pun dah gempak kan, Villa Istana, semestinya rupa dia seperti Istana ye dak..hehee..Villa Istana Melaka yang bertaraf 5 bintang ni, terletak di Ayer Keroh Melaka, pernah dijadikan lokasi set penggambaran drama  ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Orang Melaka mesti tau tempat ni kan. Mana yang tengah bercuti di Melaka pun boleh pergi berbuka di sini. Tempat yang selesa, banyak kemudahan , harga semestinya jauh lebih murah.



Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10 Mei hingga 1 Jun 2019. Nad pasti, semua juadah yang disediakan  memenuhi citarasa ramai, layanan yang mesra dan perkhidmatan yang baik apabila tetamu menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019 ni. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.






Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak
Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan.

Kemudahan yang disediakan
- Dewan makan yang selesa dilengkapi penghawa dingin, mampu memuatkan 500 tetamu
- Wifi percuma
- Menyediakan ruang parking kereta yang luas
- Tandas yang selesa
- Bilik solat lengkap dengan sejadah, selipar serta tempat wudhuk


Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan.




Bagi mereka yang bercuti atau mempunyai urusan di Negeri Melaka, Bandar Bersejarah ni, korang boleh menginap di bilik penginapan eksklusif Villa Istana ni. Pergh, tengokla bilik dia, cantik, besar dan luas. 

Harga Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka
Dewasa : RM45.00
Kanak-kanak: RM29.90





Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang
sangat menarik. Boleh tengok gambar di atas.

Kalau nak berbuka Di Villa Istana, digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Boleh booking sekarang untuk berbuka bersama keluarga atau sahabat handai. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Lawa betul tempatnya.. Indah sgt rasa kalau sesekali makan dgn suasana macam ni

    ReplyDelete
  2. woooooo meriah ohh berbuka kat sini.. bilik pun kemain best agik..

    ReplyDelete
  3. Banyaknya menu. Harganya memang murah dan berpatutan.

    ReplyDelete
  4. Wow bestnya makan kat tmpt cmni.. Ingatkan xde hotel yg buat decoration camni.. Cantik tmpt & menu pun byk

    ReplyDelete
  5. First time dgr Nasi Serai neh... Hahaha... Fuhhh... Melaka pun advance mcm KL

    ReplyDelete
  6. This place is like so classy and best and their food also look very delicious.

    ReplyDelete
  7. Jauhnya akak makan sampai ke Melaka..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bilik2 dia nad. Macam bilik istana betul.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2