hai assalammualaikum

McDonald's Cipta Malaysia Book Of Records Bagi " Drive-Thru Challenge " Dalam tempoh 24 Jam -  Baru-baru ni, McDonald's ada membuat " Cabaran Hujung Minggu Pandu-lalu McDonald's ( McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) yang diadakan pada 26 hingga 28 April. Catatan jumlah kereta sepanjang tiga hari itu sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan mereka melalui Drive-Thru McDonald's di seluruh negara.


McDonald's Cipta Malaysia Book Of Records Bagi " Drive-Thru Challenge

Dan pada hari kedua cabaran tersebut, iaitu pada 27 April , McDonald's telah mencipta rekod baharu, dengan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam, sebanyak 164,235 kenderaan, menjadikan McDonald's Malaysia diiktiraf  secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”. Dan jumlah ini telah diumumkan pada Hari Isnin 29 April, di majlis Drive-Thru Leadership for Customer Convenience di cawangan McDonald’s Kota Damansara. Tahniah McDonald's. Nad sendiri menjadi saksi pengumuman itu diucapkan.



‘McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge ’ melambangkan kemampuan McDonald’s untuk menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang ini. Dalam usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaan McDonald's di seluruh negara, segmen perniagaan Drive-Thru McDonald’s merupakan komponen penting dalam strategi perniagaannya. Mereka sentiasa komited untuk mengekalkan kepimpinan pasaran mereka dan pada masa sama meningkatkan lagi kecekapan operasi.

“Segmen perniagaan Drive-Thru telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Drive-Thru pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Drive-Thru telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, dimana jualan menerusi tingkap Drive-Thru menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Drive-Thru McDonald’s. Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Drive-Thru bagi suku pertama tahun 2019,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Tambah Azmir Jaafar, syarikat mensasarkan untuk membuka 20 restoran Drive-Thru McDonald’s tahun ini. Ini akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran Pandu-Lalu yang sedia ada hari ini.


Drive-Thru McDonald's Memudahkan Mereka Yang Sibuk Dengan Rutin Harian.

Nampaknya, ramai rakyat Malaysia menggunakan Drive-Thru ni untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan ketika lapar atau sibuk. Bila perut lapar, malas nak makan dekat kedai, nak parking lagi, lambat pergi kerja, ramai anak tak boleh nak handle dalam restoran, benda senang untuk nad cari makanan ialah Drive-Thru McDonald's je..hehee. Perkhidmatan yang hanya memesan dan ambil makanan tanpa perlu keluar daripada kereta. Dah dapat makanan, terus jalan je pulang ke rumah atau memang dah lapar, boleh makan dalam kereta.

Nad pun kadang-kadang, pergi Drive-Thru McDonalds je kalau teringin nak makan McD. Kadang malas nak masuk dalam restoran, nak cari parking lagi, nak beratur order makanan lagi..huhu..Kalau ikutkan nad lagi senang order Drive-Thru je.


Memang mudah dan pantas bila guna drive-thru ni, lagi-lagi buat mereka yang sibuk dengan rutin harian. Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan drive-thru ni bukan sahaja mudah malah efisien dan menjimatkan masa. Lagipun McDonald's ni ada di mana-mana lokasi dan mudah didapati.

Pihak McDonalds akan melaksanakan lebih banyak inisiatif lagi untuk pelanggan pada masa hadapan dan mereka yakin, mereka mampu memenuhi keperluan makanan yang lazat untuk dihidangkan kepada pelanggan dengan pelbagai citarasa tanpa mengira masa apabila mereka pergi ke McDonald's.

Menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Drive-Thru.


Sekali lagi, tahniah kepada McDonald's Malaysia kerana telah mencipta nama di Malaysia Book Of Records. Semoga terus maju.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mcdonalds.com.my
SHARE 25 comments

Add your comment

  1. Apakah Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah dan Anda ingin mandiri secara finansial dan menumbuhkan bisnis Anda ini adalah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman baik jangka panjang maupun jangka pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua orang dapat mengajukan permohonan , Anda tidak harus terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberi Anda pinjaman pilihan Anda, berapapun jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan hanya duduk di sana menyaksikan orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini



    Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mail: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp : +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  2. Wah baru smlm Drive Thru McD :)

    ReplyDelete
  3. Jom drive thru , ai lah salah sorg penyumbang itu haha

    ReplyDelete
  4. tahniah McDonald's, memang drive tru jadi pilihan UN. sebab mudah cepat dan dapat hadiah kalau ada stickers

    ReplyDelete
  5. Drive thru senang... Tak payah keluar keta..

    ReplyDelete
  6. Tahniah McDonald's, memang drive thru ni lagi senang. Lebih-lebih lagi sebab tak perlu fikir parking, tak payah turun kereta. Haha.. bulan puasa ni belum lagi la nak drive thru siang-siang. Selalu singgah untuk beli makanan sahur. Opss sahur McD tauu

    ReplyDelete
  7. Siapa je yang tak suka dengan McDonald's drive thru ni kan? Memudahkan dan menjimatkan masa. Menu pula kena selera seisi keluarga.

    ReplyDelete
  8. Wow.. Ramai yang menikmati Mcd rupanya ye. Erm.. Kalau la kat mersing ni ada Mcd, confirm terjah dah ni. Dulu terjah Mcd pun kalau ke JB.

    ReplyDelete
  9. Saya memang pelanggan setia mcdonalds. Selalu sangat pergi makan di sana. Tahniah mcdonalds.

    ReplyDelete
  10. Tahniah McDonalds! Memang selalu guna drive thru McD ja. Especially bila nak beli aiskrim, malas nak beratur kat dalam restoran, sanggup dok dlm keta utk drive thru hehe

    ReplyDelete
  11. Whoa tahniah mcdonalds. Lepasni senang laa tak perlu masuk dalam dengan nak cari parking lagi.

    ReplyDelete
  12. Tahniah McD di atas pencapaian ini. Lepas ni boleh tambahbaik servis dalam restoran agar pencapaian semakin melonjak.
    Eh. Malam nie nak minum latte ais dia la.

    ReplyDelete
  13. Terbaiklah McD pecah rekod Drive Thru Challeng . Bukan bak cakap apa lah, McD memamg pantas sangat servis mereka. Makanan McD memang sedap kan.

    ReplyDelete
  14. wow !!! tahniah mcdonalds. memang selalu ramai yg memilih utk drive thru sebab malas nk beratur lagipon sangat convenience. nak order pon laju je dorang siapkan pesanan.

    ReplyDelete
  15. Tahniah MC Donald's. Tu dia, siap masuk Malaysia books of records. Tak pelik, selalu tengok drive thru kat mcD ni selalu penuh. Suka pi mcD sebab ada ayam goreng spicy dan spicy chicken MC delux, hehe

    ReplyDelete
  16. AM kalu drive n terpaksa berdepan dgn jammed, confirm drive thru mcd.. Leh mkn sambil hadap jammed.. Baru tak stress.. Hehee.. Tahniah Mcd atas kejayaan n pengiktirafan yg dterima

    ReplyDelete
  17. Sis pun salah seorg yg suka gunakan drive thru ni. Senang beli trus balik makan je. Cuma drive thru x ada kat rumah sis..tu yg sedih sgt tu, bila lah nk buat kat pj ni

    ReplyDelete
  18. Perghhhhhh! Gila banyak ah yang drive thru ! Memang terbaik ah ! Hmmmmm lamanya tak makan mcd ni haaaaa... Rasa bulan puasa ni nak nasi je, tapi takpe, puasa habis kita terus cari mcd. ANyway, tahniah buat cawangan mcd yang terlibat. Kita memang suka drive thru je, mudah,hehe

    ReplyDelete
  19. McDonald's drive thru sgt bagus dan memudahkan bg pelanggannys yg tidak mempunyai masa hendak beratur panjang

    ReplyDelete
  20. I suatu ketuka dulu nak tekad takmau makan fastfood fastfood dah. Tapi bila ada hari yg tak berapa rajin nak.masak, mesti drive thru jugak kat mcD hahaha. Jahat tau mcD ni

    ReplyDelete
  21. Yeah! Congrats McD! I love drive thru esp after work too tired to dine in, just pack and go.

    ReplyDelete
  22. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2