hai assalammualaikum
Menu Berbuka Puasa Ramadan ke Empat, Kelima dan Keenam - Hehehe, saja je letak dalam blog, kot la ramadan nanti boleh tengok blog ni semula bila dah mati kutu tak tau nak masak apa. Menu nad biasa-biasa je, takda la susah mana nak buat. Tapi Ramadan kelima, dah membeli, tu pun satu lauk je, sebab barang basah dah nak habis..hahaa..Ramadan keenam balik kampung berbuka dengan keluarga. Tapi nak tunjuk juga menu berbuka tu..hehee
Ramadan Ke Empat
Ok ni menu berbuka ke empat. Ni namanya nak sennag dan cepat ye. Masuk seklai sayur dalam satu lauk..hahaha. Nad masak ikan bawak campur sayuran masak paprik. sayur campur memnag banyak, sebab anak-anak un suka makan sayur campur ni..
Ramadan kelima
Ramadan kelima, menu berbuka sup daging. Ni suami beli, petang tu dah start masak, tapi suami dah beli, kita tak jadi masak..Kita masak sayur jela..tapi lupa nak ambil gambar
Ramadan Keenam
Hari Keenam pulak, ajak suami berbuka puasa dengan keluarga dekat Meru Klang. Ni pertama kali nad pergi Pasar Ramadan sebab mak teringin nak makan satay, So beli satay la. Lepas tu kita ada beli karipap dengan kawan blogger. Gorengla karipap tu, inti dia sardin, penuh dan padat ye. Rangup kulit dia. Korang nak rasa karipap frozen ni boleh roger Khairul Anuar. Buka haritu mak kita masak ayam sambal dengan sayur campur..hehee..
Add your comment