hai assalammualaikum

Nak Ubah Hidup 2019 - Setiap tahun mesti kita akan berazam, nak jadi lebih baik dari tahun sebelum ni. Nak ubah hidup, nak capai lebih banyak kejayaan, kegembiraan dari kesedihan. Kalau boleh, taknak lagi ada masalah kewangan, taknak tertekan dengan pelbagai masalah. Semua orang boleh berjaya, semua orang boleh berubah, yain pada diri sendiri yang kita boleh buat.


Mungkin ada sesetengah memerlukan motivasi dari orang tertentu. Mungkin anda tertanya-tanya
- Bagaimana anda boleh ubah hidup anda menjadi jauh lebih baik dengan perniagaan anda yang berjaya?
- Bagaimana anda boleh kuasai potensi diri anda dan jadikannya kekuatan untuk anda capai lebih banyak kejayaan?
- Bagaimana anda boleh capai impian yang anda impikan dalam hidup?

Dan banyak lagi persoalan dalam diri kan..Kalau nak tau jawapannya, korang boleh datang  ke program KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.


Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Berniaga ni bukan sekadar ada barang, kemudian jual ilmu perniagaan yang betul, takda ilmu sebab tu la bisnes susah nak berkembang. Berniaga kena tau cara promote, tau cara berinteraksi dengan orang..semua tu cabaran berniaga. Semua ini boleh mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan  sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.



Tapi, lepas join beberapa program RichWorks, ramai yang mula berubah, menikmati hidup yang lebih baik. Kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Dr Azizan Osman Sebagai Master Coach RichWorks

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.


Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd.


Kini, Dr Azizan merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Program Nak Ubah Hidup

Sasaran Program Nak Ubah Hidup pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.


“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.


“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.



Apa tunggu lagi, korang rasa nak berjaya dalam hidup. Nak ubah hidup korang dari zero ke yang lebih berjaya, datang ke Program Nak Ubah Hidup 2019 ni. Cepat join, sebab nad pernah tengok mereka yang hadir ke program ni memang bersemangat tau. Korang boleh klik www.nakubahhidup.com ni  untuk daftar..Segera takut penuh je..

Untuk maklumat lanjut, layari:
Richworks International Sdn Bhd
Website: www.richworks.com
Email: inquiries@richworks.com.my
Facebook :https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/
Twitter : https://twitter.com/azizanofficial
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw
Linked : https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial
RichWorks Hotline : 1300-88-2424
SHARE 36 comments

Add your comment

  1. InshaAllah thank you for the info sis!

    ReplyDelete
  2. Terus rasa nak join program ni kalau ada rezeki nanti. Mesti byk ilmu2 yg dikongsi dalam program tu kan. Bestnya.

    ReplyDelete
  3. lama betul tak pergi ke program Dr. Azizan ni...memang terbaik

    ReplyDelete
  4. Bagusnya. Semoga program macam ni melahirkan lebih banyak hartawan. Iyalah dalam suasana ekonomi yang tak menentu sekarang, persiapan seumpama program macam ni sebenarnya perlu juga. Dikendalikan Dr Azizan pula, pasti banyak ilmu yang boleh diperolehi.

    ReplyDelete
  5. Selalu juga follow aktiviti dr Azizan osman ni . Banyak ilmu dia bgi

    ReplyDelete
  6. best pergi seminar richworks ni sebab jumpa ramai business tycoon dekat situ, sambil timba ilmu, sambil luaskan networking dalam bisnes

    ReplyDelete
  7. Sape x kenal dr azizan..pakar dan penceramah hebat..teringin nak join program dia

    ReplyDelete
  8. cukup wow untuk siapa yang pergi seminar dr azizan ni! semangat dia semacam kan? patutlah ramai yang suka pergi hehehe nanti kalau ada peluang nak try dengar juga lah

    ReplyDelete
  9. I want to change my lifestyle too but afraid of the consequences. Should attend this seminar to motivate me a bit.

    ReplyDelete
  10. bagus program ni.kalau saya ada masa dan ada orang boleh jagakan anak, sure saya akan join program ni

    ReplyDelete
  11. Bagus kalau dapat peluang join program nie kan Nad..

    ReplyDelete
  12. teringin nak join program ni...nak juga ubah nasib keluarga ni...ilmu ni kita kena lah cari kan...insyaallah nak join juga jika diberi peluang

    ReplyDelete
  13. Mmg menarik program ni.. Byk anak muda join timba pengalaman

    ReplyDelete
  14. bagus program sebegini .dapat menyerlahkan potensi diri kita.

    ReplyDelete
  15. Bagus dia baru early 30s dah berjaya. Banyak juga pengikut dia ye. Mesti Mahal Kos seminar ni. Harap Yang terbaik untuk peserta program ni.

    ReplyDelete
  16. hari tu terlepas seisi dia.ada lagi tak nanti mohon kongsikan sbb seminar macam nie susah nak dapat sekarang

    ReplyDelete
  17. wah bagusnya pergi event motivasi macam ni, at least boleh motivasi diri untuk kekal maju ke hadapan. ni mesti lepas habis program rasa bersemangat nak update blog kan. BBL doakan semoga terus berjaya tau

    ReplyDelete
  18. Wahh syiok n bertuahnya dapat sertai seminar Dr Azizan ni. Memang teringin sangat nak pergi, katanya bagus dan dapat beri kita motivasi. Harap-harap akan datang adalah peluang sis sertai seminar macam ni

    ReplyDelete
  19. Bagus program macam ni diadakan. Yang nak ubah hidup mesti akan bertambah bersemangat ka . Akak tengok program Dr Azizan ni rami juga artis yang hadir kan

    ReplyDelete
  20. Ada kawan kita pernah hadir seminar Dr.Azizan ni, seronok tengok dia dah berjaya sekarang ni.
    Teringin nak ubah gaya hidup sekarang ni.

    ReplyDelete
  21. Ramai kata best klo join seminar beliau.. Kita pon nk try juga la suatu hari nnti

    ReplyDelete
  22. Ramainyaaaa.. mesti penuh dewan kan. Sis pun pernah pergi event macam ni sebab teman kawan. Depa punya semangat lain maciam. Tapi semangat macam ni la yang diperlukan kalau nak berjaya kan..

    ReplyDelete
  23. Emi pernah join kelas dia. Tapi sekali aje la. Masa tu emi teman akak & kawan dia. Ramai betul orang. Penuh dengan aura positif dalam dewan tu.

    ReplyDelete
  24. ni la peluang utk ubah diri kite..

    ReplyDelete
  25. Betul, nak ubah hidup kena usaha.. Kalau takde semangat joint je event mana2 automatic tengok org lain semangat kita pn akan ikut sama

    ReplyDelete
  26. Memang kena ubah cara hidup kalau nak berjaya. Kena lebih fokus dengan apa yang kita nak capai

    ReplyDelete
  27. Wow this kind of motivational sharing is good to boost semangat nak berjaya kan.

    ReplyDelete
  28. suka tengok program macam ni.meningkatkan semangat mereka yang berbisnes.airah pun nak join la kalau macam ni

    ReplyDelete
  29. Wahh.. Bestnya. Nad pun ada join program ni juga ke.
    Dapat juga pengalaman baru kan.
    Nak berjaya ni memang perlukan motivasi dari orang lain juga sebenarnya. Baru semangat tu datang.

    ReplyDelete
  30. wahhh bersemangat sungguh ya peserta2 seminar Azizan Osman nie. semua bertekad nak ubah hidup ke arah lebih senang. marilah sama2 ambil aura positif beliau dan semoga termotivasi utk ubah hidup

    ReplyDelete
  31. haha sbnye mmg mencari2 juga talk mcmm ni psl business n financial boleh try usha ni thanks for sharing!

    ReplyDelete
  32. Best jugak talk Dr Azizan ni, 2 tahun lepas kak min join juga program ni

    ReplyDelete
  33. Bagus untuk sapa-sapa yang perlukan motivasi diri untuk sukses. saya pon teringin jugak nak ke progrm dia sekali.

    ReplyDelete
  34. Syok kalau dapat pergi seminar dr azizan osman ni kan..

    ReplyDelete
  35. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2