hai assalammualaikum

Persiapan Raya Untuk Tahun 2019, Semua dah Siap Awal - Alhamdulillah, pejam celik, dah 25 hari kita berpuasa. Lagi beberapa hari lagi nak raya. Tahun ni, semua persiapan, memang nad buat awal, takda lewat-lewat dah. Apa yang nad nak beli untuk dipakai waktu raya, memang nad dah beli sebelum Ramadan lagi..Beli online je..hehee..Mana lagi kalau online dekat shopee. Tahun ni, nak suasana lain sikit dekat rumah. Dah 5 tahun asyik sama je, jadi kita tukar la.






Macam baju raya, memang nad dah cari awal sebelum Ramadan. sebab tau, kalau masa beli bulan puasa, takut harga dia mencekik darah pulak..hahaa. Baju nad, nad beli online je. Harga baju pun murah RM69 je. Alhamdulillah, dapat warna pilihan tahun ni, dengan harga yang murah. Baju pun cantik. Simple je. Baju untuk anak-anak, beli dekat Tesco. Nampak warna tu, baju pun cantik, terus beli. Harga pun murah RM45 sepasang. Baju lelaki, alhamdullilah, dapatla sponsor..



Untuk hiasan dekat rumah pulak, tahun ni memang tukar dan tambah mana yang patut..Nad ada la beli pokok tiruan dekat shopee. saja nak bagi namapk hijau sikit dalam rumah. Ada la nampak segar walaupun pokok tipu je..hehee..



Karpet pun tukar lain. Carila karpet yang bentuk trend sekarang, takda dah bunga-bunga lagi..hehee. Karpet pun beli dekat shopee..RM80 je..sekali postage.


Langsir pun dah siap pasang..Selama ni memang pasang langsir yang arwah mak mertua buat. Ya nad tak berkesempatan nak tengok dia buat langsir raya. Tahun ni pakai langsir yang dia tak sempat nak siapkan. Bahagian cangkuk langsir dia tak sempat pasang, jadi nad bawak kedai yang berdekatan dekat rumah



Kedai ni, kedai kasut..Dia jual barang-barang langsir, manik semua la..barang hiasan untuk hantaran macam tu la.Kasut pun ada. Lepas tu cuab tanya, ada ke jahit langsir tempat bahagian cangkuk. Rasa lega bila chinese laki tu cakap ada. Kalau tak, tak tau nak buat dekat mana. Nad, memang tak la menjahit..hahaha. Kedai ni dekat Pandan Jaya. Langsir pun dah siap pasang.

Setakat ni semua dah siap..Tinggal kemas mana yang belum kemas jela..Kalau boleh malam raya nak rehat terus..taknak buat apa dah..huhuhu..Tahun ni raya balik kampung Meru Klang..
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Waaaa senang dia dah sesiap awal dah..
    Sis ni mood raya 50% baru sampai hahahaha

    ReplyDelete
  2. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2