Buka Puasa Di BBQ Chicken Faber Towers Rasa Set Ayam Percik - Bila dapat gantung kaulai, takyah masak ni memang perempuan suka tau..hahaa. Yela, kadang penat masak ni..sesekali makan dekat luar, apa salahnya kan..huhu. Haritu suami ada pergi jumpa kawan dia dekat Faber Towers, kemudian terus pergi cari tempat berbuka. Ternampak satu restoran Korea tapi nama dia dia BBQ Chicken. Tapi tengok tempat kebanyakan makanan Korea. Tapi masa tu nad tak makan makanan korea, nad ambil set Ramadan dia, Set Ayam Percik.
Tempat dia cantik, luas. Deko kedai pun biasa. suka denagn kerusi meja makan dia. Ada satu tempat makan dalam tuktuk gitu..hehee.. Disebakan nad datang awal, jadi nad cop tempat makan dekat tuktuk ni..hehee..
Kalau korang taknak makan dekat dalam, boleh je makan dekat luar.
Tadi nad cakap, nad makan Set Ayam Percik dia kan. Hah, ni la dia, Ayam percik dengan menu side dish yang berbeza. Set ni dihidangkan sekali dengan air Teh Lemon atau 100 Plus.
Ni nad punya. Ayam percik dengan side dish, nad pilih spageti, sayur dan jagung.
Ni suami punya, Ayam Percik dengan side dish dia, nasi, kentang goreng dan onion ring.
Air sebab dua orang salah seorang ambil air satu Teh lemon, satu lagi 100 plus..
Bagi nad, ayam percik dia besar. Kuah percik tu memang sedap dan rasa dia takde lemak sangat. Ayam pulak berjuicy dan lembut. Memang samapi habis nad makan.
Untuk menu Ayam percik ni bulan Ramadan je ada. Nad ada ternamapk ayam mala chicken dia, macam sedap dan pedas je..boleh cuba nanti..
Dekat sini, ada pelbagai menu Korea yang ada.
Korang bolehla datang.
BBQ Chicken Faber Towers.
11, Level G, Tower 1, Faber Towers,, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Hours:
Open ⋅ Closes 10PM
Phone: 03-7972 9282
Ayam percik tu nampak menyelerakan lah nad. Siap ada side dish tu yang bertambah sedap. Tapi tuhlah bukan Ramadhan je ada. Kecewa.. Hehehe
ReplyDelete