hai assalammualaikum

Fariza dan Farhanah Tak Berkesempatan Nak Kenal Dengan Nenek Timah - Untuk pengetahuan korang,  nenek timah ni ialah mak kepada suami iaitu mak mertua nad. Dia meninggal selepas 4 bulan kami berdua bertunang. Hint arwah mak mertua bagi, suami cerita " senang la lepas ni dah ada orang jaga kau,  mommy dah tak risau "..( inagt-ingat lupa suami cakp,  tapi lebih kurang macam tu la).. Suami pernah cerita,  kalau dapat cucu ( dari aku dan suami) ,  dia nak jaga cucunya tu, taknak kerja dah. Arwah mak mertua memamg jenis suka buat kerja, dia tak suka berehat. Dia ada niaga air dekat pasar. Tu la kata-kata dia yang dia cakap dengan suami.

Dari cerita jiran,  arwah mak mertua memang bagus dan baik orangnya. Bab agama bagus,  mengaji bagus.  Jiran belajar mengaji dengan arwah mak mertua la. Mengurut pun pandai. Kira semua ok la. Takde yang tak ok. Nad berkesempatan berborak dengan arwah sekejap je. Teringat lagi masa pergi beli barang hantaran dekat nilai, arwah mak mertua pandai nego.. Sehabis daya dia nego harga.. Hahaha. Ada je nad pernah cerita pasal arwah. Boleh klik
- TIADA PANGGILAN MAMI LAGI BAGIKU..=(
KENANGAN BERSAMA ARWAH MAMI
JIKA DIA ADA PASTI LAGI MERIAH

Bila kitaorang dah dapat anak, anak tak dapat jumpa nenek Timah. Hanya gambar je boleh ditunjuk. Seperti biasa, Fariza sekarang dah banyak bertanya. Jadi,  bila kita cakap pasal nenek Timah,  mulalah dia tanya banyak soalan.


Haritu,  masa bulan Ramadan,  bawakla adik dengan kakak ni pergi kubur nenek Timah. Fariza cuma tau nenek Tipah je, ( mak nad )..Bila cakap " Fariza siap,  kita nak pergi rumah nenek "..seronok dia sebab ingat pergi rumah nenek Tipah. Bila sampai kubur terus cakap " mana rumah nenek mommy"..nad jawab jela " ni la rumah nenek"..Ni nenek Timah,  dia dah takde.



Budak dah makin banyak tanya,  akan tanya dan tanya. " Mana nenek mommy".."kenapa dia sakit mommy".." sakit apa mommy"..dan banyak lagi la.. Nak bagi faham,  nad akan layankan je apa dia cakap. Walaupun nad tau dia masih tak faham lagi.


Muka Fariza,  hampir sama dengan arwah mak mertua. Ramai cakap,  kalau arwah ada lagi,  mesti dia sayang sangat dekat cucu dia ni. Nad boleh bayangkan.. Tapi semua tu tak dapat.. Setiap hari nad akan ajar anak doa untuk nenek mereka. Nanti dah besar,  dia pahamla. Al-fatihah untuk arwah mak. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.
hai assalammualaikum

Cara Mudah Jadikan Barang Lama Atau Buruk Nampak Cantik - Kalau kita ni berduit, barang tu nampak buruk atau dah lama, atau dah tak lawa, mesti kita buang dan beli baru kan. Tapi masalahnya nad ni tak berapa banyak duit, jadinya tak dapatla nak beli lain. Barang tu masih boleh dipakai, cuma rupanya yang dah tak cantik atau nampak biasa je. Sejak nad masuk kelab dekorasi ni, adala diaorang ajar cara nak cantikkan barang lama yang tak nampak lawa tu, menjadi lawa atau nampak cantik. Hanya dengan menggunakan wallpaper sahaja you alls.
hai assalammualaikum

Kebaikan Makanan Sunnah Untuk Kesihatan: Surya S Great Grain, Rahsia Minuman Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga - Buat ape tu...Tengah melantak makanan raya lagi ke..hehee. Makan, makan juga, kesihatan kena jaga ye!! Nad tau, semua orang kalau boleh, nak mulakan hari dengan makanan yang sihat. Kalau boleh semua orang nak kurus, nak bertenaga, tak nak ada penyakit pun. Tapi, bila dah nampak macam-macam makanan depan mata, mestila tak boleh tahan kan. Lagi nak sediakan makanan yang berkhasiat, bukan semua orang rajin pun. Bila ada Surya S Great Grain ni, korang boleh kawal pemakanan korang dan jaga tubuh badan.

Jadi setiap pagi dan sebelum tidur, apa kata korang ambil Surya S Great Grain ni, sebab kandungannya yang mempunyai 18 bijirin dan campuran 5 bahan istimewa  yang memang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Sebelum ni nad pernah cerita pengalaman nad ambil semasa bulan puasa haritu. Nad amalkan Surya S Great Grain ni sehingga ke harini, bukan sahaja untuk nad, malah diminum seisi keluarga.




Tubuh badan yang sihat sangat berkait rapat dengan punca makanan dan amalan pemakanan seseorang individu. Selain makanan berkhasiat,amalan mengambil makanan sunnah sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.Tapi, nak makan setiap hari memang susah dan harganya yang sangat mahal.



Sekarang, dengan S Great Grain, korang dapat memperoleh manfaat dengan hanya dalam satu pek ni sahaja. S Great Grain ni mempunyai 18 bijirin dan campuran 5 bahan istimewa, bukan satu tau, tapi lima ye.. iaitu habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, di mana kita tau bahan ni memang bagus untuk diambil. Tak perlu makan satu-satu dah. Sebab bahan istimewa ni dah diproses menjadi minuman bijirin. Jadi, hanya minum dah siap.

Kalau beli satu-satu makanan sunnah ni dah mahal. Tapi, dengan S Great Grain tak perlu berbelanja besar. Kelima-lima bahan itu dapat memberi kita manfaat yang diperlukan demi menjaga kesihatan kita.

Kebaikan Makanan Sunnah Untuk Kesihatan: Surya S Great Grain, Rahsia Minuman Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga

S Great Grain ni boleh diminum oleh semua golongan umur. Kanak-kanak pun boleh. Nad bagi Fariza minum air ni untuk kesihatan tubuh badan dan otak dia. Ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik kepada anak mereka boleh memanfaatkan S Great Grain kerana ia datang lengkap dengan nutrien diperlukan yang akan memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka.


Rasa S Great Grain ni lain sikit. Kalau anak-anak tak suka minum macam tu sahaja, korang boleh je buat resepi kek atau dessert menggunakan S Great Grain yang boleh dimakan bersama keluarga dan anak-anak. Lagi diaorang suka kan, lain daripada yang lain. Yela, kadang budak ni susah sikit nak telan, banyak perangai dia..haha..


Surya S Great Grain sememangnya pilihan yang tepat untuk nad sekeluarga kerana nad sentiasa menggalakkan anak-anak saya untuk mengambil makanan dan minuman yang sihat dari usia yang awal demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat. Jadi, untuk mereka yang nak kurus, diet secara sihat boleh amalkan S Great Grain ni. Nak berpuasa, ambil minuman bijirin Surya S Great Grain ni memang bagus.

Jangan risau, Surya S Great Grain ni diyakini HALAL, serta diperakui GMP, HACCP dan MESTI.


Apa tunggu lagi, korang boleh dapatkan Surya S Great Grain di kedai-kedai Watsons dan kedai farmasi di seluruh Malaysia dengan dua variasi - pek atau kotak yang mengandungi 15 sachet pada harga RM39.90 atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari;
Shopee : SGGShopee
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/

hai assalammualaikum


Pernah Masuk TV1, Bersama,  En Lazim Cikgu Mencanting Batik - Haritu, lepas habis pergi beraya,  nad ajak mr mafia jalan-jalan ke Sunway Putra. Nampak dekorasi menarik dekat sana. Dekorasi bunga-bunga yang memang sesuai untuk bergambar. Masa tu pulak,  ada aktiviti mewarna batik dalam pelbagai bentuk. Fariza pulak bila dah nampak dia mesti nak buat. Jadi,  nak bagi dia happy,  hah ikutla apa dia nak buat. Yang jaga aktiviti tu seorang lelaki. Sambil Fariza buat,  nad dalam kepala masih berfikir " mana nad jumpa orang laki ni"..fikir punya fikir,  baru ingat,  inila orang yang sama-sama masuk TV 1 rancangan Tumit Tinggi dengan nad...hahhaa. Tak sangka dapat jumpa dekat sini..


Rancangan tu dah lama, tahun 2017. Bila dah ingat tu, nad terus tegur. En,  kita pernah masuk tv sama dulu. En tu pun ingat. Dan nad terus tanya nama dia.. Almaklumla,  benda dah lama,  tak ingat dah nama.. Hahaha.. Otak banyak berfikir. En Lazim,  tu la nama dia.. Hehhee.. Nasib dia ingat lagi pernah masuk tv sama-sama. Terus diaa cakap " lama tak nampak dekat karangkraf. Taknak belajar buat batik?  "..alamak.. Hehee.. Bukan taknak datang,  kekangan masa tu yang sush nak datang.. Ahh gituu..




Anak kita pulak,  suka aktiviti macam ni. Hah, nanti bolehla datang Karangkraf Kuala Lumpur tu.

En Lazim ni memang kerja dekat Kompleks Karangkraf tu bahagian mencanting batik. Kalau korang nak tau,  dekat situ bukan pameran barang kraf orang je,  ada workshop,  aktiviti sesuai untuk keluarga dan anak-anak. Salah satunya,  mencanting batik ni la.

Ingin Belajar Mencorak, Mewarna Batik,  Boleh Datang Ke Kompleks Karangkraf KL

Kalau korang nak belajar mencorak,  mewarna batik,  takyah susah pergi jauh,  dekat Kuala Lumpur pun ada di Kompleks Karangkraf. Bengkel batik ninterletak di sebelah kiri di bahagian belakang tangga. Boleh je tanya orang situ.

Harga bengkel sangat berpatutan. Korang boleh memilih reka bentuk pra-canting (waxed) oleh En Lazim sendiri. Sekiranya korang mempunyai banyak masa, korang boleh mula dari awal untuk membuat lukisan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam atau lebih bergantung kepada berapa terperinci korang. Nampak orang buat macam senang ye,  tapi terkial juga tangan ni tau.. Huhu..

Ia adalah bengkel yang sangat menyeronokkan yang disyorkan untuk penduduk tempatan dan pelancong, orang dewasa dan kanak-kanak juga.

Haritu,  untuk rancangan tumit Tinggi, topik khas saya adalah seni. Jadi lokasi di bahagian batik ni la. Nad cuba sendiri mencanting dan mewarna batik tu. Dahh lama tinggal bab warna semua,  terkedek-kedek jugala.. Hahha. Tapi dengan bantuan En Lazim,  semuanya ok.


En Lazim adalah lelaki yang sangat baik dan sabar. Dia akan berkongsi dengan korang beberapa teknik bagaimana untuk memulakan lukisan dan bagaimana untuk memperbaiki lukisan anda. Cara dia cakap pun lembut je.. Memang aktiviti menarik untuk melakukan lukisan Batik di bengkel En Lazim.

Oh, nad takk buat entry pasal rancangan ni sebab gambar yang mr mafia ambil sampai sekarang dia tak siapkan lagi.. Hahaha.. Jadi malas nak bising,  takdela entry tu. Cuma video rancangan tu ade.. Jadila kan.. Hehehe.


Ni hasil mewarna corak bunga batik yang nad buat.. Hahahha.. Memang bawak balik jadikan kenangan. Jadi kalau korang teringin nak belajar mencnting dan mewarna batik,  bolehla datang ke Kompleks Karangkraf KL dan bertemu dengan En Lazim.
hai assalammualaikum

" Daddy, Ambil Gambar Fariza Cepat " - Bila ada port cantik, tak daddy dia atau dia sendiri mintak ambilkan gambar. Sejak dah besar, dah tau berposing ni, mana-mana je, mesti nak bergambar.Ambil gambar bukan biasa berdiri tegak dan senyum, tapi siap kaki terangkat, tangan dekat dagu la, eh macam-macam la. Kita tengok pun "eh pandainya dia, mana belajar ni"..hahaa..( tak sedar tu mak dia selalu posing sakan, mana anak tak ikut )..Dah caras mommy dia ni..kahkahkah..Kita suka je sebab kita ada teman berposing ok..


Bila dah besar ni,  dia punya lenggok badan pun dah lembut. Bila disuruh dia onzz saje.. Hahaha.. Selalu suruh daddy dia la... Dah daddy dia suka ambil gambar dia. Mulalah macam-macam gaya suruh dibuatnya.



Kadang dia yang posing sendiri dan mintak sendiri untuk diambil gambar. " Mommy cepatla ambil gambar".."daddy sini, sini, ambil gambar cepat "..Tu dia anak dara kita..dalam diam-diam ye..makin besar makin banyak akal..




Makin cantik, walaupun rambut tak panjang lagi..huhu..banyak perangai, banyak ragam dan makin berceloteh. Dah tau nak sekolah tahun depan, bila dapat baca terus cakap " mommy Fariza pandai, boleh pergi sekolah"..hahaa..Sekolah pun dah dapat, dekat je dengan rumah.

Sekarang suka menyanyi. Asal dalam kereta, pasang lagu dekat radio, ada je lagu yang dia pandai nyanyi, terus nyanyi..hahaha..Jadi peneman daddy dalam kereta Farizala..haha..Memang takkan tidur budak tu, melainkan tengah malam baru la dia tidur.


Dah 4 tahun selalu mengadap mommy dan daddy je, ni tahun depan pergi sekolah, macam mana la ye..huhu..






hai assalammualaikum

Suara Dan Wajahnya Mirip P Ramlee, Fairuz Misran Dari Sabah - Haritu, mr mafia tunjukkan satu video, orang yang suaranya dan wajahnya mirip pelakon P. Ramlee. Bila nad tengok, serius memang hampir sama, eh macam sama habis weii..hahaa..Raut wajah dan kelunakan suaranya saling tak tumpah seperti seniman tersohor, Tan Sri P Ramlee. Siapa dia? Fairuz Misran yang berasal dari Sabah suka menyanyikan lagu P Ramlee dan sering buat persembahan.

BANYAK AKAL BUDAK NI

in , by Nadia Johari, 21:29:00
hai assalammualaikum


Banyak Akal Budak Ni- Jarang nad update pasal si adik ni..hahhaa..tak tau kenapa..Tapi ada juga update dekat facebook dengan instagram..ok la kan.. Orang cakap anak kedua ni perangai lain sikit..hahaha. Tapi memang, Farhanah ni lagi ganas dari kakak dia, lagi lasak dari kakak dia..hahaha. Tapi tak boleh berenggang dengan mommy. Kawan setia kakak dia..hehe

Betula la orang cakap, pengaruh kawan tu buat. Dalam rumah ni, kakak dia la kawan dia. Jadi segala apa yang kakak dia buat, dia pun akan ikut. Terus ikut ye, bukan was-was, eh nak buat ke taknak,nak buat ke taknak..Kakak merajuk hentak kaki, dia pun buat. Kakak buat benda elok pun dia ikut..hah yang tu ok..hahaha..

Sekarang dah setahun lebih, memang otak tu tengah berhubung dengan banyak agaknya..hahaa. Mana taknya, dalam diam dia pandai je cari akal macam mana nak buat sesuatu. Part ni rasanya kakak dia pun tak pernah buat, tapi dia buat. Dulu, kakaknya cuma dekat kerusi je, dia lebih dari tu, dia panjat meja terus untuk dapatkan apa dia nak.


Caranya, tolak kerusi besar kebelakang sikit, ambil kerusi kecil, letak dekat dengan kerusi besar. Panjat kerusi kecil, kemudian, panjat kerusi besar, terus naik atas meja..Geram je mommy ni tau denagn perangai dia..haishh..banyak akal betul. Macam ni la selalu , memang tak boleh lelap sikit atau tinggalkan dia ni. Kang ada la benda terjadi ni.


Kalau tengok segi bentuk badan, memnag badan dia nampak tuff, sebab masa lahirkan dia, nad mengharapkan anak lelaki..hahaa..Tapi, dalam nak anak lelaki, kita tak kisah pun dapat anak perempuan. Tu yang keluar dengan badan tuff, peha terlipat..hahaha..

Farhanah ni pemalu sikit, susah nak dengan orang. Tengok la orang tu juga, pandai layan dia, dia ok la..apa pun, membesar dengan baik ye Farhanah uii...




hai assalammualaikum

Dashing Deo + Perfume Body Spray - Hari Bapa haritu, tak sambut pun, tapi nad bagi hadiah dekat suami. Sebenarnya tak tau nak bagi, tengok perfume dia macam dah nak habis, masa tu pulak rezeki dapat perfume sekali dengan deodorant, 2 in 1 dari Dashing..wahh..memang rezeki sangat, terus bagi dekat suami. Suka mr mafia dapat hadiah deodorant + perfume Dashing ni. Selamat Hari Bapa Mr Mafia, terima kasih menjadi ayah kepada dua orang anak perempuan, bertukus lumus mencari rezeki..
hai assalammualaikum

Surya S Great Grain, Minuman Multi -Bijirin Yang Mengenyangkan Dan Untuk Tenaga - Sebagai surirumah, seorang isteri, dan seorang ibu yang menyusukan anak, nad memang memerlukan tenaga yang lebih untuk buat semua kerja setiap hari. Lagi-lagi bila menyusukan anak, memang cepat betul lapar  dan penat. Nak makan banyak kali, memang tak sempatla, bila kau dah terlalu sibuk dengan rutin harian. Lagi-lagi masa bulan puasa, memang akan cari alternatif, apa nak makan supaya perut tak cepat lapar dan tetap kenyang sepanjang hari, walaupun menyusukan anak.

KISAH DUIT RAYA.. SANA SINI VIRAL

in , by Nadia Johari, 10:59:00
hai assalammualaikum

Kisah Duit Raya,  Sana Sini Viral - Raya haritu,  nad rajinla on twitter.. Hahaha.. Almaklumla,  twitter banyak benda yang orang retweet, kisah yanng diaorang suka,  yang diaorang rasa nak luahkan, sampai jadi viral. Dekat twitter memamg pantas ye..Jadi,  raya 2019 ni,  selain cerita ragam budak-budak ni,  kisah duit raya pun ada. Macam-macam haish, pasal duit seringgit budak taknak,  pasal buang duit, buang sampul, lagi dasyat,  pasal makcik dapat duit raya sikit dari anak saudara, terus ditweet ya dengan kata-kata sindiran (dasyat makcik main twitter)..

Mungkin benda ni semua dari zaman kita lagi dah berlaku,  cumanya, dulu takde media sosial sangat. Nad pun pernah mengeluh,  cakap " 50 sen je"..sebab waktu tu RM1 la paling besar.. Hahaha. Masa tu takdok telefon,  jadi cakap dengan sepupu jela.. Hahaha.. Sekrang,  semua benda kalau boleh nak post... Tak heran dah orang cakap apa,  asalkan post dia tu viral ya.. Kadang post tu untuk peeingatan juga.


Bila jadi macam tu,  sekarang dah anak,  anak pun dah boleh berfikir,  kita pun ajar anak adab bila dapat duit raya. Kebanyakannya,  orang tak suka, sampul raya dibuka depan tuan rumah, orang tak suka budak cakap " seringgit je"..dan macam-macan lagi la. Jadi nad ajar anak-anak jangan buat benda orang tak suka.

Nad ajar dekat Fariza dan Farhanah,  lepas dapat duit raya, terus bagi dekat nad. Diaorang belum reti lagi nak simpan duit. Nad pun tak belikan diaorang beg tangan ke apa, paham jela budak-budak,  bila dah leka,  letak ke mana. Jadi,  diaorang paham dan setiap kali dapat duit,  zapp terus bagi dekat mommynya ye.. Hehehe. Si adik pun dah faham, cepat-cepat bagi dekat mommy.. Good..

Setakat ni,  takda lagi si kakak, Fariza nak buka sampul, tengok duit raya. Walaupun ada cousin dia buat macam tu,  dia tak tiru,  sebab daddy dan mommy perhati je erk.. Hahaha.

Nad dengan mr mafia akan pastikan, sampai ke besar diaorang akan macam ni. Jaga adab bila jumpa orang,  depan orang tua. Banyak adab kene ajar diaorang dari kecik ni. Baru diaorang biasa buat.

Berkenaan kes makcik dapat duit sikit dari anak saudara,  haishh tu tak tau la nak cakap. Rasanya,  kalau nak bagi kat orang tua ni selalunya memnag bagi banyak sikit,  paling rendah pun dalam RM50..Yela orang tua kan...tapi bila dapat sikit,  kalau rasa tak puas hati,  tak perlu kot post dekat mana-mana.. Huhu.. Boleh pecahbelahkan hubungan silaturrahim sesama kita. Kena sentiasa beringat. Mungkin dia bagi sikit sebab ade komitmen lain kot. Kita tak tau.

Jadi,  beringatlaaaa......


RAGAM ANAK-ANAK DI HARI RAYA

in , by Nadia Johari, 01:54:00
hai assalammualaikum

Ragam Anak-Anak Di Hari Raya - kalau nak cakap pasal perangai anak-anak ni, memang sifat kenakalan, keaktifan diaornag ni tak boleh cakap  apa la. Kita dulu kecik-kecik mesti nakal juga kan. Kalau zaman dulu, budak-budak buat hal waktu datang raya, mesti cakap dalam hati atau dengan orang tertentu sahaja. Sekarang, zaman media sosial, zaman viral, semua benda nak masuk dalam facebook,instagram dan twitter. Bila anak buat salah, ibu bapa la yang dikatakan punca tak mengajar anak..huhu.

Rumah ni kalau datang beraya, mesti diaorang akan terjah buaian ni..hahaa..so takde masalah

tengok tu..amboiii...senyap terus

Budak mana tak suka dengan gadget..huhu..

masing-masing dengan gadget

Tak dinafikan, memang sepatutnya, ibu bapa yang perlu mengajar anak. Nasihat anak, jangan buat hal dekat rumah orang. Kalau dulu, mak ayah jeling sikit, keluar suara sikit, kita memang dah takut. Budak sekarang, lagi ditegur lagi dibuat..Lagi kalau dah jumpa geng diaorang, lagi riuh. Tapi, kalau diaorang terlebih agresif, masa tu la peranan ibu bapa kene ada. Ambil anak, suruh duduk bersama. Tak pun bagi je telefon. Dari pecahkan barang rumah orang atau benda yang tak diingini menjadi viral..huhu.

baru lepas bermain. bila mintak bergambar memang semua bagi kerjasama..hahaa..

Setakat ni, Fariza memnag tak buat hal dekat rumah orang la. Setiap kali beraya, bila dia jumpa geng dia, walaupun geng dia lasak, dia masih boleh behave. Jangan tengok sebab dia perempuan, kadang perempuan kalau dah jumpa geng, pun boleh jadi lasak. Nad perhati jela apa dia buat. Bila nad tengah layan makan, turn daddy dia la tengokkan. Anak kita ni satu je, sekali daddy dia keluar suara, memang dia takkan buat..hahaa..

Layan cerita best..semua duduk diam depan tv

Farhanah pulak, memang takyah cakapla. Jenis melekat je dengan mommy dia. Taknak langsung dekat denagn orang lain, atau join dengan kawan lain. Part ni memang pening haishh..hahahaa..apo nak buat..Sebab dia la kita tak OOTD ye..hahaa..Pas kat orang lain mesti menangis, teriak macam kena pukul..Tapi kalau tempat tu sikit orang, tak ramai, dia ok..main denagn kakak dia.

Bila datang raya rumah orang yang ada mainan, lagi la diaorang suka. Hah!!, yang tu diaorang akan main je, tanpa kacau mommy dan daddy..hehee..Budak-budak ni manalah boleh duduk diam oii..Mesti akan bergerak, berlari..Jadi peranan ibu bapa kenala ada. Melainkan anak tu seorang pemalu..gituu...
hai assalammualaikum

Cerita Raya 2019 : Raya Kampung Baru Meriah - Baru ada mood nak cerita pasal raya, almaklumla, makan kuih raya, makanan raya banyak sangat, mood rajin pun susah nak mai..kihkih..Raya tahun ni, raya dekat belah nad, area Meru Klang. Raya kampung la kita, baru meriah. Bertambah meriah bila anak kita pun dah tak sabar nak beraya, nak jumpa atuk, nenek dan sepupu sepapat dia. Pagi raya, siapkan diaorang, tak susah, sebab pagi-pagi nad cakap " Fariza bangun, mandi pakai baju raya, nak balik rumah nenek atuk ni"..zapp terus bangun..terus cakap " nak aye mommy, umpe atuk, umpe nenek, umpe jannah"..hah macam tu la..Terus seronok je..

Lepas suami habis balik dari solat raya, terus kemas apa yang patut, ambil barang, beg semua masuk dalam kereta, zapp terus gerak ke kampung. Sepanjang perjalanan, denagr lagu raya, Fariza layan je lagu..yes..memang meriah raya kali ni sebab anak sorang ni oii..

Sampai rumah atuk nenek, mulalah salam mintak ampun, semua. Seronok Fariza dapat duit raya. Selesai tu, terus pergi beraya rumah saudara. Rumah kampung, dekat-dekat je, jalan kaki pun boleh..hehee..

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

Macam ni la gaya raya kitaorang semua..Kalau tak penuh satu rumah, bukan raya namanya..Tahun ni memang semua dekat kampung sini. Ada yang rumah mertua dekat, diaorang raya sini dulu, petang kang baru pergi raya belah sana pulak..Macam tu la..






Bila semua ada, memang best la..Kecoh satu rumah ke rumah. Borak sampai tak ingat dunia..Lama tak jumpa..yela masing-masing ada komitmen masing-masing..Masa ni la borak sakan..




CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH


Anak-anak pulak, bila dah jumpa geng, memang syokla. Tapi sorang ni jela, Farhanah, jenis takut orang. Nak melekat je denagn nad..haishh..sabor jela..

CERITA RAYA 2019 : RAYA KAMPUNG, PENUH RUMAH, MERIAH

Bergambar memang penting ye..hehee..Kan dah cakap, raya kampung kalau tak penuh rumah tak sah..


Tadi tu rumah saudara, ni hah rumah kita..tak putus-putus kunjungan..

Dari siang, sambung ke malam..tak habis..tak cukup tiga hari raya..lebih tiga hari raya tau..hahahhaa..tapi raya ketiga nad dah balik Kuala Lumpur..huhuhu..Jadi kita sambung area sana pulak.

Raya korang macam mana..mesti meriah gegiler kan..tengok gambar pun dah tau.


hai assalammualaikum

Hasil Gambar Photoshoot Raya Di CVS Production, Cantik dan Murah - Wah, nad tengok raya tahun ni korang sakan ya beraya..hehee..Yela, raya kan setahun sekali, mestila kena sambut dengan meriah, ye dak!! Ambil gambar jangan cakapla, penuh satu phone hah..hehehee..Adalah kenangan kan setiap kali raya. Hah!!, ingat tak, nad ada cerita sebelum ni, masa puasa haritu, nad ada buat photoshoot raya family dekat CVS Production (klik link). Gamabr dah dapat awal haritu, nad dah sahre pun dekat facebbok dengan instagram. Tapi nak bubuh juga dalam blog ni sebagai kenangan..hehee..

Semua gambar yang nad ambil dekat CVS Production lawa dan cantik. Takde gegar ke apa, walaupun masa ambil tu, adik goyang la, berlari la..hahahaa..Semua nampak cantik je..Hah nak tengok gambarnya..ok, ok nad letak ye..hehee..


Buat photoshoot dekat sini, akan dapat eprcuma E Card raya seperti di atas..

Ok tengok hasil gambar yang lain...


















Semua cantik belaka kan..Nad geram je denagan gambar dua beradik tu..hahaa..memang kene buat frame tu..

Jurugamabr Fazz dan pembantu dia, memang bgus sangat..penyabar oii..lagi bila ambil gambar budak-budak ni..hehee..Ambil gmbar dekat sini tak lama..sekejap je..lainla korang banyak pose nak buat..

CVS production masih lagi open untuk ambil gamabr photoshoot raya ni..Korang yang nak bergambar, buat kenangan bolehlah datang sini.murah je..Harga serendah RM49...Ada lagi package harga lain..korang boleh tengok dekat SINI.

Kalau korang nak bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan,boleh terus Contact/whatsap/SMS di no 0166664034 , kemudian bagitahu Nama, Tarikh, Time dan Pakej.

CVS Production Studio
Lokasi Studio Cheras Balakong
B-28-2, Dataran C180,
Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.
(waze sahaja CVS Production Cheras Balakong)
(Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)

Untuk tengok hasil gamabr mereka, dan nak tau lebih lanjut boleh layari:
Facebook: https://m.facebook.com/cvsproductionmy/
Instagram: https://www.instagram.com/cvsproductionmy







© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2