hai assalammualaikum

Dashing Deo + Perfume Body Spray - Hari Bapa haritu, tak sambut pun, tapi nad bagi hadiah dekat suami. Sebenarnya tak tau nak bagi, tengok perfume dia macam dah nak habis, masa tu pulak rezeki dapat perfume sekali dengan deodorant, 2 in 1 dari Dashing..wahh..memang rezeki sangat, terus bagi dekat suami. Suka mr mafia dapat hadiah deodorant + perfume Dashing ni. Selamat Hari Bapa Mr Mafia, terima kasih menjadi ayah kepada dua orang anak perempuan, bertukus lumus mencari rezeki..





Esoknya nad terbau wangi sangat, sedap bau dia, terus nad cakap dekat dia " bau apa wangi sangat ni ".Bau dia sampai ke bawah rumah..Mr Mafia cakap, " bau apa? abang pakai Dashing yang sayang bagi tu jela"..tu dia..bau Dashing deodorant dan perfume tu..perghh..wangi, sedap bau dia..Laki kita ni sejenis hisap rokok, jadi kenala pakai minyak wangi. Bau rokok takda, bertukar ke bau wangi yang sedap..

Bukan orang perempuan je kena wangi, orang laki pun kena wangi, sentiasa segar, dan perlu nampak hebat untuk memulakan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Selalaunya, nak cari dua benda, deodorant dan pewangi ni memang susah, kalau beli lain-lian, bila ada Dashing Deo + Perfume ni, senang dah, takyah pening. Jimat pulak dekat situ. satu botol boleh guna untuk seluruh badan.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!
Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


Empat Jenis Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY


HATTRICK
- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK
- Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED
- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN
- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.

SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Dashing ni memang legend betul lah, dari kecik dok tengok Abah guna. Now hubby guna. Nnt kembaq besaq suh depa guna Dashing gak lah hehe

    ReplyDelete
  2. TB suka bau wangian dari Dashing ni.. dari dulu lagi kalau adik lelaki ke atau abah yang guna mesti terbau wangi terus satu rumah..

    ReplyDelete
  3. Dashing ni memang jenama yang dipercayai sejak dulu lagikan. Nak nak sekarang ni banyak haruman Dashing yang wangi. Ayah pun guna Dashing ni tau.

    ReplyDelete
  4. senang 2 in 1 mcm ni., orang lelaki ni simple kekdahnya..hehehe

    ReplyDelete
  5. Senang kan 2 dalam 1, anak teruna Kak Sue mesti suka nie..

    ReplyDelete
  6. Waa.. Bestnya. Dashing ada produk baru ye. Suami kita pkai juga produk dashing ni. Nti nak bagitahu dia la..

    ReplyDelete
  7. 2in1 fungsi dia. Boleh lah berjimat. Kak ana pun suka bau dashing.

    ReplyDelete
  8. Semua wangi kan...bestnya ada koleksi semua

    ReplyDelete
  9. Daishing tidak pernah mengecewakan. Tahniah ada produk baharu

    ReplyDelete
  10. Dashing memang best kan. Sesuai dijadikan hadiah untuk suami, bapa dan kawan lelaki

    ReplyDelete
  11. dea + wangian.. 2in1 ni.. bagus for the guys.. and since it's not too expensive so can use it everyday jugak

    ReplyDelete
  12. kali ni keluaran dashing mmg best sgt... harummmm

    ReplyDelete
  13. dashing memang bagus untuk lelaki..hubby dan anak lelaki memang guna hari2..amat sesuai untuk lelaki lasak:)

    ReplyDelete
  14. husband akak pun guna dashing ni. memang wangi bak hang. nak pulak dia kerja construction, dapatlah hindar bau badan tengit haha

    ReplyDelete
  15. Mmg wangi sangat spray deodorant ni. Plg best lebih jimat sebab fungsinya macam perfum juga. Anak dan suami mmg suka produk dashing ni

    ReplyDelete
  16. dashing memang brand yang femes. suami tak pakai kali ni dashing. tapi tuk rambut selalu. boleh la cuba bila deodorant habis

    ReplyDelete
  17. Dashing ni dah lama dan sampai kini masih bertahamn lagi. Nanti nak suh anak teruna sis pakai ni lah..cuma sis kena belikan dulu le..nama dia nak beli sendiri idaklah kot..hehehe

    ReplyDelete
  18. Best juga brand ni, banyak pilihan and harga pun ok juga

    ReplyDelete
  19. Ni berapa lama boleh tahan ye? Kalau sebulan ada tak

    ReplyDelete
  20. I've seen this brand around, recommend this to my husband and he likes the smell of it, according to him it's not too strong.

    ReplyDelete
  21. wahhhh ada wangian badan terbaru dari dashing lah. ada 4 rangkaian dan semuanya nampak emnarik. okay annti nak pergi cari. emsti best baud ia kan

    ReplyDelete
  22. dashing dengan lelaki mmg tak boleh dipisahkan. jenama ni memang dah lama berada di pasaran. semua dah pecaya dengan baunya yg tahan lama

    ReplyDelete
  23. Pasti harus selepas menggunakannya hehe...hati pasti tertambat dengan aroma dashing tu kan. Btw, jenama ni memang dah terkenal lama dulu

    ReplyDelete
  24. Dashing jenama lama kan.. wangi

    ReplyDelete
  25. Thanks for sharing, sukses terus..

    ReplyDelete
  26. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  27. Suka bauan dashing bau macho kalau org lelaki pakai

    ReplyDelete
  28. Nice pos miszrockers. Jemput singgah blog baru ema @ ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. boleh buat hantaran ni ,,, hehehehehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2