hai assalammualaikum

Muslim Volunteer Malaysia Relief Misi Bantuan Ramadan - Korang biasa dengar Muslim Volunteer Malaysia atau MVM ni? Hah, mereka adalah sukarelawan yang membantu rakyat  dalam Malaysia atau luar Malaysia yang memerlukan bantuan tidak kira dari segi apa pun. Mereka merupakan badan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang berpengalaman dalam melakukan aktiviti sukarelawan ni. Nad selalu nampak aktiviti Muslim Volunteer Muslim ni dekat instagram. Seronok tengok sebab banyak aktiviti diaorang buat.

Nad baru tau, banyak juga rupanya aktiviti Muslim Volunteer Muslim ( MVM ) ni lakukan mengikut program yang berbeza, antaranya MVM Hope, MVM Unity, MVM Touch, MVM Reach dan MVM Relief. Tapi kali ni nad nak cerita lebih berkenaan MVM Relief bulan Ramadan iaitu bantuan untuk mereka di Syria.

Muslim Volunteer Malaysia ( MVM ) Relief

Sebelum tu, meh nad bagitau apa itu MVM Relief. Untuk pengetahuan korang, MVM Relief ni merupakan program bantuan kecemasan bencana yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa, merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.


Selalu kita dengar, tengok di berita, baca di suratkhabar, media sosial mengenai bencana di Malaysia seperti banjir, ribut semua tu la. Bencana seperti ini telah memusnahkan rumah mereka dan harta benda mereka rosak. Di luar negara pula, pergolakan dunia yang tidak habis-habis. Kesian tengok hidup mereka yang serba kekurangan dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jadi, Muslim Volunter Malaysia ( MVM ), datang memberikan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.

Banyak dah program  MVM Relief yang telah dilaksanakan, ni adalah antaranya:

MVM Relief Malaysia :
1. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
2. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
3. Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
4. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)

MVM Relief Antarabangsa :
1. Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
2. Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria,
Greece (2017)
3. Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
4. Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
5. Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
6. Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
7. Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
8. Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere
(2018)

Bagi menjayakan program MVM Relief Antarabangsa ni, pada tahun 2016, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk bekerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.


Program MVM Relief Antarabangsa bermula sejak tahun 2017 dan sehingga sekarang, telah masuk tahun ke-3 Muslim Volunteer Malaysia melaksanakan tanggungajwab dan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta.



Kenapa Perlu Menghantar Bantuan Ke Luar Negara?

Sebagai saudara Islam, kita mesti taknak tengok sesama saudara kita susah dan menderita di luar sana. Rakyat Malaysia ni, hati dia suci, mudah tersentuh, kalau boleh nak pergi ke sana turun sama-sama membantu, tapi mungkin ada perkara yang menghalang. Mereka hanya mampu menyumbang sahaja kepada pihak NGO yang menguruskan semua ni. Sebab itu, MVM berasa bertanggungjawab terhadap keprihatinan rakyat Malaysia yang mengambil berat terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam memikul amanah rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam di luar negara yang berada dalam kesusahan.

Misi Bantuan Ramadan : Syria Kami Datang 3.0

Ramadan kali ni, MVM akan menghantar misi bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.




MVM menyasarkan dana bantuan keseluruhan pada kali ini adalah sebanyak RM500,000 untuk menghantar bantuan Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan ( barangan asas dapur dan Beg keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya. Dianggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini.

Ini adalah antara lokasi bantuan yang MVM akan pergi untuk menghantar bantuan :
1. Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2. Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3. Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo



Untuk Misi Bantuan Ramadan : Syria , Kami Datang 3.0 kali ini, MVM telah bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi menghantar bantuan ke sana. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019 untuk menghantar sumbangan dan dana rakyat Malaysia, bagi memberi sinar harapan kepada mereka di Syria.

Setiap hari, ada je kita baca mengenai pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria. Dari dulu sehingga kini, masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bila semua benda dimusnahkan, dirampas, bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukup. Dengan keadaan seperti itu, keperluan seperti ini amat diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian. Sedih bila tengok, anak-anak kecil, warga tua, terpaksa menahan lapar, sakit yang dialami.




Mereka hidup dalam kedaifan,hilang rumah, hilang orang tersayang. setiap hari pasti mereka sedih, tapi mereka simpan je dalam hati dan teruskan kehidupan.

Dikatakan, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian disempadan Turki dan Syria, namun bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.

Dengan keprihatinan ini MVM bersama NGO-NGO dari seluruh dunia, turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka.




Jom korang sama-sama sumbang. MVM beri peluang untuk korang sama-sama membantu rakyat Syria dengan memberi sumbangan seikhlas mungkin atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. Dengan bantuan ini, dapat meringankan beban mereka.

Maklumat bantuan yang diperlukan MVM
- 1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu.
- Jenis Bantuan :
1. Pek Iftar dan Sahur
2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.




Bantuan yang korang berikan, walaupun sedikit, cukup buat mereka gembira dan senyuman mereka terpancar dengan penuh rasa kesyukuran.

Kalau korang nak menyumbang untuk Ramadan Syria ni, korang boleh membuat sumbangan dengan cara
- Online di bit.ly/ramadanmvm ATAU https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-3-0/
- Boleh juga hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: account@mvm.org.my

Sekiranya, ada yang sudi menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang besar iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai untuk anda. Boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan lanjut.

Untuk tau lebih lanjut berkenaan Muslim Volunteer Malaysia ( MVM ) ni,korang boleh ikuti mereka di sosial media :
Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my
Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
SHARE 24 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah.. Semoga bantuan2 sebegini sentiasa diteruskan.. Good job

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus bantuan dan misi begini diadakan untuk membantu mereka yang susah dan lebih memerlukan. Memang bagus perkongsian yang diberikan Nad ni. Boleh kita sama sama membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. menarik ni. macam berminat nak join. tapi anak-anak adalah keutamaan buat masa ni. Kena tunggu anak-anak besar dulu baru dapat join ni

    ReplyDelete
  4. tapi kalau nak tolong dari segi kewangan, inshaAllah dapat bantu. Thanks nad for sharing

    ReplyDelete
  5. berkongsi rezeki dan kegembiraan ... tq Nad atas info ..Insya Allah

    ReplyDelete
  6. dapat bantu sedikit tapi bereterusan pun dah alhamdulillah , akak buat SI setiap bulan ke akaun ni walaupun jumlah tak banyak ...

    ReplyDelete
  7. kagum tgk kegigihan sukarelawan membantu org..alhamdulillah teruskan perjuagan

    ReplyDelete
  8. Kita patut bersyukur sebab negara kita masih aman dan selesa. Salah satu cara zahir rasa syukur dengan memberi pada yg memerlukan seperti saudara kita di syria.

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah.. good sharing Nad.. rezeki sama dikongsi..

    ReplyDelete
  10. Bagusnya program MVM ni..dapat meringankan beban bg mereka yg benar2 memerlukan..cam yg Syria tu kan? Musim sejuk katanya cuaca terlampau sejuk sampai meragut nyawa jd bila ada bantuan kemanusiaan camni dpt la atleast ringankan sikit beban mrk

    ReplyDelete
  11. Salam nad, terima kasih atas perkongsian. Selalu juga dengar tapi kurang tahu macam mana nk tahu lebih lanjut. Alhamdulillah syukur bila nad kongsikan informasi senang nak hubungi selepas ini. Moga Allah murahkan rezeki kita semua untuk membantu mereka semua insyAllah amin!

    ReplyDelete
  12. Bagus ni, kalau kita mampu apa salah nyer tolong orang lain. Asalkan ikhlas tak kira agama and bangsa.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah di atas usaha murni oleh MVM ini. InsyaAllah usaha sebegini memang akan mendapat sokongan rakyat Malaysia, tanpa kira bangsa pun. Syukur dan moga usaha kita dipermudahkan.

    ReplyDelete
  14. Hebatnya peranan team MVM ni. Tahniah Nadiah atas info yang padat dan informatif ni.

    ReplyDelete
  15. Ini Ngo baru ka? hehe. Semoga usaha kalian semua mendapat ganjaran pahala di Sisi Allah. Doa kena jua semoga perang negara mereka cepat2 tamat.

    ReplyDelete
  16. I pernah baca pasal aktiviti murni they all ni. Bagi I la tak Kira bangsa atau Megara Kita sesama manusia harus Ada sugar ingin membantu jika Ada yg dlm kesusahan. Besar pengorbanan sukarelawan .

    ReplyDelete
  17. Dulu pernah terbaca pasal MVM ni. Macam nak join jadi sukarelawan tapi kerja pulak agak tight. Banyak rupanya aktiviti sukarelawan MVM dah buat sama ada dalam ataupun luar negara. All the best for the team!

    ReplyDelete
  18. Bagusnya ada sukarelawan yang membantu rakan2 kita dalam kesusahan. Dulu sangat berminat nak jadi sukarelawan tp tak tahu kat mana nak bermula. Nanti lah nak cari info lanjut tentang MVM ni.. Trima kasih kongsi info yg berguna

    ReplyDelete
  19. Memang active MVM ni. Selalu tengok diorang punya activity di merata tempat. Tapi susah nak dapat join activity diorang ni, sekadar bagi sumbangan boleh laa.

    ReplyDelete
  20. Bagusnya aktiviti dan program under MVM ni. Semoga ramai lagi dapat turut serta membantu. Kitw dapat bantu dari jauh jer... Thanks Nad perkongsian yang bermanfaat ni

    ReplyDelete
  21. Sedih tengok dorang tak seaman macam kita kat sini. Mujur la ada bantuan-bantuan macam ni and sikit sebanyak boleh la kita bantu apa yg patut.

    ReplyDelete
  22. BERHARAP SANGAT SEMOGA RAMAI YANG PEKA DENGAN ISU INI DAN RAMAI YANG MEMBANTUKAN. IM HAPPY BILA TENGOK KANAK-KANAK SYRIA TERSENYUM DI SANA.

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, banyak juga ye MVM tu. Dulu ada juga teringin nak join sukarelawan tapi bila dah kerja kat kampung ni. Susah sikitlah. Apapun semoga program sebegini dapat diteruskan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2