hai assalammualaikum

Photoshoot Raya Family Di CVS Production Cheras Balakong - Selalunya, setiap kali raya, untuk gambar family,  nad ambil guna phone je dekat rumah pada hari raya pertama. Tapi, tahun ni,  nak kelainan sedikit,  nak buat kenangan,  kita ambil pulak dekat studio.. Hehehe.. Lagi semangat nak bergambar, bila anak pertama kita,  Fariza, teruja nak sambut raya. Anak-anak pulak dah senang nak bergambar,  jadi masa ni la boleh bergambar di studio. Nad pilih CVS Production untuk ambil photoshoot raya keluarga sebab harganya yang sangat murah, serendah RM49. Tu pun nad nampak kawan nad ambil gambr dekat situ.


CVS Production ni ada dua tempat,  satu dekat Cheras Balakong,  satu lagi dekat Petaling Jaya. Nad pilih CVS Production Cheras. Nak ke tempatnya guna waze je. Nanti sampaila.. Hehehe.. Studio dia dekat tingkat atas. Jadi,  masa tengah mencari tu,  sila tengok nama CVS Production ni di dinding dekat bahagian bawah bila nak masuk.



Nad ingat studio dia kecik je,  tapi rupanya luas dan besar ye. Memang kalau bawak ramai keluarga pun tak sesak la. Bukan macam sesetengah studio,  kecik dan sempit. Ni memang besar , tak panas dan selesa je.



Ada je kerusi tempat menunggu,  tempat bermakeup dan tempat persalinan baju. Tapi nad datang sini dah siap makeup,  cuma salin baju je..

Macam biasa depan kamera, kekok la sikit.. Hahaha..(kekok ke..)..Anak-anak yang tak biasa ambil gambar dengan lampu-lampu besar tu.. Ehhehe.. Terkejut kejap diaorang tengok tu.. Hehehhe..



Gambar pertama mestila gambar anak-anak dulu. Paham-paham jela, budak-budak ni,  mana boleh dibiarkn lama-lama,  kang cepat bosan.



Tapi,  anak kita yang huru hara adik je, si Farhanah tu.. Hahaha.. Dia mana nak dengan orang.. Takut.. Tapi,  semuanya berjalan dengan lancar,  sebab jurugambar memamg profesional, Faz dan pembantu dia Jiha, ya ambil. Adik gerak macam mana pun,  gambar tetap cantik..



Kakak pulak,  takyah cakapla. Budak tu memang dah pandai pandang kamera. Lagi suka dia, bila nampak lampu besar kiri kanan. Bila cakap ready,  terus buat gaya,  berposing,  buat peace.. Kalah mommy tau.. Ahhaha..

Bila turn anak-anak dah ok,  turn nad dengan suami pulak.. Pepandaila jurugambar bagi arahan suruh ambil macam mana.. Kita ikut je.. Hehehe..

Gambar keluarga, tak lupa.. Kenangan ok..

Ingatkan lama la ambil gambar,  tapi sekejap je.. Hehee.. Sebab masing-masing bagi kerjasama ye.


Lepas siap bergambar,  haritu juga korang dapat tengok gambar tu dan pilih. Nanti jurugambar akan edit gambar mana yang korang pilih.

Datang sini, korang kena bawak pendrive sendiri untuk ambil gambar tu. Tapi kalau tak bawak diaorang bagi dekat email..


Oh nad dapat tau, CVS Production ada buat Photoshoot Amal Raya dimana 10% hasil yang dibayar itu pihak CVS Production akan sumbangkan kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Raudah Belakong Selangor. 

Harga untuk photoshoot raya..Antara pakej yang ditawarkan seperti berikut:-

RM49
- 10-20 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)


RM69
- 20-30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

RM200
- 40-60 min white studio
- 25 edited pictures + Max 20 orang
- Soft copies (25 photos)

 Tambahan :
- Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" : RM60
- Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi yang tak boleh berjalan adalah percuma)


Nad ada dapat tambahan percuma E-Card Raya..Boleh bagi dekat kawan-kawan..siap dah..hehe..Gamabr lain nad akan upload masa raya nanti ok..hehee..Semua lawa terutama gambar anak-anak..hehee

Kalau korang nak bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan,boleh terus Contact/whatsap/SMS di no 0166664034 , kemudian bagitahu Nama, Tarikh, Time dan Pakej.

CVS Production Studio
Lokasi Studio Cheras Balakong
B-28-2, Dataran C180,
Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.
(waze sahaja CVS Production Cheras Balakong)
(Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)

Untuk tengok hasil gamabr mereka, dan nak tau lebih lanjut boleh layari:
Facebook: https://m.facebook.com/cvsproductionmy/
Instagram: https://www.instagram.com/cvsproductionmy

SHARE 22 comments

Add your comment

  1. Cantiknye pic. Simple white studio lagi suka sebab kita,boleh design apa je ntk additional. Bukan senang nak amek pic dgn anak2 kalau tak kena mood.

    ReplyDelete
  2. Wah tema hijau...cantik semua pandai anak2 pose...selamat hari raya nadia dan keluarga...tggu entry akak esok tau 🤩

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya buat photoshoot raya dengan family.. Kenangan kan

    ReplyDelete
  4. Murah juga ea yg softcopy tu... Mmg berbaloi kalau buat... Bukan selalu pun kan..

    ReplyDelete
  5. Wah best kan kalau dapat family photo sebagai kenang kenangan setiap tahun

    ReplyDelete
  6. Pandai bdk berdua tu berdua berphotoshot yea...kenangan raya 2019. Kalau ada masa boleh juga buat mcm ni nnt

    ReplyDelete
  7. cantikk gmbr, selamat hari rayaaa!

    ReplyDelete
  8. yg penting kt boleh pilihj gmbr yg kt rs ok.

    ReplyDelete
  9. Alaa nak jugakk.. tapi harraz ni kan.. dia tak mau dok diam.. hahahha.. boleh ke dapat gambo yang dimahukan entah.. hahaha

    ReplyDelete
  10. wow! great to hv photoshoot session.. happy family photos.. nice studio! yeah yeah!

    ReplyDelete
  11. Tu dia.
    Cantik kan gegambar kat CVS nie. Staff dia pun peramah.
    Rawlins tak menyempat lagi nak buat photoshoot ke sana.
    Busy memanjang gitew.

    ReplyDelete
  12. cantiknya gambar raya family akak, dekat sangat ni studio dengan rmah, boleh konsikan dengan kawan untuk shoot dekat sini. Harga pun berpatutan. Tak sabar nak singgah!

    ReplyDelete
  13. Package dia murah je. Cara photoshoot dia professional betul. My family gi ambik kat studio cuti raya hari tu. Mahal betul. And props dia semua lama.

    ReplyDelete
  14. Harga masih berpatutan. hehe. Kalo Naim snap gambar dan edit dekat photoshop

    ReplyDelete
  15. Lawa hasilnya!
    Cantiknya gambar Raya Nad sekeluarga. Si kecik tu pandai lagi sporting tul... Tak sangka harga dia murah gak. Tingin juga nak ada gambar sekeluarga dari profesional touch.

    ReplyDelete
  16. Pandainya si kakak berposing hehehe.. comel budak budak ni.. murah jugak pakej yang disediakan.

    ReplyDelete
  17. Comel jer si kenit tu. Terror betul bergambar hahhahahaha. Mmg best cvs ni. Gambar semua cantekkk

    ReplyDelete
  18. wow... harga pun berpatutan dan sebenarnya agak murah juga. What most important is the quality memang AMAZING ! :)

    ReplyDelete
  19. Memang best every raya can take family photo for rememberance kan. Anak anak pun cepat besar nanti boleh tunjuk gambar dia orang time kecil

    ReplyDelete
  20. Cantik dan comel famili photoshooting ni! A memory capture and remembrance for the kids when they grow up!

    ReplyDelete
  21. Alololo, baby girl so cute! In our family pub we try to always take a family portrait during raya.. Maklumla semua pakai lawa-lawa and paling penting all of us will be in matching colours. Maybe next year kena put in more effort to take in studio kut. Hehewh

    ReplyDelete
  22. Best jgk sekali sekali buat photoshoot raya tp mcm kak nk kumpul semua susah skt sbb ada yg keja

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2