hai assalammualaikum



Lepak Dan Makan Di Setia City Mall Food Fiesta Bersama Keluarga


Lepak Dan Makan Di Setia City Mall Food Fiesta Bersama Keluarga - Minggu ni,  nad memang bercadang nak duduk kampung seminggu. Bila dah duduk lama tu,  mesti dalam sehari tu nak jalan-jalan keluar pergi shopping mall.  Shopping mall yang selalu kitaorang pergi dan dekat dengan rumah mestila Setia City Mall. Pulak tu,  minggu ni nad tau ada event food fiesta dekat situ. Apa lagi,  ajak kakak, anak buah pergi situ, nak makan sambil tu boleh lepak. Lama juga tak lepak dekat padang Setia City Mall tu.


Sampai sana,  kita jalan-jalan Setia City Mall dulu,  dah lapar baru pergi ke Food Fiesta di Ground Floor hujung sekali berdekatan dengan pintu keluar ke padang Setia City Mall Food Fiesta ni bermula semalam 19 Julai - 21 Julai dan minggu depannya lagi iaitu 26 Julai - 28 Julai dari jam 4 petang sehingga 10 malam.


Food Fiesta ni ada makanan Halal dan Non Halal. Tapi korang jangan risau, ia di letakkan di zon berbeza. Boleh tengok gambar seperti di atas.Dah bagitau siap-siap.







Tempat Food Fiesta ni ada dua tempat, Indoor dan Outdoor . Indoor ni dalam mall,  betul-betul depan pintu nak keluar ke padang. Dalam Indoor ni makanan Thai ada,  kek lapis ada,  kerepek,  warisan opah,  skinny bakers,  dan snek jepun..

Di bahagian outdoor pulak makanan lebih sedap sedikit.. Hehehe.. Ada di bahagian khemah dan foodtruck.




Bahagian luar ni ada makanan Boat Noodle,  Shabu X,  Row Six, Shushi King,  Char Kuew Teow dan banyak lagi..






Ada makanan yang nad pernah rasa dan belum pernah rasa seperti Shabu X yang menjual ondeh dan Row Six menjual Lemongrass Drum Stick.. Yang penting semua sedap.. Nyumnyum..


Dekat sini pun ada durian tau.. Tapi semalam tak sempat..



Hah ni la antara makanan yang nad dengan keluarga dapatkan. Layan la semua..


Ingat nak lepak dekat luar,  tapi entah kenapa malam tu lampu dekat padang takda,  air pancut takda. Jadinya kita makan di meja yang disediakan. Okla ada meja kerusi ni. Dekat luar pun ade meja kerusi.

Semua gembira je dapat makan. Kenyang..


Karnival ni ada macam-macam aktiviti.. Boleh tengok seperti dalam gambar.


Hah!!,  korang yang takda buat apa hujung minggu,  bolehlah datang ke Setia City Mall Food Fiesta ni. Untuk ketahui lebih lanjut,  boleh layari
Website: www.setiacitymall.com
Facebook: https://www.facebook.com/setiacitymall/
Instagram:
https://instagram.com/setiacity.mall/
SHARE 27 comments

Add your comment

  1. Seronoknye lepak sini makan²....

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada food festival macam ni. Kalau pergi memang rambang mata tengok makanan yang beraneka kan. Standby duit je. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Best sesekali dapat jalan-jalan cari makan macam nie kan Nad..

    ReplyDelete
  4. Rindu pula nak jumpa nad.. Dulu jmpa sekali je kan.. Haihh kalau la ada rzki jmpa blh la lepak2 makan kat tempat ni jugak

    ReplyDelete
  5. wah, bestnya.. dah terlepas untuk last weekend. so this weekend mmg kami nak tarik suami serbu Setia City Mall utk cuba makanan ni..tak sabar!

    ReplyDelete
  6. syok tengok suasana kat sana.. mesti budak-budak pun suka pi.. macam banyak makanan je.. hehe

    ReplyDelete
  7. banyaknya pilihan mkn kat sini !

    ReplyDelete
  8. Syoknye kalau bawa suami dan anak dtg sini, selain shopping bolwh makan sedap

    ReplyDelete
  9. Banyaknya pilihan makanan. Nanti nak singgahlah..

    ReplyDelete
  10. Rasa menarik je aiskrim sandwich tu kan..hermm...thanks kak Nadia, terus dapat idea nak tambah menu dalam perniagaan aiskrim :)

    ReplyDelete
  11. menariknya..banyak makanan tu. Nampak sedap...best keluar sekali sekala dengan family bawa anak2. Anak2 pun nampak seronok boleh jumpa kawan2,,

    ReplyDelete
  12. Lihat anak-anak akak seronok, hehe. mesti dapat makan banyak makanan. Bukan senang nak 'paw' parent ka hehe

    ReplyDelete
  13. Enjoy je anak-anak dapat keluar jalan dan makan-makan. Banyak pilihan pula tu, meriah je nampak!

    ReplyDelete
  14. meriah betul festival makan-makan ni. sambil jalan boleh cuba makanan yang dijual. banyak betul pilihan dari dah siap masak hingga boleh bungkus bawa balik. menarik betul

    ReplyDelete
  15. suka tengok tempat ni bila ada banyak pilihan tawaran makanan. semua nampak sedap...and kalau datang dengan keluarga terutama anak-anak lagi excited!

    ReplyDelete
  16. weyyyyyyyyyyy.. banyak nya makanan.. rambang mata tak tau nak try yang mana satu.. hee~ best kan dapat lepak2 dengan family sekali sekala..

    ReplyDelete
  17. Kita suka pergi kalau karnival makan macam ni heheh tapi tu lah kita kadang makan banyak sangat tak terkawal hehehe kalau percuma dan murah apa salah boleh jer menarik kalau selalu ada karnival macam ni hurmmm...

    ReplyDelete
  18. Baru bincang ngan husband nk g mana wiken ni. Hahhh tau dah nak g mana. Hehe

    ReplyDelete
  19. wahhhhh best nya karnival nie ! macam-macam makanan ada ya. tak sabar nak terjah nanti. nasib baik tak terlepas lagi tarikhnya kalau tidak menangis lah kita

    ReplyDelete
  20. Pergh.... Menarik ni. Sangat bagus utk habiskan masa hujung minggu dgn melepak di
    Setia City Mall sambil ke Food Fiesta.

    Banyak makanan, variety. Nampaknya food truck pun banyak. Yg penting, Halal dan non-halal di asingkan. Kipidap orgnizer.

    ReplyDelete
  21. Meriahnya food fiesta ni Nad. Akak & suami suka sangat food fiesta macam ni. Dalam masa yang sama boleh ber family time

    ReplyDelete
  22. Hari tu nampak je iklan Food Festival ni tapi sebab dua2 hujung minggu tu sibuk. Banyaknya makanan menarik! Lepas ni kalau ada, kena pergi lah sekali.

    ReplyDelete
  23. Kalau dekat, nak juga join sama tau nad.
    Bab makan, siapa tak nak terjah kan. Sebab banyak pilihan kat situ.
    Time ni la nak try sesuatu jenis makanan tu kan.

    ReplyDelete
  24. Ala dh lepas ke? Ritu baru plan nk kesini sebab nampk org post. Heh. Next time kene join sbb bnyk makanan yang best2. hehehe

    ReplyDelete
  25. So nice! I was there too last weekend with my family. It was kinda short visit but good enough

    ReplyDelete
  26. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  27. Wah..macam best je lepak sana sambil makan-makan.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2