Manfaat Buah US Highbush Blueberries, The Little Blue Champions - Semua orang kenal buah blueberi kan. Buahnya kecil, kiut, warna biru. Selalu orang buat buah ni dalam resepi kek atau minuman. Rasa US Highbush Blueberi sedap je, segar dan berjuicy. Boleh makan macam tu je. Takda rasa masam tapi memang sedap..hahaa. Anak nad pun makan sedap je, sampai dia suka blueberrie ni tau..hehee..
Manfaat Buah US Highbush Blueberries, The Little Blue Champions
Buah ni walaupun kecil tapi banyak manfaat dia. Dibekalkan padat dengan nutrien yang dapat mengelakkan dari penyakit jantung, kanser dan penuaan. Sebab tu blueberi ni di anggap " The Little Champions ". Kempen yang dijalankan oleh US HIGHBUSH BLUEBERRY COUNCIL untuk memberitahu manfaat, kelebihan yang ada pada buah blueberi ni pada kesihatan tubuh badan kita.US Hisghbush Blueberi berasal dari North America dan buah ini mula berbuah dari bulan April hingga akhir bulan September. Masa nad makan buah blueberi ni, memang rasa segar dan tak lembik. Kalau korang nak tau, blueberi ni dibekukan terus dari ladang, maksudnya, selepas petik terus dia bekukan dan pek, tanpa buat apa-apa proses lain dan sebab tu US Highbush Blueberi ni masih ada lagi kesegaran dan rasanya yang sedap tanpa menghilangkan nutrisi yang ada pada buah ini. Yela, kadang ada blueberi yang dibiarkan lama akan lembik dan tak elok rupanya. Blueberi ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 10 bulan .
AS adalah pengeluar blueberi terbesar di dunia. Dengan cuaca iklim yang sangat bagus, mereka dapat menghasilkan blueberries yang berkualiti tinggi dan dihantar segar ke seluruh dunia.
Manfaat lain buah blueberi ni memang luar biasa untuk kesihatan tubuh badan kita - Buah ini penuh dengan Vitamin C dan setiap per cup menyediakan 25% daripada keperluan vitamin harian, 5% vitamin B6 dan 36% daripada pengambilan vitamin K. Mengamalkan pemakanan buah blueberi dari peringkat awal, usia muda dapat mengurangkan tahap kolestrol, melambatkan penuaan dan mencegah kerosakan DNA yang secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kanser.
Buah blueberi ni boleh jadi makanan snek harian korang. Kalau kita nak hidup kita sihat, mestilah amalkan pemakanan yang berkhasiat kan. Blueberi ni korang boleh jadikan makanan ringan, makan macam tu sahaja. Buah-buahan la elok kita ambil sebagai penganti snek dari ambil makanan snek yang tak berkhasiat tu kan...mungkin korang tak terfikir, hah sekarang dah tau, jomlah ubah cara pemakanan kita..hehee..
Nak lagi sedap, buat kek dan minuman blueberi...nyum..
Masa tu, ada juga demo masakan menggunakan US Highbush Blueberi yang dibuat oleh Malaysian Fitness Icon and Health advocate, Linora Low. Linora Low sendiri berkata " Bagi mereka yang berpengalaman dalam gaya hidup aktif, ia adalah makanan ringan yang membuat rasa kenyang, dapat mengurangkan keradangan dan menurunkan tekanan darah. Ia juga mempunyai hanya 80 kalori per cup, hampir tiada lemak dan rendah natrium"..
Resepi yang dikongsi olehnya sangat bagus untuk mereka yang ingin menjalankan gaya hidup sihat, paling penting sesuai untuk semua. Dua resepi yang dibuat ialah Cauliflower Blueberry Muffin dan Blueberry Flovoured Milk. Dengan menggunakan buah blueberi makanan dan minuman menjadi lebih menarik dengan rasa yang manis dan warna yang menarik. Buat cara kreatif ni dapat mengalakkan anak-anak kita untuk menyukai buah-buahan dan digantikan sebagai makanan snek. Resepi blueberi ni nad dah kongsi, boleh klik ( Resepi Muffin dan Air smoothie Menggunakan Buah blueberi ).
Tak sangka nad bawak balik sebungkus, anak-anak suka makan..hehee..So bolehla lepas ni buah Blueberi ni wajib ada dalam peti sejuk..hehee..korang boleh dapatkan bluberi ni di pasaraya berdekatan..
Untuk keterangan lanjut oleh layari:-
Website: www.blueberrycouncil.org
Facebook: www.facebook.com/usblueberries
Instagarm : www.instagram.com/ushighbushblueberries
Semua berasaskan blueberry ye. Nampak sedap je
ReplyDeletesedapnya tengok yg smoothie tu..kalau ada jual kt hypermarket mall ni boleh lah beli..sbb nak buat oat berrie smoothie..on diet lah katakan hekkkksss
ReplyDeleteWowww blueberries mmg sedapppp.. rezeki nad dpt merasa yg besttt ni
ReplyDeleteBuah fav akk, sedap
ReplyDeleteSukaa buah blueberies ni yg penting sihat and tinggi antioksida gitu
ReplyDeleteLama jgk tu blh simpan 10 bulan.. Teringin jgk nk rasa buah ni mcm mana
ReplyDeletenyum2.. sedap blueeberry ini.. klu cmni mesti berkualiti tinggi.. byk khasiat
ReplyDeletesedapnyaaa... terliur tengok berries yg meriah cam gini!! ni mesti high kualiti ni.... tengok pun dh tahu.. x kisah yg penting sedap dan bnyk khasiat..
ReplyDeleteBlueberi mmg banyak khasiat. Agen anti oksida uang hebat. Memang bagus utk rawatan kanser etc
ReplyDeleteterliur tengok blueberry gemok2 camtu.. hee~ kalau mengunyah pun cepat je kenyang.. berkhasiat pun ye jugak tu..
ReplyDeleteBlueberries nie paling sedap dimakan begitu sahaja, apatah lagi bila baru dikeluarkan dari peti sejuk. Alahai nyamannya. Dulu time rajin pernah buat smoothie, now suka makan gitu je hehe
ReplyDeleteGeramnya tengok blueberries gemok-gemok dan sihat-sihat macam tu. Eiza kalau buat kek atau muffin, suka campak blueberries ni. Wow ada resepi la. Nanti boleh try.
ReplyDeleteI also love blueberries, there are lots of benefits for health and also it taste very good.
ReplyDeletesaya selalu makan buah ni walaupun kalau kat negeri saya agak mahal dijual. Good for health
ReplyDeleteBuah blueberry memang sedap sangat. Kalau dijual dekat sini harga dia mmg agak sedikit mahal. Tp di luar negara harga dia agak murah. Banyak manfaat khasiat makan buah beri. Boleh buat mcm2 masakan lagi
ReplyDeleteGeng suka sangat blueberries. Memula dulu kak nin ta minat, lepas geng ajar terus suka. Sedapnya! Yg tu nampam fresh sungguh, gemok gemoks lak tu... Nak pi cari laaa
ReplyDeleteSuka blueberry.. mmg sedap buah nie..
ReplyDeleteSedapppnya blueberry
ReplyDeleteBuah fav ni tapi jarang beli sebab mahai sikit.hehehe. Buah ni bukan sahaja sedap dan memang banyak khasiat. Suka makan bluberries yang macam buat kek tu.hehehe
ReplyDeleteDapnyee buah ni..
ReplyDeleteWow menariknya!! Buah ni memang sangat bagus! Sangat tinggi antioksidan. Cumanya dia mahal la skit. Sebab makanan yang bagus kan memang mahal-mahal. Bagus kalau kita dapat amalkan selalu-selalu buah blueberry ni.
ReplyDeleteSaya memang suka blueberries ni. dah la sedap banyak pulak khasiatnya. Tapi yela, mahal sikit kan.. so sekali sekala je makan..
ReplyDeleteSedap, ai suka blueberries.
ReplyDeleteHELLO
ReplyDeleteSama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.
Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
Whatsapp: +447480724786
BBM INVITES: {DDA46523}
Tgk US Hisghbush Blueberi macam sedap jer and blh guna dlm masakan mcm6kek, jem.. sedap
ReplyDelete