hai assalammualaikum

Rangkaian Produk Baby Ku.Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh - Kalau bab barangan anak ni, mommy memang suka ye. Yela, barang untuk anak ni sekarang semua comel-comel belaka. Bukan setakat comel, malah pembuatannya lebih kepada keselamatan untuk baby. Tu yang nad suka. Sebagai seorang mak, walaupun barang anak dah banyak, tapi bila kita tengok jenama tu macam wow, berkualiti, bagus untuk baby kita, mesti nad akan beli punya..hehhee. Dan salah satu jenama rangkaian produk baby yang menambat hati nad ialah Ku.Ku Duckbill.


Rangkaian Produk Baby Ku.Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh

Sebelum ni, nad macam pernah nampak produk mereka tapi di ekspo baby macam tu. Baru-baru ni, nad pergi ke pelancaran Ku.Ku Duckbill di Ampang Glass House, dan berita gembira yang semua barang kelengkapan bayi dari Ku.Ku duckbill dah ada di Malaysia...yeahhh..Dekat mana? Mana lagi kalau bukan di Butik Tateh..Biasa dengar kan Butik Tateh, yang menjual kelengkapan ibu dan anak. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, semestinya nad teruja bila barangan Ku.Ku Duckbill ni senang nak dicari sekarang..yeahhh..





Untuk pengetahuan korang, produk Ku.Ku Duckbill ni daripada Taiwan. Jenama Ku.Ku Duckbill telah diasaskan oleh pengurus besar Jini Baby, Guan Lin Li. Kalau korang tengok dia punya ikon tu comel je kan. Rupa nampak macam itik tapi platipus..hehee..Macam-macam jenis rangkaian produk di bawah jenama Ku.ku duckbill dari makanan bayi, penjagaan kesihatan mulut bayi, produk tekstil kapas dan mainan bayi. Terdapat 1200 jenis produk di bawh jenama Ku.Ku Duckbill.


Pelancaran haritu, memperkenalkan beberapa jenis produk Ku.Ku Duckbil yang memang sesuai untuk anak. Barang tersebut ialah botol susu PPSU ( Polyphenylene Sulfone ) and Glass Wide Nick Bottle, milk powder container, Pacifier Bandana bib, Scissors food, Swaddle and Sleeping Bag, serta Baby Pacifier. Meh nad terangkan satu-satu kelebihan setiap produk ni.

Kelebihan Produk Ku.Ku Duckbill


PPSU Standard Feeding Bottle -240ml
- Diperbuat dari FDA Compliant food- contact grade dan medical grade material. (bahan gred yang berkaitan dengan makanan). PPSU (polyphenylene sulfone) tidak mempunyai kimia berhormon (Bisphenol A), selamat untuk bayi dan PPSU ni boleh tahan panas sehingga 200 darjah selsius untuk pensterilan dan mencegah bau dan penyerapan warna.Plastik yang ringan dan bebas BPA. Puting diperbuat daripada cecair silikon gred makanan yang lembut, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mudah kotor. Pengaliran udara yang unik membantu dari bayi tersedak dan bentuknya sama seakan-akan payudara untuk menggalakkan penyusuaan susu ibu secara semulajadi.

The Dream Of You Glass Wide-Nick Feeding Bottle-240ml
- Bentuk botol ni kiut sangta. Nak aim yang ni tau..hehee.. Bentuknya yang kecil dan slim tu. Rekaannya yang lebih ringan dan mudah dipegang berbeza dengan botol lain. Botol ni merupakan 'anti-colic air system' dan ada BS EN 1400: 2013 European Safety Standards. Jadi kualiti dia memang bagus. Walaupun nampak macam cawan kaca, tapi bila jatuh, insyallah tak pecah..hehe.. Botol ni selamat untuk dimasukkan dalam peti ais atau di dalam air panas untuk memanaskan susu. Puting dia pun diperbuat daripada food grade liwuid silicone, dan terbentuk seperti payudara. Jadi anak takdela rasa pelik bila hisap botol.



Milk Powder Container
- Sebelum ni nad ada bekas serupa macam ni, tapi jenis kecil dan hanya ada satu tutup je. Yang ni nad tengok memang berguna sangat untuk nad dan memudahkan kerja mak. Lagi-lagi kalau nak pergi travel atau jalan-jalan. Nampak tak bekas dia bercantum tapi setiap bekas sebenarnya ada penutup masing-masing. Ada penutup kecik dan penutup bawah. Bekas ni nama je milk powder tapi boleh je isi benda lain, macam snack ke, makanan baby ke. Memamng mudah kan...Tengok bekasnya pun besar sikit.


Take-Apart Food Scissors 
- Mempunyai penutup bebas habuk, single-blade, menggunakan stainless steel, BPA free dan anti-karat.


Swaddle & Sleeping Bag ni 
- Berfungsi untuk membalut bayi dengan langkah mudah hanya 3 saat. Mengurangkan bayi dari terkejut dari tidur, 2 cara Zip yang direka khas untuk membantu ibubapa menukar lampin. Pertama kali nampak swaddle yang bukan sahaja balut bayi malah banyak kegunaanya iaitu boleh bertukar menjadi anti-kicking sleep bag atau wearable blanket mengikut keperluaan..hahaa..weii sukanya tengok..jimat habis ni..

Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 month +
- Direka khas untuk mengurangkan tangisan bayi, bebas phtalate, sangat mudah dibersikan, mempunyai pelindungan yang selamat dan orthodontic untuk mengelakkan gigi bayi jadi jonggang, heh.

Ku.ku Duck Bill sangat menitikberatkan pembangunan produknya dengan melakukan penyelidikan dan pemahaman tentang keperluan di Malaysia. sebab tu kita tengok barang dia unik sikit ye..hehee.




Hah korang kalau nak dapatkan barang Ku.Ku Duckbill ni bolehla dapatkan di Butik Tateh yang berdekatan dengan korang. Butik Tateh sudah mempunyai 17 cawangan seluruh Malaysia..

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Website : www.tateh.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ButikTateh

Suasana sekitar Majlis dan Sesi bergambar..














Meriah sebab majlis untuk ibu bapa dana nak..rasa taknak balik pulak..ehhee..Tempat best, dekorasi menarik..Tahniah Ku.Ku Duckbill untuk pelancaran ini. Terima kasih Butik Tateh sebab jemput kami semua.
SHARE 27 comments

Add your comment

  1. these looks so cute. I want to buy some too

    ReplyDelete
  2. Comelnya produk2 dia nad. Ada 1200 jnis barangan tu.

    ReplyDelete
  3. Produk budak budak ni kalau duk dalam satu butik, mmng syok la shopping kn nad..

    ReplyDelete
  4. mampu layan je.. tggu nanti cik en de anak.. mmg akan gi terus shopping sini

    ReplyDelete
  5. wearable blanket tu kita minat sbb boleh guna sampai besar kan.. yg sedia ada nie pakai buat bedung lps tu simpan.. elok sgt beli yg wearable tu..

    ReplyDelete
  6. Best nyer product dia orang, nanti nak beli hadiah for baby i know where to find.

    ReplyDelete
  7. wahhhh cutenye produk dia... geram pulak rs nk beli..

    ReplyDelete
  8. Comel-comel produk dia...ni geram nak grab ni

    ReplyDelete
  9. Warna warni comel ja produk dia. Nama pun dah cute dah hehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknya akak malam tuuuuuuuuuu~ Hehehe. Jap2 kita tak ada anak lagi ni, patut ke kita borong dulu sebelum semua benda naik harga? Siap2 untuk anak di masa hadapan pulak. heh heh. Dulu2 xtau pun ada jenama ni~

    ReplyDelete
  11. syok la if ada baby.
    comel comel, geram tgk.

    ReplyDelete
  12. Produk-produk ni mmg sesuai dan bebaloi kalau nak hadiah masa birthday baby

    ReplyDelete
  13. Uniknya product ku.ku duckbill ni especially botol susu dengan blanket tu. Takde la rasa sayang nak simpan sebab tahan sampai baby kita dah besar. Dari selimut jadi dress comel. Berbaloi sangat beli barang dari kuku duckbill ni

    ReplyDelete
  14. comelnya produk2 ni. first time dengar jenama ni. tak sabar pulak nak ada anak sendiri, pastu belikan diorang barang2 ni. haha :) terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  15. comelkan nama jenama produk ni secomel produknya hehe. tak pernah lagi guna utk yara tapi lepas ni bolehlah cari kat butik tateh...

    ReplyDelete
  16. Ibu-ibu suka lah ada produk macam ni yang comel dan cantik hehehehe mesti nak beli untuk anak-anak mereka sebab ia selamat dan juga kuali yang bagus berguna ker ada plan nak tambah anak lagi wakakakakak oppsss...

    ReplyDelete
  17. Wahhh jelesnya..dah macam2 produk baby ada kat pasaran skrg ni ya, cantik2 pulak tu. Masa zaman anak2 sis kecik dulu tak le sebanyak ni..x byk pilihan, beruntung betul anak2 zaman sekarang

    ReplyDelete
  18. Bulan depan kena la dapatkan untuk si baby Ummu kalau begini...Dah kena racun da dari akak :) haha...

    ReplyDelete
  19. Betul Nad. barang-barang baby memang comel & lagi selamat pembuatannya. Walaupun barang anak tu dah ada, tetap nak tengook jugak barang untuk anak-anak. Itulah ibu kan, apa-apa je untuk anak dulu.

    ReplyDelete
  20. Comelnya nama jenama ku.ku duckbill.. hihi.. tak pernah dengar but mascot cute

    Boleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?

    ReplyDelete
  21. Ya allah comel2 nya barang2 baby nie. Nampak menarik betul. Ehemm, nak tambah lagi satu ke tu ? Hahahaa

    Boleh reccommend pada kawan2 produk bayi nie

    ReplyDelete
  22. Berkenan plak dengan wearable blanket tu - sangat multi-purpose dan memudahkan sekiranya parents nak bawa baby travel kan. Harganya ok tak?

    ReplyDelete
  23. Wah mcm2 baranf keperluan baby ad yer. Baru tahu dan nampak
    menarik sbb ada pelbagai fungsi. Nak cubalah nnti. huhuhu

    ReplyDelete
  24. Uniknya nama jenama ni. First time emi dengar ni. Nanti emi share artikel ni dekat kawan2 yang ada baby.

    ReplyDelete
  25. I was there too started using some of their products and it's good! Can introduce to new mummies.

    ReplyDelete
  26. Banyak products baby kat sana, nanti i check sebab i selalu incharge buy full moon gifts for my company.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2