Santai Di Hotel CitizenM Kuala Lumpur, Dekorasi Modern Koleksi Seni Kontemporari dan Teknologi Inovatif - Walaupun kau orang KL, tak semestinya kau tak boleh stay hotel dekat KL kan..hahaha..Yela, kadang, jalan-jalan area KL, malas balik ke, atau nak jumpa kawan, lepak dengan kawan tempat yang selesa, apa salahnya stay dekat hotel.
Hotel yang nad nak kongsi ni, bukan hotel yang selalu kita nampak tu, tapi hotel ni memang menarik sangat..seriussss!!! dekorasi dia modern dan minimalist, more english macam tu, dan penting tempat untuk mereka yang suka bergambar (instaworthy 100% )..memang nampak santai sangat. Jadi sesiapa yang nak stay hotel dekat Kuala Lumpur ni, bolehla stay di Hotel citizenM Kuala Lumpur. Lokasi pun startegik di Bukit Bintang..
Siapa yang biasa travel, mesti pernah dengar tentang hotel citizenM ni. Mulanya hotel ni ada di Amsterdam. sekarang dah ada di banyak negara. Di Asia, selain Shanghai dan Taipei, Kuala lumpur tempat ketiga di Asia untuk hotel ni..Pergh dengar pun dah hebat kan..Belum tengok dalamnya lagi..hehehee..sebenarnya Hotel citizenM ni baru dibuka sebulan di Kuala Lumpur..
Santai Di Hotel CitizenM Kuala Lumpur, Dekorasi Modern, Koleksi Seni Kontemporari Dan Teknologi Inovatif
Meh nad kasi tunjuk sikit bagaimana rupa dalam dia..huhuhu..Ruang Lobby Yang Mengagumkan
Masuk je terus cakap " Wahhhhhhh"..Suasana dia sungguh menyenangkan dan relaks sangat.
Selalunya, kita tengok lobby setiap hotel, ada kaunter untuk check in dan check out dan ada seat sahaja. Tapi Hotel citizenM ni, lobby dia penuh dengan ruang tempat duduk, ada canteen untuk minum dan makan. Setiap tempat dekorasi dia lain-lain..Nampak macam colourful giler tempat dia. Perabot yang dia guna pun bukan biasa-biasa. Suasana dia macam dekat dalam rumah kann..Dah macam dekat luar negara pun ada..hehee..
Kalau korang jalan-jalan KL, dah penat nak cari port rehat sambil beronline, citizenM hotel la sesuai. Dahla beraircond, sejuk je, lepak sini. Ya, korang boleh lepak, duduk sahaja pun dekat sini tau..hehee....Free Wifi.. Wifi dia laju, tanpa guna pasword. ada TV lagi untuk menonton dan banyak buku dan koleksi seni kontemporari yang luar biasa untuk memastikan korang rasa terinspirasi. Ada tempat cas telefon atau laptop lagi..
Check In Check Out 1 Minit je!!!
Bukan tu sahaja, yang paling bestnya, korang boleh check in, check out sendiri..Nad memang jakun sikit bab ni..hahaa,..Kalau rasa malas balik, atau korang yang bercuti dekat Kuala Lumpur, nak stay hotel, check in terus dekat citizenM hotel ni. Boleh juga book dekat website dia.
Nak senang check in sendiri je..Semua ada. Bayar guna credit card, paywave dengan satu lagi i tak berapa dengar..huhu..Korang boleh tengok video di atas ye.
Ni dia kunci korang..korang yang sendiri buat tau. Kunci ni boelh bawak balik tau..
Bilik di Hotel citizenM Kuala Lumpur
Jom kita tengok bilik pulakkkk....Dekat sini, ada saiz bilik sederhana dan besar untuk keluarga.
Paham-paham jela, bila nampak katil hotel ni, memang rasa nak terus baring dan tidur je..Katil dia empuk sangat..bukan biasa-biasa punya katil..ehhee..Walaupun hotel ni di tengah bandar yang sibuk, tapi tak dengar langsung..Lena je kalau tidur ni.
Setiap bilik dilengkapi dengan katil saiz besar king XL yang mewah, selimut dan bantal, serta pancuran mandian dan tuala yang tebal. Selain itu, terdapat juga keperluan penting seperti TV pintar, tirai gelap, dan perabot Vitra. Hah, ok takk..Tempat simpan barang pun elok je bawah katil..
Setiap bilik, menggunakan monopad ( berbentuk seperti ipad ) yang mengawal seluruh bilik untuk menetapkan sebarang suasana di dalam bilik, termasuk pencahayaan berwarna, suhu bilik ( aircond) dan televisyen.
Nampak tak tingkap boleh buka, dengan hanya menggunakan monopod tu. Bolehla tengok pemandangan Kuala Lumpur. Tapi jangan buka sembarangan..hahaah..Ada setengah bilik, mengadap pemandangan Kl, ada setengah bilik hadap koridor..hahaa..so pandai-pandaila..
Ada sesetengah bilik yang lampunya boleh bertukar-tukar ikut mood korang..ehhee..
Yang ni bilik besar sikit. Sesuai la untuk yang bawa keluarga, ada anak kecil. Bilik ni, ada bilik mandi tempat untuk orang OKU. Jarang kan kita nampak hotel sediakan untuk orang OKU ni..
Ada juga tempat untuk iron baju. Tapi dekat satu bilik je. Bilik solat pun ada..
3 Meeting Room
Hah!!, dekat sini ada meeting room tau. Bukan satu, tapi tiga bilik meeting room. Tengok bilik meeting room pun dah wow kan..
Ni dua bilik meeting room yang sederhana. Sesuai la untuk meeting kecil macam tu. Meeting room siap dengan papan tulis yang memang woww..dinding warna hitam tu sebenarnya papan tulis ye. Siap dengan pen maker semua, lengkap la..So korang yang nak buat meeting datang bawak kertas kerja korang je..sebab dekat sini dah lengkap semuanya..hehe..
Yang ni pulak, meeting room yang besar. Hah, nak buat bengkel kecantikan ke, atau apa-apa, boleh ke sini..
Meeting room ni sediakan free coffee dan tea ye..Takyah susah-susah kan..Semua ada..
Ni Ruang luar dibahagian meeting room. Banyak kan tempat duduk untuk istirehat..
Canteen Hotel citizenM Kuala Lumpur, buka 24 jam
Dekat sini ada canteen, ala macam cafe, eh entahla nak cakap ape..hahahaha. Kalau korang lapar, haus, boleh order makanan atau minuman dekat sini. CanteenM menyajikan makanan, makanan ringan dan minuman yang lazat, sihat dan tempatan. Semua jenis makanan ada, makanan melayu dan western.
Ni antara menu yang nad cuba makan dan rasa. Lamb tu yang sedap..hehee..
So korang rasa macam mana. Ok tak. Mana yang ada meeting dekat Kuala Lumpur, bercuti ke Kuala Lumpur, nak stay hotel, boleh masukkan dalam list hotel citizenM ni.
Untuk keterangan lebih lanjut,korang boleh layari
Website: https://www.citizenm.com/destinations/kuala-lumpur/kuala-lumpur-bukit-bintang-hotel
Facebook; https://www.facebook.com/citizenMMY
Instagram: https://www.instagram.com/citizenm/
Youtube: https://www.youtube.com/user/citizenmobile
Twitter: https://twitter.com/citizenM
Wahhhhhhh. . Terujanya tgk deco dia. .Sgt menarik. .Harga berapa ni
ReplyDeleteCantik la hotel dia. Iron pun iron steam Philip kau
ReplyDeletecantik dan manerik tempatnya!
ReplyDeleteMenariknya hotel nie Nad.. siap boleh buat kunci sendiri lagi. Siap boleh kawal bilik pakai monopad lagi.. paling penting ada bilik solat.. suka.. ❤
ReplyDeletecantiknya hotel ni, lain dr yg lain deko dia
ReplyDeleteKalau rumah mcm ni mmg tak keluar rumah la ahaha.. Cantik sgt hotel ni kan nad
ReplyDeleteWah menariknya tmpt ni. Siap boleh bwk balik kunci sendiri.. Hehehe..
ReplyDeleteMenarik betul hotel ni. Konsep dia simple & cozy. Banyak kemudahan pula tu
ReplyDeleteI like the design of this hotel, very contemporary.
ReplyDeleteWahh boleh control pakai monopod eh, gempak ahh. Deko pun lawaaa
ReplyDeleteWah! Pertama kali sebenarnya drngar ada hotel yang IT di Bukit Bintang ini? Area mana ek? Nak carilah bila lalu Bukit Bintang nanti... Sesuai utk yg rajin kr BB...
ReplyDeleteWalaupun nampak suram, tapi masih menampakkan dekorasi yang cantik. High class jugak la kan. Bilik pun nampak sangat selesa. Bagi yang meting korporat, sangat bertepatan untuk bermesyuarat di sini
ReplyDeleteKantin 24jam tu menarik sangat. Kalau tak gi hotel asyik terpaksa mengharaap kat room servis je kalau kawasan hotel tu takde tempat makan sgt. Huhu.
ReplyDeleteKalau di bandar Metropolitan sebegini tidak dinafikan cantik dan menarik kan. Kalau di kedah tidak lagi yang secantik ini. Happy holiday
ReplyDeleteCantiknya hotel. Colourful. Kalau ke kl boleh letak dalam bucket list. Bilik pin nampak convenient
ReplyDeletecantik sungguh hotel ni...kalau dah duduk sini mau tak nak balik budak2 ni haha
ReplyDeletekat bukit bintang rupanya hotel ni, kemain cantik lagi ek. ini yang nak tercheck in jugak ni
ReplyDeleteTak pernah lagi try kat CitizenM ni, dekat bkt bintang je ek? Ok la pasni leh la rikki sini lak
ReplyDeleteLobbynya menariklah, selalu ruang lobby hotel ni kosong, tapi hotel yang ni lain sikit. Bilik pun nampak okay, mesti harga pun okay ni. Next time, kalau jalan KL, bolehla try check-in sini.
ReplyDeleteTQ for review. Done follow #1133
bilik pun besar. sesuai kalu nak datang berehat sekali sekala kat hotel kan. bestnya dapat kunci bilik boleh bawak balik. dekorasi pun ceria, menarik & penuh warna warni..
ReplyDeleteKalau tengok bilik yang nad duduk tu macam sempit sikit tak? Katil die betul betul penuh bilik sampai ke meja tv. tapi deko dia cantik sangat. nampak moden
ReplyDeleteunik jer katil nyer. lain dari yg lain.
ReplyDeletebebetul depan tv ekk :) ha ha ha ha
takut Ijat tersepak tv aje tgh mlm.
ok x tido katil tu, Nad? sempit pun ye jugak nampak nyer.
deko nyer terbaik.
ceria. menjemput kita utk stay lebih lama.
jelas tak boring keadaan nyer.
model design. canggih plak tu.
wa CitizenM Kuala Lumpur looks very interesting. so many canggih gadgets there. what's the room rate like? any car park available for guest?
ReplyDeletemenariknya hotel ni. teringin pulak nak singgah. tapi untuk sekarang ni macam susah sikit, sebab busy dengan kerja. nnti kalau ree bolehlah, untuk tenangkan fikiran dan sebagainya, sebab nampak memang betul best dan sesuai untuk relaks. :) terima kasih share ya
ReplyDeleteFirst time sis dgr nama hotel ni. Baru ni ada ke BB tak perasan pun ada hotel ni. Cantik jugak kan deko dia..nampak ceria. Cafe 24jam tu mmg best..lapar tgh2 mlm leh turun makan kat situ je. Nanti nak surveylah hotel ni
ReplyDeletewah cantik betul hotel ni nad.. lawa sgt2 ni.. ala hipster pun ya... cafe tu paling win sekali ye lah sis ni antu kopi kikiki... boleh bookmark nnti turun sana mudah sikit dh tau hotel mana yg ok n best...
ReplyDeleteNampak curlass hotel ni. Suka tengok. Tak pernah lagi menginap kat sini tapi nampak menarik hehehe
ReplyDeleteTerbaiklah bilik hotel ni...TV gedabak besar betul2 kat hujung kaki je...Bilik nampak besar juga kan...bilik air pun nampak selesa...Nice photo dan nice sharing kak...
ReplyDeleteWow the room is really, really big and spacious. I would love to stay here as well when I visit KL :D
ReplyDeletecomfortable and classy hotel. I see they have clean environment such as clean carpet and clean curtain. Good recommendadtion.
ReplyDelete