hai assalammualaikum


Nikmati "Street Food" Vietnam Di Pho Street Dengan Harga Promosi Sempena Merdeka - Siapa yang pernah pergi Vietnam, dan rindu makanan Vietnam atau yang belum pernah pergi tapi nak cuba makanan Vietnam, hah!! nad ada jumpa satu port makanan "Street Food" Vietnam ni iaitu di Pho Street di L3 Mytown berdekatan dengan panggung wayang. Pho Street ni ada 6 outlet dan ini adalah salah satu tempatnya dan ia adalah makanan halal dan muslim friendly. Pho Street ni restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan " Street Food"  Vietnam.



Masa sampai ni, nad terus tengok ruang tempat dia, dekorasi tempat ni. Nad suka dengan dekorasi dia, nampak traditional, dengan hiasan lampu yang ditutup dengan basket, lampu ala-ala romantik gitu. Dah macam dekat Vietnam je..hehehe..Tempat luas, dan selesa, memang best lepak dengan kawan-kawan atau keluarga makan sini.

Makanan Vietnam yang nad pernah makan cuma Spring Roll je, yang ada sayuran dan udang tu. Tu pun order dengan orang. Kali ni nad dapat rasa menu Vietnam lain.

Sempena Bulan Merdeka yang ke 62 bakal tiba ini, pelbagai hidangan yang ditawarkan di Pho Street sempena kempen " We Are Pho Everyone " dan mereka juga ada membuat promosi hidangan yang cukup hebat dengan harga hanya serendah 62 sen..woww..mesti korang teruja kan..hehee..Nad pun teruja, sebab nad pun akan terjah waktu promosi tu ajak keluarga..hehee..Promosi ini bagi meraikan Bulan Merdeka bersama rakyat Malaysia dengan hidangan yang hebat yang pasti disukai terutama penggemar makanan Vietnam.


Nikmati Pho Beef Combination Di Pho Street Dengan Harga Serendah RM 0.62 sen Semangkuk Sempena Merdeka Promosi

Sempena Bulan Merdeka yang bakal tiba ni, Pho Street ada membuat kempen " We Are Pho Everyone " di mana, mereka membuat promosi menu mereka yang super duper sedap yang korang mesti cuba. iaitu Pho Beef Combination.



Pho Beef combination akan dijual dengan harga serendah RM0.62 pada 8 September, bermula jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang di ke semua 6 outlet Pho Street. Hanya dua jam sahaja guys..mangkuk besar, harga semurah tu..fuh..memang korang kene cepat.

Pada 9 September sehingga 16 September, Pho Beef Combination ni akan dijual dengan harga diskaun sebanyak RM6.20 daripada harga sebenar. Harga sebenar dalam RM19.90 jadi diskaun dia jadi RM 13 lebih..masih murah!!


Menu ni memang korang wajib cuba bila datang ke Pho Street. Pho Beef Combination yang diisi dalam mangkuk yang besar. Bukan kecik ye, tapi mangkuk besar. Pho Beef Combination ni sup campuran macam kuew teow tapi lain sikit, kemudian ada pelbagai jenis beef  iaitu beef balls, beef slices, beef shank, beef tandons dan beef tripe. Memnag mantap, puas hati dapat makan. Portion mangkuk tu boleh kongsi dua orang, tapi waktu tu nad lapar gila, nad habiskan sorang..hahaha..kenyang wei..sup tu sampai nad hirup, sebab sup dia memang "nice " je..senang cerita sedappp..

Nak lagi sedap, selalu sup kita makan dengan sambal kan, hah dekat sini ia ada sambal tersendiri. Boleh tahan pedas sambal tu, tapi nad lupa ambil gamabr sambal tu..hehe..

Menariknya menu ini yang turut dikenali sebagai “Beef Noodle” mengambil masa 8 jam hanya untuk menghasilkan air rebusan daging istimewa. Mee berasnya pula khas dari Vietnam dengan kualiti daging yang disahkan halal dan semua dibuat dengan homemade reseipi mereka sendiri.Patutla sedap, tengokla, rebus dia lama betul.


"Street Food" Vietnam Di Pho Street Yang Super Duper Sedap

Selain Pho Beef Combination, ada pelbagai jenis menu lagi yang dihidangkan, antaranya snacks, noodles and nasi dan juga trending banh mi ( Vietnamese Sandwinch ).

Vietnamese Spring roll, tapi nama dekat sini ialah Fresh Summer Roll With Prawn and Fresh Herbs, menu yang nad dah biasa makan. Satu lagi ialah crispy spring roll. Fresh Summer Roll,  nad memang suka isi udang, saiz dia besar dan bahan-bahan dalam tu memang segar. Cecah dengan sos dia...aummm..




Crispy Spring Roll, pertama kali rasa. Tengok macam keropok lekor je..hahaa..tapi lain sikit. Sedap giler, sebab dia rangup dekat luar, lembut di dalam.


Yang ni pulak Nasi dengan Roasted Lemongrass Chicken. Ayam dia lembut dan memang sedap.


Kopi Ais Vietnam memang terbaik. Patut la orang ramai cakap kopi Vietnam ni sedap. Memang kaw bila nad rasa. Datang sini lepak dengan kawan sambil minum kopi Vietnam memang syok oo..


Air lain, korang boleh cuba ialah Passionfruit & Basil Mojito.

Dessert pulak yang tengah-tengah tu, Vietnamese Three Colour. Rasa dia macam cendol..bawah sekali warna kuning tu sweet corn yang diblender..jadi dessert ni di letak dalam cawan, minum terus macam tu.

Kesemua bahan masakan di Pho Street hanya menggunakan bahan-bahan segar, dipilih dengan teliti untuk rasa unik mereka yang melengkapkan hidangan aromatik.


Ms Sow Keng Foo berkata, hidangan mereka menggunakan bahan-bahan segar. Mereka sangat berhati-hati dalam memilih bahan bagi mencapai rasa dan aroma sentiasa mencapai tahap yang terbaik. Ditambah lagi, di dapur, diketuai oleh seorang Chef Eksekutif yang memastikan makanan di Pho Street menetapi citarasa dan rasa menyerupai makanan di Vietnam.


Hah, apa lagi, bawak keluarga, kawan-kawan merasai dan menikmati makanan Vietnam dengan harga promosi Bulan Merdeka di 6 outlet mereka. Pastikan order Pho Beef Combination dan kopi vietnam mereka..hehe.

Untuk info lebih lanjut berkenaan " We Are Pho Everyone " promosi ni korang boleh layari https://www.facebook.com/photostreetMY/

SHARE 37 comments

Add your comment

  1. bestnya, nanti nak pergi lah. :D

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa menunya...kat Johor ni takde ke ek..

    ReplyDelete
  3. Thanks Nad sharing... Suka Vietnam food ni. Paling suka Vietnamese Spring rolls. Kena pi cuba yang semangkuk 60sen tu...!!

    ReplyDelete
  4. Dearest Esteems,

    We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

    Contact Dr. James Eric Firm via
    Email: fastloanoffer34@gmail.com
    Best Regards,
    Dr. James Eric.
    Executive Investment
    Consultant./Mediator/Facilitator

    ReplyDelete
  5. tak pernah try makanan vietnam...kopi tu mesti sedap kan!

    ReplyDelete
  6. Lepas makan boleh sambung selfie.cantik sgt deko kt sini. Syok ni kalo dpt selfie.

    ReplyDelete
  7. Wahhh ada promosi merdeka. Memang berbaloilah harganya...

    ReplyDelete
  8. Pergghhh diskaun dia tu murah betul tu.. Next time boleh la singgah nak merasa makan kat sini

    ReplyDelete
  9. Selalu lalu kt Phostreet ni rupanya Vietnam dishes...leh la ada masa singgah nanti

    ReplyDelete
  10. wah 0.62 sen je ek semangkuk. haruslah jangan di lepaskan begitu je. kene berumahtangga area mytown ni sebab nak makan kat phostreet ek

    ReplyDelete
  11. Hey, I baru dine at PhoStreet IOI City Mall Putrajaya last 2 weeks. The food there memang sedap-licious!!!!!!!!!!!!!! Btw, thank you for informing us that PhoStreet ada promotion for Merdeka. Kalo kesempatan leh la dine there with girls. Thanx.

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap pilihan makanan dia Nad.. teringin pulak nak cuba..

    ReplyDelete
  13. Ramai kata kopi vietnam sedap, teringin nak cuba. Portion tu nampak banyak sangat kak nad.. 😍

    ReplyDelete
  14. Makanan tu nampak sedap-sedap semuanya. Gambar kemain cantik. Nak nak makan kat kedai yang mempunyai dekorasi menarik selain rasa macam best je makan sini ye?

    ReplyDelete
  15. aduhai Nad.
    jauh plak nak terjah. sedap sgt tu.
    lelebih, aida ni tak pernah jejak vietnam, kan.
    lagi la kepingin nak try makanan vietnam ni tau.
    kopi nyer, spring roll nyer.
    then deko nyer sgt menarik perhatian.
    dari deko, pelanggan tertarik nak makan dlm tu :) terbaik usaha owner ni.

    ReplyDelete
  16. Banyaknya pilihan, Terima kasih sudi berkongsi tempat ini. Lepas ini boleh Naim pergi bersama-sama dengan rakan .

    ReplyDelete
  17. port baru nak terjah bile ke kl nanti. macam best je. boleh jadikan tempat meet and greet gitu.

    ReplyDelete
  18. Amboii sedapnya makan...wat terliur orang jauh jer ni...hehehe

    ReplyDelete
  19. Wah. Tak pernah terfikir untuk merasa makanan vietnam ni. Halal ye. 62 sen dh boleh rasa daging dia? Murah betul. Nanti la try pergi. Kalau sedap, boleh da plan travel pergi vietnam pulam 😬

    ReplyDelete
  20. Sedap2 makanan kat sini kan. Terutama crispy roll dia dan kopi. Giler punya kaw. Memang rekomen sgt pd mereka yg hantu kopi

    ReplyDelete
  21. Selalu makan makanan vietnam dwkat the the curve.boleh cuba makan la dekat Phostreet mytown pulak la.. suka betul dengan sup dia sbb rasa light sangat. And nak cuba spring roll dia tu.. nak cuba yg vietnam mari walaupun kak liez huat jual hihihi

    ReplyDelete
  22. selalu dok makan menu melayum, western, korea... haa vietnam ni jarang sekali ni.. lain macam pula tengok menu dia.. tpi sedap tu... teringin plak jadinya..

    ReplyDelete
  23. Tak pernah lagi cuba makanan vietnam. Nampak sedap lah pulak. Haha, boleh ni kalau nk buat food hunting lepas ni. 😊

    ReplyDelete
  24. Nampak sedap la pho beef tu. Dengar cita kuah dia sedap sgt. Penah tgk ja dalam tv dulu hehe. Boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  25. Wah, i have never tried Vietnam food. Some of the dishes looks really yumee especially the prawn roll.Thanks for sharing, this will be on my to do list next.

    ReplyDelete
  26. Wah harga dia time promosi boleh tahan murah ekkk. Senanglah skrg nak merasa masakan vietnam je mai phostreet ni.. Wawa minat gila vietnam roll dia...

    ReplyDelete
  27. Wooo kalau masakan vietnam ni, qaseh paling suka sup2 dia, power. Nanti nak torai

    ReplyDelete
  28. Akak kalau kat sini suka makan sup2 dia je..sedap sangat...nanti nak pi lagi la bleh cuba menu lain plak

    ReplyDelete
  29. sedapnya tengok menu tu. makanan vietnam boleh tahan enak. boleh la time dapat gaji nanti BBL datang makan kat sini, tak payah terbang pergi vietnam dah haha

    ReplyDelete
  30. Makanan Vietnam blm pernah rasa lg, kata sedap yer.. nti nk cubalah

    ReplyDelete
  31. Lia mmg suka makanan Vietnam bila travel pi sana. Rindu plak makanan sana. Boleh Cuba kat sini plak

    ReplyDelete
  32. Sejujurnya x pernah lagi try makanan vietnam. Tapi nampak menarik dan sedap2 deco pon lawa giler. Syoklah selpi puas puas hehe

    ReplyDelete
  33. Bella jarang makan makanan Vietnam. Selalunya Jepun je (coz its my fav! Haha). Also sebab selalunya Bella risau kalau tak Halal (since most restoren mknan Vietnam kat Malaysia banyak yg tak Halal kan). Tp since tengok Nad post ni, teringin lak nak gi. Lagipun nak gi Mytown ni senang gak, dkt ngn MRT.

    ReplyDelete
  34. bestnya. baru tahu nma tempat ni. Thank you NAd for sharing

    ReplyDelete
  35. Salam


    Apakah Anda mencari pinjaman?

    Nama saya Femi Otedola, saya seorang multi miliarder dan saya telah berada di industri minyak dan gas selama 28 tahun terakhir. Sekarang saya ingin memberikan pinjaman kepada orang-orang yang menghadapi masalah keuangan mencari solusi dari situasi keuangan mereka, Jadi saya harus membentuk tim profesional untuk mengelola perusahaan ini. Saya tahu apa artinya mencari dana untuk mendirikan bisnis Anda dan ketika Anda mengunjungi Bank mereka selalu meminta begitu banyak dokumen dan jaminan, Di sini kami akan meminjamkan Anda dengan suku bunga rendah, dan tanpa jaminan. Anda harus tahu bahwa kami hanya di sini untuk meminjamkan mereka yang sangat serius dan bersedia membayar kembali pinjaman.

    Kami menawarkan yang berikut:

    ~~~~ Pinjaman Kerjasama √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis Jangka Panjang (maks 40 tahun) √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis√√√√

    ~~~~~~ Pinjaman Pribadi√√√

    Catatan: hanya orang-orang serius yang boleh mengajukan permohonan. Jika Anda harus mengajukan pinjaman dari kami, Anda harus memahami bahwa kami di sini untuk meminjamkan Anda dan Anda harus jujur dan dapat dipercaya. Hubungi kami hari ini dan dapatkan wajah baru kebebasan finansial.

    Hubungi Kami melalui alamat Email berikut
    √√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√
    Femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Femiotedolaloanfirm1@outlook.com  

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2