Selamat Hari Raya AidilAdha : Cara Pembahagian Daging Korban - Selamat Hari Raya AidilAdha korang.. Harini baru balik kampung..heheh.. Tak sesak Kuala Lumpur, orang dah balik sebelum raya lagi.. Kita balik Klang je.. Meriah kawan-kawan sambut AidilAdha, lagi kawan dekat Kelantan.. Seronok tengok.. Raya ni, makanan dekat rumah pun meriah, ada lontong, ayam masak kicap, sayur lodeh dan kuah kacang. Semua adik beradik balik kampung..
Tahun ni, bawa anak-anak tengok sembelih lembu. Tahun-tahun sebelum ni tak tengok.. Biasalah ada sepupu dia, sepupu yang ajak tengok.. Jadi kita biarkan jela dia pergi. Boleh juga, nad pun pergi tengok.
Selamat Hari Raya AidilAdha : Cara Pembahagian Daging Korban
Ingat masa kecik dulu, beria nak tengok lembu disembelih. Kadang ada pakcik yang nak bergurau, suruh duduk atas lembu kejap sebelum disembelih.. Meraung haishh tak mau.. Takut.. Hahaha.. Sekarang, lagila taknak tengok.. Bagi anak pulak tengok.
Suasana Ibadah Korban di Surau Darul Amin Jalan Paip Meru.
Nak ceritala bab pembahagian daging korban ni. Secara umumnya, korban terbahagi kepada dua jenis iaitu korban nazar (wajib) dan korban sunat.
Status Hukum Daging Korban
Hukum berkaitan daging korban pula terbahagi kepada beberapa status seperti yang berikut:
(a) Haram memakan daging bagi orang yang melakukan korban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga haram memberikan daging korban tersebut kepada orang bukan Islam.
(b) Hukum pemberian daging korban sunat kepada orang bukan Islam adalah haram menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i.
(c) Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah korban sama ada korban wajib atau qurban sunat.
(d) Bahagian atau anggota sembelihan korban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan, kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan korban.
(e) Sunat bagi individu yang melakukan korban sunat (tatawu’) memakan daging korbannya.
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:
(a) Pembahagian daging korban wajib atau nazar:
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
(b) Pembahagian daging korban sunat (Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i):
(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban.
Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban dan Akikah JAKIM..
Berkongsi mana yang nak tau untuk nad sendiri dan orang lain..
Salam Aidiladha
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah Qurban
Dearest Esteems,
ReplyDeleteWe are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.
Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator