McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka - Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke 62 dan sempena Bulan Merdeka ini, restoran makanan segera yang digemari rakyat Malaysia iaitu McDonald's meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya," Mekdi " sebutan rakyat Malaysia bagi " McD " di samping memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Nasi Lemak McD.
McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka
Nampak tak perkataan " Mekdi " di belakang nad. Hah!, jangan terkejut, McDonald's tak tukar nama, tapi mereka hanya mengunakan nama samaran itu sempena Hari Merdeka. Macam mana terjadinya perkataan " Mekdi " tu ? Datang dari sebutan orang Malaysia juga la..Selalu kita sebut McDonald's dengan nama pendek sahaja iaitu " McD "..Jadi, McDonald's Malaysia menukar perkataan tu kepada perkataan Malaysia, maka terjadilah " Mekdi "..Papan Tanda perkataan " Mekdi " ni hanya terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang. Nak tau sebab apa? Sebab McDonalds Bukit Bintang, merupakan McDonald's pertama yang di buka di Malaysia pada tahun 1982. Jadi kalau korang yang lalu lalang dekat sana, bolehla bergambar depan perkataan " Mekdi " tu sebagai kenangan..hehee..
Tak sangka, McDonald's Malaysia dah berusia 37 tahun, dari satu outlet di Bukit Bintang, sekarang dah banyak outlet di seluruh Malaysia. Makanan segera yang menjadi kesukaan orang ramai apabila waktu malas memasak, dan nak cepat..hehee..
"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai
Nasi Lemak McD Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia
Siapa sini suka makan Nasi Lemak? Nad pasti semua orang suka makan Nasi Lemak. Kalau ada orang tanya soalan " apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia? "..pasti ramai yang jawab, " Nasi Lemak "..Nasi lemak ni memang dah jadi makanan yang disukai, tidak kira makan waktu pagi, siang atau malam. Nad sendiri, suka makan nasi lemak, dengan sambal yang pedas dan sedap, dengan ada timun, ikan bilis, telur..tengah taip ni pun boleh terliur..hehee.
Disebabkan Nasi Lemak ni, makanan yang rakyat Malaysia memang makan dan cari, tidak kira di mana pun, McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Nasi Lemak McD, versi hidangan sendiri yang dicintai oleh ramai rakyat Malaysia. Lebih lagi, Nasi Lemak McD ni akan sentiasa ada.
Nasi Lemak McD datang lengkap dengan beras kelapa wangi, ikan bilis yang rangup , timun segar, dan telur goreng, dihiasi dengan sambal pedas. Korang juga boleh tambah sekali dengan Ayam Goreng McD dan secawan Ais Limau.
Nad dah rasa sendiri Nasi Lemak McD ni, memang sedap sangat. Bagi nad, Nasi Lemak sedap kerana sambal dia, jadi sambal Nasi Lemak McD memang kena sangat. Semua orang cakap sambal Nasi Lemak McD ni sedap. Rasa pedas tapi tak terlalu pedas. Lagi meriah kalau makan Nasi Lemak McD ni bersama keluarga dan kawan-kawan.
Menyertai Petisyen Di Change.org Untuk Menjadikan Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia
Jadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia.
Nasi Lemak adalah makanan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi, McDonald’s Malaysia memerlukan 1 Juta tandatangan daripada anda semua untuk menjadikan inisiatif ini suatu kenyataan sebelum Hari Malaysia (16 September 2019).
McDonald's Malaysia telah memulakan petisyen di seluruh negara di Change.org untuk mengadakan perhimpunan untuk Nasi Lemak untuk diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia.
Jom korang, beramai-ramai menandatangani petisyen ini demi menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia!
Pakat ajak keluarga, kawan-kawan, sedara mara, pakwa makwa, semua la untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ni. Korang boleh klik bit.ly/nasilemakmalaysia
McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia
Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.
- Pilihan menu bercitarasa tempatan: Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.
- Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.
- Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia ( hanya untuk restoran yang dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd ): McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.
- Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia: McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.
- Aktiviti akar umbi setempat: Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.
- Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia: Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.
Melati menambah, "Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald's Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami."
Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.
Waaa.. Okay nanti zaza nak cuba lah.. Biasa kalau gi mcd zaza makan burger je.. Ni ada nasi lemak sekali fuhh nampak sedappp
ReplyDeletesedapnya nasi lemak Mekdi! Dulu selalu jugak beli sebab beras dia wangi, sambal pulak sedap. Makan pulak dengan ayam goreng spicy fuhhhhh.
ReplyDeleteBetul ke sedap .. hehe. K.Sal tak try lagi tapi nampak menyelerakan sungguh la ! Nanti nak ajak gak anak-anak merasa kesedapannya itu ...
ReplyDeleteoh.. now got nasi lemak eat in mcD d? can hop over to mcD and have my nasi lemak meal now then.. hehehhehehe
ReplyDeleteIni memang satu pengiktirafan dan penghargaan untuk Malaysia. Bukan calang-calang dia McD boleh bagi kelulusan namakan sebagai Mekdi kan.
ReplyDeleteBila guna nama Mekdi memang mudah mesra dengan rakyat Malaysia. Yaya geram je tengok nasi lemak tu. Nanti nak try !
ReplyDeleteNah, ini yg dikatakan perubahan mengikut keadaan setempat .. Siap guna nama Mekdi, ada nasi lemak pula tu.. Hope lepas ni ada rendang and sesekali ada lemang juga ...
ReplyDeletehahaha comelnya nama manja mekdi :), tapi itulah yang selalu kita sebut2 kan. demi nak bersaing dengan penyedia fastfood, mekdi pun perkenalkan nasi lemak yang mana signature dish rakyat malaysia. nanti nak cuba jugalah
ReplyDeleteAMBOI MEK SUKA SANGAT MAKAN MEKDI HEHEHE KITA SUKA LAH NASI LEMAK MEKDI NI MEMANG SEDAP DAN JUGA TERBAIK DARI SEGI SAMBALNYA KITA JATUH CITA TAPI AYAM 3X PEDAS TU KITA TAK BOLEH LAH SAKIT PERUT WAKAKAKAKA..
ReplyDeleteTerasa comei je bila sebut perkataan MEKDI ni..sis kalau sebut gunakan slang org kelantan..bestt je bunyi dia..hehehe.
ReplyDeleteNasi lemak dia mmg sedap..rasa nak repeat lagi makan kat mcd :)
Terbaiklah mekdi! Cx pergi makan mekdi haritu tapi disebabkan dah nak malam, so tak jadi pilih nasi lemak . Haha next time nak try la nasi lemak dia. Nampak sedap pula bila nad share
ReplyDeletesatu restoren yang berwajah baru. mekdi, sinonim sangat dengan malaysia. heheh. boleh lah singgah nanti kalau pegi sana.
ReplyDeleteCatchy sgt guna nama mekdi. Tapi mmg senang nak sebut. Sekrang ni semakin banyak
ReplyDeleteMenu baru mekdi yang memikat hati
Comel je mereka gunakan nama Mekdi tu. Sebutan orang malaysia. Kikiki..
ReplyDeleteDulu famous dengan Nasi Lemak Merrybrown kan. Ddy dorang ada rasa. Kalau nasi lemak mekdi ni tak try lagi. Tunggu keluar dari Mersing baru boleh cari. Hihihi
Zul dah try nasi lemak mekdi, memang thoboekkk. sambal dia sedap pastu ayam goreng crispy dia buat mulut tak henti makan
ReplyDeleteDak dak wechat dah MEkdi skang haha
ReplyDeleteEahh dh tukar nama baru. Nampak mesra rakyat haha. Tahniah Mcd sbb dh 37 tahun bertapak di malaysia. Nak cubalah menu nasi lemak tu. Nampak mcm sedap.
ReplyDeleteTerbaiklah mekdi. Satu pengikhtirafan buat malaysia. Nasi lemak tu ramai kata best. Tak pernah try lg. Nak gak rasa.
ReplyDeleteTahniah McD.. nanti nak try nasi lemak tu ramai kata sedap..
ReplyDeleteOk ena dah sign petition sbg tanda sokongan nasi lemak sbg makanan rasmi malaysia. Hehe. Cuma terkilan sebab perkataan mekdi tu takde seluruh cawangan. Jauh hai nak selfie 😛
ReplyDeleteTahniah Mekdi untuk nama baru nih.. Biasa mmg sebut Mekdi jrg sebut MacDonalds.. Nasi lemak blm try lagi..nak cuba gak nnt
ReplyDeleteKalau berkesempatan nanti nak rasa nasi lemak mekdi tu.
ReplyDeleteMesti sedap kan.. nak cuba lah
ReplyDeleteSuka nama Mekdi tu, nampak kemelayuan dan sesuai dengan menu Nasi Lemak nya.
ReplyDeleteSuka nama baru, Mekdi. Senang nak menaip. Nasi lemak Mekdi memang sedap. Pekena pula dengan ayam goreng Mekdi. Memang tak nak sharelah. Hahaha...
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteApakah Anda mencari pinjaman?
Nama saya Femi Otedola, saya seorang multi miliarder dan saya telah berada di industri minyak dan gas selama 28 tahun terakhir. Sekarang saya ingin memberikan pinjaman kepada orang-orang yang menghadapi masalah keuangan mencari solusi dari situasi keuangan mereka, Jadi saya harus membentuk tim profesional untuk mengelola perusahaan ini. Saya tahu apa artinya mencari dana untuk mendirikan bisnis Anda dan ketika Anda mengunjungi Bank mereka selalu meminta begitu banyak dokumen dan jaminan, Di sini kami akan meminjamkan Anda dengan suku bunga rendah, dan tanpa jaminan. Anda harus tahu bahwa kami hanya di sini untuk meminjamkan mereka yang sangat serius dan bersedia membayar kembali pinjaman.
Kami menawarkan yang berikut:
~~~~ Pinjaman Kerjasama √√√√√
~~~~~ Pinjaman Bisnis Jangka Panjang (maks 40 tahun) √√√√√
~~~~~ Pinjaman Bisnis√√√√
~~~~~~ Pinjaman Pribadi√√√
Catatan: hanya orang-orang serius yang boleh mengajukan permohonan. Jika Anda harus mengajukan pinjaman dari kami, Anda harus memahami bahwa kami di sini untuk meminjamkan Anda dan Anda harus jujur dan dapat dipercaya. Hubungi kami hari ini dan dapatkan wajah baru kebebasan finansial.
Hubungi Kami melalui alamat Email berikut
√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√
Femiotedolaloanfirm@gmail.com
Femiotedolaloanfirm1@outlook.com
senang dah nak eja nama mekdi lepas ni...hehehe
ReplyDeletewahhh akhirnya Mcdonalds Malaysia mengiktiraf ejaan Mekdi itu. budak2 wechat sangat. hahahhaa. tapi nice what. nampaklah ke-malaysia-an nya tu. menu-menu pon dh banyak adaptasi dari menu tradisi negara kita
ReplyDeleteAsyik lalu lalang je nasi lemak mcd ni.
ReplyDeleteIngat copy McD tadi. okay juga kempen McD buat ni melancarkan Mekdi.
ReplyDeleteNasi lemak MC D tak pernah di cuba lagi tapi burger prosperity dengan burger2 lain ada juga makan.. hehehehe
ReplyDelete