hai assalammualaikum

Prego Sos Pasta Makaroni Dan Keju Yang Pekat Dan Sedap - Asyik makan nasi je,  bosan juga kadang-kadang. Bila dah bosan,  cari makanan yang tak melibatkan nasi tapi mengenyangkan. Selalunya pilihan nad mestilah western macam pasta,  macaroni tu semua. Sebab tu nad selalu simpan stok Prego ni dekat rumah. Wajib ada ok.. Kadang anak nak makan tak kira masa. Lagi pun Prego ni mudah disediakan, campak-campak dah siap. Apa nad suka dengan Prego sebab semua sos dia sedap..Terbaru,  Prego ada keluarkan sos Makaroni dan Keju.. Perghh.. keju guyss.. kejuu..Apa lagi terus nad dapatkan sos terbaru ni.


Sos Terbaharu Prego, Sos Pasta Makaroni Dan Keju 

Selalunya kalau buat pasta atau macaroni ni, memang akan letak keju. Siapa yang gila keju macam nad, kita geng, lagi sedap kan bila ada keju ni..Bila Prego buat sos Mac n Cheese ni, senang..tak perlu beli cheese lain dah..cukup sos ni je yang ada.

Makaroni dan keju atau Mac n cheese, atau Maccheroni al formaggio!!, hah gitu nama dia. Tak kisahla apa sahaja nama dia, kalau dah namanya keju meleleh dan sos putih digabung dengan makaroni atau pasta memang menjadi kegilaan ok.



Prego Penyelamat Ketika Lapar Atau Pening Nak Fikir Menu

Selalunya yang masak dalam rumah ni memang nad la, siapa lagi. Selalunya, nak kenyang , memang masak nasi dan beberapa lauk. Memang banyak habiskan masa dalam satu jam juga untuk siapkan beberapa hidangan. Lagipun takkan hari-hari menu yang sama je kan, mesti nak cuba pelbagai resipi, asalkan dapat memuaskan hati dan mengenyangkan orang tersayang.

Bagi wanita yang bekerja , mesti ada yang tak sempat masak disebabkan kehidupan yang terlalu sibuk, dan pelu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, apatah lagi tugas menjadi ibu, kawan, isteri, anak perempuan, kakak, atau adik dan pekerja pada masa yang sama. Jadi, mereka tidak ada masa dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang mudah, terutamanya apabila perlu menyediakan makanan buat keluarga atau diri sendiri. Takkan nak beli makanan dekat luar je selalu kan. Sekali sekala nak masak sendiri juga kan.


Jadi, nak mudah dan senang, Prego la penyelamat ketika lapar, sebab senang dan cepat dimasak.

May Lim selaku Pengarah Urusan Campbell Sounth East Asia Sdn Bhd berkata " Para ibu di luar sana tahu bahawa tiada yang dapat menandangi masakan di rumah. Merak sering tercari-cari cara untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan, namun senang untuk dimasak buat keluarga tersayang. Mereka lebih suka masakan yang senang dan cepat dimasak serta mempunyai rasa yang lazat. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan para ibu pilihan yang mudah untuk masak dalam masa yang singkat "

Lagi satu masalah surirumah ni macam nad, setiap hari  memang pening nak fikir menu apa untuk dimakan. Sebab tu, bila dah jemu makan nasi, atau dah tak tau nak masak lauk apa, nad masak pasta dari Prego ni. Anak-anak dan suami makan je, sebab memang sedap dan mengenyangkan.




Bagusnya, sebab ia mudah disediakan,hanya 10 minit sahaja dah siap. Cuma, kadang kita kene kreatif, tambah banyak bahan, seperti daging, sosej, cendawan atau apa sahaja yang nampak kelainan. Kalau malas sangat, buat je rebus makaroni atau spaghetti dan tambah sahaja sos Prego dah cukup dan sedap dimakan.


Bila masak Prego ni, nad suka masak dengan anak. Fariza memang suka memasak ni. Sebab masak Prego senang dan tak susah, tak renyah, memang seronok dapat masak bersama dengan anak.





Makaroni Dan Keju Yang Pekat Dan Sedap

Lagi nak mudah, bila Prego dah keluarkan sos baru Makaroni dan Keju ni, sebab tak perlu beli cheese lain. Cukup satu botol ni buat korang tak keruan nak makan..hehee..Cheese banyak oii..pekat giler..




Korang cubalah rasa..memang terbaik!! Prego Sos Pasta Makaroni & keju baharu ini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara dengan harga RM 6.49 setin.
SHARE 46 comments

Add your comment

  1. Suka Sos macaroni ni. Haritu ada promo kat Econsave kalau beli dia ni and any prego products within range RM 20 and above dapat free Prego Tupperware :)

    ReplyDelete
  2. yg terbaru ni xtry lg..
    senang keje ni..blh try nt..

    ReplyDelete
  3. terliur baca ni. Nak buat la nanti. Thanks share Nad

    ReplyDelete
  4. Nampak macam sedap gilsss. hahaha. terliur!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..baru makan mac & cheese ni malam tadi. tak puas sebab portion sedikit makan kat kedai. pasni leh la beli n buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. belom cuba lg. Jap lagi nak keluar cari barang2 bole la selit sekali mac n cheese nii. Memang kegemaran brand prego ni kaminseisi keluarga

    ReplyDelete
  7. Prego Sos ni memang sesuai untuk memasak sphageti dan seumpamanya terutama sekarang kanak2 memang suka makan makanan ringan...

    ReplyDelete
  8. Suka gila yang terbaru ni.. sbb anak hantu pasta.. biasa guna tin kuning tp yg ni lg senang dan sedap

    ReplyDelete
  9. Ni memang betul-betul mudah ni kalau time kita nak jimat masa memasak, kan. Hehe. Yang pentingnya kena ada bahan-bahannya je lah. Ni dah bagi idea kat saya supaya masak masakan yg sama jugak hari ni ��

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa... Nak jugalah... Lapar ni. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Penyediaan yang sangat simple. Pastinya anak pun suka macaroni ni haa....bahan2 senang didapati.

    ReplyDelete
  12. Eh. Tak perasan pun ada yang baru nie. Wajib Rawlins beli sebab memang sejenis yang akan main campak2 gak kalau time malas nak makan kat luar atau masak yang berat2.

    ReplyDelete
  13. wah ada yg baru. kena cuba ni.
    betul lah..kena ada stok kat rumah..anak2 suka makan pasta ni.

    ReplyDelete
  14. senangnya makan pasa bila ada sos prego ni. tak susah-susah dah cuma tuang je. anak-anak mesti suka makan pasta cheese tu

    ReplyDelete
  15. Terliur betul tengok, saya tak boleh dengar cheese cheese ni , mesti cuba bila perut kosong, makan cheese, pehh. Tapi kalau perut penuh makan cheese, tak lalu. Hahah. Tak perlu letak cheese eh? wahh senang la macam tu, jimat pun ye juga.

    ReplyDelete
  16. Macaroni & cheese... wow!!! favourita de amour gitu... memang seriously terliur tengok gambar-gambar tu... kecur sehhhh... sos pekat, banyak, sedap... ngam... memang menepati citarasa... hujung minggu ni nak try... yeahhhh...

    ReplyDelete
  17. Nampak sedaplah Macaroni & Cheese ni, terliur tengok nak cubalah nanti... stok macaroni ade je kat umah ni

    ReplyDelete
  18. Sedapnya anak2 mesti suka hidangan macam ni. Apatah lagi yang melibatkan pasta. Memang mudah pulak ti nak sediakan

    ReplyDelete
  19. Nampak cam sedap je nad..sis x pernah cuba lagi buat yg ni. Nanti nak beli lah..kot2 anak suka pulak perasa ni

    ReplyDelete
  20. lama x makan macaroni.. rs terliur pulak..

    ReplyDelete
  21. Keluaran terbaru Prego ni memang betul2 memudahkan peminat mac & cheese. Tinggal rebus macaroni, masak sos prego ni kejap. Pastu tuang. Siappppp

    ReplyDelete
  22. Best kan...fav Dania jugak ni..part ni dia pandai dh masak sendiri...

    ReplyDelete
  23. oh, senangnya ! boleh buat hujung minggu. tak pernah lagi buatkan macaroni kat anak-anak. kalau dapat sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak, lagi lah semangat mummy nak masak.

    ReplyDelete
  24. Selalu gak masak pasta MacaroniCarbonara untuk family
    Biasa pakai resipi Homemade. Pasni leh laaa try instant gini lak... Cepat siap

    ReplyDelete
  25. Wahh ada yg baru. Terbaik. Yg lama pun saya tak pernah cuba lagi. Teringin jugak nk buat ni. Nnti bolehlah try.

    ReplyDelete
  26. Suka gila dengan sos prego.. Mmg fav kita kalau nk buat spghetti or any pasta..

    ReplyDelete
  27. Senang sangat nak masak pasta sekarang ni ada prego pasta dan juga kuah ini buat rasa hidup lebih mudah dan juga sangat menikmati makanan sedap yang halal dan lazat ini hehehehe. Tengok anak pun suka makan kat mesti sedap...

    ReplyDelete
  28. Yummy! Cheese is our favourite too! So cheesy of this Prego Mac & Cheese!

    ReplyDelete
  29. suka yg ni...anak2 pun suka. wah dh baru la

    ReplyDelete
  30. suka yg ni...anak2 pun suka. wah dh baru la

    ReplyDelete
  31. nampak sedap.. bebudak kat rumah ni suka pasta..nanti bebila akak nak try la.. tq tau info..

    ReplyDelete
  32. Dah lama xmkn pasta2 ni nti trylah mkn

    ReplyDelete
  33. Anak kalau dapat ni suka sangat

    ReplyDelete
  34. Baca pun dah terliur ala-ala cheff kecik tu masakan untuk acik miza buleh

    ReplyDelete
  35. uish nampak sedap dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  36. Jenama favorite dari dulu. Paling senang disediakan dan sedap...

    ReplyDelete
  37. uisshhh pekat melekat prego no.. nak cuba nnt

    ReplyDelete
  38. Alaa sadis taw cari masih tak jumpa lagi jenis ni 😂

    ReplyDelete
  39. Kalau masak speghetti mesti beli sos Prego, sedap!

    ReplyDelete
  40. Prego jenama yg plg lama bertapak kt msia ni...dulu tahun 90an nk cari sos ni bukan senang...hanya ada certain pasaraya je yg jual...skrg ni dh mudah...lg best prego ni bnyak jenis sos dia..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2