Prego Sos Pasta Makaroni Dan Keju Yang Pekat Dan Sedap - Asyik makan nasi je, bosan juga kadang-kadang. Bila dah bosan, cari makanan yang tak melibatkan nasi tapi mengenyangkan. Selalunya pilihan nad mestilah western macam pasta, macaroni tu semua. Sebab tu nad selalu simpan stok Prego ni dekat rumah. Wajib ada ok.. Kadang anak nak makan tak kira masa. Lagi pun Prego ni mudah disediakan, campak-campak dah siap. Apa nad suka dengan Prego sebab semua sos dia sedap..Terbaru, Prego ada keluarkan sos Makaroni dan Keju.. Perghh.. keju guyss.. kejuu..Apa lagi terus nad dapatkan sos terbaru ni.
Sos Terbaharu Prego, Sos Pasta Makaroni Dan Keju
Selalunya kalau buat pasta atau macaroni ni, memang akan letak keju. Siapa yang gila keju macam nad, kita geng, lagi sedap kan bila ada keju ni..Bila Prego buat sos Mac n Cheese ni, senang..tak perlu beli cheese lain dah..cukup sos ni je yang ada.Makaroni dan keju atau Mac n cheese, atau Maccheroni al formaggio!!, hah gitu nama dia. Tak kisahla apa sahaja nama dia, kalau dah namanya keju meleleh dan sos putih digabung dengan makaroni atau pasta memang menjadi kegilaan ok.
Prego Penyelamat Ketika Lapar Atau Pening Nak Fikir Menu
Selalunya yang masak dalam rumah ni memang nad la, siapa lagi. Selalunya, nak kenyang , memang masak nasi dan beberapa lauk. Memang banyak habiskan masa dalam satu jam juga untuk siapkan beberapa hidangan. Lagipun takkan hari-hari menu yang sama je kan, mesti nak cuba pelbagai resipi, asalkan dapat memuaskan hati dan mengenyangkan orang tersayang.
Bagi wanita yang bekerja , mesti ada yang tak sempat masak disebabkan kehidupan yang terlalu sibuk, dan pelu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, apatah lagi tugas menjadi ibu, kawan, isteri, anak perempuan, kakak, atau adik dan pekerja pada masa yang sama. Jadi, mereka tidak ada masa dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang mudah, terutamanya apabila perlu menyediakan makanan buat keluarga atau diri sendiri. Takkan nak beli makanan dekat luar je selalu kan. Sekali sekala nak masak sendiri juga kan.
Jadi, nak mudah dan senang, Prego la penyelamat ketika lapar, sebab senang dan cepat dimasak.
May Lim selaku Pengarah Urusan Campbell Sounth East Asia Sdn Bhd berkata " Para ibu di luar sana tahu bahawa tiada yang dapat menandangi masakan di rumah. Merak sering tercari-cari cara untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan, namun senang untuk dimasak buat keluarga tersayang. Mereka lebih suka masakan yang senang dan cepat dimasak serta mempunyai rasa yang lazat. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan para ibu pilihan yang mudah untuk masak dalam masa yang singkat "
Lagi satu masalah surirumah ni macam nad, setiap hari memang pening nak fikir menu apa untuk dimakan. Sebab tu, bila dah jemu makan nasi, atau dah tak tau nak masak lauk apa, nad masak pasta dari Prego ni. Anak-anak dan suami makan je, sebab memang sedap dan mengenyangkan.
Bila masak Prego ni, nad suka masak dengan anak. Fariza memang suka memasak ni. Sebab masak Prego senang dan tak susah, tak renyah, memang seronok dapat masak bersama dengan anak.
Makaroni Dan Keju Yang Pekat Dan Sedap
Lagi nak mudah, bila Prego dah keluarkan sos baru Makaroni dan Keju ni, sebab tak perlu beli cheese lain. Cukup satu botol ni buat korang tak keruan nak makan..hehee..Cheese banyak oii..pekat giler..
Korang cubalah rasa..memang terbaik!! Prego Sos Pasta Makaroni & keju baharu ini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara dengan harga RM 6.49 setin.
Suka Sos macaroni ni. Haritu ada promo kat Econsave kalau beli dia ni and any prego products within range RM 20 and above dapat free Prego Tupperware :)
ReplyDeleteSedapppp...
ReplyDeleteyg terbaru ni xtry lg..
ReplyDeletesenang keje ni..blh try nt..
wah..sedapnya..:)
ReplyDeleteWahhh bestnya.. nak jugak
ReplyDeleteterliur baca ni. Nak buat la nanti. Thanks share Nad
ReplyDeleteNampak macam sedap gilsss. hahaha. terliur!
ReplyDeleteYa Allah..baru makan mac & cheese ni malam tadi. tak puas sebab portion sedikit makan kat kedai. pasni leh la beli n buat sendiri.
ReplyDeletebelom cuba lg. Jap lagi nak keluar cari barang2 bole la selit sekali mac n cheese nii. Memang kegemaran brand prego ni kaminseisi keluarga
ReplyDeleteWe usually cook from scratch
ReplyDeletePrego Sos ni memang sesuai untuk memasak sphageti dan seumpamanya terutama sekarang kanak2 memang suka makan makanan ringan...
ReplyDeleteOh my god.. Fav.. Leh cari ni
ReplyDeleteSuka gila yang terbaru ni.. sbb anak hantu pasta.. biasa guna tin kuning tp yg ni lg senang dan sedap
ReplyDeleteNi memang betul-betul mudah ni kalau time kita nak jimat masa memasak, kan. Hehe. Yang pentingnya kena ada bahan-bahannya je lah. Ni dah bagi idea kat saya supaya masak masakan yg sama jugak hari ni ��
ReplyDeleteSedapnyaaa... Nak jugalah... Lapar ni. Hehehe
ReplyDeletePenyediaan yang sangat simple. Pastinya anak pun suka macaroni ni haa....bahan2 senang didapati.
ReplyDeleteEh. Tak perasan pun ada yang baru nie. Wajib Rawlins beli sebab memang sejenis yang akan main campak2 gak kalau time malas nak makan kat luar atau masak yang berat2.
ReplyDeletewah ada yg baru. kena cuba ni.
ReplyDeletebetul lah..kena ada stok kat rumah..anak2 suka makan pasta ni.
senangnya makan pasa bila ada sos prego ni. tak susah-susah dah cuma tuang je. anak-anak mesti suka makan pasta cheese tu
ReplyDeleteTerliur betul tengok, saya tak boleh dengar cheese cheese ni , mesti cuba bila perut kosong, makan cheese, pehh. Tapi kalau perut penuh makan cheese, tak lalu. Hahah. Tak perlu letak cheese eh? wahh senang la macam tu, jimat pun ye juga.
ReplyDeleteMacaroni & cheese... wow!!! favourita de amour gitu... memang seriously terliur tengok gambar-gambar tu... kecur sehhhh... sos pekat, banyak, sedap... ngam... memang menepati citarasa... hujung minggu ni nak try... yeahhhh...
ReplyDeleteNampak sedaplah Macaroni & Cheese ni, terliur tengok nak cubalah nanti... stok macaroni ade je kat umah ni
ReplyDeleteSedapnya anak2 mesti suka hidangan macam ni. Apatah lagi yang melibatkan pasta. Memang mudah pulak ti nak sediakan
ReplyDeleteNampak cam sedap je nad..sis x pernah cuba lagi buat yg ni. Nanti nak beli lah..kot2 anak suka pulak perasa ni
ReplyDeletelama x makan macaroni.. rs terliur pulak..
ReplyDeleteKeluaran terbaru Prego ni memang betul2 memudahkan peminat mac & cheese. Tinggal rebus macaroni, masak sos prego ni kejap. Pastu tuang. Siappppp
ReplyDeleteBest kan...fav Dania jugak ni..part ni dia pandai dh masak sendiri...
ReplyDeleteoh, senangnya ! boleh buat hujung minggu. tak pernah lagi buatkan macaroni kat anak-anak. kalau dapat sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak, lagi lah semangat mummy nak masak.
ReplyDeleteSelalu gak masak pasta MacaroniCarbonara untuk family
ReplyDeleteBiasa pakai resipi Homemade. Pasni leh laaa try instant gini lak... Cepat siap
Wahh ada yg baru. Terbaik. Yg lama pun saya tak pernah cuba lagi. Teringin jugak nk buat ni. Nnti bolehlah try.
ReplyDeleteSuka gila dengan sos prego.. Mmg fav kita kalau nk buat spghetti or any pasta..
ReplyDeleteSenang sangat nak masak pasta sekarang ni ada prego pasta dan juga kuah ini buat rasa hidup lebih mudah dan juga sangat menikmati makanan sedap yang halal dan lazat ini hehehehe. Tengok anak pun suka makan kat mesti sedap...
ReplyDeleteYummy! Cheese is our favourite too! So cheesy of this Prego Mac & Cheese!
ReplyDeletesuka yg ni...anak2 pun suka. wah dh baru la
ReplyDeletesuka yg ni...anak2 pun suka. wah dh baru la
ReplyDeletenampak sedap.. bebudak kat rumah ni suka pasta..nanti bebila akak nak try la.. tq tau info..
ReplyDeleteDah lama xmkn pasta2 ni nti trylah mkn
ReplyDeleteAnak kalau dapat ni suka sangat
ReplyDeleteBaca pun dah terliur ala-ala cheff kecik tu masakan untuk acik miza buleh
ReplyDeleteuish nampak sedap dan menyelerakan..
ReplyDeleteJenama favorite dari dulu. Paling senang disediakan dan sedap...
ReplyDeleteSedap. Anak2 suka!
ReplyDeleteuisshhh pekat melekat prego no.. nak cuba nnt
ReplyDeleteAlaa sadis taw cari masih tak jumpa lagi jenis ni 😂
ReplyDeleteKalau masak speghetti mesti beli sos Prego, sedap!
ReplyDeletePrego jenama yg plg lama bertapak kt msia ni...dulu tahun 90an nk cari sos ni bukan senang...hanya ada certain pasaraya je yg jual...skrg ni dh mudah...lg best prego ni bnyak jenis sos dia..
ReplyDelete