hai assalammualaikum

Shopping Barangan Preloved Jepun di J-hunt The Mottainai Store Aeon Big Subang Jaya - Shopping time!!..Haritu, nad pergi shopping dekat kedai barangan Jepun yang baru sahaja dibuka iaitu kedai J-hunt Mottainai Store di Aeon Big Subang Jaya yang berada di tingkat 2. Kedai ni, dengan rasminya telah dibuka pada 25 Oktober haritu. 

Dekat sini, macam-macam jenis barang dari Jepun ada, preloved item, brand new item, premium item dan collectors item. Yang suka kumpul patung animasi tu, boleh terjah dekat sini. Memang rambang mata tengok semua item, lagi-lagi bila nampak harga yang tak masuk akal. Semua nak diambilnya..


Shopping Barangan Preloved Jepun di J-hunt The Mottainai Store Aeon Big Subang Jaya

Mula, tengok dari luar, tengok patung tuu, woww sangat, pastu tengok harga, mak aihh mahalnya harga barang tu. memang agak rare juga la patung dan samurai helmet ni kan. Bila fikir balik harga dia macam tu, mesti barang ni dibuat dengan teliti, ada sejarah dia tersendiri. Semestinya ada peminat yang menyukai barang sebegini, kalau tak, takkan la dia nak jual kan..hehee. Nad kalau banyak duit, semestinya beli juga ni.







Tengok bahagian vintage ni memang suka gila. Mempamerkan sejarah, budaya dan bentuk seni tradisional Jepun berasal dari Tokugawa Shogunate semasa Edo priod ( 1600-1868 )

Tapi, jangan fikir, tengok harga dekat luar mahal, dekat dalam pun mahal..Oh no!!..sila masuk dan tengok ya. Dalam ni ada macam-macam barang ada seperti pakaian, beg, barangan kanak-kanak, muzik, kasut, sukan, pinggan mangkuk, mainan, jam, kamera, patung animasi, patung koleksi, dan macam-macam lagi la..

















Harga Serendah RM1

Teruja haishh tengok semua barang. Satu-satu nad belek. Bila tengah-tengah belek, tengok harga, murah gila..serius!!..Harga yang tak masuk akal ialah RM1 untuk baju..hah, terkejut tak..Nad sendiri terkejut, tapi kenalah pandai cari, sebab bukan semua baju harga RM1..

Walaupun ia barangan preloved, tapi semua barang ni masih dalam keadaan elok dan nampak baru. Takde nampak buruk ke, rosak ke. Semua cantik belaka..Tu cakap, nad rambang mata tengok semua barang dalam ni.

Masuk sini, kalau boleh, dari pagi sampaila kedai tutup tau..hahaa. sebab nak memilih tu bukan perlu sekejap, kena lama tau. Lagi kalau dah masuk bahagian pakaian..hahaa..Memang teruja bila kau dapat baju yang harga RM1, terus nak cari dan cari. Tapi kalau tak dapat ada juga harga RM3, RM5, hah macm tu la..

Haritu datang masa harijadi Fariza. Memang haritu, kebanyakan barang semua untuk dia. Biarlah dia nak pilih apa, nad ambil je. Masuk tempat pakaian kanak-kanak, memang rasa semua nak ambil. Tengah cari, sekali Fariza tunjuk baju dia nampak. Ye, dia pilih sendiri. Baju frozen, baah gaun sikit,. Dia memang suka baju macam tu, macam princess ok. Pergi pulak tempat kasut, dia pilih kasut dia..Kita layankan je. Birthday girl kan.



Pergi tempat mainan, hah, pilih, pilih..Dia ambil Minnie Mouse, harga RM10 je..Puas dah dia dapat ape dia nak..Belikan adik dia juga, tak boleh sorang-sorang.

Giliran nad pulak la..hahaa. Pergi bahagian baju. Nampak tshirt harga RM5. Nampak pulak seluar putih. Memang dah lama nak seluar putih. Nampak harga RM10, tengok macam muat dan elok. Terus ambil..kihkih..Nad pun nak kasut. Nampak satu kasut ni, cantik..ok terus ambil juga..hahaa.


Paling geram, bahagian beg ni. Mula-mula masuk, tak nampak beg ni, lepas tu pusing lagi sekali, nampak dua beg cantik ni. Beg rotan warna biru dengan beg purple sling. Mula pening nak pilih mana satu, tapi nanti balik kang menyesal pilih satu je. Last-last ambil dua-dua..hahaa. Beg rotan harga RM20, beg purple sling RM10. Puas ok..

Dekat sini korang boleh bayar menggunakan cash, kad kredit/kad debit, E-Wallets, GrabPay, Boost, Alipay, WeChat Pay, Ipay88, Touch'nGo eWallet, mCash dan UnionPay.


Korang boleh layan video nad shopping dekat Jhunt. Tengok la gelagat kakak Fariza.


Ni la hasil barang yang dibeli, beg dua, topi, kasut tiga ( mommy, Fariza dan Farhanah ), patung dua, seluar putih, tshirt lelaki, tshirt perempuan ( mommy ), seluar anak tiga, baju anak tiga. Semua item 17 item, dan harga semua RM202..

Memang kena datang semula ni..hehehee..

Outfit Of The Day Kami untuk J-Hunt...



Tengok adik dan kakak pakai kasut , seluar dan baju dari J-Hunt..mujur muat you alls..Kasut kakak tu bukan ye, cuma baju dan seluar je..hehee


Kakak dapat lebih sikit sebab birthday dia kan..Baju, kasut dan minnie mouse dari J-Hunt..


Dan nad punya..hahaa..Tshirt, seluar, beg, dan topi pergi pantai..kihkih..



Serba Sedikit Berkenaan J-hunt The Mottainai Store

J-HUNT mempraktikkan penggunaan ayat 'Mottainai' iaitu menghormati sumber dengan tidak membazir serta menggunakan dengan sebaiknya. Ayat ini berkait rapat dengan konsep pemuliharaan ekologi dan konsep 3R ( Reduce, Reuse, Recycle ) | Kurangkan , guna semula dan kitar semula | dan tambahan 2 R - Respect + Recondition | Hormat dan pemulihan |

Reuse - Guna Semula
Sampah bagi kita tapi orang lain memerlukan

Recondition - Pemulihan 
Barangan yang telah dibersihkan dan dipulihkan

Respect - Hormat
Barangan yang tidak dibuang tapi ditambah dengan nilai

Maknanya walaupun mereka mengumpul barangan terpakai tetapi mereka akan membersihkan dan membaikpulih apa yang patut untuk menjadikan barangan tersebut bernilai semula.

Berikutan Projek Sukarelawan Motainai, J-HUNT menyokong golongan kurang bernasib baik, minoriti, dan memberikan kembali kepada masyarakat. Sebagai sebahagian daripada program CSR, syarikat itu merekrut kakitangan dari masyarakat Orang Asli dan melatih merekauntuk bekerja.


Nak Menang RM3000

Anda berpeluang untuk anda memenangi Hadiah Utama RM3000! Mudah sahaja, hanya shopping di J-Hunt, dan buat video kemudian upload di media sosial. Mudah..cepat terjah J-Hunt di Aeon Big Subang Jaya...


Untuk maklumat lanjut boleh layari:
J-HUNT MONTTAINAI STORE
Level 2, AEON Big Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Telefon: 0102026273
Website: www.jhunt.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/jhuntmottainaistore/
Instagram: https://www.instagram.com/jhuntmottainaistore/

hai assalammualaikum

Tollyjoy Baby Day 2019 Bertemakan ' Partners in Parenting ' Platform Pendidikan Dalam Membesarkan Anak-Anak - Rasa bertuah dapat sama-sama menyambut Tollyjoy Baby Day 2019 yang ke-5 pada tahun ni sejak pelancarannya pada 2015. Ini kali ketiga nad turut serta bersama Tollyjoy Baby Day, banyak ilmu, pelajaran berkenaan parenting nad dapat. 

Ya, menjadi seorang ibu bapa memang suatu pengalaman yang manis, tapi pada masa yang sama ia mendebarkan dan bukan mudah, lagi sekarang, sangat mencabar membesarkan anak. Sebab itu, kita perlukan ilmu supaya dapat mengendalikan tanggungjawab dengan betul. Banyak dah isu yang dikupaskan semasa Tollyjoy Baby Day, seperti Nutrisi Ibu Menyusu dan Mengandung, Kesihatan Mental Ibu dan Anak, kali ni, berkenaan Partners in Parenting.


Tollyjoy Baby Day 2019 Bertemakan ' Partners in Parenting ' Platform Pendidikan Dalam Membesarkan Anak-Anak

Tollyjoy Corporation bekerjasama dengan PPAS ( Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ) Jaya One dan OrphanCare Foundation ( OrphanCare ) bagi melancarkan ' Partners in Parenting ', sebuah platform pendidikan yang menemukan para pakar dan ibu bapa untuk saling berkongsi sudut pandang, pengalaman dan pengetahuan sambil membina ' rangkaian sokongan ibu bapa ' bertujuan untuk membantu ibu bapa muda meniti perjalanan membesarkan dan menjalinkan ikatan yang erat bersama bayi mereka.



Pada hari itu, turut sama merasmikan ' Partners in Parenting ' ialah Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Mr Mark Tan berkata " Sejak mula lagi, kami telah bekerjasama dengan Orphancare dan sehingga kini kami terus berkongsi visi yang sama, iaitu ' setiap kanak-kanak perlukan keluarga '. saban tahun, Hari Bayi mencetuskan perbincangan dan mendidik para ibu bapa menerusi topik keibubapaan. Kini, melalui inisiatif " Partnera in Parenting ' bersama PPAS, kami yakin dapat memberi kesan yang lebih lagi dalam kehidupan ibu bapa muda dengan membantu mereka membina asas yang kuat dalam membesarkan bayi mereka ".


Event diadakan di PPAS Jaya One Mall. Pertama kali nad datang ke sini, dan baru tau ada perpustakaan di sini. PPAS Jaya One merupakan satu-satunya perpustakaan yang terletak di pusat membeli-belah di Selangor. Ditubuhkan setahun yang lepas, PPAS sering dikunjungi oleh golongan bekerja, pelajar, freelancer, pesara, guru, kanak-kanak dan ibu bapa bekerja yang berkunjung bersama bayi mereka. Menarik sangat tempat ni. Fariza suka, sebab banyak buku, adik pulak suka sebab ada mainan lego. Semasa hujung minggu, perpustakaan ini penuh dengan ibu bapa dan anak-anak, terutamanya apabila storytelling diadakan.


"Selain menyediakan buku tentang keibubapaan, PPAS berharap untuk menyokong Tollyjoy dalam menjalankan 'Human Library' untuk bertukar maklumat dan pengalaman menjaga anak. Ini adalah sejajar dengan tujuan PPAS untuk mempromosikan perpustakaan kami sebagai rumah kedua, pusat pembelajaran, titik pertemuan, pusat rekrut dan pusat pembangunan manusia " Kata Puan Suzliana Abdul Hamid, Deputy director of PPAS.

Ok, topik kali ni memnag sangat best sebab melibatkan suami, bapa..hehee..

Perkongsian Suami , Bapa Membantu Isteri Menjaga Dan Membesarkan  Anak-Anak Dalam ' Partners in Parenting '

Nad join kali ni, sebab topik ni memang sangat menarik kerana melibatkan pasangan kita. Masa nak pergi ni pun, nad memang suruh suami sekali ikut..hhee. Saje nak bagi dia dengar talk, perkongsian dari golongan yang sama denagn dia, iaitu suami, bapa..hahaa..Yela, benda penting dan dia perlu tau juga tanggungjawab dia. Sebenarnya, tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak ni bukan isteri atau ibu sahaja, tetapi perlu bersama-sama.

Bapa juga memainkan peranan penting dalam mebentuk perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak. Suami menjadi tonggak sokongan yang penting kepada isteri. Isteri akan jadi kuat bila suami ada di sisi, turut sama membantu meringankan kerja isteri. Masa isteri berpantang pun, suami perlu memainkan peranan dalam menjaga isteri dan mengamalkan pendekatan 'serba boleh' dalam menjaga bayi mereka.

Dua orang suami yang berkongsi dalam menjaga dan membesarkan mereka. Seorang digelar ' Mr Mama' , bapa sepenuh masa, iaitu Ben Ashaari dan seorang lagi ialah ' bapa berpantang ', Alan Oh yang menjaga isteri ketika waktu berpantang.


Ben Ashaari, nad memang kenal dengan dia, dalam industri blogger ni. Nad kenal dia masa dia menjaga anak pertamanya, sehingga sekarang dia memilih untuk menjaga anaknya yang dah masuk 3 orang sementara isterinya pula bekerja. Beliau memilih untuk menjadi ayah sepenuh masa kerana baginya menjaga anak sendiri lebih puas dan seronok. Rutin harian dibuat dengan teratur dari mandikan anak, hantar anak ke sekolah, dan kerjanya sendiri iaitu menulis blog.

Beliau bimbang meletakkan ketiga-tiga anaknya di bawah bantuan penjagaan kanak-kanak. “Diri saya ini merupakan bukti bahawa ia tidak mustahil untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk memberikan kesan positif terhadap masa hadapan anak-anak kita.

Selain itu, sebagai seorang bapa, ia amat penting untuk menyokong bukan sahaja si anak, malah pasangan anda juga. Saya betul-betul percaya bahawa si bapa penyayang ialah asas yang penting untuk menjamin kukuhnya sebuah keluarga,”


Buat Alan Oh pula, beliau memainkan peranan yang sedikit unik berbanding para bapa di luar sana.

Komited selaku seorang bapa ‘berpantang’, beliau mempelajari amalan berpantang dan menjaga si isteri sehingga kembali sihat, justeru membolehkan isteri beliau fokus sepenuhnya untuk menjaga anak mereka yang baru lahir.

“Menyambut bayi yang baru lahir ialah waktu yang paling susah untuk ibu bapa, terutamanya buat mereka yang masih baharu di alam keibubapaan.

Walaubagaimanapun, ia ialah masa yang paling berharga sekiranya si ibu dan bayi diberikan ruang secukupnya. Ini masa yang bagus untuk mencipta kenangan indah antara ibu dan anak, seterusnya merapatkan lagi ikatan antara ibu dan bapa dan bayi baru lahir,”

Nad kagum dengan suami seperti ini, sebab beliau sanggup belajar bagaimana nak menjaga isteri berpantang. Belajar berkenaan herba, masak orang berpantang dan semuala. Beliaun belajar pun melalui youtube dan google. Jadi para suami di luar sana, takda la alasan cakap tak tau buat semua tu. Sekarang semua di hujung jari.


Tahun ini, ‘Partners in Parenting’ akan membincangkan pelbagai topik merangkumi sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil, serta bagaimana untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan.

Untuk maklumat lanjut tentang sesi ‘Partners in Parenting’, anda boleh ikuti
Facebook : https://www.facebook.com/tollyjoymalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/tollyjoymalaysia/
hai assalammualaikum

Natugee Dan Mrs Malaysia World Didik Wanita Agar Sihat Dengan Gembira - Cakap pasal masalah tekanan, depressi, anxiety ni, kita memang tak boleh lari daripada semua masalah ini. Mungkin dulu, kurangnya penyakit seperti ini, tapi sekarang, ramai yang mengalami tekanan disebabkan faktor persekitaran dan kehidupan yang jauh beza dan lebih mencabar, lagi-lagi bagi wanita.

Tidak kira, mereka yang surirumah atau yang bekerjaya, pasti mengalami masalah tekanan depressi ni. Nad juga kadangkala alami masalah tekanan ini disebabkan terlalu penat denagn rutin harian. Tapi nad buat keputusan untuk lawan supaya tak menjadi bertambah teruk. Korang juga boleh buat.. Kalau tak mampu nak kendalikan sendiri, korang boleh luahkan kepada sesiapa yang dipercayai.


Natugee Dan Mrs Malaysia World Didik Wanita Agar Sihat Dengan Gembira

Baru-baru ni, nad pergi ke majlis Natugee X Mrs Malaysia World di Furama Bukit Bintang bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara. Demi tanggungjawab sosial korporat, ‘Healthy Is The New Happy! A Better You Today’ diadakan untuk memperkasakan kesihatan wanita. Ia sebagai dorongan untuk meningkatkan kualiti hidup wanita serta memberdaya peranan penting mereka dalam membentuk pemimpin masa depan demi kehidupan yang aman dan harmoni.

Masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita yang jumlahnya semakin hari bertambah angka dan sebab tu kita ni perlu ambil tau bagaimana nak mengatasi masalah ini.


Sesi Pertama
Pada hariti itu, Dr. Linda Mat Hassin telah  memberi pendedahan kepada kami semua mengenai simptom ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup. Dalam badan kita banyak sangat hormon yang akan berubah-ubah. Jadi perasaan, tingkahlaku kita pun akan turut berubah.




Katakanlah bahagian yang paling sukar Pertama
"Beri perhatian dan Rawat Kami"

Hormon boleh menjadi keseimbangan. Bukan Hanya Melakukannya, tetapi lakukanlah Betul

Apa-apa pun, kita kene tau, kita dalam situasi yang macam mana. Sebolehnya rawat dan lakukan dengan betul.


Sesi Kedua
Sesi kedua bersama Puan Rena Rifaee.Merupakan  Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn. Bhd yang ditubuhkan beliau pada 2016, kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata.

Puan Rena mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah. Walaupun ia bersifat kosmetik namun tidak dinafikan ia antara penyumbang kepada permasalahan wanita. Puan Rena Rifaeeada menceritakan pengalaman dia mengalami depressi dahulu, dan akhirnya beliau bangkit dan kini berjaya mencipta satu produk organik iaitu Natugee.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd, Puan Rena Rifaee, seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri.

“Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. ‘Topi’ mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi,” katanya.

Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.

“Besar harapan kami, acara ini dapat mendidik wanita untuk tidak mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Contohnya penggunaan produk penjagaan wajah. Kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah kandungan di dalam produk kecantikan yang boleh mengganggu hormon, seterusnya boleh menjejaskan kesihatan dalaman mahupun luaran.

Puan Rena ada memberitahu bahawa prdouk kecantikan yang ada di farmasi bukan semuanya organik dan elok untuk kulit. Kalau sebelum nad fikir apa yang ada di farmasi sangat elok untuk kulit tapi rupanya tidak. Jadi seeloknya la kita kene pakai produk natural, organik bagi menjaha kesihatan diri.

“Kami ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini,” tambahnya.



Beliau juga ada memberitahu bagaimana cara yang betul nak cek label produk kita tu.



Seterusnya, kene tahu kulit kita jenis yang macam mana.

Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diploma in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.


Dan akhirnya terhasil la produk Natugee. Natugee, jenama produk penjagaan wajah berasaskan organik, dilancarkan pada Ogos 2017, tanpa pewarna buatan, serta tidak ada paraben, SLS & SLES, dan juga tiada wangian buatan supaya terdapat kesan berbahaya sambil meningkatkan tekstur dan nada kulit dari semasa ke semasa. Mereka komited untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi. Sangat selamat untuk digunakan. produk ni ada empat, iaitu Deep Cleansing Lotion, Advanced Vitamin C Treatment, Anti aging Power Moisturizing dan Happy Skin Mask.


Mereka juga ada jenis kecil, jenis sample produk. Kot kalau nak cuba, boleh cuba yang sample dahulu.

Nad ada try masa tu, memang sangat menarik produk ni.


Macam pencuci dia, tidak berbuih dan lembut pada tangan. Pencuci yang elok sebenarnya pencuci yang kurang buihnya.

A creamy, silky, emulsion-based cleanser carefully formulated with a blend of powerful age spot reduction, skin lightening and barrier repair vitamin B3 to boost the production of ceramides and fatty acids.

It melts into pores, gently exfoliates and remove daily grime, lifting out the impurities and soothing the skin.

- No more dryness or tight feeling after cleansing.
- Skin feel exceptionally clean, smooth and soft.
- Your skin will have a dewy healthy glow.
- Rebalances skin’s natural pH.
- Replenish skin’s natural oil and combat hyperpigmentation.
- Brighten and even skin tone.



Kemudian, pakai Vitamin C. elok untuk kurangkan kedut, masalah di muka, dan macam-macam lagi.

This advanced multi-action serum treatment is formulated with skin-brightening, pigment-lightening and anti-aging botanical extracts, actives and potent doses of Vitamin C to target uneven skin tone, spots, scars or other types of hyperpigmentation.

This treatment works in a three-step approach: Brighten, Regenerate and Protect.

- Lighten hyperpigmentation, spots, and scars.
- Skin will be supple and have a youthful radiance.
- Improve skin tone, red marks, and skin texture.
- Improve the appearance of enlarged and congested pores.
- Skin feels smoother, more precise and looks younger.


Jangan lupa pakai Moisturizing dia.

Our Anti-Aging Power Moisturizer is an elixir of youth, harnessing remarkable anti-aging ingredients from all over the world to reverse time on your skin. It is packed with doses of potent anti-aging ingredients so powerful to rehydrate tired, dull skin and to reduce signs of aging.

- Skin looks and feels supple, firm and radiant.
- It helps preserve skin’s moisture content for a youthful appearance.
- Hydrates dry and dehydrated skin.
- Skin looks healthier and glowing.

Produk ni memang kurang bau, tak berapa wangi. Tapi memang best. Kulit rasa lembut je.


Ada juga mask. Mask boleh diguna dua atau tiga kali seminggu.

You can often tell the state of your health by looking at your skin because the appearance of your skin and your state of health are tied together. Every day your skin may be bombarded with airborne pollution, which can contain heavy metals, radiation, and harmful chemicals. These pollutants can clog your skin, causing the formation of free radical cells, blackheads, pimples and enlarged pores.

One of our main ingredient Zeolite can draws, traps and removes these pollutants. The bitter, astringent taste in green tea comes from the tannins it contains. These compounds can shrink your pores and reduce your sebum (natural skin oil) production and leads to a less oily complexion without the harshness of chemical ingredients in the most commercial product.

The mask will help to:
- Improve firmness and elasticity
- Shrink enlarged pores, tone, tighten and refine
- Clear blackheads, pimples, and acne
- Lighten and brighten skin


Natugee menggabungkan bahan terbaik tanpa memberi kesan sampingan untuk kesan jangka panjang. Hasilnya ia dapat memperbaiki tekstur kulit, menjadikan wajah lebih berseri dan tona wajah lebih serata

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ni korang boleh ke
Facebook: https://www.facebook.com/natugee/
Instagram: https://www.instagram.com/natugee/
Website : www.natugee.com




Nad diberi dua produk pada haritu untuk dicuba..Terima Kasih Natugee

Acara Kemuncak ‘A New Formula For Happiness!’  

Acara kemuncak ialah forum ‘A New Formula For Happiness!’  yang membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stres dan kesihatan mental. Ia melibatkan empat ahli panel iaitu Puan Rena Rifaee, Dr Linda, Datin Harveen Kaur ( Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019 ) dan Datin Diana Danielle seorang artis yang popular.


Banyak yang dikongsi semua panel berkenaan isu mental wanita ni. Lagi rasa terkesan bila mendengar cerita Puan Rena Rifae dan Artis Datin Diana Danielle. Mereka berdua ni pernah mengalami depressi, dimana penyakit ini semakin hari semkin meningkat di kalangan wanita.

Seperti Artis Diana Danielle, dia menceritakan kisahnya, bagaimana beliau mengalami masalah penyakit kemurungan atau Anxiety Disorder. Ingat jadi artis senang, tak ya, banyak sangat kerja yang dilakukan. Disebabkan kesibukan kerja, dan dan pada masa yang sama, waktu itu beliau sertai lumba kereta. Keadaan dalam kereta yang panas, takda aircond, udara tak cukup, menyebabkan dia sukar tidur, susah untuk bernafas. Lagi dengan urusan rumahtangga menyebabkan dia menjadi semakin tertekan. Sehingga terpaksa merujuk ke hospital. Mujur, kesihatan Diana semakin pulih kerana mendapat sokongan dari keluarga, anak-anak dan rakan rapat.

Nad paling suka apa yang dikatakan oleh Datin Harveen Kaur ( Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019 ) dimana, beliau ada berkata, kalau kita nak jauhkan daripada masalah tekanan, depressi, masalah mental ni, keluarlah daripada zon yang selesa yang selalu kita buat. Buat perkara lain, yang boleh menceriakan hidup kita.

Melalui perkongsian ini, nad banyak ambil tahu, sebab nad sendiri mengalami masalah itu. Penyakit mnetal, dpressi atau anxiety jika tidak dirawat boleh menjadi bahaya. Sokongan dari orang sekeliling amatla penting dan sesekali lakukan perkara yang diluar zon selesa kita. Bila rasa tekanan tu, cepat-cepat fikir benda yang menggembirakan atau mencari seseorang yang boleh dipercayai. Jangan pendam..Banyak sangat input yang nad dapat haritu.


Video event pada masa itu..


The Asian Parent 
Rasa bertuah dapat pergi event seperti ini. Terima kasih kepada The Asian Parent, jemput nad datang ke event ini. Event seperti ini memang bagus untuk wanita di luar sana, mengambil tahu berkenaan penyakit Anxiety, Depressi yang kita sendiri kadang mengalaminya tanpa kita sedar. Dan lagi penting, dapat mengenali produk penjagaan muka menggunakan bahan semulajadi. Semua ni perlu diambil tahu untuk gaya hidup yang sihat sepanjang masa.


Korang boleh download apps The Asiant Parent My, sbeab dekat situ banyak info menarik, contest, perkongsian ibu-ibu dan banyak lagi.


Terima kasih juga kepada semua sponsor yang lain. Banyak juga dapat hadiah haritu. Antaranya
1. Natugee Deep Cleansing Lotion 20ml & Natugee Happy Skin Mask
2. Narinar Aromatheraphy Oils
3. BondaHaven Spa
4. Jamu Tun Teja MEKAR Breast Herbal Firming Cream (For Moms only)
5. Lovera Magic Jelly Baby - Multipurpose Gel for baby skin
6. Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set
7. Eori Eczema Wonder Skin Oil
8. SnowDrop Dry Flux Thin Liner
9. CHIIO by The Nitty Gritty - Decoration redeemable for a birthday, anniversary or event

BondaHaven Spa Relaxing Aromatheraphy Rollers
Suka sangat dengan Bondahaven Relaxing Aromatheraphy Rollers. Bau lavender yang menyenangkan. Nad pernah pergi ke spa Bondahaven, korang boleh baca dekat SINI. Best sangat pengalaman dekat situ.


Bondahaven Relaxing Aromatheraphy Rollers formula aromaterapi ini menggunakan 100% minyak pati tulen untuk yang menenangkan dengan bauan lavender, menaikkan suasana dan mengimbangi sekeliling. Setiap minyak yang dipilih untuk keberkesanan dan keupayaannya untuk mengimbangi suasana hati dan emosi sambil meningkatkan semangat.

Nak tau lebih anjut boleh layari https://bondahaven.com/

Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set
Wirdora Rivoli Swarovski Brooch Set ni memang membuat nad tersenyum.hehee. Mana taknya tak sangka dapat brooch dibuat dari batu swarovski.. berkilau dari jauh. Siap ada warranty. Nad dapat Set Daisy Fuschia.



Wirdora ™ adalah jenama aksesori tudung terkemuka di Malaysia, menggunakan kristal Swarovski tulen yang diimport dari Austria. Ditubuhkan oleh Wirdalina Tauhed pada tahun 2016 di bawah Amishary Sdn Bhd. Wirdora menawarkan pelbagai reka bentuk yang berpatutan untuk melengkapkan jenama tudung premium di pasaran. Selain itu,mereka menawarkan pelbagai aksesori tudung termasuk pin tudung, bros, dan cincin.

Info lanjut boleh layari http://shop.wirdora.com/

Narinar Aromatheraphy Oils
Narinar Sidrie telah memenangi 2018 Readers' Choice Award for Best Baby Therapy Essential Oil oleh Majalah Baby Talk & Mama Papa!


Aroma yang menenangkan sangat sempurna untuk tidur yang berkualiti. Juga terbaik untuk menenangkan perasaan anak-anak dalam kenderaan dalam perjalanan panjang yang meletihkan. Aroma epal hijau & bunga Chamomile yang diadun dalam Narinar Sidrie ini mampu melegakan pening kepala yang kronik dan menyeimbangkan emosi.

Pati minyak bidara dalam Narinar Sidrie ini pula meningkatkan kualiti tidur kerana baunya sungguh menenangkan. Sangat mudah di bawa kemana-mana dan mudah di gunakan hanya dengan terapi urutan di titik tertentu dan aroma segar yang menenangkan.

Info lanjut boleh layari https://narinar.com/

Lovera Magic Jelly Baby - Multipurpose Gel for baby skin 
Dirumus khas untuk bayi dengan kulit sensitif.



Bahan-bahan semulajadi: Aloe Vera, Cucumber, Chamomile & Almond Sweet

- Melegakan kulit sensitif
- Rawat cap cradle
- Serbaguna dari kepala ke kaki
- Kurangkan ketidakselesaan pada kulit
- Membasmi kegatalan, ruam, kekeringan
- Rawat mozzie
- Kurangkan kemerahan
- Mencegah dan melegakan ruam lampin
- Bahan-bahan hipoalergenik
- Juga sesuai untuk orang dewasa dengan kulit sensitif super

 maklumat lanjut boleh layari https://www.lovera.com.my


Eori Eczema Wonder Skin Oil
Selain itu ada juga EORI telah merumuskan kuasa merapikan minyak terapeutik semulajadi untuk mewujudkan lapisan pelindung yang sangat melembapkan dan membantu melegakan kulit kering, gatal, meradang. Tidak berminyak, membantu menguatkan fungsi penghalang semulajadi kulit, dan untuk memulihkan keadaan kulit secara serentak, untuk menenangkan, dan memperbaiki kulit merah seperti ekzema. Ia ringan dan mudah diserap. Lebih detials boleh ke www.eorigroup.com

Dan lain seperti Jamu Tun Teja iaitu MEKAR Breast Herbal Firming Cream. Nak tau lebih lanjut boleh tengok di https://www.instagram.com/jamutunteja_hq/?hl=en

Ada juga  SnowDrop Dry Flux Thin Liner ( https://www.snowdrop.com.my/products/dry-flux-thin-liner-145662 ) dan


CHIIO by The Nitty Gritty Decoration redeemable for a birthday, anniversary or event Plant. Kalau nak cari palnt untuk majlis boleh ke https://www.facebook.com/chiiobythenittygritty/

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Furama Hotel Bukit Bintang menyediakan tempat event dan makanan yang sedap


Tak lupa juga kepada Waka Waka Playland. Anak happy dapat bermain dekat situ. Nad ada buat entry berkenaan Waka Waka Playland. Korang boleh baca di https://www.miszrockers.com/2019/10/hari-minggu-yang-ceria-di-waka-waka.html . Bolehla bawak anak-anak ke sini..mesti diaornag enjoy.

Hari tu memnag hari anak bergembira dan mommy relaks kejap..hehee

#theAsianparentMY #furamahotel #Natugee #HappyHealthy #MrsMalaysiaWorld #wirdora #jamutunteja #takkanjamuhilangdidunia #BetterSkinLovera #bondahaven #eoriwonderskin #weareunitedagainsteczema #dropoflove #wakawakaplayland
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2